Tuesday, January 24, 2012

Separuh BahagiaKu Kau bawa Pergi!!

Assalamualaikum...

Kasih Ibu membawa ke syurga….kasih ayah????

Kasih Ayah?????

Kasih ayah sudah pastinya membawa BAHAGIAAAA! Yayansmum buat entry kali nie KHAS buat semua ayah-ayah…yelah, ada sorang kawan blogger yayansmum tuh, siap pesan cenggini kat yayansMum…

Hehe….iyer2….baik encek YASTRO ,sy tak lupa.Sumpah!saya tak luperr..

Mana mungkin sy lupa…Kalau takde ayah, takdelah saya. Yang tu sudah pasti!


…dan yg nyata, bila bercakap pasal sorang ayah nie,yayansmum hanya pandai bercerita pasal ayah yayansmum dan juga ayah kepada Dak yayan a.k.a YayansDad kan?(^_^) coz diorang je figure seorang ayah yang paling dekat ngan hati yayansmum.

Abah yayansmum seorang yg tampak garang, tapi baik hati. Tak reti nak tunjuk kasih syg, tapi dlm hati ADA TAMAN.Yes!tu abah saya.Oleh kerana Abah tak reti pamerkan perasaan dia, kami adik beradik salah sangka, ingatkan Abah sayangkan kami BIASA2 je.

Tapi, bila abah dah pergi….satu demi satu kebaikan dan kasih-sayang abah kami sedari.Bukan SATU,tapi SERIBU! Abah adalah pelindung terbaik kami! Abah ada pembela hidup kami!Kami rasa begitu selamat dengan abah, tidak ada sesiapa yang boleh menidakkan ini!

Betul la org kata, kasih ayah membawa BAHAGIA, sebab bila abah pergi, SEPARUH KEBAHAGIAAN hidup kami HILANG!

YayansMum harap,bila Yayan besar kelak, dia juga akan berbangga dengan ayahnya-YayansDad, Like i do. Alhamdulillah, Yayan punya seorang ayah yg sanggup berkorban utk anaknya…

* keletihan,menjaga yayan yg berusia 6bln time ni.Hampir sebulan kami berkampung di spital time nie.

Terima kasih abg sebab sama-sama menjaga Yayan yang sakit…..

Kerana kasih seorang ayah juga, dia sanggup mengorbankan waktu tidur utk jaga Yayan, bila yayansmum ke pejabat.YayansDad mmg keletihan sebenarnya, especially bila dia berkerja syif malam, dan keesokkan harinya terpaksa melayan karenah yayan.


Tapi, kami tidak punya pilihan, sebab yayan bukan kanak-kanak biasa yang boleh dihantar ke Nursery biasa.Penjagaan Yayan lebih rumit jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. So, nak taknak terpaksa la yayansdad bergilir dengan my sista (nasib baik ader dier) jaga dak Yayan.Syukur….dah 2 tahun yayansDad lalui semua tu.Yayan mmg bertuah punya ayah sebaik dia!

Yayansdad juga sanggup bangun di waktu malam,membancuhkan susu utk yayan kalau Yayansmum keletihan…seyes!yayansmum tidak punya apa2 kata-kata selain….Itulah kasih seorang ayah! Kami mmg bertuah!

….and above all…kerana dek kasih seorang yang bernama AYAH….yayansdad sanggup menebalkan muka,menjatuhkan ego seorang lelaki dengan memohon simpati daripada syarikatnya dan sesiapa sahaja yang mungkin mampu utk membantu serba sedikit membiayai kos pembedahan Yayan yang bukan sedikit---- RM25k (1st operation), RM42K (2nd Operation) dan 47K (3rd Operation).

YayansMum sedar itu bukanlah suatu perkara yang mudah utk dia.Teramat susah sebenarnya! Tapi, itulah pengorbanannya. Pengorbanan seorang ayah utk melihat anaknya ini terus bernafas dan tersenyum…….

Ayah…Abah…Bapa…Daddy…Abi…Abuya….apapun panggilan mereka, mereka adalah antara org yang paling dekat di hati kita.

