Sunday, September 30, 2012

Kebaikan Vitamin B !

Assalamualaikum

Jum Berkenalan dengan Vitamin B!

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
 Credit

Apa Kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee????
Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. 
Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan

Email / sms me untuk harga yang sangat istimewa!(^_^)

Putus Asa????

Assalamualaikum

Setuju tak? Terfikir tak kita everytime kita nak give up on something? Sekian lama kita bertahan, sekian lama kita berusaha dan bersabar, tiba-tiba senang-senang je kita nak putus asa kan?Yelah, kadang-kadang kita lupa yang selama ni kita kuat sebenarnya.Kuat untuk menghadapi cabaran dan dugaan tu cuma tiba-tiba kita rasa penat, tak tahan rasanya diduga.

Allah sayangkan kita sebenarnya, tu sebab dia duga kita. Kita diduga sesuai dengan keupayaan diri kita.Dia Maha pengasih, Dia tidak akan menduga sesuatu yang di luar kemampuan kita.Dia juga tak menduga kita untuk perkara yang sia-sia.Kita kena yakin, pasti ada hikmah yang terbaik untuk kita kan?Kita je kadang-kadang tak nampak sebab kita melihat dengan Mata kasar kita bukan dengan Mata Hati kita...

Semoga kita akan terus Berusaha yang terbaik utuk hidup kita!
 

Saturday, September 29, 2012

Kelebihan Vitamin C

Assalamualaikum


Dengan izin Allah, insyaallah. Kita hanya berusaha sehabis baik untuk menjaga tubuh badan yang Allah amanahkan untuk kita, selebihnya kita serahkan pada Allah. (^_^)

Kalau nak tahu, produk ni adalah produk yang paling Hot sekarang ni. Kat HQ, dah more than 2 weeks kitorang tunggu for re-stock. Baru sekarang ader.Fuhhh!memang Hot.Huhu...

Kalau berminat nak beli, macam biasa contact YM okay? 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cara untuk mendapatkan kulit yang sihat!

Assalamualaikum

Hai semua, jum!YM share apa yang YM baca hari ni dengan korang semua...

What you put in your body just as important as what you put on your skin... Sebelum bedtime saya nak share story mory dulu... lately muka naik jerawat dan saya akui makan main bedal jer ape2 hehe... tapi i am treating myself, back to recovery road erm... not easy to have flawless healthy skin...

so bila dalam 21 hari kulit generate sel baru naik juga jerawat, irritations dan sebagainya... we are what we eat... so sememangnya kulit kita adalah organ yang paling besar sekali, namun kulit dan rambut kita is organ that last to receive nutrient...so bayangkan ler kan organ paling last received nutrien, ape baki2 nutrien yang tinggal itu ler sumber nutrient kulit kite, takde pilihan utk kulit kita...kesian nyer... 
So the best thing to treat our skin is with supplemental food, very potent and rich ones... contohnyer vitamin B(kurang kan stress), C(bina kolagen pada kulit) dan E(antioksidan) & GLA(stabilkan hormon badan)... kalo ade bajet extra soy protein(bina sel baru/baikpulih sel rosak) yang non-genetically engineered dan agar kulit lebih sihat amalkan collagen powder...

kalo tengok refleks point muka, mane2 yang problematic itu ler bahagian organ dalaman yang jugak tak terima nutrien yang secukupnyer dan amalan Alfalfa(kurangkan inflammation) dan air sangat penting untuk membuang toksik2 yang ade dalam badan kite...

so, ok enough with story mory, I hope my sharing dapat memberi manfaat kepada semua...
Ermm....camner semua??? kesian kulit kita kan?Paling last terima nutrient???ish...ish...ish... 
Kalau anda mahu mengatasi masalah kulit dengan selamat dan insyaAllah berkesan, anda boleh lah mencuba SET D: SKINCARE Shaklee. 
Berminat???Email YM : yayansmum@gmail.com for special Price / free consultation
 Kalau anda cuma titik beratkan kecantikan luaran sahaja tetapi tidak menjaga dalaman,hasilnya pastilah tidak memberangsangkan. Kata orang, bermula dari dalaman yang bersih insyaAllah akan terpancar sehingga ke luar. Ada antara kita sanggup membeli alat mekap yang mahal-mahal untuk menutupi cela-cela ataupun jerawat, tapi kenapa tak sanggup nak beli suplemen untuk diri sendiri? 
Orang yang cantik biasanya mempunyai kulit yang sihat dan cantik. Tak perlu berselindung di sebalik mekap-mekap yang tebal. Shaklee adalah pengeluar supplemen yang terkenal dengan kekerapan membuat penyelidikan dan sentiasa membaiki mutu supplemennya. Ia memang telah terbukti berkesan semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu. 
Bayangkan bila kita memakan sesuatu yang berkhasiat, insyaAllah badan kita akan turut menjadi sihat. 
 
