Monday, March 31, 2014

Penting ooo Minum air nih!

Assalamualaikum

Minum air masak ni memang sangat-sangat penting taw!Sebab apa?sebabnya,kalau air dalam badan kita tak cukup,badan kita tak mampu nak jalankan proses detox toksin-toksin dalam badan kita tuh.Tak mampu tahu??dok la toksin tu diam2 kat dlm bdn kita,pastu jadi la penyakit macam-macam.Omgee!takut!

Perasan tak kalau kat Malaysia ni,chinese la yang selalu dok usung bottle air ke mana-mana.Kadang tengok,gedabakkk giler bottle diorang dok usung,hihi.Melayu,hurmm...jarang-jarang nampak.

Minum air ni sangat penting supaya cecair dalam badan kita seimbang.60% daripada badan kita ni terdiri drpd cecair,soooo...ofkos la cecair ni mempunyai peranan yg sgt2 penting utk badan kita kan?Utk sistem pencernaan,penyerapan,peredaran,proses pembentukan air liur,mengangkut nutrisi dan penting utk seimbangkan suhu badan kita.Sangat2 penting tu semua proses tu kan?

Penggambilan air kosong secara lebih kerap juga mampu mengawal kalori dlm badan kita sebab bila kita memilih air kosong berbanding air bikarbonat atau kafein,secara tidak langsung mampu membantu kita mengawal penggambilan kalori.Which is,dah terang-terang air kosong tu non-caloric drinks dan menyihatkan!

Ha,ni YM share cara2 nak ambik air kosong dengan lebih baik.Hopefully kita boleh sama-sama improve cara kita kan?


Kalau YM nieh,even kat umah most of the time,YM tetap isikan air dlm bottle dan bawak ke mana tmpt yang most of the time YM duduk.So,tgh tgk TV ke,Online dpn PC ke,YM boleh la minum2 air tu,hehhee.


Ni la bottle yang YM slalu dok usung sana-sini.YM suka yang ada measurement camtu supaya YM boleh kira bape intake air YM seharian.Senang kan?So,jumm...rajin-rajinkan diri minum air kosong ye.

Oklah uols...see u in the next entry!Jaga diri taw...jgn lupa minum air!hehe..

Sunday, March 30, 2014

Starter of my Day!

Assalamualaikum


YM sangat-sangat suka mulakan hari YM dengan segelas fruits and vege smoothies.Rasa macam,ish2!fresh giler!Yelah,best giler kot sbb dlm tu ada mcm2 buah-buahan pojaan hati.Ada stoberi,blueberi,avocado,pisang,mcm2 lagi la.

Selain fresh n yummy,smoothies ni sangat2 bgs untuk sistem pencernaan kita.Ada banyak vitamin dan fiber dalam nieh.Boleh buat kita rasa kenyang.Memang on-the-go punya breakfast la.So,sapa-sapa yang busy takde masa nak breakafast tu,why dont you grab beberapa buah + sayuran,blend dengan Almond Milk,then there you go!Boleh minum sambil drive ke office you!hehhe...dlm pkl 12tghari gitu,baru le rasa lapar.Lagi bagus kalau korang add on Protein,like ESP Shaklee atau Cinch Mix Shaklee,(info?Klik SINI--> ESP Shaklee ) inshaallah akan menaikkn hormone "leptine" korang,so korang akan rasa kenyang lebih lamaaaa.Hehehe...bagus utk diet and jaga otot juga daripada menggeleber.

My Breakie this morning!weeeeeee!hehe
Ni Smoothies YM pagi tadi...First time masukkan sayuran taw dalam nih.Mula2 rasa mcm takut2 gak,apa la rasa benda alah ni bila boh salad +timun dalam tu khennnn??takut muntah ijau jek!hahaha.Rupanya,bila dah blend skli,wowuieeee!!sedap giler woo...takde pun rasa sayur-sayuran tu semua!terkjut gak la...hehe.So lepas ni,YM akan boh sayuran tu dlm smoothies YM.Wajib!

Smoothies YM pagi tadi, ada buah Kiwi,Avocado,Kurma,Chia Seed,salad,Timun and Almod Milk.So, blend la semua tu.Hirisan buah stoberi n Bluberi tu,YM tak blend skli,sebab nak rasa ada benda utk kunyah2,hehehe.Kalau korang nak blend skli,tadek masalah..ok jeww.. 