Mereka kerapkali melakukan pengorbanan di belakang kita,kadang-kadang tanpa pengetahuan kita…!

Mungkin kita pernah membenci dia atas ketegasannya…
Mungkin kita pernah mengatakan kita tak sayangkan dia sebab dia gagal pamerkan kasih sayangnya buat kita…..Mungkin!

Namun, percayalah….suatu masa…bila dia sudah tiada…
SEPARUH KEBAHAGIAAN hidup anda akan dia bawa pergi bersama….
So, hargai dia sementara masih ada masa….

Muchas Gracias for reading this entry!

P/s airmata menitik2 time tulis entry ni.alahai……

Love,
YayansMum

20 Sweet Words:

aksarafendi said...

pgorbanan ayah sma bsar mcam pngorbanan sorang ibu..kdg2 kita rsa ayah tak sygkan kluarga sbb asyik kerja siang mlm.tpi bile dah bsar ni bru tau yg pndptn ayah dlu xsberapa. so nak xnk kena kerja utk tmpng khidupan kluarga.

kurus said...

kasih ayah membawa ke mati ..
tiada ayah tiada juga kita kan
sayu je bila tgk ayah2 yg berkorban demi anak ..
tapi adakah anak2 akan ingat segala pengorbanan itu
kita sama2 doakan dik agar anak2 kita tidak mengecewakan kita nanti .. insyaallahhh .. ;)

Umialya said...

entri ini meninggalkan kesan mendalam buat akak,
rindu arwah ayah... al-fatihah

Aine Ainun said...

betul...pengorbanan ayah selalu diletakkan no2, dan ada juga dilupakan....

Bab Ibu ayah ni mmg sayu...=(
walopun mereka dah maafkan kita ketika kita "melukakan", tp..bila teringat pengorbanan mereka, rasa sayu sangat sebab pernah melukakan hati mereka.....

Sebanyak mana harta yag kita bagi...
takkan dapat balas segalanya jasa mereka...kan..

insyaallah::
semoga Allah lindungi mereka..=)

Ayu said...

Insyaallah,Kak.tu la harapan terbesar kita kan?

Ayu said...

Saya pn rindu arwah abah sy kak..:( al-Fatihah

Ayu said...

Insyaallah,amin...

Ayu said...

Tuntutan pekerjaan ayah kdg2 buat anak2 slh sgka..tp, sebenarnya,ayah mmg sygkn kita!(^_^)

mamaarifakeemaisy said...

bergenang jugak airmata ni,,huuu~

sambil baca sambil terkenang arwah ayah sendiri..

memang kasih ayah membawa bahagia..kehilangan mereka mmg hilang sparuh kebahagiaan...

besar pengorbanan yayan's dad...

Deru Ombak said...

I missed my Abah...

Arra Ahmad said...

ya..kasih bapa juga tak kurang hebatnya..:)

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Ayu said...

Thanks a lot, Emmet!(^_^)

Ayu said...

Alhamdulillah...semua Ayah mmg superb!

Ayu said...

I miss my abah too, :(

Ayu said...

Semoga kita selalu ingat,kan?

Guru said...

dua-dua ada pengorbanan tersendiri. moga keluarga ini sentiasa dalam berkat dan rahmat Allah sentiasa.

Unknown said...

Alamak...yayansmum siap highlight lagi komen yas tu...adesss malu bapak ehhh....

Yas pun masih teringat tgg pengorbanan arwah abah yas...dlm mak yas yg kerap dok sakit2 sampai 3/4 kali masuk wad...akhirnya arwah abah yas yg pergi dulu (2004)....sedih gak...tp inilah takdir drNYA, kami terima..dan alhamdulillah, mak yas pun masih sihat lagi smpai skg. Sesekali terasa rindu jugak kat arwah abah...hmmmmmm

Ayu said...

Hehe..Alar,takpe..tanda terima kasih coz ingatkan Yayansmum,(^_^)

Lin Maa said...

yayns baby comel sgt..bertuah yayans baby dpt papa yg prihatin..tabib spring skit kt pap yayan ...