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

Friday, September 28, 2012

Resepi Masak Lemak Jantung Pisang ala YM

Assalamualaikum

Hari ni, Ym nak share resipi yang sangat mudah ni. Senang je nak buat, tapi sangat sedap taw!Bukan sebab YM masak sedap, tapi mmg Jantung pisang ni adalah species yang sangat sedap, hehe.
Memula, dah korang potong2 tuh, cuci and rebuskan a few minutes ye.


Toskan terlebih dahulu air2 lebihan tu ye..


Blend Udang kering+bawang merah+bawang putih


Panaskn kuali, then Masukkan minyak sedikit je, then tumis smpi naik bau.Masukkan serbuk kunyit skli sesedap mata memandang, haha!Yaa...YM guna serbuk je, malass...:P

Then, masukkan jantung pisang tadi, then kacaukan.Masukkan garam dan perasa yang dibenarkan secukupnya ye.Hiks...Then, masukkan santan.kacau.
Then, boh cili potong. Kalau ikutkan YM, YM blend je cili padi ngan bawang2 tadi, tapi disebabkan Dak Yayan pun nak makan skli kan, so, kena la buat gini.Kena asingkan Dak Yayan punya dulu, then masukkan cili padi sesuka hati!Yippeee!


Tadaaaaaa!Dah pun siap!senang kan????Senang jeeee....!Try la!Tak try tak tahuuu.


Ni la santapan kitorang semalam.Simple!Tapi, Dak Yayan makan banyakkk!hehehe.Suka tgk!Korang tengok la gelagat Dak Yayan kat bawah tuh ha.Hihihi..



Aummmmmmm!omnomnomnom....omnomnomnom!hehehe....Memang feveret Dal Yayan masak lemak gini.Senang hati Ibu tengok anak Ibu makan banyakk...yelah, Dak Yayan ni boleh tahan gak memilih kadang tu.Kalau tak kena ngan rasa dier, jgn harap dier nak sentuh!haihh....

Selamat mencuba yer...

Thursday, September 27, 2012

Berpantang : Set Bersalin Shaklee


Assalamualaikum

Jum, kita berkenalan dengan Set Ibu dalam pantang ni...



Set ini ada 4 jenis yer....

1.  B-Complex

Ia bertindak sebagai anti-stress, menstabilkan emosi, dan membantu mengelakkan kemurungan.Stress sangattt bahaya utk Ibu lepas bersalinkan?Insyaallah, ia mampu membantu ibu-ibu menjadi org yang sentiasa tenang & gembira!(^_^)

2. Vitamin C

Membantu untuk menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin, membantu dalam pembentukan kolagen dan membantu penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin.Sebagai bonus untuk Ibu-ibu, kulit kalian akan kelihatan glowing gitu!

3. Vita-Lea (Multivitamin + Iron)

 Ketika wanita  bersalin wanita akan kehilangan jumlah darah yang agak banyak, so iron sangat diperlukan. Ia juga mengandungi multivitamin yang terdiri daripada pelbagai kumpulan mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh badan, yelah pilihan makanan di dalam pantang adalah agak terhad. Maka Vita-Lea boleh membantu badan wanita mendapatkan sumber vitamin dan mineral yang tidak dapat diperolehi melalui pemakanan yang seimbang sewaktu berpantang.

4. Zinc Complex

Zinc mampu membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka-luka selepas bersalin. Bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan, Zinc adalah antara vitamin yang sangat penting.Selain itu ia juga mampu mengurangkan masalah keguguran rambut dan mencantikkan kuku Mommies jugak taw!

So, macam biasa, jum kita usha-usha Testimoni Ibu yang sudah pun merasai kebagusan Produk Shaklee ni.