Owh ye,kalau nak buat smoothies ni,gula takyh masuk dah.Kita guna natural sweetness daripada buah-buahan tu je.Lagi sihat. :) uols try la!besttt!Palingg penting,menyihatkan gitu...

Owh ye,sure ada yg tertanya-tanya,apakah itew Chia Seeds kan?takpe,next Entry YM citer naaa...see you in the next entry! Take care!


Thursday, March 27, 2014

Saya Terpilih!

Assalamualaikum

Hari ni memang YM sgt2 happy taw!Happy sebab YM terpilih sebagai salah sorang pemenang contest kat instagram.Rezekiiii...alhamdulillah.


YM takdelah nak mengharap sangat pun YM boleh menang.YM join pun sebab kebetulan YM dah ambik gambar yang memang tgh guna tudung TDL.So,bila YM tahu pasal contest tu,just tag TDL jelah.Kalau menang,ofkos suka!tapi kalau tak,takpe,its ok.YM join for fun,:)


Tak tahu la kebetulan atau apa kan?YM ni kan,kalau join satu2 contest tu ,for fun n tak harap apa-apa,contest tu la yang YM akan menang.Tapi,Kalau YM join contest n nak menang sangat2,hampehh,mmg takkn menang punye!haha!Bayangkanlah...ada satu contest yang YM join hari tu,anjuran Yuna & Samsung Malaysia---The Sparkle Project,just for fun,tak fikir apa2 pun,samada nak menang ke apa ke,tetiba sangkut!tak sangka langsung!tak letak harapan langsung utk menang.


Tapi,tu laaaa...punyalah tak mengharap sampai tak alert langsung ko!!YM dapat tahu pun lepas sorang kawan contact YM.Dia tanya YM ada join program charity untuk Fund pembedahan Jantung Aryan ke dengan Yuna???Sebab dia nampak gambar YM kat newpaper Metro as a background event Yuna tu.Punya terkejut beruk time tu!


Ish-ish-ish...YM dpt tahu,event tu dah lepas pun.dah lepas seminggu lak tu!Email pihak samsung mmg ada hantar,tapi sebab mmg dh lama tak check,so memang tak perasan la..But,past is past.Takleh nak buat apapun.Takpelah,masuk paper as a background pun jadilahhh!hihi.Lesson Learnt,tu yang penting.

Oklah, semoga kalian pun ada rezeki untuk menang apa2 contest or anything yang diluar jangkaan kalian.all the best!*tetiba rasa nak buat Giveaway utk blog YM nih*hehe.

owh ye,kalau ada masa,jumm follow YM kat instagram---> @yayansmum 

See ya in the next entry!Take care peeps!

Wednesday, March 26, 2014

MH370 : Lautan Hindi

Assalamualaikum

Selepas dikhabarkan tentang berita MH370 di Lautan Hindi,YM jadi sedih sangat.Tak terbayang camne la ahli keluarga mangsa, :( Bila disebut je ended kat lautan Hindi,YM teringat lirik lagu Iwan, "sedalam-dalamnya Lautan India,lagi dalam cintaku padanya".YM jadi curious nak tahu...selalunya kalau sesuatu tu disebut2 dalam lagu,mesti ada sesuatu yang unik tentangnya.

Rupanya,lautan India ni adalah Lautan ke-3 terbesar di dunia.Dan bila bercerita tentang lautan nieh,kalian sendiri boleh bayangkan kan?Jgn bayangkan ombak menghempas lembut ke pantai tu....imagine more than that, :( Takleh nak imagine?jum...korang tgk video kat bawah nieh...



Subhanallah!Allahuakhbar!Lihatlah betapa besar dan luasnya kekuasaan Allah tu...Tak terjangkau dek minda kita.Tengok video tu pun YM dah rasa lain macam,huhu.Allahurabbi...Pada sapa-sapa yang dok ngomel-ngomel nakal sebelum ni,yang dok bising2 nape tak jumpa2 lagi kapal gedabak besaqqq tu....u all shud see this.Can you imagine camne nak carik a.s.a.p dengan keadaan yang camni??

Yes, Technology is there,but of course technology pun ada limit.Semoga black box akan dijumpai dlm masa terdekat nieh.Kita sama-sama doakan semoga dipermudahkan pencarian bukti-bukti tu.Semoga penemuan bukti-bukti tersebut mampu menjawab segala spekulasi,tohmahan,fitnah atau apa shaja yang berkaitan dengan lebih baik.

