Thursday, October 23, 2014

Rezeki Jangan Ditolak

Bismillah

Pepatah org zaman dulu kala kan memang banyak betul yang tersirat kan?Boleh ditafsirkan dengan bermacam-macam andaian dek org-org moden yang hidup zaman tekno ni kan?Memang sangat unik.

Contohnya pepatah ni "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari".Well, pepatah ni cukup luas kalau kita nak huraikan.Bermacam-macam spekulasi boleh kita buat berdasarkan pepatah nih.Tapi bagi YM kan,takyah pening-pening kepala.Kalau kita tafsirkan dengan mata hati kita,inshaallah kita akan dapat yang mudah dan yang baik-baik je.

Contohnya,kalau org hulur kita makanan kan,pelawa kita makan?kalau org tu kita tak kenal sangat ataupun kita rasa segan, sure kita ambik juga dan makan kan?Yelah....tolak kang,orang kata sombong pulak,so kita ambik la walaupun makanan tu bukan favourite kita.Jarang-jarang la kita tolak.


Tapi kan...cuba kalau yang sua kan makanan tu org yang kita kenal sangat,keluarga kita misalnya.Ibu pada anaknya yang dah dewasa.Isteri pada suaminya.Dan lain-lain.Maunya kita tolak terus kalau tak berkenan di hati!

Taknak!Tak suka!Tak sedap!Katanyaa...kan?Sebab kita tak rasa salah pun tolak sesuatu dengan org-org yang kita kenal,org2 yang sayang kita.Org2 yang kita dok pandang doplohempatjam tu kan?

Kita hanya melihat pada pemberian fizikal tu je sebenarnya.Kita hanya lihat pada makanan tu je.Tapi di sebalik pemberian tu tersirat banyak perkara lain yang kita tak sedar.

PERHATIAN.

AMBIL BERAT.

BERBAGI RASA DGN YANG TERSAYANG.

KASIH-SAYANG.

CINTA.

Ini yang kita kadang-kadang lupa.Kita akan sedar betapa pentingnya "pelawaan/suapan" itu bila ia sudah tidak terjadi lagi bila yang tersayang berjauh hati.Bila mereka makan,tanpa suara,tanpa pelawaan.Masa tu hati kita akan terusik walau apa yang mereka makan itu adalah makanan yang kita tak suka langsung!

Tuesday, October 21, 2014

Tips Mengatasi Senggugut

Bismillah

Setiap bulan,Red Flag is a Must for us kan ladies?Ni la harinya di mana kita akan rasa maca-macam.Rasa letih,cepat tersentuh samada cepat marah or sedih dan macam-macam lagi sebab seratonin dalam badan kita menurun.Hormone estrogen dan progesterone pun menurun di waktu kita melalui proses menstruasi ni.Itu Normal.Kena pulak kalau kita dapat senggugut yang melampau memang kita akan rasa horibble giler time nih.


So,apa perlu kita buat??biarkan saja???hehe.No.Ada beberapa tips utk kita melalui hari-hari ni dengan lebih tenang.

1. Minum air kosong,sebaik-baiknya suam sekerap mungkin untuk melancarkan pengaliran darah ke kulit dan mampu membantu menenangkan otot yang menyebabkan senggugut.


2. Elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana kafein akan menyebabkan sengugut menjadi lebih teruk.Cuba untuk minum air suam+ halia, air suam + daun pudina,ataupun air suam + lemon.

3. Makan lebih byk makanan yang mengandungi vitamin B,terutammanya B6 seperti beras perang untuk melegakan rasa kembung perut.Juga makan makanan yang mengandungi vitamin E seperti Brocolli dan minyak zaitun untuk melegakan senggugut.Anda boleh menambah suplemen seperti B complex dan vitamin E ni untuk mendapatkan nutrisi secara optimum.


4. Makan makanan yang kaya dengan Magnesium seperti Almonds,walnuts sebelum dan semasa haid kerana ia mampu menyerap kalsium yg mana sangat penting utk melegakan otot-otot yang kejang yg menyebabkan senggugut.

5. Elakkn makanan ringan,minuman berkarbonat kerana ia akan menyebabkan sengugut menjadi lebih teruk.

6. Makan makanan yang kaya dengan iron seperti ayam,ikan dan sayuran hijau untuk menggantikan iron yang hilang semasa haid.

7. Mengambil vitamin D setiap hari akan mengurangkan gejala senggugut.YM suggestkan Ostematrix nih.Ostematrix ni kaya dgn vitamin D,magnesium dan zinc.

 8. Sapukan minyak zaitun ke kawasan perut.panaskan minyak tersebut dengan menggosokkan kedua tapak tangan kita dan kemudian sapulah ke kawasan abdomen kita yang sakit.Kemudian,berehat la.

Sekiranya sakit berlarutan,sila la berjumpa dengan doktor ye.

Sayangi diri ladies!


                                              

Tuesday, October 14, 2014

Resepi Salad Mudah!

Bismillah

Hari ni YM makan Salad utk Lunch.Wahh!kelas ko Jah!Macam omputeh.Haha!Ehh..bukan makan salad je semata yerk,kena gak makan makanan yang lain untuk support pemakanan seimbang.Kalau Salad semata,pitamsss ai.


Tadaaa!ni la Homemade Salad YM.Hehe.Simple je jah!Nk tahu YM buat camne.Meh YM ceghitaa..

