Bismillah
Selamat hari kemerdekaan yang ke 57!Sure semua penuh ngan semangan patriotik dari pagi sampai ke petang tadi kan??Bagus-bagus...hehe.Itulah yang kita mahu!Semangat sayangkan Malaysia kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta!wahh!gitu...
Masing-masing dok update slogan ni kat timeline Facebook hari ni.Sure slogan hari kemerdekaan yang ke-57 kali ni menarik perhatian semua kan sebab ala-ala romantik sensitif lembut dan berinspirasi kan?
Sambutan hari kemerdekaan tahun ni juga rasanya antara sambutan yang penuh dengan emosi juga kan?Yelah,dengan kejadian di Sabah,MH370 kemudian disusuli oleh MH17.Sememangnya kita semua mampu berasa semua perasaan atas kejadian2 tersebut walaupun kita tidak terlibat secara langsung kan?
Walau apapun,hidup harussss diteruskan.Hikmahnya hanya Allah swt yang maha mengetahuinya.Semoga kemerdekaan ini selalu mengingatkan kita untuk bersyukur dan terus berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang bermati-matian berjuang untuk kita semua menikmati nikmat "kemerdekaan" ini sehingga ke hari ini.
Semoga kecintaan kita pada Malaysia akan selalu mengingatkan kita untuk terus menyayangi antara satu sama lain dan terus berusaha memadam api-api kebencian yang mungkin dicetuskan oleh mereka yang mahu melihat kita semua berpecah belah dan kembali menjajah minda dan tanah tempat lahirnya sebuah cinta!
Selamat Hari Merdeka!
3 Sweet Words:
Selamat hari merdeka. Ramai yang ambil kesempatan membuat kenduri kahwin pada tarikh ini...almaklum sambutan ulangtahun perkahwinan semalaysia!
Dah follow balik sini ya :)
Follow and comment u back.. Thanks ya..
~mamamyja~
selfie gambar merdeka tu yang mahal!!! Happy Merdeka to you tooo
Post a Comment