Come!We pray together for ANSWERS from Allah swt if it is the best for all of us.Wallahualam.


Tuesday, March 25, 2014

Shopping Tudung:Kod Baucer DISKAUN khas utk Pembaca Blog Yayansmum!

Assalamualaikum


Kelmarin admin website www.tudung2u.com.my contact YM.Diorang dengan baik hatinya nak bagi diskaun tawww dengan pembaca-pembaca blog YM nieh.Sajork je highlite kasi besaq2 siap boldkan lagikk kat word Diskaunnn itewww....haha!Happy tu Mcm la ramai kan pembaca belog ai nieh,hehe.Alaa...takpelah kan,yang penting uols rasa speciallll gitewww..YM pun apalagi lepas diorang kata nak bg kod diskaun tu,laju je kata OK...rezeki jangan ditolak wut!Apalagi kalau bab-bab shopping nieh kan?opkosss la sukee!

Plus,tudung kat website www.tudung2u.com.my tu pun boleh tahan,comel-comel.Paling penting,harganya sangat-sangat berpatutan.Meh sini YM tempek sikit gambar2 tudung2 yg berjaya tangkap attention YM.






Ada macam2 jenis tudung kat sana.Tudung halfmoon,tudung segi empat, tudung bawal n shawl labuh>Ada jual anak tudung n brooches as well.Alahhh...mcm2 laa...korang pegi la jengah sendiri k?shopping2 la kat sana.

Kalau dah shopping tu n nak DISKAUN, type Kod baucer diskaun ni kat box yang disediakan ye--> ASB2014 .Owh ye Promosi ni sampai 31hb March 2014 ni je taw.So,Shopping la lelaju k?kalau tak kang rugii...hehehe.



Address website --> http://www.tudung2u.com.my
Kod Baucer Diskaun pembaca blog YM ---> ASB2014

Oklah uols...happy Shopping naaa!Take care!

Monday, March 24, 2014

MH370: SAH TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI

Assalamualaikum



MH370: SAH, terhempas di lautan Hindi-PM ] Perdana Menteri mengesahkan perkembangan terbaru pesawat MH370 telah terhempas di Koridor Selatan,Lautan Hindi.Sidang Media susulan akan diadakan pada pagi esok.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba rasa sebak sangat.Walaupun YM tak kenal krew dan penumpang-penumpang dalam tu,tapi YM dapat rasa kesedihan yang dirasai oleh ahli keluarga yang terlibat.Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya kan?

Semoga ahli keluarga yang terlibat terus kuat,tabah dan cekal mengharungi kehidupan mendatang.Amin...

Dalam kesedihan ni terselit juga rasa syukur,sekurang-kurangnya Allah  memberikan kita semua "jawapan" kepada persoalan-persoalan kita sebelum ini.Dia tak tinggalkan kita dengan persoalan yang tiada jawapan..Semua yang berlaku,pasti ada hikmahnya.Hanya Allah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tidak kita ketahui.Wallahualam.



Dah setel bayar nama website sendiri!

Assalamualaikum



Alhamdulillah,dah bayar pun sewa tahunan domain a.k.a nama Blog YM (www.yayansmum.com) nieh semalam.Phewww!!seb baik YM sempat bayar sebelum Serverfreak Off-kan blog YM semalam.Hehee.Last year,YM tak perasan pun taw.Dah kena off,baru la YM mengelebah check email yahoo.Bukan apa,email yahoo ni YM jarang bukak,most of the time guna yayansmum@gmail.com je...tu yang tak perasan tu.Sekali bukak,ha hambekkk...banyak2 kali Serverfreak nieh hantar notis soh bayaq!haha...freakyyyy...hiksss...

YM dah guna Servis Serverfreak nih dah masuk tahun yang ke-2.Bagi YM oklah,sebab servis diorang pantas n sgt2 membantu,especially org2 yg agak2 tak bape pandai handle ngan benda2 cenggini,YM le teww...hehe.

