Friday, February 24, 2012

Berpijak di Bumi Nyata

Assalamualaikum....

Dulu....aku pernah seperti mereka. Merasakan dunia ini aku yang punya bila rasa diri sangat dicintai!Rasa macam di awang-awangan, kakiku mmg tak jejak di tanah.Sumpah!


Macam-macam yang aku angan-angankan. Seribu satu impian tercoret satu demi satu di kepala otak ni.Sedikit pun tidak tercalit perkara yang negatif di minda aku ketika itu.Semua yang indah-indah belaka.

Masa tu, di mataku terbayang, Romeo & Juliet, Shah Jahan & Mumtaz Mahal dan macam-macam lagi lah.Terbayang yang hidup kami selepas kahwin nanti sebijik macam filem-filem cinta yang pernah aku tonton.


Bila yang berusia bersuara... aku???"ahhhh!jeles la tuh...kekasihku ini tak macam tuh!".

Bila yang berusia menyuarakan pendapat mereka lagi..."Alar, lepas kahwin nanti, jadi org baru pulak tuh..., kene ambik masa nak kenal dia balik.Masa Bercinta mmg la indah, kentut pun boleh jadi wangi taw!".

Sumpah!aku mmg menyampah giler ngan ayat-ayat tuh.eiiii!aku kenal la pasangan aku, dia tak macam tuh!peguambela terbaekk la masa tuh.

Tapi, bila sudah berumahtangga beberapa tahun ni.Aku tersenyum sendiri melihat anak-anak muda yang sedang asyik bercinta. Macam ni la agaknya perasaan org2 berusia sebelum ni rasa bila tengok aku sebelum ni.huhu.


Bukan nak kata lepas kahwin, pasangan kita akan berubah 100%.No. Tapi, aku setuju dengan kata-kata ibu saudaraku "u will know his hidden personality rite after both of u are married".

Ya, aku akui. Bila sudah duduk serumah, pandang tiap2 hari,setiap saat, maka terserlah lar personaliti atau sikapnya yang disembunyikan selama ini.Jadi, pada waktu itulah sebenarnya detik untuk kita kenali dia sedalam-dalamnya.Ketika itu kentut sudah tidak berbau wangi lagi. :p


Kalau tidak tahan diduga sebab tu la terjadinya, kahwin baru beberapa bulan sudah bercerai-berai, padahal bercinta bagai nak rak, bukannya sehari dua tapi bertahun-tahun.Pelik.Tapi, yang sudah berkahwin akan lebih faham dan bagi kami ia tidak pelik,ok.:)

Bila sudah mempunyai ikatan antara kami, aku fahami satu perkara.


Sebenarnya, masa bercinta itu bukanlah detik untuk kita kenali 100% peratus mengenai pasangan kita tapi masa untuk mencari beberapa keistimewaan dirinya untuk bekalan kita di alam perkahwinan kelak.keistimewaan itulah yang akan menjadi penguat semangat kita untuk terus mencintainya dan bersedia untuk memaafkannya atas apapun.

Masa bercinta, perkara yang kecil pun akan kita persoalkan.Selalu merajuk, selalu berjauh hati.Pada waktu itu,segala rasa sayang dan cinta kita bersebab.Sebab apa? because he's so romantic.he's so caring.He's so loving.Tons of reasons.


Tapi bila sudah berumahtangga, kita belajar utk melepaskan banyak perkara-perkara kecil ataupun remeh. Kita belajar menjadi orang yang pemaaf.

Pendek kata, bila sudah berkahwin, kaki akan berpijak di alam nyata.Hidup tidak lagi seperti fairy tales.Kita bukan lagi Cinderella, tapi kita adalah kita.

Alhamdulillah, aku bahagia bersama suamiku tercinta ini dan alhamdulillah kami berdua berjaya mengatasi banyak kekurangan kami bersama-sama dan kerana itu kami mampu hidup bahagia dalam ketidaksempurnaan cinta kami.Syukur alhamdulillah....


Syukur alhamdulillah kerana kini aku mampu mencintai suamiku TANPA ada SYARAT apapun dan semoga Allah sentiasa mengekalkan perasaan itu dihatiku ini.

Semoga suamiku ini sudi memilih aku untuk terus menjadi pendamping hidupnya di Syurga kelak.


Amin ya rabbal alamin.

Semoga Kalian juga akan selalu berbahagia.

Love,
Yayansmum who dearly love YayansDad.

11 Sweet Words:

.........cP~ said...

ALahai romantiknya. Tipu la kalau tak rasa jeles nih.

Abang Karu said...

ahahhaaa mcm entry saya yg bertajuk....Menda ni jadi selepas kawen....heran laa. dengan entry bertajuk Amboi.....kemain lagi haaaa....sama tak? sama tak? (^__^)

cheqna said...

betul2
bak kata orang2 yang dah kahwin...
selagi tak hidup bersama...tak sebumbung the true of colors pasangan tak kan kita ketahui....=)

sue zainun said...

setuju tu..bila dah sebumbung baru nampak apa yg kita xnampak masa bercinta dulu..apapun semoga berbahagia hingga akhir hayat..insyaallah

Miss N™ said...

Amin..! Saya juga doakan..YM dan YD bahagia sampai syurga..InsyaALLAH..!

KizZ said...

hihi...best baca perjalanan hidup ni..ada 1001 rahsia..

RHI said...

itulah pengalaman yg bakal di lalui oleh setiap orang..bermacam2 perasaan

Siti_btp said...

Susah senang bersama tapi kalau suami minta pasang lagi satu.

Akak pasti kena kanser lagi sekali dan tak sanggup hadapi masalah begini..minta di jauhkan !!

Nur-nba said...

Betul tu.. Sikap tolak ansur dan pemaaf sangat penting. Mudah2an kita semua dapat menjadi pasangan yang ideal buat suami/isteri masing2.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum YM

Cinta tidak bersyarat itu cinta yang ikhlas.. Semoga berbahagia hingga ke syurga.

Unconditional love.. Built happiness..

eija_sweetmama said...

btol setuju sangat, sbb tu dalam perkahwinan ni perlu byk sifat sabar kan..