Friday, February 17, 2012

Masih ada org cenggini???ingatkan dah pupus.

Assalamualaikum....

Hye, my readers.cewah!ber'readers'-readers pulak YM ari ni, ahaks!takpelah kan, sekali sekala tukar angin, pesalahnya, ye tak?huhu.

Pernah tak uols rasa yang bila uols hilang sumthing, bende tu mmg mustahil utk uols dapat balik???? selalu je kan?Yelah, zaman sekarang ni, susah nooo dah nak jumpa org yg betul2 baek hati nak pulangkan kat kita, especially kalau benda tu hilang atas kecuaian kita sendiri, ye tak?

Like YM jugak, YM penah kehilangan purse inside the toilet.Toilet pulak dekat je ngan office YM.Tp, yelah Public Toilet kan, as uols know YM keje kat Mall kan? Entah camner ntah boleh kelupaan ari tu nak ambik purse yg YM letak kat atas deck tuh.Bende kalo nak jadik, mmg sekelip mata je kan? Apalagi, bila dah sedar tu, cepat2 g toilet carik purse tuh, sudahnya purse+all the cards ade, tapi duit dah lesap.Mmg serik dah lepas tu coz bukan sikit RM kat dalam tu.Bkn pe, time tu baru je dpt gaji, ingat nak transfer kat bank laen, sudahnya transfer kat org laen rupanya.sedey giloooo time tuh.Tapi, yelah.Bukan rezeki YM.Salah YM gak. :(

So, lepas incident tu, ada gak la office mate yg mengalami benda yg sama, kat tmpt yg sama, cara lebih kurang sama.Tp, dia lagi teruk, dah la duit lesap ngan Phone dia sekali dia bagi sedekah kat org.huhu.kesian2. My fren mmg sedey coz dlm fon tu dia ada byk numbers2 kawan2 dia and gambar2 kenangan.Tak sempat naktransfer,katanya.

Bulan Oktober last year, YM penah kehilangan fon. Fon YM, fon biasa-biasa je.Tp YM in loveee sgt ngan Fon ni coz YD yg belikan as an Anniversary gift.


YM suka fon ni sebab Fon ni kecik molek.(^_^).Tapi, malangnya YM tercicir fon ni kat dalam Bas- SkyBus (frm LCCT-KL Sentral). Masa tu baru je balik dari my hometown kat Sabah coz My Abah past away.Yelah, time tu kepala still ting-tong lagi, tak bape nak stable, coz baru je seminggu My Abah meninggal dunia. So, mmg jadik endah tak endah je pada stuff yg ada kat tangan.

Tahu2 je, bila dah smpi umah my Mertua kat Pahang, baru le YM check Fon tu dlm handbag.At that time, baru le sedar, rupanya fon tu dah takde. Alahai....mmg sedih sgt, sebab dalam fon tu ada gambar arwah Abah yang terakhir.YM snap sblm Arwah Abah dikebumikan.Then, ada gambar Yayan dengan saudara-mara YM yang jarang2 boleh jumpa.stress jugak la time tuh.Tp, bila YM fikir2, nak nanges airmata darah sekalipun, bila bende dah hilang, mustahil yg amat utk dpt balik.So, YM decide utk pasrah dan redha.

Seminggu selepas tu, tetiba YD dpt call. Org tu ckp, dia jumpa my fon!Number phone YD dia dapat daripada My MIL.Ya Allah, terloncat2 YM bila dapat tahu!syukurrrr......Org tu ckp, dia takleh bukak fon tu coz My fon tu ada password.So, dia offkan,keluarkan sim card and put the sim card to his phone.So, sebab tu la dia boleh dapat number fon my MIL, then he call.Rasanya, sebab YM letak "MY Abah" for my bapa mertua.Bijak jugak org tu.huhu.

So, sepantas kilat YM call dia balik. Dia ckp dia takleh bg fon tu dlm masa terdekat coz dia ada kat Sarawak time tuh.After 2 weeks baru dia leh pass kat YM.Nak pos takut fon ilang katanya.Alahai, baiknye hati.

The gud news is dia pun originally org Terengganu, tapi stay kat Kuantan. Then, dia volunteer nak bagi fon tu kat YM personally coz dia mmg nak balik Tganu bila pulang dari Sarawak.

Alhamdulillah......syukur....selepas 2 minggu YM dapat balik phone tuh!rasa macam tak percaya.Cepat2 YM transfer gambar2 tu kat Lappy and backup kat HD.

Member2 YM perli2, diorang kata org tu bg balik coz dia ingatkn YM ni still single, so dia nak berkenalan lar.Takpun, sebab fon YM tu murah je, dia ada banyak duit, tak heran tgk fon YM tuh.huhuhu.

Mmg manusia suka buat conclusion kan? Tapi, bg YM,YM tak suka buat conclusion negative. Dah sah2 dlm wallpaper fon tu gmbr YM ngan YD & Yayan, so of coz he can guess YM ni Mak org.Org tu berduitt, yang tu YM takleh nak komen la kan.Ym tak tahu.

But, for me, the most important thing is, he is really a Gud Guy!Wutever reason is, dia tetap YM anggap seorang yang baik hati dan jujur!Ingat senang ke nak jumpa org camni??? Sumpah!YM mmg Super kagum~!

Semoga Allah swt membukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk dia sekeluarga dan semoga dirahmati Allah selalu.Amin.

Muchas Gracias for reading this entry.

Love,
YM yg kagum pd org yg baek ati!:)

12 Sweet Words:

Anonymous said...

moon penah tercicir gelang emas yang hubby bagi.. sampai umah baru pasan... memang seidh gila2 la tem tu.. sampai skang rasa takut nak pakai barang2 berharga.. huhu..

skang ni tengah mencari fail sijil yang tercicir ntah kat mana.. huhu.. sedihnya if x jumpa..

Cik Jannah said...

2 lah kadang2 kita nie cuai tapi kita tak sedar. nasib baik org yang berhati baik jumpa YM punya fon. alhamdulillah

btw,salam kenal :)

emarieys said...

rezeki masih untuk YM..memang susah nak jumpa lelaki baik seperti dia.....

Izan Ishak said...

kagumnya pada org yg sgt amanah tu. moga Allah berikan ganjaran yg setimpal pada dia kan.

Reena Sidek said...

susah nak jumpa yg yg jujur dan amanah sekarang...

Unknown said...

wahhh....untuk masa ni, my faith in humanity restored!

berapa banyak inisiatif yang dia telah ambik untuk memulangkan henpon tu...memang respect lah mamat tu...asal YM xambik gambar ngan dier? mulia betol org tu.... :)

i like this story...
tadi tgh down,bile dah habis baca,motivated balik! :D

bunga_rose said...

alhamdulillah la kan.. dapat balik.. alhamdulillah, ada lagi insna2 baik hati kat dunia ni...

penah, hilang gelang hantaran.. sedih gila sebab sampai sekarang tak penah jumpa dah

Deru Ombak said...

Harap2 ramai lagi yang seperti the Gud Guy... :)

ida =) said...

rezeki masih ada.... org tu baik. kesian dia kalo kita judge dia mcm2....

Lieza Nordin said...

alhamdulillah..ada y masih berbaik hati dgn ym.. :D rezeki masih ada..

munna said...

mmg susah nak jumpa org yg baik mcm tu skrg ni....mmg rezeki utk Yayansmum ada lagilah dgn telefon tu...

eija_sweetmama said...

mmg baik sungguh that guy yg pulangkan HP YM, susah nak cari org jujur & amanah camtu skrg ni tau..