Credit
Satu yang buat YM suka dengan set bersalin Shaklee ni, set ni boleh dimakan terus sejurus selepas bersalin. Sangat berbeza dengan jamu-jamu segala kan. YM still ingat lagi dulu, YM takleh makan jamu dlm masa 2 minggu coz YM menyusukan Yayan.Risau Yayan kene jaundice coz jamu kan panas. So, YM hold dulu jamu tu.
Sudahnya, sampai habis pantang pun jamu tu tak habis-habis kooooo!risau punya pasal.Yelah, nak susukan baby ni pemakanan kene jaga, bukan boleh maen bedal jek.Rugi pulak rasanya!Dah le mahal!RM370+ tuh!Haishhh.Klu diingat2, sakit hati pulak.Huhu.

Berbeza dengan Shaklee. Memang jauh LEBIH BAGUS dan MURAH!.Sebagai bonus, set ni boleh digunakan lebih 40 hari taw!Boleh dijadikan sebagai Set Breastfeed pulak lepas tu.My fren kata, susu memang sangat meriah, siap boleh buat stok utk bekalan Baby.Ohsem kan???Bukan sahaja Ibu sihat, malah anak pun sihat, insyaallah!memang tak rugi spend lebih sikit.

Berminat nak try??

Anda boleh menghubungi YM melalui:

Sms/whatsapp: 013-2905020 ( YM )



Wednesday, September 26, 2012

Harga Vitamin GLA Complex Shaklee

Assalamualaikum

Ni rentetan daripada entry YM sebelum ni - "Vitamin untuk Wanita yang mahu Sihat". Kan YM dok pot-pet pasal Vitamin GLA Complex keluaran Shaklee tu. So,Ada beberapa org yang bertanya, Mahal ker?Berapa?

so, Ni YM jawap yer Health concious ladies sekalian..

Retail Price : RM91.25 untuk 60 capsules
Testimoni Pelanggan tentang GLA Complex

'Betul la kann..GLA dan Vit E shaklee sgt bagus! Baru ambik dlm 3 mgu, tp best! Selalu xleh mkn belacan,seafood,ayam...skrg alhamdulillah! Jerawat nk naik kat muka pun takut..dari dulu mkn EPO xde plak mcm ni..smpaikn muka dh nk jd permukaan bulan..tp sejak dgn GLA n Vit E ni..alhamdulillah!!!:)'

Seorang lagi rakan menambah:

'fara amik seminggu lebih baru ada kesan...2nd week baru nampak ketara..kulit lebih halus gebu, cerah, bibir dah merah2 gitu..hahahaha..time basuh muka pon bole siap terpk, licin dan halus gilaaa kulit aku..sy dah lama tak rasa kulit mcm ni semenjak pegi kursus diploma pengurusan awam (yg ada modul tentera, outward bound school, bomba dan polis yg dok main dgn selut,api,hutan,panas dan segalanya yg mmg musuh ketat kulit)
pastu time mlm bila lampu malap2, kulit mcm glowing.ala2 mcm edward cullen kah kah kah..tetiba nak samakan dgn twilight plak kan..hehe
tp fara combine skali dgn esp..'.
ohh and, fara tak pakai makeup or even compact powder ke pejabat..lipstick pun tak pakai ye.....'

Kalau Kawan-kawan nak beli sendiri,pada yang ada credit card ataupun debit card tu, boleh terus je KLIK link ni ---- > YM SHAKLEE SHOPPE

Dun worry, link tu selamat.Dijamin selamat 100% oleh Shaklee Malaysia.Segala data-data kalian akan terjaga rapi.Bila dah setel order,shaklee akan sepantas kilat hantar di depan muka pintu umah/pejabat anda.Hehe.

Pada kawan-kawan yang nak YM orderkan dan buat penghantaran melalui pos laju,ok je.YM masih lagi ada servis tu khas utk kawan-kawan yang suka membuat pembayarn melalui online transfer ataupun melalui cash deposit.Contact je YM ye.

Anda boleh menghubungi YM melalui:

Sms / Whatsapp (Preffered): 011-2112 1422 ( YM )
Emel: yayansmum@gmail.com

Till then, jaga diri semua.See ya in the next entry! (^_^)


::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


Sel-sel otak mereka berhubung!

