Monday, February 23, 2015

Cara Mengatasi Tekanan darah rendah semasa hamil

Bismillah

Ibu-ibu hamil yang ada masalah tekanan darah rendah memang agak membimbangkan juga.Yelah,hb rendah ni memang akan mendatangkan masalah sekiranya berlarutan.Ibu-ibu yang ada masalah hb rendah nieh sure tercari-cari cara menaikkan hb darah dengan cepat,cara mengatasi tekanan darah rendah,cara menaikkan hb pada ibu hamil kan?
Menurut Dr Zubaidi,tekanan darah/hb rendah ni terjadi kerana hormon yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang dan oleh sebab tu secara tidak langsung ia menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah.
Source : Google
Ibu-ibu hamil yang mengalami masalah hb rendah blh mengamalkan makanan yang membantu untuk menaikkan hb ibu hamil;
Seperti,daging merah,brokoli,pisang,kekacang,hati,bayam,telur,oat buah delima dan Kurma.
Makanan-makanan ini kaya dengan zat besi yang sangat membantu untuk menaikkan jumlah haemoglobin dlm darah sekiranya ibu-ibu konsisten mengamalkannya.Pastikan juga mengambil makanan seimbang setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang lebih baik.
Ibu-ibu juga sangat digalakkan mengamalkan vitamin dan makanan tambahan yang boleh membantu untuk menaikkn hb seperti,vitamin yang membekalkan zat besi,folat dan B12.Apa yang harus diingat ialah pastikan vitamin tersebut BUKAN vitamin sintetik(yang ada campuran kimia) dan disahkan selamat oleh KKM.
 
Selain itu,Ibu hamil yang mengalami masalah tekanan darah rendah juga perlu berhati-hati dengan pergerakkan harian.Antara cadangan Dr Zubaidi seperti yang dikongsikan di facebook beliau ialah:

1. Duduk atau baring jika merasa pening untuk mengelakkan terjatuh.
2. Elakkan mengubah posisi duduk atau berdiri dengan pantas.

3. Berbaring ke sebelah kanan boleh membantu peredaran darah ke jantung.

Jika mengalami rasa pening, berpusing dan mahu pitam, segeralah mendapatkan bantuan kecemasan dari hospital berdekatan.Segera mendapatkan rawatan  sekiranya mengalami tanda-tanda pendarahan,pemandangan berkabur,sakit kepala yang kuat,sakit dada,sukar bernafas dan rasa lemah pada anggota badan.Tanda-tanda ini mungkin menunjukkan ibu hamil tersebut mengalami masalah yang lebih serius.  

Utk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang disebutkan di dalam video di atas,ibu-ibu boleh menghubungi saya melalui sms/whatsapp di talian 011-2112 1422 ye. 

1 Sweet Words:

Fiza Rahman said...

Good info. Saya masa mengadung anak ketiga kena darah rendah.