Showing posts with label tips keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label tips keibubapaan. Show all posts

Tuesday, February 10, 2015

7 Tanda Awal Anak Kecil anda Bersedia dilatih ke Tandas


Bismillah
Parents mana tak happy kalau anak dah start pandai ke toilet sendiri kan?YM dulu pun,bila Yayan dah pandai ke toilet sendiri rasa macam wuhuuuuuu!!good job mere beteee!hehe.Senang sikit idup Ibu taw!Lagi satu,jimat!Kuranglah sikit bajet kita on that thing kan?
So, ok..kali ni YM share pengalaman YM sendiri dengan Yayan ni.Manalah tahu boleh membantu kawan-kawan kat luar sana yang still tercari-cari cara mengajar anak ke tandas,tips mengajar anak ke tandas,tips ajar anak ke tandas dan juga cara melatih anak ke tandas,kan?Well,sebelum belajar tips-tips tu semua,perkara utama yang perlu kita tahu ialah adakah anak kita sudah betul-betul bersedia untuk ke tandas sendiri???
Sebenarnya,mengajar anak ke toilet ni tak semestinya stick pada certain age.Semuanya bergantung pada kesediaan kanak-kanak tu sendiri.Apabila mereka bersedia dari segi fizikal,sikap dan juga kemampuan kognitif mereka.

Dan disebabkan itu juga la YM buat keputusan  untuk membiarkan Yayan sendiri bagitau YM bila dia ready untuk ke toilet.Peaceful way i think.The most gentle and easy for both of us, mommy and son.
Ni YM senaraikan antara tanda-tanda yang anak kita dah ready utk belajar ke toilet sendiri berdasarkan pengalaman sendiri dengan Yayan dan juga pembacaan YM :
  1. Anak sangat suka bila berjaya buat sesuatu dan suka bila mampu berdikari sendiri. Contohnya,dia akan bagitau kita "ibu...ibu!tengok apa yayan buat ni...cantik tak?"/ "ibu,tengoklah,ni yayan buat!"ataupun"Yayan blh buat sendiri la,ibu...".Kalau kita minta tolong dia ambil sesuatu dan dia buat dengan senang hati dan bertambah happy kalau kita ucap terima kasih dan puji dia,ini juga merupakan tanda-tanda mereka sudah bersedia untuk berdikari dan dilatih untuk ke tandas dengan sendirinya.
  2. "Masa kering" lebih lama,maybe dlm 2-4jam.Contohnya,kalau kita tukar diaper diorang,diaper tu still kering.Ini menunjukkan mereka sedang belajar untuk mengawal pundi kencing mereka dan pundi kencing mereka mampu menyimpan cecair dlm jangka masa yg lama.
  3. Anak kita sudah mula rasa tak selesa memakai diaper yang kotor.Dia akan bagitau kita apa yang diorang rasa.Ini adalah petanda yang baik sebab diorang dah start faham hubungkait diantara usus,badan dan juga apa yang diorang rasa.
  4. Anak mula bagi perhatian pada orang lain yang ke tandas.Contoh terdekat,kalau ibu ke toilet.Dia akan mula ketuk-ketuk pintu toilet,nak masuk sekali dan sgt curious nak tahu whats happening inside!haha.Well,time ni kita kena explain dengan dia.Time ni la kita kena communicate betul2 untuk sampaikan dengan dia yang dia pun perlu buat benda yang sama.
  5. Anak kadang-kadang bagitau dia nak buang air.Contohnya,tetiba je dia stop dan tengok ibu dan cakap "ibu,yayan yuk-yuk laaaa!" or "ibu,yayan pee-pee laaa".Tetiba je taw.So,moment camni juga menunjukkn mereka dah alert tentang pergerakkan usus mereka,apa yang mereka rasa bila "melepaskan" sesuatu keluar dari badan mereka dan bersedia untuk dilatih untuk ke toilet.
  6. Bila mereka buang air besar,perkara tu menjadi sangat-sangat obvious.Mereka akan menunjukkan rasa tak selesa tu melalui riak muka,ataupun mereka akan carik port untuk rasa selesa "membuang" dlm diaper seperti menyorok di sudut-sudut tertentu dan sebagainya.Mereka mahu bersendirian bila nak "membuang".Hehe.so comel!
  7. Last but not least,anak kita akan mula mencuba untuk dilatih menggunakan "tandas".Contohnya,kalau kita beli potty training toilet mcm dlm gambar kat atas tu kan..so dengan rela hati dia nak duduk kat situ tanpa ada rasa takut-takut ataupun menolak untuk duduk di atasnya,means dia mmg bersedia.Walaupun untuk permulaannya dia bukanlah nak membuang pun kat situ.Diorang cuma nak play around dengan that stuff.Its ok.Tapi kita noleh slow2 ajar,cuba tanggalkan diaper diorang dan cuba untuk fahamkan diorang kalau nak kencing or poo-poo,ini la tempatnya.Tapi,in case kalau anak anda ada rasa takut-takut untuk duduk kat atas tu dan menunjukkn "penolakan" yang agak luarbiasa,stop la dulu.Rehatkan dia untuk jangka masa 1-2 bulan then cuba lagi,dan perhatikan apa reaksi diorang.Jangan sesekali paksa diorang.
So, kalau banyak tanda-tanda kat atas ada pada anak-anak anda,inshaallah mereka dah ready untuk dilatih ke tandas!yayyy!Bila dah ready,barulah kita belajar tips-tips untuk melatih mereka ke tandas pulak yang mana YM akan share di post akan datang.Stay tune mama!
Klik Play utk Tonton,Testimoni LIVE - Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT?
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Maklumat lanjut tentang produk, sms/whatsapp 011-2112 1422 (Pn Ayu)

