Assalamualaikum....
Fuh!!! dah bbrpa hari tak update yayansmum blog nie...windunyerrr...^_^
Busy gile la 2-3 hari ni...yayansmum tak habis2 ngemas umah...aduh!tu pun rasa
banyak lagi tak unpack.ni yang malas nak pindah-randah nie.
Tapi, ok la kan...umah baru.sape tak suke?huhu....
Yayansmum start masuk umah baru tu Malam Jumaat lepas. Officially pindah kat umah tu pukul 9.30mlm.
Naseb baik la lori 4tan tu boleh bawak sumer barang2 yayansmum.Panjang giler lorry tu.Alhamdulillah, my fren bagi special rate for yayansmum, RM80 jerk, siap ngan 2 org assistance youuu...huhuhu....best kan?kan?kan?
Malam 1st tido kat umah baru tu, risau gak.Bukan risau kat diri sendiri, tapi risau kat My Yayan.Budak-budak kan. Bende2 alam ghaib ni mmg suka kacau budak2 kecik taw.
Yayansmum pasang surah Yassin + ayat Ruqyah all the times...
Itu pun pukul 3 pagi tu, My yayan meraung2 gak...tak selesa agaknya. Bagi Yayan kat Yayansdad, baru dia senyap.Lucky he's around.Cuak gak yayansmum.Gulp!
Bende2 unseen ni susah nak cakap kan.Yelah...of course they are around. Sebagai org Islam kita kene percaya yang di antara semua makhluk di muka bumi Allah ni, kita la makhluk yang mempunyai darjat tertinggi. kan?kan?
Yayansmum satu family sempat gak la buat solat hajat dan berdoa menggunakan doa ni...
Solat sunat dua rakaat dan berdoa dengan doa ini.
Ya Allah....
Berkatilah rumah ini dan rahmatilah rumah ini seperti mana Engkau memeberkati dan merahmati Rumah Rasulullah SAW. Lindungilah rumah ini dari kedatangan Syaitan laknatullah dan manusia-manusia jahat seperti pencuri dan mereka yang berniat jahat. Musnahkanlah sesaiapa sahaja yang zalim di dalamnya dengan kemusnahan yang segera dan nyata agar ia menjadi pengajaran. Ampunilah dosa-dosa aku dan keluargaku selagi kami berada di dalamnya. Murahkanlah rezeki kami dan jadikanlah rumah kami seperti taman-taman Syurga-Mu. Berkat kalimah laa ilaaha illallah Muhammadurasulullah
Insyaallah, ada rezeki nanti ingat nak buat Kenduri doa selamat...^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Sweet Words:
Post a Comment