Thursday, February 19, 2015

Tabahlah sahabat

Bismillah

Hari ni sure masing-masing pakat balik ke kampung halaman,tak pun plan bawak anak-anak pegi bercuti ke mana-mana kan?al-maklumlah,cuti CNY kali nieh agak panjang.Kalau yang menambah cuti tu lagi la cuti sakan kan?
YM tak ke mana pun.Stay kat umah.Husband keje syif,so Sabtu ni dah start keje dah.Lagipun baru sangat lagi YM balik kampung suami hari tu.2 minggu lepas YM balik,so cuti panjang nieh most of the time stay kat umah jelah.Plan nak gi piknik kat air terjun dekat2 area umah YM nieh,takpun piknik tepi Pantai,mcm selalu.hehe.
Kejap lagi nak gi menziarah sahabat YM yang kehilangan baby dia.Dia melahirkan bayi pramatang,baru 6 bulan,lagi 2 minggu nak genap 7 bulan.Sempat bersama baby dlm 2 jam lebih je sebelum baby menghembuskan nafas terakhirnya.Sebak sangat YM bila dapat berita tu.Dah la dia memang dah lama sangat menantikan kehadiran cahaya mata,almost 5 years.
YM bila dapat berita tu,laju je airmata mengalir,seolah-olah YM boleh rasa.Yelah,YM dulu pun 4 tahun juga menunggu kehadiran cahaya mata dan selepas 2 jam anak YM yayan tu dilahirkan kami diuji dengan ujian yang agak berat juga.
Tapi yelah...semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz kan.YM yakin sangat-sangat semuanya ada hikmah yang tersembunyi.Semoga Allah mengurniakan rezeki yang lebih baik lagi untuk mereka suami isteri selepas nieh.inshaallah.
Dugaan hebat untuk seorang wanita apabila anak yang dikandung selama ni pergi meninggalkan dia.YM faham sangat itu.Sakitnya di dada hanya Allah yang tahu.Namun,Allah swt lah sebaik-baik perancang dan sandaran kan?Dia memilih orang-orang tertentu untuk mengharungi sesuatu dugaan yang hebat kerana Dia yakin yang hamba-Nya itu mampu melaluinya dan kerana Dia sangat sayangkan hamba-Nya itu.Manusia-manusia terpilih dan disayangi. 
Bila terjadi sebegini la,terdetik di hati,Ya Allah ada lagi manusia lain yang diduga lebih hebat daripada kita.So,sebab tu la kita kena selalu bersyukur bukan asyik meratapi nasib tak sudah-sudah.
YM bawakan vitamin Zinc Complex nieh untuk bantu dia pulihkan luka dalaman selepas bersalin.Semoga dia cepat sembuh dan Allah berikan rezeki lagi.Inshaallah.aminnnn ya rabbal alamin.Semoga ibu pada anak syurga ini kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang.


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

1 Sweet Words:

Najib Ariyan Ali Basha said...

mudah2an di semakin sembuh dan minta dia banyak2 berdoa untuk dimurahkan rezeki mendapat anak lagi... kalau dia rasa kesunyian bagus juga dia ambil anak angkat...