Sunday, August 31, 2014

Merdeka!

Bismillah

Selamat hari kemerdekaan yang ke 57!Sure semua penuh ngan semangan patriotik dari pagi sampai ke petang tadi kan??Bagus-bagus...hehe.Itulah yang kita mahu!Semangat sayangkan Malaysia kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta!wahh!gitu...

Masing-masing dok update slogan ni kat timeline Facebook hari ni.Sure slogan hari kemerdekaan yang ke-57 kali ni menarik perhatian semua kan sebab ala-ala romantik sensitif lembut dan berinspirasi kan?

Sambutan hari kemerdekaan tahun ni juga rasanya antara sambutan yang penuh dengan emosi juga kan?Yelah,dengan kejadian di Sabah,MH370 kemudian disusuli oleh MH17.Sememangnya kita semua mampu berasa semua perasaan atas kejadian2 tersebut walaupun kita tidak terlibat secara langsung kan?

Walau apapun,hidup harussss diteruskan.Hikmahnya hanya Allah swt yang maha mengetahuinya.Semoga kemerdekaan ini selalu mengingatkan kita untuk bersyukur dan terus berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang bermati-matian berjuang untuk kita semua menikmati nikmat "kemerdekaan" ini sehingga ke hari ini.

Semoga kecintaan kita pada Malaysia akan selalu mengingatkan kita untuk terus menyayangi antara satu sama lain dan terus berusaha memadam api-api kebencian yang mungkin dicetuskan oleh mereka yang mahu melihat kita semua berpecah belah dan kembali menjajah minda dan tanah tempat lahirnya sebuah cinta!

 Selamat Hari Merdeka!


Tuesday, August 26, 2014

0% Paraben katanya!

Bismilllah

Kelmarin,YM gi shopping brg dapur kat Giant.Then lalu kat area shampoo,mata YM tak sah kalau tak jeling.Pastu tetiba berhenti,nak pegang!haha.Pompuan kan?padahal tak masuk list pun!

Ehhhhh...ehhhh! Timotei laaaa... Ti-mo-teiiii.Shampoo Timotei dah tukar packaging lorhhh!YM tak tahu la,baru tukar ke dah lama tukar sebab YM dah lama tak usha-usha shampoo sejak guna shampoo shaklee,hehe.Tapi sejak 2 menjak,shampoo shaklee ni mcm dah nak immune kat kulit kepala ni,YM dah tukar strategi.Ada yg kata,kita tak boleh stick bertahun-tahun ngan 1 jenis shampoo sebab kulit kepala kita akan immune.Dah takde kesan apa dah kat dia.So,sebab tu YM guna 2 jenis shampoo.Tukar2 la guna,1 shampoo shaklee, 1 lagi shampoo brand lain.

Apa yg YM excited sgt ngan Timotei ni sebenarnya??siap bereh-eh bagai kan?bukan apa uolsss,brand timotei ni kan brand lamaaaa dh.So,lebih kurang mcm termasuk dlm childhood memories la gitu.Alaa,mcm perfume gak la cthnya kan.Setiap bauan tu kan sure akan membuatkan korang teringat pada seseorang atau pada sesuatu kan?

 

Ni packaging lama.Gambar ni YM ambik dr google.Negara mana punya ntah.Tu yang tulisan bahasa tak faham tu.kiki.Tapi mmg cenggini la lbh krg packaging lama shampoo ni.Dulu,YM takdelah excited sgt dengan shampoo ni.Tapi bila tukar packaging terbaru ni,YM excited taw!sebab apa??tgk ni haa...


0% itu sangat menarik perhatian YM!Macam magnet tau dak?Bila pegang botol tu,baru nampak apa yang 0% tu.0% PARABEN rupanya!owhhhh... i loveeeee produk yang zero paraben taw!Sebab katanya paraben ni sejenis bahan kimia yang selalu dikaitkan dengan kanser.Tu yang YM excited bila produk lama ni dah start buang kandungan kimia tu dalam penghasilan syampu ni.Best-best-best.YM memang sangat sokong pada produk yang menitikberatkan kesihatan penggunanya taw! Heart habisss!

Owh ye,syampu ni ada beberapa jenis la.Macam biasa la kan,mcm syampu2 yang lain jugak and ofkosss ada perapi jugak dong!hehe.Harga sebotol syampu ni seperti yang tertera ye uolss.


Ofkosss YM grab 1 utk YM.YM pilih yang kaler hijau tu.Nak kuatkan dan bagi rambut bersinar katanya.Korang penah dengar atau guna Produk Timotei ni?hehe


Saturday, August 23, 2014

Berjaya juga dapat income dari Blog ni

Bismillah

Alhamdulillah,sejak berblog dari tahun 2009,ni la first time YM cash-out income dari blog ni,hasil dari nuffnang.Yelah,berblog untuk suka-suka je kan?YM ingatkan YM takkan mampu cash out income dari blog nih sampai bila-bila.Sadis sungguh.

 
So,semalam YM dah berjaya minta Nuffnang untuk proseskan pembayaran pada YM.Sebenarnya dah bbrpa bulan dah boleh cash out,tapi YM saja je tggu jumlah tertentu,hihi.Ingatkan nak tunggu lagi,tapi hati ni rasa mcm digaru-garu ha nak tengok cek dari Nuffnang.Yelah,first time nak dapat duit dari Nuffnang,maunye tak excited.

So, sekarang account Nuffnang YM dah zero balik.Bila boleh cash out balik,tu agak sukar diduga,haha!Ada rezeki,adalah.YM pun takdelah nak mengharap sangat sebab YM ni bukan blogger pames amos pun.Tapi,alhamdulillah lately blog YM ni selalu gak la dapat CPUV campaign dari Nuffnang.Thanks a lot,nuffnang!hehe.

Tak sabar nak dpt cek Nuffnang nieh.Hoi!30 hari derrrr diorg nak proses payment.hihi.
                                                         

Friday, August 8, 2014

Eid Mubarak!

Bismillah

Assalamualaikum Lovelies! Eid Mubarak!Camne ngan sambutan Raya tahun ni?sure meriah daboom gitew kan?hehe.YM tahun ni beraya di rumah sendiri dgn Yayan sebab ayah yayan kene keje.Dari hari raya pertama sampai la raya ke-4.Haruuu koo...hehehe.Yelah,di pagi Raya syahdu giteww sbb beraya ngan anak je.Ayahnya dah gerak ke terminal subuh2 lg.hehe.Seb baik la ada adik pompuan YM yg memang stay ngan YM tak balik beraya di kampung,so ada la jugak peneman di Pagi Raya.





Muka syahdu je anak beranak,kikiki...Raya ke-5 baru le kitorang dapat bergambar ber-3 anak beranak taw.Hehe.Oklah,kira oklah kan...ada org lain langsung tak dpt beraya dengan org tersayang..sob..sob..sob.


Oklah kawan2 semua...sempena hari baik bulan baik ni kan,YM sekeluarga nak mohon ampun maaf atas salah silap kami zahir dan batin ye.Semoga kalian semua berbahagia di bulan syawal ni...