Sunday, February 19, 2012

Apa itu Endometriosis

Assalamualaikum...

Hye, uols. So, rentetan drpd citer YM dlm entry sebelum ni, YM Sakit Aper?, seperti yg YM promise, kali ni YM nak citer pasal "endometriosis".

YM cuma explain apa yang YM faham drpd explaination Doctor dan juga drpd reading YM yer. Kalo ada kekurangan tu, sowie le....yelah, i'm not medical expert, I'm only penderita penyakit nie..sob!sob!

Endometriosis ni sebenarnya gangguan kesihatan wanita yang berlaku apabila sel-sel dari lapisan rahim (uterus) tumbuh di kawasan badan yang lain. Ini boleh membawa kepada kesakitan, pendarahan yang tidak teratur, dan masalah untuk hamil.


Uols, nampak tak sel Endo tuh.sel2 tu tumbuh macam kudis kan...eiii!geli tgk kan?

The bad news is...punca sebenar penyakit ni tidak diketahui! :(

Penghidap penyakit ni akan mengalami kesakitan yang teruk terutama sekali ketika mengalami haid.Setiap kali haid, memang sakitnya, hanya Allah yang tahu.Yelah, kalo sengugut biasa tu pn dah sakit, uols bayangkan sakit sengugut tuh 3 kali ganda, amacam????Sumpah!mmg sakit. Kadang2 tu YM rasa pening n muntah2.Alahai....

Sesetengah orang, mungkin tak mengalami gejala-gejala Endometriosis ni,nampak mcm sihat je.Macam kawan YM kan....takde gejala atau tanda2 langsung!.tak penah rasa sakit apa pun. tetiba je aritu dia mengadu sakit yang sangat2 dan dia terus je dimasukkan ke wad emergency dan terus dibedah!!! woooooo....terkejut weols semua taw! siap satu ovari dia terpaksa dibuang! Alahai...alhamdulillah....ada satu lagi ovari....erm....yelah,dia tu dah la tak kawin lagi masa tu...risau gak...

Endometriosis ni la salah satu penyebab wanita sukar mengandung. Tapi,alhamdulillah dengan rawatan yang doctor berikan, akhirnya YM dapat juga melalui saat-saat indah seorang wanita---- "Motherhood".Memang la YM melalui beberapa series treatments dan dengan izin Allah, alhamdulillah....syukur...sebab YM tak pernah give up...usaha...
dan terus usaha...

Lepas pembedahan (tahun 2007)utk buang semua ketumbuhan Endometriosis tuh, YM kene ambik "injection" every month selama 6 bulan untuk menghentikan ovari daripada menghasilkan estrogen dan menghasilkan sebuah keadaan seperti menopaus. Semua ni My specialist buat utk hentikan sel Endo drpd berulang kembali.

Erm, mmg kesan sampingan drpd suntikan ni, boleh tahan gak....Kesan sampingan tu termasuklah hot flashes dan perubahan mood. Mmg selalu rasa panas tiem tuh, especially malam. Rawatan ni biasanya terhad kepada 6 bulan je coz ia boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang.

Sebab tu, kali ni My specialist kata, dia cuma boleh bagi 3 injection je sebab dia risau ada kesan pada tulang YM.Alahai......terpaksa la YM carik perubatan alternatif. Mula-mula tu sedih gak, tapi bila fikir2 balik, semua penyakit kan ada penawarnya kecuali MATI, kan?

Semoga YM terus kuat, kan?Insyaallah.....Pada uols semua, jaga diri taw...buatlah pemeriksaan yang sepatutnya, k?

Muchas Gracias for reading this entry.

Love,
Yayansmum yang tak akan giveup!

6 Sweet Words:

aliza said...

Alhamdulillah dapat anak kan.. Itulah saat paling bahagia akak rasa...wp akak cuma bpeluang nak rasa 3 kali je tp akak ttp bersyukur sbb bepeluang nak rasa keindahan saat2 melahir dan menyusukan.. Rindunya saat tu tp akak x leh tamak kan..syukurlah nikmat yg Allah beri 3 permata hati akak yg comel

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

semoga selepas rawatan ini kamu semakin baik ye...mudah-mudahan dgn kehendaknya...

MsDila said...

selalu gak jupe kes endometriosis bila time keja..

Yumida said...

tahniah! sbb dh jd mama! sy pn sllu gak dpt senggugut yg teruk..risau gak..tp xde check kt hus..smpai skg blom dikurniakan baby

follower ke 215

Koding said...

Koding Berkata:
Info yg baik utk orang pempuan...

Unknown said...

thanks for the info ym!
n kalau boleh,pls check emel ea.and bgtau kalau nak tukar yang baru atau modify.. thnx! :)