So,sapa-sapa yang rasa macam best je nak berdotcom-dotcom ni kan...boleh la guna servis diorang.Tak mahal mana pun...bg YM mmg berpatutan dah.Dengan servis pantas dan cepat je reply semua kemusykilan kita tu,bagi YM memang sgt2 berpatutan dah.Bagi YM,servis diorang Thumbs up la!YM takyah pun susah-susah,pening2 kepala nak fikir...just fikir nama website sendiri jek,yang lain-lain diorang setelkan.Hehe.

Korang boleh klik kat sini --->SERVERFREAK  kalau nak tahu lebih lanjut and kalau nak berdot com-dot com ye! 

Till then, jumpa lagi di next entry!Jaga diri... :)




Sunday, March 23, 2014

Yummylicious Update: Menu Dinner 22.03.2014

Assalamualaikum


YM ni kan mmg suka sangat tangkap gambar-gambar makanan nieh.Yelah,nampak comel and cool kot!Especially kalau kita yang masak sendiri kan?even tak sedap mana pun,rasa mcm best sgt kalau berjaya masak.Hihi.

Semalam YM masak nieh...


Sup Daging
Daging Masak Kicap
Sambal Belacan + Timun

Daging dalam sup tu kan, kitorang suka cecah ngan sambal belacan tu.Perghhhh!memang besttt,nak-nak kalau sambal belacan tu spicy giler!YM tumbuk sambal belacan tu ngan lesung ye,tak guna blender pun.Nak tercabut tangan tumbuk ngan lesung sampai cilipadi tu semua lumat!haha.

YM kalau buat sambal belacan,memang boh cilipadi semua.Baru terangkat kan?tu kalau Mat Salleh makan tu,memang 3 hari 3 malam menangisssss.Pastu bila cilipadi n belacan tu dah lumat,baru le YM potong tomato n bawang kecik,perah limau,ish-ish-ish!Kalau cite pasal sambal belacan...meleleh-leleh ayaq liuq!

Paling best kalau anak sendiri sebut, "hurmmm...sedap Ibu masak!",alollololo...so sweeetttt kalau anak kita cakap cmtu kan?Rasa ilang habis penat lelah kita bertungkus lumus kat dapur.Mudah-mudahan jadi anak yang soleh...amin....

YM ni bukannya rajin mana pun masak.Ada masanya,makan gak kat luar.Best kot dpt makan kat luar tu,boleh rehat2kan tulang temulang nieh ha.hahaa.Over.Tapi YM try gak la,masak sekerap yang mungkin.Biar ada "food memories"yang mampu Yayan ingat bila dah besar nanti... :)

Oklah, kita jumpa next entry ya! Take care semua!


Wednesday, March 19, 2014

Benda Manis yang kami suka!

Assalamualaikum


Kids always love icecream right??woooowooo!not only kids,yang tua bangka pun suka pe aiskrim,hehe.Ym le tewww...hehe.Ada yang cakap,kita tak mampu nak beli kebahagiaan,tapi kita mampu beli aiskrim,yang mana akan buat kita tersenyum,bahagia.Ye ke??hehe...well,kalau kita makan aiskrim kan,rasa sejuk dan manis tu akan buat kita rasa,ahhhh!korang boleh rasa sendiri la kan?

Tengok jelah iklan-iklan kat TV tu.Well,almost all of them akan relates to love la,happiness la,semua yang best2 je kan?Yelah,benda-benda manis,opkos la relates ngan benda-benda happy kan?

Hari tu,YM ke kuantan.So,a must spot yang yayan selalu request kalau kitorang ke Kuantan ialah BaskinRobin!Well,Ibu dia pun suka sebenarnya,as well as the ayah!Mujur la Kuantan ni about 1 hour ++ dengan umah,kalau tak ish-ish,mufliss!So,dlm sebulan-dua jelah kitorang akan ke BR nieh.


Lucky us!coz masa ni YM pegi,BR tengah buat promosi Pink Day for Wednesday!Yipeee!!YM tak tahu pun selama nieh.Yelah,sebelum ni pegi maybe tak kena masa kan?Yang YM tahu,every 31st in the month je,BR buat promo harga murah.But,this one,YM tak sure sebab YM dengar cite2 org je,tak penah experience sendiri.