Assalamualaikum

YM belikan Yayan toys ni hari tu. Ala, yang memurah je jual kat Giant.Hihihi. Kalau YM tak silap, YM beli RM27 je.Kesian Ym tengok Dak Yayan tuh, macam boring je, takde activity sangat. So kalau ada benda ni, boleh la YM ke YD ke memain ngan dia skli.


Korang tengok la telatah dia tuh, ghalittt wooo.Fokus...fokus. Hihihi. Nak buat KLCC le katakan. :P

Tiap-tiap hari dia dok ngadappp benda tuh. Siap usung ha baldi tu merata-rata.Biasalah,benda baru, suka la kan?Bebudak.Hiks....Dia akan makin excited kalau his Ibu ngan Ayah join main skli ngan dia.uiiii!Nak menunjuk ketereran dia woo.Cehh, anak Ibu nih!Hihi

Memula, dia build yang simple je.Setakat pasang-pasang gitu je. Then, bila YM & YD ajar dia, alhamdulillah dia dah pandai buat yang agak kompleks untuk bebudak macam dia.Yelah, bebudak ni, kita kena ajar gak diorang gak coz bila kita selalu ransang minda diorang, insyaallah sel-sel otak mereka akan lebih cepat berhubung. ishh!macam iklan Susu Anmum je, hahaha!

Finally, after the hard works.After all the patience and dedications. Voilaaaa!ni la hasilnya...

Yayyyyy! a big clap for Yayan!Hikssss.....

Walau sibuk macamana pun YM, YM akan locate certain portion of my time for him, whether baca buku atau playing around with him.Dah siap-siap letak dalam my daily schedule-Yayan's Time.Yelah, amanah Allah, harta kita dunia akhirat tu kan? (^_^)

Tuesday, September 25, 2012

Vitamin untuk Wanita yang mahu sihat!

Assalamualaikum

Like apa yang YM dok cite sebelum ni ngan kengkawan semua, YM dah sah menjadi distributer untuk produk Shaklee kan? So, sekarang ni memang YM dok study la produk-produk shaklee ni dengan lebih terperinci lagi.

YM nak ada product knowledge yang strong, so YM boleh terangkan dengan kengkawan semua dengan lebih baik.Yelah, bila berniaga ni kalau kita buat sambil lewa je, tak amanah namanya, kan?kan?kan? (^_^)

So, YM mulakan dengan produk yang memang YM sangat-sangat yakin iaitu GLA Complex. Ni la produk Shaklee yang buat YM jatuh hati dan terus sign up jadi distributer!Seriously.

Y GLA Complex???

Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan
Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
Membantu dalam menangani menopous
Menguatkan kuku dan rambut
Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
Membantu menangai ekzema
Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
Menguatkan imuniti tubuh
Memperlahankan proses penuaan
Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Mengawal kolesterol
Untuk fungsi saraf
Banyak sangat kelebihan produk ni kan? Jum, kita baca testimoni-testimoni mereka yang memang berpuas hati dengan GLA Complex Shaklee nie...


Credit
 

Credit

Ada banyak lagi sebenarnya testimoni GLA Complex ni, insyaallah akan YM kongsikan lagi selepas ni. So, kalau ada di antara kawan-kawan yang teringin nak mencuba, jgn malu jgn segan, contact YM taw!


Anda boleh menghubungi YM melalui:

Sms: 013-2905020 ( YM )


I'm a Shaklee Independent Distributor

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



Monday, September 24, 2012

Masalah!!!!

Assalamualaikum

Yes!Agreed, 200%
Walau sesulit mana pun dugaan yang kita lalui,
masih terlalu banyak lagi yang boleh kita syukuri kan?
Alhamdulillah...

Fitnah itu menjadikan aku lebih Kuat!Part 2

Assalamualaikum

Selepas 3 bulan berlalu, semester baru pun bermula. YM memang sangat-sangat berdebar, dalam kepala asyik berfikir macamana la penerimaan kawan-kawan YM. YM ingatkan ruang kemaafan di hati kawan-kawan ada selepas beberapa bulan bercuti. Rupa-rupanya sangkaan YM meleset.

Bila YM melangkahkan kaki ke Dorm yang telah kami pilih sebelum bercuti panjang, semua kawan-kawan YM buat macam tak nampak je YM. Seolah-olah YM tak wujud sama sekali! YM tengok semua katil penuh.Tiada langsung ruang kosong untuk YM. Bila YM tanya pada sorang kawan YM, dia cuma mengangkat bahu, tanda tak tahu. Masa tu hanya Allah yang tahu, betapa ssebak hati YM. Namun, YM tabahkan hati.