Monday, June 30, 2014

Cara Melatih Anak Berpuasa

Assalamualaikum

Hi Lovelies!Camne puasa semalam?ok tak?ada yang melepek,lembik-lembik?hehe..takde kot kan...semua kuat-kuat nieh.

YM happy sangat 1st Ramadhan nie,sebab my son Yayan yang umo 4tahun++ tu puasa PENUH!alhamdulillah.Start 5.30pagi sampai la 7.24petang,syukurrrrr.YM memang over the top la happy!sebak ahkak taw!emosi sikit,hehe.Yelah,ni pengalaman pertama dia berpuasa dan syukur pengalaman pertama ni la pengalaman paling best dia bagi kat ibu dia nieh ha.Mula-mula YM agak risau juga,sebab yelah dia kan pesakit jantung,so YM risau kot-kot dehidrasi jadi.Pesakit jantung ni memang sensitif dengan dehidrasi.Tapi, Ym memang tawakal je.Doa banyak-banyak utk dia.



Ni video yang YM rekod pukul 6.30petang.Masih energetic lagi si kecik nieh.Happy lagi ha,menyanyi,saya "kuasa",saya "kuasa".Hihihi.Banyak kali ajar dia "P-U-A-S-A,tak jalan gak..nak jugak dia sebut Kuasa....haiihhh...tak kuasa dah YM nak betulkan,haha!Alhamdulillah,dia takde pun menangis-nangis melalak nak minta air or makan,sekali pun takde.Cuma ada gak la dia tanya dalam pukul 3ptg tu,"Ibu tak masak ke?"hihi.Then YM gitau,"kan ibu dah gitau,kita puasa".Dia just cakap "ooooooohhh!ok"hehe.Faham dia,bagus.Maybe terlupa la tu,dia puasa.

Ni reaksi budak kecik ni bila nampak makanan.Lahaiii...tu makanan yang dia pilih kat Bazaar Ramadhan.YM ajak dia ke Bazaar Ramadhan,nak bagi dia happy-happy sikit.Ym siap bagi kebebasan utk dia pilih apa dia nak.Dia apa lagi,lompat bintang la!haha.Laju je tunjuk sosej gergasi!RM4 sebatang ko!hihi.Oklah,rewards utk dia sebab puasa seharian kan?Dia siap nak air carrot susu lagi ha...hihi.Tapi bila YM kata,takpe,ibu bancuh kat umah,dia anggukkan aje.Hehe.Good Boy!

Reaksi dia kat gambar tu buat YM "meleleh" ayaqmata.Huhu.Mahunya tak sebak,bila tengok budak kecik gitu makan dengan happynya lepas seharian berpuasa.Memang terharu ahkak taw!sejuk rasanya perut ni mengandungkan ko nak.Alhamdulillah.YM dulu kecik-kecik, mula-mula mak latih puasa pun tak macam dia,menangis la jugak nak minta bukak puasa,siap hentak2 kaki haa...haha!malu pulak ngan anak,hihi.