Mula-mula tak perasan taw pasal promo ni.YM pelik je, tengok seats kat BR ni penuh semacam!Selalu pi takdelah ramai cenggini.Mujur la ada seat kosong lagi.Then,cam biasa pegi order la menu biasa,tetiba ditegur ngan staff kat situ, "ahkak...hari ni ada promosi pink day taw!akak beli 2 scoop ice cream nih dengan harga 1 scoop hari biasa".Eh...eh....ye ker???Punyalah YM ni,tak prihatin pada alam sekeliling kan,sampai tak sedar pun pasal promo ni.Bapak besar diorang tampal Pink Day tu kan,siap decorate bagai lagi kaunter tu dengan pink,YM tak boleh perasan!hiksss...

Sooo, YM end up beli nie...


Owh!my goodness!memang super duper nyummy!!YM memang sangat-sangat suka chocolate mint (yg kaler ijaoo tu!).Selalu kalau ke sini,ambik 1 scoop sorang je dah cukup!ni sampai 2 scoops sorang!haha!hambekk!heaven giler kot!


So,Ingat Rabu,ingat Pink Day,Ingat Baskin Robbin!hihihi...

Till then,jumpa next entry!Take care..


Tuesday, March 18, 2014

Krim terbaik untuk ruam/ekzema/tumit merekah

Assalamualaikum





Kelakar betul la YM petang kelmarin,bila tahu yang shaklee dah restock Herbalblend,menggeletar YM order ko!haha.*Apa kes minah ni kecoh semacam?*well,kalau korang nak tahu la kan,Herbalblend ni antara produk paling malatopss dan sangat disukai ramai!Kejap je out of stock taw!

Dulu memula jadi agen shaklee nieh,YM tak reti lagi la nak berkejar2 dengan produk-produk hebat shaklee ni.Agak kenaifan di situ.Pelik je ramai agen-agen shaklee yang kena panick attack kalau ada benda yang restock,haha!Lebih kurang mcm,korang semua ni pehal??kecoh semacam!well,sekarang,aku bukan seperti dulu,hihihi.Sudah pandai simpan2 stok mana produk yang hot macam pisang goreng panas nieh.

Okay,nak tahu kenapa Herbalblend ni hot semacam?meh nak citer meh..

1. Sangat bagus untuk membantu mereka yang ada Eczema / ekzema.
2.Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah- sangat sesuai sebagai krim untuk tumit merekah atau tumit pecah-pecah
3.Membantu memudarkan parut seperti parut campak / chicken pox
4.Membantu melegakan ruam pada bayi- sangat sesuai sebagai krim untuk ruam bayi
5.Juga sesuai dijadikan sebagai krim untuk hilangkan kesan gigitan nyamuk
6.Sesuai dijadikan sebagai losyen harian yang bebas paraben dan juga bahan2 terlarang yang merbahaya untuk kesihatan.Sangat sesuai dijadikan sebagai krim untuk kulit kering.


Ni antara testimoni yang paling YM suka.Bayi ni ada penyakit ekzema.Ibunya menggunakan herbalblend utk disapu ke atas kulit bayinya yang comel ni secara konsisten dan disebabkan bayi ni masih menyusu badan,so ibu dia mengambil inisiatif untuk minum ESP shaklee & vit C sustained released untuk disalurkan kepada bayi melalui susu badan.Sooo,disebabkan tu proses penyembuhan lebih cepat!alhamdulillah.
My son,Dak Yayan tu pun memang ada eczema sejak bayi.So,krim ni alhamdulillah really works for him.YM memang kena selalu bawa ke mana-mana sebab dak Yayan tu kalau kat tempat-tempat yang panas,mula la naik benjol sana,benjol sini,gatal sana,gatal sini,especially kat pelipat-pelipat tu.Eh!mcm pelik je,pelipat-pelipat,haha.Ah!belasah jelah.Hihi.

So,sesapa yang berminat,sms/whatsapp je YM---> 011-2112 1422 k?Harga Runcit herbalblend ni RM27.50 je taw!Sangat2 berbaloi dengan kualiti yang superb!I tell you, this is one of my bff dalam henbeg.Disebabkan herbalblend ni panjang,so YM boh je dlm bekas kecik sikit,so anytime available for me and for my sweetheart,Yayan.

Till then,see u in the next entry!

Stay Beautiful,stay Healthy!

Saturday, March 15, 2014

Apa ada Pada nama?

Assalamualaikum


Ramai yang tak tahu yang sebenarnya ibu YM adalah seorang mualaf.Masih ramai lagi keluarga di sebelah ibu YM yang bukan Islam.Ibu memeluk Islam selepas berkahwin dengan abah.Alhamdulillah.