YM melangkah keluar. YM menuju ke pejabat hal -ehwal pelajar. YM terpandang senarai bilik dan nama-nama pelajar. Bila YM periksa nama YM, memang betul YM berada di bilik tu, tapi nama YM dihitamkan.uikss!Blacklist ke???YM terpinga-pinga.Then, terus masuk ke dalam bilik pejabat dan bertanya pada kakitangan di situ.Bila YM sebut nama YM, akak tu terus je like, "oh!you..!bilik you kat Level 4, 401."

Pelik juga YM, camne pulak by mentioning my name je, dia boleh ingat padahal jumlah kami beratus-ratus org kot!Malas nak fikir,YM terus langkahkan kaki keluar. Sebelum keluar, YM ternampak Fateema ada di dalam pejabat tu tengah buat kerja-kerja pejabat.Oh!Ya!baru YM teringat, dia mmg pernah cakap ngan YM yang dia dapat keje part time kat ofis tu.Seriously, YM terus rasa semacam time tu. Tapi, YM dah malas nak fikir dan berprasangka yang bukan-bukan.

Selepas kejadian tu,YM macam phobia ada relationship dengan orang.YM jadi sangat-sangat pendiam padahal YM adalah sorang yg paling byk cakap!Memang my life at that time sangat-sangat miserable.Hidup YM masa tu is just pegi kelas, balik bilik, tido, study.Dok sensorang!
Bayangkan, nak makan kat cafe pun YM rasa malu,takut!YM beli makanan, then balik bilik, makan menghala ke dinding sambil baca buku.Macam tu la rutin YM setiap hari.YM tak bercakap pun dengan room mate.Almost a month life YM macam tu.

Sampai la suatu hari, sorang adik kat Dorm YM tu tegur YM.Dia pelik sangat nape YM makan sensorang je selalu.So,dia ajak makan skli dengan yang lain-lain, semuanya junior YM.Memang Dorm tu, semuanya Junior YM, yelah YM kan terbuang, :(

Mulanya, YM menolak juga.Tapi, diorang like, "jum lah kak...jum lah..." :) ala-ala kanak-kanak riang gitu. Diorang pujuk YM.So, YM pun join.Tak sangka selepas tu, YM dapat semangat baru!YM rasa ada sinar baru untuk YM.Diorang layan YM baik sangat!
YM dah kembali ceria macam dulu. Dalam pada masa yang sama tu la,YM kenal sahabat baik YM sampai sekarang.Sahabat yang sangat-sangat jujur dengan YM,sanggup bersama YM masa susah dan senang. Sahabat dunia akhirat. Alhamdulillah...

Selepas kejadian yang menyakitkan YM tu, YM jadi makin kuat.YM bukan lagi jenis orang yang sangat-sangat bergantung pada orang lain.Ke mana-mana pun YM pergi, kalau tiada siapa yang boleh temankan YM,YM dah tak kisah sangat macam dulu. I can manage myself. Syukur, alhamdulillah.

Selepas beberapa tahun, YM terserempak dengan kawan-kawan yang berkaitan,YM masih melayan baik diorang sama macam dulu.Walaupun Ayesha masih lagi tidak bertegur sapa dengan YM, namum YM masih lagi tersenyum pada dia.

Mungkin Allah ingin membantu pulihkan hubungan kami.Ditakdirkan,walaupun kami mengambil kursus yang berlainan,tapi kami selalu sahaja dipertemukan di dalam kelas-kelas Minor subjek / usrah.Masa tu,YM fikir, mungkin kami ni mangsa fitnah, so tidak adil kalau YM salahkan dia seorang.So, sebab tu la YM masih kekal positif dan berdoa moga suatu hari nanti kebenaran akan Allah tunjukkan jua.

Dengan Fateema juga,YM layan seperti biasa,seperti tiada apa yang berlaku.YM masih lagi menganggap dia sahabat baik YM, walaupun kadang-kadang terlintas di hati YM yang mungkin dia la yang menjadi penyebab pada semua ni.


Tak disangka-sangka, beberapa minggu yang lepas YM sempat berchatting dengan Fateema dan dia memohon maaf dengan YM. " Maaf la apa yang jadi dulu-dulu ye.Kalau diingat-ingat balik, macam budak-budak pula apa yang aku buat". Ringkas je ucapan dia.Tapi YM sangat-sangat faham apa yang dia maksudkan.