Bila YM update status happy YM kat FB tentang progress yayan ni,ramai yang pm YM nak minta tips.So,YM rasa better YM share jat blog ni,manalah tahu boleh bagi benefit kat ibu-ibu lain jugak kan.Inshaallah.Tips Ym ni tips biasa-biasa je,tapi kalau mampu membantu kawan-kawan,alhamdulillah...YM happy sangat!


Tips Melatih Anak kecil Berpuasa ala YM :

Tips 1 : Terangkan dengan anak tentang apa itu puasa dengan menggunakan bahasa yang paling mudah.Terangkan dengan penuh rasa gembira dan excited supaya dia faham yang Puasa tu sebenarnya sangat Best!

Tips 2 : Pastikan malam sebelum tu anak2 tidur awal supaya boleh bangun sahur dengan lebih baik.Takdelah menangis2.Hehe.Kalau diorang tak mampu bangun sahur seawal kita,jadikan waktu sarapan mereka itu sebagai waktu sahur.

Tips 3 : Berikan anak-anak makan makanan berat seperti nasi utk melapik perut.Walaupun hanya makan 2-3 suap,itupun dah memadai,yang penting diorang makan.

Tips 4 : Berikan mereka suplemen/makanan kesihatan/vitamin yang mampu membuatkan mereka rasa kenyang lebih lama dan suplemen yang mampu memastikan bendalir di dalam badan mereka sentiasa seimbang.YM bagi Yayan minum mealshake shaklee + performance drinks shaklee ni slps bersahur.YM bancuh sekaligus keduanya ni dan bagi yayan minum.Alhamdulillah,suplemen ni mmg sangat2 membantu yayan utk kekal cergas dan tak dahaga.


Tips 5 : Pastikan anda mengalihkan perhatian anak-anak daripada ingat tentang rasa lapar/dahaga mereka dengan memberikan mereka aktiviti-aktiviti yang menggembirakan mereka.Apa-apa sahaja aktiviti yang mereka gemari mampu membuatkan mereka lupa tentang makan dan minum.Dengan syarat,anda perlu bermain bersama mereka sekali sekala.

Tips 6 : Peluklah mereka banyak kali dalam sehari.Beritahu mereka yang kita sangat bangga dengan mereka.Pujilah mereka berkali-kali.Kanak-kanak sangat suka pujian.Mereka hidup dengan pujian.Mereka sangat bahagia dengan pujian terutamanya daripada orang2 yang mereka sayang,ibu dan ayah.Pujilah kehebatan mereka.Inshaallah mereka akan lebih bersemangat lagi untuk berpuasa.

Oklah kawan-kawan.Tu je tips picisan dari YM.Semoga berguna untuk kawan-kawan semua.Semoga kita mampu mendidik anak-anak kita berpuasa dengan lebih baik tahun ini,inshaallah.

See ya in next entry guys!take care!

Tuesday, December 31, 2013

Tips mengajar anak tidur berasingan

Assalamualaikum

Budak Umo 4Tahun...hehe
Lepas YM upload Pic Dak Aryan nie kat Facebook and update status kisah di sebalik gambar ni, ramai juga kawan-kawan PM YM tanya camne YM biasakan Dak Aryan ni tido sendiri dan berasingan daripada kami???


Memang tido ganaszz sikit dari kecik lagi..haha!
Utk pengetahuan kawan-kawan semua, Dak Aryan ni memang sejak dari baby lagi,dia dah tido sendiri.Bukan di bawah ketiak ibu dah tapi di katil dia sendiri,mcm gambar tu,hehe.Memang tu la katil dia sejak baby lagi.Dia masih lagi muat dlm tu walaupun sekarang dah genap 4 tahun punnn.

Yelah,Dak Aryan ni memang jenis badan comel-comel je.Doctor kata,pesakit jantung memang akan membesar comel-comel gitu.Takpelah,yang paling penting dia sihat walafiat dan cerdas kan?
alhamdulillah...


Tapi, rasanya tak lama lagi YM nak beli katil baru utk dia nieh, sebab dia dh start tertendang2 kayu-kayu tu, hihihi.Petanda nak soh beli katil lg besar le teww, hihi.

Ok...ni YM share tips yang YM sendiri apply kat Dak Aryan.Takdelah special sangat pun, tapi manalah tahu berguna utk kawan-kawan kan?

