Thursday, January 15, 2015

His 1st Craft!

Bismillah

Dah genap 5 hari Aryan in school.Alhamdulillah,tak susah nak handle dia kalau part nak mandikan dia pepagi buta ngan air sejuk.Diri sendiri pun gigil ooo ngan air sejuk nieh pepagi buta,ni kan pulak budak kecik.hehe.Tapi YM memang slow2 basahkan badan dia...start ngan kaki dan naikkn sikit demi sedikit...Takdelah badan dia terkejut kalau maen simbah cenggitu je kan.Haha.So merengek sikit2 je la. 

Alhamdulillah,memang takde masalah la kalau nak g skool.Cuma setakat ni,bila balik skool je,muka kdg2 monyok sebab katanya teacher marah-marah.Yelah,biasalah kan teacher ni marah kan,al-maklumlah nak disiplinkn budak-budak.Setakat ni,kalau sebut pasal skool je,dia tak bape excited macam memula dulu,maybe juga sebab baru nak biasakan diri dengan peraturan skool kan?Hope so.Tapi dia takdelah sampai nanges2 taknak g skool.Bila ibu pujuk,dia ok je,pakai je baju skool n naik bas skool macam biasa,hehe. Harap2 la next week onwards dia ok and will loveeee school very much.

Kelmarin,YM ambik dia kat skool.Masuk je dalam keta,terus je cepat2 bukak beg dan tunjukkn craft dia nieh ha.Punya kembang kempis hidung tunjukkn hasil kerja dia tu.Especially,bila Ym kata... "wahhhhh!pandainya dierrr!cantik!".Terus je tersenyum-senyum,tersipu malu.Hihi.Well, kids...they love being praised kan?

Hurm...bila tengok 1st Craft dia nie,tetiba syahdu pulak dalam hati.Dah besar dah anak aku nieh,bisik2 dlm hati.Cepatnya la besar.Rasa macam tak puas lagi nak manjakan baby ibu nieh.

Well.... hati mak-mak kan?sapa yang tak jadi mak lagi tu, tggu la bila uols ada kids esok2,tahu laa.... hujan ribut taufan dalam hati cemana...hikhikhik.

                                                       

Sunday, January 11, 2015

Ibu Emosional!

Bismillah

Fuhhh!today this big boy big Day!First Day in School.Wuhuuu!Kemain suka dia taw.Dia jadi budak baikkk sangat since semalam sebab nak get prepare nak gi skool.Bila ibu soh tido seawal pukul 8malam dia sangat-sangat ok.baekkk jer.Kagum mak!

Pagi-pagi time mandi seawal pukul 7 pagi je dia ada merengek sikit sebab sejuk!Then,lepas tu,semangat naik mendadak!hehe.Tak sabar2 dia nak bersiap.Bila dah siap,semangat tunjuk kat ayah dia yang dia dah ready.Siap membebel sebab ayah tak siap lagi.Hihi.

 Alhamdulillah, he become independant boy on the dot!Gud job my son!

Baik je duduk hujung-hujung tuuu.Hhee.Siap suruh ibu balik haaa.Bertuah punya budak.Hehe.Ibu ni yang susah hati nak tinggalkan dia.Rasa macam nak duduk kat situ temankan dia sepanjang masa.Tapi,yelah...kang annoyed pula teacher2 kat sana dengan perangai mak.haha.So, ok.I left him with Do'a. 

Sampai kat umah,Ibu ni pulak yang dok emo lebih-lebih.Macam anak tu pergi jauh sangat.padahal 5 minit je drive dr rumah ngan skool tu.hihi.Asyik teringat je dengan budak kecik nieh.Yelah..yelah... Ibu emosional..maunye tak emo,tak penah tinggalkn dia ngan strangers kot since baby.Tu yang tengah tahan-tahan hati nieh.

hai laaaa ibu... hati seorang ibu.Nak buat camne...