Tuesday, December 17, 2013

Kehidupan seorang Suri....

Assalamualaikum

 

Sekarang ni kan, kalau nak update blog je,mula lar mikir panjang, nak tulis pasal apa?nak membebel pasal apa?nak share-share pasal apa?ok ke?ke tak ok?haha!mcm2 YM fikir.Padahal sebelum nieh, especially masa aktif menulis blog, kuredah je nak tulis apapun.Dah namanya pun personal blog kan?tulis jelah suka hati ahkak.

Sapa-sapa yang pernah ikut kisah-kisah YM sebelum ni, sure tahu yang YM dah lama jadi Working at Home Mommy.Dulunya keje kat ofis,sekarang keje kat umah je,hehe.Dah setahun dah pun keje kat umah.Sebelum resign dari keje ofis,dlm kepala YM nie dok fikir la,kalau aku jadi working at home mommy kan,sure lepas ni daku punya banyakkkkkkk masa nak menulis, nak buat tu nak buat ni.Macam-macam dah plan kat kepala ni dengan gigihnya!Sekali dah jadi sungguh, hambekkk...lagi busy rupanya dari keje ofis, haha!Sampai tak nyempat YM nak update blog hari2 macam dulu.

Tapi, yelah...walaupun kat umah busy,tapi paling sweet ialah bila dapat melihat anak kita membesar depan mata kita 24jam. Tu yang paling precious, yang mana tak semua org dapat.Syukur alhamdulillah.!

Owh! ni la moment yang sangat-sangat YM impikan sebelum ni.Sangat-sangat la menyentuh hati keibuan YM nie.Well, ibu mana yang tak happy kan kalau dpt tenung muka anak dia 24-7. Nikmat Allah yang tak semua org mampu dapat.So, be grateful Mrs YM. (^_^)



Kalau ada yang rasa kalau suri rumah yang dok umah tu tak sesibuk yang keje ofis,memang silap la.YM pernah silap,fikir camtu.Bila dah lalui baru la tahu,ia bukanlah semudah yang disangka.Office hours kat umah takde masa bermula dan berakhir yang tetap.YM sendiri,masuk ofis kat umah ni seawal 6pagi, tamat kadang tu pukul 1-2pagi.Mula-mula tu agak terkangkang juga la nak mengejar semua,hihi.Tapi alhamdulillah,dah setahun jadi surirumah yang berkerja dari rumah ni,YM dah pandai handle dah.

Alhamdulillah....what I can say now,i am more than happy!lebih bahagia berbanding dengan keje makan gaji kat ofis dulu.Yes,memang keje kat ofis penuh dengan gaya dan glamor gitew,hehe...tapi,keje kat umah ni lagi membahagiakan.Walaupun bajuku tak seglamer yang keje ofis,yang kadang2 berbau fishy-fishy lagi,tapi kepuasannya sangat-sangat berbeza!Walau sudah tidak bertumit tinggi,tidak berblazer bagai,no more corporate looks,tapi hati Mommy sangat bahagia dapat memeluk si permata hati sepanjang masa yang mommy mahu!



No Words can explain how Happy I am!alhamdulillah...

Love,

Ayu Yayansmum a.k.a YM




5 Sweet Words:

msredcheesecake said...

sy dulu surirumah jugak... sy rasa surirumah lagi penat dr keje opis...kkan?

Mantheravathee said...

Supermom

Mantheravathee said...

Supermom :p

Chic Na said...

ym dah buat keputusan yg bijak.. berbaloi kan berhenti kerja..

Miss N™ said...

bak kata org..suri rumah ni, mula kerjanya gelap..habis kerja pun gelap...

yelah, sebelum subuh dah bangun..pukul 11 belum tentu habis kerja lagikan...