1. Ibu perlu bersedia dari segi mental fizikal utk membiarkan bayi/anak anda tidur berasingan daripada dakapan anda sepanjang malam.Ibu perlu sedar yang bayi/kanak-kanak juga perlukan masa rehat yg cukup selesa berasingan dengan kita.Ibu sendiri juga akan tidur lebih selesa tanpa perlu mendakap si kecil.Bisik pada minda kalian "masih banyak masa utk mendakap si kecil dan semua yg anda lakukan untuk kebaikan dia juga.

Kalau ikutkan YM dulu pun, rasa mcm nak peluk Dak Aryan ni sepanjang masa, tapi bila fikir-fikir...apa yang YM buat tu bukan utk kebaikan dia,dia perlu membesar menjadi anak yang berdikari.Kuatkan semangat.Paling penting,kesayangan anda yg satu lagi (suami) juga perlukan anda,antara perkara yang kadangkala kita terlepas pandang. 

2. Pastikan katil dia bersebelahan dengan anda,sekiranya anda rasa tak sanggup berjauhan dengan si manja di malam hari, :)

3. Pada permulaannya,anda akan rasa sedikit penat,especially time nak bg susu kan?Takpe....itu tak lama.Bersabar dan konsisten.Selepas susukan si manja anda, letak la semula dia di katilnya.Ibu perlu konsisten.Tanamkan dlm minda,semua ni utk kebaikan si manja anda. Anda perlu berkorban.

4. Perlu ada jadual tetap utk masa tidur anak-anak anda.YM selalunya akan tidokan Aryan dalam pukul 8.00malam masa dia baby, bila dah masuk 2tahun ke atas YM tidokan dia pukul 9.00malam.Paling lewat pun dalam pukul 10malam la.Yelah, budak-budak ni perlu tidur yang cukup baru diorang tak mengamuk time bangun pagi nanti.Takdelah muka monyok, nanges-nanges meraung-raung masa nak mandikan dia pagi nanti, hehehe.


5. Sekiranya anak anda sekarang sudah pun mencecah umur lebih drpd 1 tahun ke atas,belum terlambat utk mendidik dia utk tidur berasingan.Kuatkan semangat anda.Pujuklah dia tidur di tempat yang anda sediakan,bercakap dengan dia, biar dia tahu kenapa ibu buat macam tu.

6. Pastikan badan anak anda selesa.Sekiranya mereka berpeluh-peluh, mandikan mereka,gosok gigi dan pakaikan dia dengan pakaian tidur yang bersesuaian.Pastikan rutin ni berterusan supaya dia lebih bersedia utk tidur tanpa ada rasa takut-takut.Buatlah anak anda rasa happy utk tidur. (^_^)

7. Berikanlah dia apa-apa yang boleh jadi peneman tidurnya.Contohnya, teddy bear kesayangan dia ke, or anything yang boleh buat dia rasa selesa.Boleh juga dekorasi bilik dia jadi bilik yang sangat cute yang menarik perhatian dia.Contohnya, lampu berbentuk ladybird ke, atau apa-apa la yang menarik.

8. Temankan dia beberapa ketika dengan membacakan buku-buku cerita.Kemudian,selimutkan dia, bacakan doa tidur dan ulang la beberapa kali perkataan"adik dah besar,dah bijak,dah pandai,kena tidur kat katil sendiri".Puji la berulang-ulang kali.Kanak-kanak memang sangat suka pujian.

9. Tinggalkan bilik dia sebelum dia tertidur supaya dia tidak terlalu bergantung dengan anda.Sekiranya, pada permulaan anda buat rutin ni, dia masih tak boleh terima dan menangis, jangan duduk atau baring bersebelahan dengan dia.Duduk la jauh sedikit drpd dia, jarakkan diri anda sedikit daripada dia.Jangan berinteraksi dengan dia.

10. Sekiranya, tiba-tiba di malam hari, dia tersedar dan masuk semula ke dalam bilik anda, temankan dia semula utk balik ke bilik tidurnya.Katakan pada dia "adik kena tidur di katil adik sendiri, ok?".Konsisten tu paling utama.Jgn mengalah dengan dia.

11. Bagi la rewards yang bersesuaian pada dia keesokan harinya sekiranya misi anda berjaya.hehe.Rewards mmg sgt penting utk menggalakkn mereka melakukan sesuatu yang hebat.Bagilah yang bersesuaian dengan mereka.:)

Oklah kawan-kawan, tu je tips YM.Remember, KONSISTEN tu kunci utama ye.All the best ya!