YM maafkan dia tanpa bertanya lebih lanjut coz YM rasa macam lebih baik kalau YM tak tahu. Benda dah lama berlalu, no point pun kalau YM tahu coz hanya akan membangkitkan rasa yang tidak baik je dalam hati YM.

Sebab tu YM rasa kemaafan adalah jalan terbaik untuk mengubati kelukaan hati YM.YM maafkan dia dan YM maafkan diri YM sendiri.Apa yang berlaku, biarkan berlalu.

YM cuma mahu Ayesha dan semua kawan-kawan yang terlibat tahu, apa yang diorang dengar tu semua 'FITNAH' semata-mata. Tu dah cukup memadai bagi YM.Walaupun selepas 12 tahun berlalu,YM masih belum tahu apa punca sebenar perselisihan faham dan perang dingin itu,YM redha.

YM cuma mampu berdoa,Allah tunjukkan kebenaran pada mereka semua walaupun setelah berpuluh tahun lamanya. Insyaallah.

Allah menguji kita dengan bermacam-macam dugaan, tapi dalam masa yang sama dia juga sebenarnya mahu kita mendapat sesuatu yang terbaik dengan apa yang kita lalui!So, dont be Sad...Allah is always be with us!(^_^)


Friday, September 21, 2012

Fitnah itu menjadikan aku Lebih Kuat!-Part 1

Assalamualaikum

Bila YM tengok quote kat atas tu, YM teringat kisah YM 12 tahun yang lepas. Masa tu YM masih lagi study kat campus. Perkongsian YM ni bukanlah untuk menyakitkan hati sesiapa apatah lagi mengaibkan orang lain.Ia semata-mata untuk menjadi pengajaran untuk kita semua.Semoga kita dapat pengajaran.

Ayesha (bukan nama sebenar) adalah sahabat baik YM. Ke mana-mana kitorang akan bersama. Dalam masa yang sama YM juga punya sorang lagi sahabat baik, Fateema, teman senegeri YM.Walau tak sekerap mana ke mana-mana bersama sebab YM tak sekelas dengan fateema, YM selalu berkongsi suka duka dengan Fateema. Kalau Fateema ada masalah kewangan, YM akan cuba tolong apa yang termampu dan dia juga begitu. Kebetulan kami semua serumah, so kami memang rapat.

Suatu hari, tiba-tiba Ayesha bermasam muka dengan YM. Tak mahu ke mana-mana bersama. YM jadi pelik.Apa dah jadi?Bila YM tanya dia elok2, dia senyap.YM minta dia bagitau apa salah YM, apa yang YM dah buat sampai dia sakit hati sangat2 pada YM. Tapi jawapan dia hanyalah, diam.Kemudian, hari-hari seterusnya adalah hari Perang dinginnya pada YM.

Bila YM tanya Fateema, Fateema kata dia pun tak tahu. Tapi, Fateema makin close dengan Ayesha. YM langsung tak suspect apa-apa coz bagi YM Fateema kawan baik YM juga. So, YM pun diamkan diri.YM ingatkan Ayesha sorang yang dah taknak bercakap dengan YM, satu rumah (10org) rupanya perang dingin dengan YM!Astagfirullah.YM makin buntu. Apa yang YM dah buat?YM memang takde klu. YM diamkan diri lagi.Dah jadi macam kera sumbang pun ada gak YM masa tu.

Then, 2 minggu selepas tu, cuti semester panjang start (3 bulan).YM n Fateema memang dah plan nak keje, keje kilang. Ramai yang mmg dah plan join skli, semuanya kawan2 senegeri YM dan ada yang satu skolah ngan Ym masa sekolah menengah. Ada la dalam 12 org. So, masa tu YM kenalkan Fateema pada diorang semua. Semua kawan-kawan YM boleh terima Fateema dengan baik.

Sebulan selepas tu, tiba-tiba satu rumah perang dingin dengan YM. Ya Allah!What happen actually?YM jadi makin binggung. Tiap malam YM nangis sorang-sorang. Bila YM mengadu dengan Fateema, dia kata dia tak tahu. Then, satu hari semua decide nak berhenti kerja dan tinggalkan YM sorang-sorang.Ada yang bagi alasan taknak keje dah, nak balik kampung, rehat.So YM pun diam walau dalam hati dah banjir dah.

