Tuesday, December 31, 2013

Tips mengajar anak tidur berasingan

Assalamualaikum

Budak Umo 4Tahun...hehe
Lepas YM upload Pic Dak Aryan nie kat Facebook and update status kisah di sebalik gambar ni, ramai juga kawan-kawan PM YM tanya camne YM biasakan Dak Aryan ni tido sendiri dan berasingan daripada kami???


Memang tido ganaszz sikit dari kecik lagi..haha!
Utk pengetahuan kawan-kawan semua, Dak Aryan ni memang sejak dari baby lagi,dia dah tido sendiri.Bukan di bawah ketiak ibu dah tapi di katil dia sendiri,mcm gambar tu,hehe.Memang tu la katil dia sejak baby lagi.Dia masih lagi muat dlm tu walaupun sekarang dah genap 4 tahun punnn.

Yelah,Dak Aryan ni memang jenis badan comel-comel je.Doctor kata,pesakit jantung memang akan membesar comel-comel gitu.Takpelah,yang paling penting dia sihat walafiat dan cerdas kan?
alhamdulillah...


Tapi, rasanya tak lama lagi YM nak beli katil baru utk dia nieh, sebab dia dh start tertendang2 kayu-kayu tu, hihihi.Petanda nak soh beli katil lg besar le teww, hihi.

Ok...ni YM share tips yang YM sendiri apply kat Dak Aryan.Takdelah special sangat pun, tapi manalah tahu berguna utk kawan-kawan kan?

1. Ibu perlu bersedia dari segi mental fizikal utk membiarkan bayi/anak anda tidur berasingan daripada dakapan anda sepanjang malam.Ibu perlu sedar yang bayi/kanak-kanak juga perlukan masa rehat yg cukup selesa berasingan dengan kita.Ibu sendiri juga akan tidur lebih selesa tanpa perlu mendakap si kecil.Bisik pada minda kalian "masih banyak masa utk mendakap si kecil dan semua yg anda lakukan untuk kebaikan dia juga.

Kalau ikutkan YM dulu pun, rasa mcm nak peluk Dak Aryan ni sepanjang masa, tapi bila fikir-fikir...apa yang YM buat tu bukan utk kebaikan dia,dia perlu membesar menjadi anak yang berdikari.Kuatkan semangat.Paling penting,kesayangan anda yg satu lagi (suami) juga perlukan anda,antara perkara yang kadangkala kita terlepas pandang. 

2. Pastikan katil dia bersebelahan dengan anda,sekiranya anda rasa tak sanggup berjauhan dengan si manja di malam hari, :)

3. Pada permulaannya,anda akan rasa sedikit penat,especially time nak bg susu kan?Takpe....itu tak lama.Bersabar dan konsisten.Selepas susukan si manja anda, letak la semula dia di katilnya.Ibu perlu konsisten.Tanamkan dlm minda,semua ni utk kebaikan si manja anda. Anda perlu berkorban.

4. Perlu ada jadual tetap utk masa tidur anak-anak anda.YM selalunya akan tidokan Aryan dalam pukul 8.00malam masa dia baby, bila dah masuk 2tahun ke atas YM tidokan dia pukul 9.00malam.Paling lewat pun dalam pukul 10malam la.Yelah, budak-budak ni perlu tidur yang cukup baru diorang tak mengamuk time bangun pagi nanti.Takdelah muka monyok, nanges-nanges meraung-raung masa nak mandikan dia pagi nanti, hehehe.


5. Sekiranya anak anda sekarang sudah pun mencecah umur lebih drpd 1 tahun ke atas,belum terlambat utk mendidik dia utk tidur berasingan.Kuatkan semangat anda.Pujuklah dia tidur di tempat yang anda sediakan,bercakap dengan dia, biar dia tahu kenapa ibu buat macam tu.

6. Pastikan badan anak anda selesa.Sekiranya mereka berpeluh-peluh, mandikan mereka,gosok gigi dan pakaikan dia dengan pakaian tidur yang bersesuaian.Pastikan rutin ni berterusan supaya dia lebih bersedia utk tidur tanpa ada rasa takut-takut.Buatlah anak anda rasa happy utk tidur. (^_^)

7. Berikanlah dia apa-apa yang boleh jadi peneman tidurnya.Contohnya, teddy bear kesayangan dia ke, or anything yang boleh buat dia rasa selesa.Boleh juga dekorasi bilik dia jadi bilik yang sangat cute yang menarik perhatian dia.Contohnya, lampu berbentuk ladybird ke, atau apa-apa la yang menarik.

8. Temankan dia beberapa ketika dengan membacakan buku-buku cerita.Kemudian,selimutkan dia, bacakan doa tidur dan ulang la beberapa kali perkataan"adik dah besar,dah bijak,dah pandai,kena tidur kat katil sendiri".Puji la berulang-ulang kali.Kanak-kanak memang sangat suka pujian.

9. Tinggalkan bilik dia sebelum dia tertidur supaya dia tidak terlalu bergantung dengan anda.Sekiranya, pada permulaan anda buat rutin ni, dia masih tak boleh terima dan menangis, jangan duduk atau baring bersebelahan dengan dia.Duduk la jauh sedikit drpd dia, jarakkan diri anda sedikit daripada dia.Jangan berinteraksi dengan dia.

10. Sekiranya, tiba-tiba di malam hari, dia tersedar dan masuk semula ke dalam bilik anda, temankan dia semula utk balik ke bilik tidurnya.Katakan pada dia "adik kena tidur di katil adik sendiri, ok?".Konsisten tu paling utama.Jgn mengalah dengan dia.

11. Bagi la rewards yang bersesuaian pada dia keesokan harinya sekiranya misi anda berjaya.hehe.Rewards mmg sgt penting utk menggalakkn mereka melakukan sesuatu yang hebat.Bagilah yang bersesuaian dengan mereka.:)

Oklah kawan-kawan, tu je tips YM.Remember, KONSISTEN tu kunci utama ye.All the best ya!

Love, Ayu Yayansmum

3 Sweet Words:

Chic Na said...

wahh good boy aryan.. kecik2 dah tido sendiri.. :)

Miss N™ said...

bagus aryan..!

nanti de baby boleh praktik kan.. :)

Arra Ahmad said...

anak2 arra sume tido sama2.dah lebih 7 tahun baru asing :)