Love, Ayu Yayansmum

Friday, January 11, 2013

Tunjukkn Syg dan Penghargaan anda,(^__^)

Assalamualaikum...

Anak mmg anugerah terindah dlm hidup sebuah keluarga.Yes, its truly are.They are soooo adorable and gorgeous to be with.Bagi YM, dah jadi macam terapi plg berkesan.Bila tgk mata diorang, aduhh..rasa mcm jatuh hati berkali-kali kan?hehee. Pegang jari jemari diorang yang kenit-kenit tu, ohmygucci!mmg sangat2 geram.


Yes, walaupun kadang2 diorang buat kita geram dengan telatah "over" mereka, but as a parents, nak buat camne lagi kan...?tarik nafassss....gosok dada la kan?ekeke.Nak buat camne, they just being kids...(^_^)

We just have to show them how much we love them.Bukan dengan membelikan selonggok toys, no-no-no, tapi dengan cara yang lebih baik.Maybe, one of way is, pegang bahu diorang, and ask them "Do u know how much i Love you???" Then, jawab la sendiri klu ur kids takleh bercakap lagi, "This muchhhh!so much!!"buat la tgn sedepa ke, ape2 la. then, peluk diorang.

Believe me, its really works for them kalau kita jadikan habit kita.(^__^) 

Tapi, betul la. Kids mmg a Fast Learner. Yayan bila Ym soh peluk orang, sure bila peluk akan tepuk2 blkg org tu, like her mommy, haha!sabo jelah.They do really learns from their parents. That's y we shud Extra Careful. *oh my!mengingatkan diri sndri actually* 


Lagi satu, kids Loveeee Appreciation.Really. Sapa tak suka kan?Kita pun sukaaa kalau kita rasa dihargai kan?Ni kan pulak kiddos...

Mcm Dak Yayan nieh, everytime dia tolong Ibu buat something or just be a very "sopan santun"*sopan la sgt, ekekeke!*YM akan pastikan YM tepuk pipi dia lembut and said "Good Boy".

Then, guess wut???bila Ibu lupa nak tepuk pipi dia and just say "Good Boy, Yayan", dia akan tepuk pipi dia sendiri and said "Good Boy" jugak.Hahaha!I am sooo suprised!

Alahaiii....sejuk perut Ibu ngandungkan ko Nak... (^__^)

Sayangi mereka...
coz mereka adalah AMANAH & HARTA plg bernilai utk kita.

Luv,
Yayansmum 

Wednesday, September 26, 2012

Sel-sel otak mereka berhubung!

Assalamualaikum

YM belikan Yayan toys ni hari tu. Ala, yang memurah je jual kat Giant.Hihihi. Kalau YM tak silap, YM beli RM27 je.Kesian Ym tengok Dak Yayan tuh, macam boring je, takde activity sangat. So kalau ada benda ni, boleh la YM ke YD ke memain ngan dia skli.


Korang tengok la telatah dia tuh, ghalittt wooo.Fokus...fokus. Hihihi. Nak buat KLCC le katakan. :P

Tiap-tiap hari dia dok ngadappp benda tuh. Siap usung ha baldi tu merata-rata.Biasalah,benda baru, suka la kan?Bebudak.Hiks....Dia akan makin excited kalau his Ibu ngan Ayah join main skli ngan dia.uiiii!Nak menunjuk ketereran dia woo.Cehh, anak Ibu nih!Hihi

Memula, dia build yang simple je.Setakat pasang-pasang gitu je. Then, bila YM & YD ajar dia, alhamdulillah dia dah pandai buat yang agak kompleks untuk bebudak macam dia.Yelah, bebudak ni, kita kena ajar gak diorang gak coz bila kita selalu ransang minda diorang, insyaallah sel-sel otak mereka akan lebih cepat berhubung. ishh!macam iklan Susu Anmum je, hahaha!

Finally, after the hard works.After all the patience and dedications. Voilaaaa!ni la hasilnya...

Yayyyyy! a big clap for Yayan!Hikssss.....

Walau sibuk macamana pun YM, YM akan locate certain portion of my time for him, whether baca buku atau playing around with him.Dah siap-siap letak dalam my daily schedule-Yayan's Time.Yelah, amanah Allah, harta kita dunia akhirat tu kan? (^_^)