Mujurlah ada sorang kakak yang baru join rumah sewa kami, berkerja sekali dengan YM. Dialah yang banyak kuatkan semangat YM. YM menangis, dia cakap No!Dia suruh YM kuat!YM kena buktikan pada diorang semua yang YM boleh stand on my feet.Masa tu, hanya Allah yang tahu betapa sedih dan kecewanya YM. YM tak tahu apa salah YM?Seriously, none of them cuba utk bagitau YM apa salah YM.

Then, seminggu selepas tu, YM decide nak tukar keje coz kakak tu kata ada satu company kilang ni nak pakai pekerja, gaji pun mahal. So, YM tak lepaskan peluang coz YM cuma ada 2 bulan untuk kumpul duit banyak2 utk tampung kos study nanti. Nak ditakdirkan Allah, YM terjumpa kawan-kawan senegeri YM keje kat situ!YM terkejut sangat, kaget!Coz, most of them kata, taknak keje dah, nak balik kampung. So, YM just senyum kat diorang semua.Tapi diorang semua mengelak daripada YM.Seminggu selepas tu, semua resign dan tinggalkan YM lagi. :(

Tapi kali ni, YM lebih kuat. YM fikir, apa tujuan YM datang ke Semenanjung ni. Harapan Ibu n ayah YM. YM terus berkerja di situ sampailah habis cuti semester 3 bulan tu. Kenal dengan kawan-kawan baru yang sangat baik hati.Syukur alhamdulillah, dalam masa 3 bulan tu YM berjaya kumpul duit utk belanja study dan kirim ngan my parents sikit. Happy.

Tiba masanya YM kembali ke kampus. Dalam hati berdebar-debar juga sebab YM dah isi form member-member serumah yang sama lebih awal sebelum tercetusnya perang dingin tu. Tapi, YM fikir positif, insyaallah mungkin ada ruang kemaafan untuk YM selepas 3 bulan.

Rupa-rupanya sangkaan YM meleset.....

To be continued.....(panjang sangat dah, huhuhu)

Thursday, September 20, 2012

Dont judge Me!

Assalamualaikum

Courtesy : Facebook

YM saje je share ngan korang semua quote ni. Yelah, kadang-kadang kita ni jadi sangat-sangat judgemental pada org lain kan? Ym pun ingatkan diri sendiri juga ni.

Betul,senyuman yang terukir tu kadang2 tersirat seribu kepahitan.Kita tak tahu because kita tak boleh baca isi hati seseorang.Kita tak tahu apa masalah sebenar orang tu.Entah-entah dah banjir kilat dah kat hati dia tu, tapi wajah dia alahai setenang air di kali ha...

Semoga kita menjadi insan yang lebih prihatin pada orang lain, kan?
Insyaallah.....amin...

Wednesday, September 19, 2012

Mahu cari Duit sebanyak Mungkin!

Assalamualaikum

Berusaha keras selagi terdaya, itu lar YM. Dalam kepala berpusing-pusing berfikir apa lagi yang YM mampu buat untuk mengisi Tabung Jantung Yayan.Setiap masa, setiap saat keep on thinking about where shud i get those Money a.s.a.p. 

Kalau orang lain berfikir untuk hidup kaya-raya, YM pula sibuk berfikir kos pembedahan Jantung Yayan.Kalau orang lain sibuk berangan nak hidup senang lenang, YM pula berangan bahagianya kalau YM sudah punya sekurang-kurangnya separuh daripada RM47 ribu itu, (^_^)

Tapi, YM tahu.Allah menduga kita mengikut kemampuan kita sebagai tanda kasih-Nya.Because of that, YM percaya insyaallah Allah pasti akan selalu bersama dengan YM.YM kene terus berusaha tanpa kenal apa tu erti putus asa, insyaallah. 

So, YM nak lipatgandakan lagi usaha YM. Apapun selagi halal sanggup YM buat untuk Jantung Yayan, (^_^). YM dah jadi blogger tapi masih blm boleh cash out lg, tgh buat bisnes headbands kecik2 but still tak banyak sangat membantu lagi.

So, my next step now is Join Shaklee. YM dah sah jadi Shaklee Independent Distributor (ID 889833) So, lepas ni, kawan-kawan jangan pelik pulak bila YM dok share macam-macam pasal produk Shaklee yer?