Walaupun Ibu dah memeluk agama Islam,kami masih rapat dengan keluarga sebelah ibu.Keluarga sebelah ibu memang sangat-sangat baik dan memahami kami sebagai muslim.Setiap kali hari raya,mesti ramai yang datang berkunjung ke rumah kami memeriahkan lagi syawal.Dan kami pun akan balik ke kampung setiap kali perayaan Tahun Baru tiba.Ofkos Ibu saya la akan jadi ketua Chef.Hehe...



Teringat masa YM kecik-kecik dulu,betapa la tahap curiosity YM tu mengila sampaikan YM pegi tanya soalan-soalan yang agak menjengkelkan kat ibu YM tu.Hehe.Boleh je YM tanya,"Umi,dulu kan,Umi makan b*** tak?rasa apa yerk?" suka hati aku je bagi soklan-soklan camtu kan?huhu..Umi tak bagi jawapan pun dengan soalan YM tu.Membiarkan YM bertanya2 sendiri dan mencari jawapan sendiri.Bila dah besar baru la YM tahu apa agama dan praktis agama lama ibu YM.Tetiba rasa bersalah tanya soalan pelik ntahpape kat ibu Ym taw..huhu

Ibu YM pun tak pernah tukar nama dia taw.Kat IC dia tetap tertera CATHERINE MILD.Kat sekolah masa daftar pun YM tetap tulis nama tu.Kat Sabah takdelah janggal sangat bila YM guna.Bila sambung study kat UIA,Gombak...haaa!situ la menjadi tanda tanya ramaiii org.Selalu je dapat soalan-soalan pelik dr kawan-kawan.

YM teringat lagi satu kes kat campus,YM dipanggil oleh Kaunselor kat kampus.Masa tu punya la berdebar-debar kan?pehal pulak tetiba kena panggil ni ha??Apa la yang aku dah buat nih?seram sejuk dibuatnya.Then,bila bukak mulut,rupanya diorang ingatkan YM ni dibesarkan oleh keluarga yang ayahnya muslim and ibunya non-muslim yg tidak menukar agama-Living together.Astagfirullahalazim..

Plus Ym pulak berasal dari Sabah kan?so,lagi la menguatkan teori diorang tu,since kat Indonesia dengar2 ada yang praktis cenggitu.Rupanya diorang nak kaunseling YM sebab ingatkan YM ni dibesarkan dengan keluarga yang punya 2 agama.Mengucap panjang YM.Camtu sekali penangan nama ibu YM kan?hehe

Tapi YM tetap berbangga dengan nama ibu YM tu dan Ym puji pendirian ibu yang tak mahu menukar namanya walaupun telah bertukar agama.Sekurang-kurangnya,dengan nama dia tu la kami akan selalu ingat keturunan ibu kami,asal usul kami.

This is my Mum-- Mrs Catherine Mild


Dusun Kadazan adalah asal usul ibu saya,Islam adalah Cara Hidup dia,alhamdulillah.!


Friday, March 14, 2014

Mahu Mencerahkan Kulit wajah?Ni diaaa...produk mencerahkan kulit *wink*

Assalamualaikum


ESP ni memang fast selling product.Antara Produk killer YM jugak la.Memang ramai customer YM yang suka sangat ESP nieh.Ramai yang dah jadi pengguna setia gitu.Nak-nak kalau ESP tengah promosi,buy 6 free 1,mahu memborong semua kakak-kakak,cik adik manis n makcik-makcik semua,eh-eh,lelaki pun ada tawww!Jgn tak taw.Lagipun ESP ni bukan untuk ladies jek,semua boleh minum okey?

Ramai customer YM suka ngan ESP nie sebab diorang rasa bertenaga.Lagi satu diorang kata,kulit jadi cerah berseri gitu.Yelah,ESP shaklee ni memang makanan kulit coz ESP ni berasal daripada soya.Soya yang digunakan dlm shaklee ni,organik ye,bukan GMO-yang dah diubahsuai tu.GMO products memang sgt2 bahaya untuk kesihatan taw.



Paling penting, produk ESP Shaklee ni dijamin selamat dan halal.Diiktiraf oleh KKM dan ISA (badan yang diiktiraf oleh Jakim) .So,boleh la minum tanpa was-was,inshaallah.

