Assalamualaikum
Sekadar perkongsian di hari baik, bulan baik ini...
Ketika umat Islam bertasbih dan bertahmid memuji Allah selepas terbenamnya matahari akhir Ramadhan, ahli-ahli kubur yang mendengarnya merintih dan menangis.
Imam Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, Ali Sarbini menjelaskan merujuk kepada kitab Mattlaul Badroin, penghuni kubur akan rasa gembira bila mendengar kedatangan Ramadhan. Ini kerana segala penyeksaan yang dilalui akan dihentikan kerana kemuliaan Ramadhan.
“Itulah sebabnya, kadang-kadang bila takbir, mereka akan tersinggung. Orang-orang ini (ahli kubur) akan menangis kerana mereka akan menerima seksaan semula sebaik tamatnya Ramadhan.
Lantas, eloknya pada petang hari raya untuk kita bacakan Ayatul-Kursi, Al-Fatihah dan Yaasin serta berdoa dengan berada di kepala kubur dan sedekah kepada mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita.” katanya sambil menambah semoga dengan itu roh mereka tenang berada di alam sana. Walahualam.
Courtesy : FB
Imam Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, Ali Sarbini menjelaskan merujuk kepada kitab Mattlaul Badroin, penghuni kubur akan rasa gembira bila mendengar kedatangan Ramadhan. Ini kerana segala penyeksaan yang dilalui akan dihentikan kerana kemuliaan Ramadhan.
“Itulah sebabnya, kadang-kadang bila takbir, mereka akan tersinggung. Orang-orang ini (ahli kubur) akan menangis kerana mereka akan menerima seksaan semula sebaik tamatnya Ramadhan.
Courtesy : FB
2 Sweet Words:
"mereka akan tersinggung"
:( tq for sharing da info
ooooo...gitu ea. nice info. Al-fatihah buat arwah ayah zie dan arwah ayah mentua zie. semoga mereka tenang di sana. amin
Post a Comment