Nape Shaklee??? Jum baca pengalaman kawan baik YM masa sekolah menengah dulu....Leen , yang juga sorang blogger.

************************************************
Mengapa Shaklee?
(Pengalaman saya)

Setelah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bulan Disember 2011, saya belum lagi menyertai Shaklee. Saya cuma menjalankan bisnes SweetBonda (penyusuan) sahaja. Walaubagaimanapun, saya masih belum 'sepenuh hati' menjalankan dan mendalami ilmu Shaklee ini kerana pada masa itu saya masih lagi cuba untuk 'menyesuaikan diri' dengan 'kehidupan baru' saya sebagai seorang surirumah. Walaubagaimanapun saya tetap mendapat bonus daripada Shaklee setiap bulan, kerana saya sendiri menggunakan produk Shaklee. Walaupun pada waktu itu saya cuma dapat 2 angka sahaja (2 angka pun sapa nak bagi free2 kan? hehe). Dan saya terus 'terlena' sehingga bulan Julai 2012. Alhamdulillah, bulan Julai saya melahirkan anak ke-4 saya. Dan dalam saya berpantang juga semangat saya sangat membara-bara.Dan akhirnya saya berjaya naik rank yang pertama! Dan hari ini (13 July 2012) alhamdulillah saya buat pertama kalinya berjaya mendapat bonus 4-angka saya!

Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!


Saya pemalu (*hehe). Saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Tapi di Shaklee (read: di kumpulan Euphoria), saya hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja - iaitu menaip di laptop! Dan saya pasti anda juga mampu melakukannya.

Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!

Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk atau barang, kita perlu menjual sesuatu yang berkualiti. Lebih-lebih lagi sesuatu yang perlu dimakan. Biarpun harganya sedikit mahal tapi ia datang dengan kualiti yang hebat dan terbukti selamat!

Jaringan Euphoria memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya


Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang surirumah.

Bermula dengan modal serendah RM65 ataupun tanpa modal langsung
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee. 

Caranya senang sahaja. 

Kalau saya nak senaraikan ada banyak lagi sebab mengapa saya memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan saya kini. Tapi harus diingatkan, bisnes ini bukan untuk orang-orang yang suka goyang kaki ya, kami cuma membantu 10% sahaja. 90% lagi adalah usaha anda sendiri!


Original Source : http://sweetbonda.blogspot.com 

***********************************************
Disebabkan dia kawan baik YM yang YM dah kenal almost 20 years, YM dah kenal sangat dia, YM yakin apa yang dia tulis bukanlah satu omongan kosong.

Insyaallah, andai ini jalan terbaik untuk YM dan Yayan, semoga Allah sentiasa bersama kami.

Amin....


Kecelaruan identiti!

Assalamualaikum

Siapa ituuuuu????

 
Owhhh!tidakkkkk!Anakku!! Ape ni Yayan???What happen to you, aaa???
Korang tengok la gelagat dier tuh.Yayan asyik amik tudung YM then pakai kat kepala dier.Ayooo!

Korang tengok la gelagat dier tuh. Berusaha keras taw nak pakai. YM simpan, dier ambik lagi. Haihhh...Bila YM marah, korang tengok la muka dier kat bawah tuh...

Buat muke!Buat muke!hahaha...YM geram betul tgk muka dier tuh. Bila dier dah start merajuk, YM pun cakap la elok-elok kat dier. YM kata, tudung ni is for Ibu.Ibu kan perempuan, jadi kenalah pakai tudung. Demo la sikit YM pakai tudung depan dier,hikss...

Yayan lelaki, Yayan boleh pakai ni dan ini. Ym demo la kopiah ngan snow cap dier. Siap ambik kopiah dier, demo kat pale YD lagik, hahahaha!tahan hati je YD bila YM suka-suki letak kopiah sebesar tapak tangan kat kepala dier yang sah-sah besar, haha!Yayan terkekek-kekek tgk ayah dier.hehehehe

Yelah, budak-budak kecik ni kita kene jelaskan kan?jangan kita anggap diorang kecik, diorang takleh faham.Diorang faham.

Kita doa banyak2 agar anak-anak kita tak berdepan dengan masalah kecelaruan identiti kan?Nauzubillah...