Tuesday, February 10, 2015

7 Tanda Awal Anak Kecil anda Bersedia dilatih ke Tandas


Bismillah
Parents mana tak happy kalau anak dah start pandai ke toilet sendiri kan?YM dulu pun,bila Yayan dah pandai ke toilet sendiri rasa macam wuhuuuuuu!!good job mere beteee!hehe.Senang sikit idup Ibu taw!Lagi satu,jimat!Kuranglah sikit bajet kita on that thing kan?
So, ok..kali ni YM share pengalaman YM sendiri dengan Yayan ni.Manalah tahu boleh membantu kawan-kawan kat luar sana yang still tercari-cari cara mengajar anak ke tandas,tips mengajar anak ke tandas,tips ajar anak ke tandas dan juga cara melatih anak ke tandas,kan?Well,sebelum belajar tips-tips tu semua,perkara utama yang perlu kita tahu ialah adakah anak kita sudah betul-betul bersedia untuk ke tandas sendiri???
Sebenarnya,mengajar anak ke toilet ni tak semestinya stick pada certain age.Semuanya bergantung pada kesediaan kanak-kanak tu sendiri.Apabila mereka bersedia dari segi fizikal,sikap dan juga kemampuan kognitif mereka.

Dan disebabkan itu juga la YM buat keputusan  untuk membiarkan Yayan sendiri bagitau YM bila dia ready untuk ke toilet.Peaceful way i think.The most gentle and easy for both of us, mommy and son.
Ni YM senaraikan antara tanda-tanda yang anak kita dah ready utk belajar ke toilet sendiri berdasarkan pengalaman sendiri dengan Yayan dan juga pembacaan YM :
  1. Anak sangat suka bila berjaya buat sesuatu dan suka bila mampu berdikari sendiri. Contohnya,dia akan bagitau kita "ibu...ibu!tengok apa yayan buat ni...cantik tak?"/ "ibu,tengoklah,ni yayan buat!"ataupun"Yayan blh buat sendiri la,ibu...".Kalau kita minta tolong dia ambil sesuatu dan dia buat dengan senang hati dan bertambah happy kalau kita ucap terima kasih dan puji dia,ini juga merupakan tanda-tanda mereka sudah bersedia untuk berdikari dan dilatih untuk ke tandas dengan sendirinya.
  2. "Masa kering" lebih lama,maybe dlm 2-4jam.Contohnya,kalau kita tukar diaper diorang,diaper tu still kering.Ini menunjukkan mereka sedang belajar untuk mengawal pundi kencing mereka dan pundi kencing mereka mampu menyimpan cecair dlm jangka masa yg lama.
  3. Anak kita sudah mula rasa tak selesa memakai diaper yang kotor.Dia akan bagitau kita apa yang diorang rasa.Ini adalah petanda yang baik sebab diorang dah start faham hubungkait diantara usus,badan dan juga apa yang diorang rasa.
  4. Anak mula bagi perhatian pada orang lain yang ke tandas.Contoh terdekat,kalau ibu ke toilet.Dia akan mula ketuk-ketuk pintu toilet,nak masuk sekali dan sgt curious nak tahu whats happening inside!haha.Well,time ni kita kena explain dengan dia.Time ni la kita kena communicate betul2 untuk sampaikan dengan dia yang dia pun perlu buat benda yang sama.
  5. Anak kadang-kadang bagitau dia nak buang air.Contohnya,tetiba je dia stop dan tengok ibu dan cakap "ibu,yayan yuk-yuk laaaa!" or "ibu,yayan pee-pee laaa".Tetiba je taw.So,moment camni juga menunjukkn mereka dah alert tentang pergerakkan usus mereka,apa yang mereka rasa bila "melepaskan" sesuatu keluar dari badan mereka dan bersedia untuk dilatih untuk ke toilet.
  6. Bila mereka buang air besar,perkara tu menjadi sangat-sangat obvious.Mereka akan menunjukkan rasa tak selesa tu melalui riak muka,ataupun mereka akan carik port untuk rasa selesa "membuang" dlm diaper seperti menyorok di sudut-sudut tertentu dan sebagainya.Mereka mahu bersendirian bila nak "membuang".Hehe.so comel!
  7. Last but not least,anak kita akan mula mencuba untuk dilatih menggunakan "tandas".Contohnya,kalau kita beli potty training toilet mcm dlm gambar kat atas tu kan..so dengan rela hati dia nak duduk kat situ tanpa ada rasa takut-takut ataupun menolak untuk duduk di atasnya,means dia mmg bersedia.Walaupun untuk permulaannya dia bukanlah nak membuang pun kat situ.Diorang cuma nak play around dengan that stuff.Its ok.Tapi kita noleh slow2 ajar,cuba tanggalkan diaper diorang dan cuba untuk fahamkan diorang kalau nak kencing or poo-poo,ini la tempatnya.Tapi,in case kalau anak anda ada rasa takut-takut untuk duduk kat atas tu dan menunjukkn "penolakan" yang agak luarbiasa,stop la dulu.Rehatkan dia untuk jangka masa 1-2 bulan then cuba lagi,dan perhatikan apa reaksi diorang.Jangan sesekali paksa diorang.
So, kalau banyak tanda-tanda kat atas ada pada anak-anak anda,inshaallah mereka dah ready untuk dilatih ke tandas!yayyy!Bila dah ready,barulah kita belajar tips-tips untuk melatih mereka ke tandas pulak yang mana YM akan share di post akan datang.Stay tune mama!
Klik Play utk Tonton,Testimoni LIVE - Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT?
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Maklumat lanjut tentang produk, sms/whatsapp 011-2112 1422 (Pn Ayu)

1 Sweet Words:

AMIIZAA@Mieja said...

betul tu...paling best dan lega bila anak2 pandai pergi toilet sendiri:):)