ESP memang sgt bagus untuk mencerahkan kulit,membantu merawat sun-burn (kesan cahaya matahari),menegangkan kulit dan memudarkan garis-garis halus penuaan.Menarik kan? (^__^) Sebab tu la ramai ladies suka...


Meh sini YM gitau apa lagi kebaikan lain ESP nieh :

Kenapa Esp ni paling laku n jd favourite ramai org???

♥ Untuk wanita yang ingin hamil atau plan untuk hamil: ESP memelihara kesihatan rahim kita.

♥ Untuk wanita yang sedang hamil : ESP menguuatkan rahim kita dan membantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

♥ Untuk wanita yang menyusukan anak : ESP membantu dlm penghasilan susu badan.ESP mampu membuka rongga-rongga susu yang tersumbat dan melancarkan pengaliran susu badan.Bila kita cukup protein, badan kita akan rasa lebih bertenaga dan susu yang terhasil pun berkhasiat.

Untuk sesiapa yang ingin menstabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya,yang kaya dengan isoflavones,ia bantu memulihkan hormon wanita-hormone estrogen.Ia membantu mengeluarkan darah kotor dan menggantikan protein yang diperlukan.

Untuk sesiapa yang mahu kurus,wanita ataupun lelaki : ESP buat kita rasa kenyang lebih lama.Nafsu nak mengunyah selalu pun kurang.

Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrisi dalam badan kita. Bila semuanya cukup, inshaallah sistem pertahanan tubuh badan kita lebih baik utk menentang bakteria/penyakit yang datang.

Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri2.Juga menegangkan payudara dan pinggul. :)

Untuk sesiapa yang puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah.

Untuk sesiapa yg selalu rasa letih2,lesu2,badan sakit2 tak bertenaga: Esp memberi tenaga segera dan berpanjangan!Bertenaga dari siang membawa ke malam!


Untuk pertanyaan / tempahan,boleh rojer-rojer YM ok? SMS/WHATSAPP 011-2112 1422.Jgn memalu k?u kan my friend... hehe..

Tak perlu isi penuh pun!

Assalamualaikum



Semoga kita semua sentiasa berusaha sehabis baik untuk merealisasikan impian kita semua!

Thursday, March 13, 2014

Sanggar Cheese Mabeles

Assalamualaikum


Pernah dengar Sanggar Cheese tak?Tak penah?okay-okay..kalau Sabahan ofkos tahu apa yang YM sebut ni,sebab makanan ni tgh hot kat sabah sekarang,hehe.Sebenarnya Sanggar Cheese tu ialah pisang goreng yang diletakkan cheese ke atasnya,like this...

My Homemade Sanggar Cheese
Sanggar tu maksudnya pisang goreng.So,kalau Sanggar Cheese tu maksudnya Pisang Goreng berkeju la.. :) Hari tu YM balik kampung,so dapat la rasa penangan sanggar cheese sedap ni.Mula2 beli kat town Kota kinabalu, pisang gorengnya agak sejuk,so sah-sah la kurang menyengat.Agak kuciwaa di situ.ok fine.

Then,berpeluang menziarah ibu saudara YM kat Tawau,so dapat la YM rasa Sanggar cheese version Tawau pulak.Fuhhh,yang ni memang best!the best in town gitu.Pisang goreng ni panas-panas,mabelesss!Baru keluar dari kuali,korang bayang la..Teringat-ingat kesedapan,kerangupan dan kelemakan sanggar Cheese tu taw!

So dek teringat-ingat tu la,YM bersemangat waja buat sendiri koo.Alaa...bukannya susah sangat pun,buat mcm pisang goreng biasa tu,then parut la cheese ke atas pisang goreng panas-panas korang tu and boh susu pekat manis sikit,ala-ala percik-percik atas pisang tu je,jgn korang bubuh bebanyak pulak susu tu,kang over manis,tak elok utk kesihatan,acewahh, :P

Tapi, memang terubat la kerinduan dengan sanggar cheese ni bila dah buat sendiri.Yayan n his ayah pun suka,happy!Aryan siap request soh buat 2nd round,amboi-amboi budak kicik nieh...

Alamak!tetiba rindu gilerr kat kampung laman tawww!uwaaaa!
Oklah uols,see u in the next entry.Take care!