Bahan-Bahan:

Butterhead
 Butterhead Salad - apapun salad will do,terpulang
Timun Jepun - Timun malaysia pun boleh,ekeke.
Garam
Stevia - kalo korang nak guna gula,silakan.
Minyak Zaitun
Lemon
Cilipadi
Lada Hitam

Cara membuatnya :

1.Potong Timun & salad ikut cara yang korang suka.Ketepikan
2.Kemudian, tiba masa utk buat dressing pulak.Perahkan lemon ke dalam mangkuk,masukkan garam,stevia,minyak zaitun dan cilipadi,kemudian gaulkan.semua ni pandai2 la korang agak,minyak zaitun tu,takyh la letak byk2,sikit2 pun dah ok.

Akan jadi camni taw..

3. Then,gaulkan semua timun,salad dan dressing tu ye. Siap utk dimakan!

Simple je kan? 5 minit je dah siap!YM kalau tak taw nak kunyah apa sambil tgk TV,sure akan buat nih,ekeke.Tgk cite Selamat Pengantin Madu sambil makan ni,mmg sedap!haha.
                                                         

Monday, October 13, 2014

Petua mencantikkan bentuk Pinggul

Bismillah

Ayokkk!!memula nak tulis tajuk ni sebenarnya---> petua besarkan punggung, coz ni la antara keyword tertinggi org dok google dan jumpa Blog YM nieh ha- besarkan punggung. Tapi bila pikir punya pikir punya pikir,haishhh!tak cantik la bahasa ko dik non kalau letak tajuk tu.So, ok,YM tukar la dari petua besarkan punggung ke petua mencantikkan pinggul,lagi nampak cun kan? Lagi satu keyword org suka google ni ha-- petua lentikkan punggung.Eh...lentikkan punggung yerkk???hihi...mcm-mcm.Tapi yelah,ni antara aset wanita nih.Memang ramai yang nak memiliki pinggul yang cantik kan?

Ampun.Ampun.Tapi yelah,ni kenyataan wut?memang ramai suka punggung atau bahasa cantik sikit pinggul yang cantik kan?Semua nak kelihatan macam ala-ala moden Victoria Secret semua tu.Khennn???semua nak lentikkan pinggul. Gitu... *tetiba rasa entry ni mcm byk mencarut jek!haha* sebab ahkakkk tak pernah lagi buat entry yang penuh ngan perkataan nih.. phewww!

Ok.Takpe.Meh YM share tips membantu membesarkan pinggul atau dalam erti kata lain membantu mencantikkn pinggul anda supaya anda mendapat pinggul yang diidamkan.Owh ye, diingatkan ye,YM ni bukan doktor ataupun pakar ye.Ym just share berdasarkan pembacaan dan pengalaman YM.

Tips Mencantikkan Pinggul Anda :

Tips Pertama: Bersenam

Nak tahu tak, model-model Victoria Secret semua tu kan ada exercise yang sgt ketat taw untuk diorang dapatkan pinggul yang cantik macam tu.So, kalau uols semua nak pinggul yang cantik camtu gak,kenalah exercise.Bersenam ni sangat bagus untuk mencantikkn badan selain mencantikkn bentuk pinggul.

Salah satu senaman yang sangat bagus untuk tone-up bentuk pinggul ialah - Squat. Squat Exercise ni sangat bagus untuk membentuk bahagian bawah badan kita.Camne nak buat senaman squat tu??ha, tengok gambar ni.


Pastikan kedudukan betul ye,klu salah kang sakit pinggang lak.hihi
Ni jadual kekerapan yang boleh kalian gunakan.Hehe.Alar, ikut kemampuan la kan?Tapi kalau rasa nak cabar diri, silakan.


Tips ke-2 : Amalkan pemakanan sihat & penggambilan vitamin/makanan tambahan

Ok, mengapa pentingnya kita amalkan pemakanan sihat dan konsisten mengambil vitamin??Ok, cuba lihat gambarajah di bawah.

Nampak tak??Bila kita exercise,microscopik akan terkoyak, so bila kita jaga pemakanan kita dengan mengambil lebih makanan berkhasiat yang mengandungi protein,lemak dan karbohidrat, so itu semua la yang akan membantu proses pemulihan tu.

Banyakkan mengambil makanan seperti telur,ikan,ayam,daging.Makan sayuran seperti Brocolli,sayuran hijau,tomato, kekacang dan buahan seperti beri dan ubi keledek.Semua ni membekalkan nutrisi yang terbaik untuk proses penyembuhan selepas bersenam dan juga sangat bagus untuk kesihatan badan kita keseluruhannya.Elakkan penggambilan gula dan juga makanan ringan.

YM rekemen 2 vitamin/makanan tambahan ni untuk kalian ambik bagi membantu proses mencantikkan pinggul :



Kedua suplemen ni sangat membantu untuk meransang pembentukan pinggul yang anjal dan terbentuk.ESP Shaklee mengandungi Acid amino yang sangat penting untuk pembentukan otot seperti dalam gambarajah yang YM share kat atas tu.

Alfalfa complex pulak berfungsi sebagai penstabil hormon estrogen di dalam badan wanita.Sekiranya hormone estrogen terlalu rendah,alfalfa akan menaikkn hormone estrogen.Manakala sekiranya hormone estrogen terlalu tinggi,ia akan membantu untuk menghalang kenaikan estrogen.Alfalfa juga sangat membantu untuk membentuk pinggang anda dengan mengurangkan penyimpanan lemak di kawasan tersebut.So,bukan setakat pinggul cantik tapi kalian juga mampu memiliki pinggang yang ramping gitu.

Whoaaa!excited pulak YM tulis info nih,hihi.Bukan apa,info ni semua adalah hasil pembacaan YM di kebanyakkan jurnal-jurnal vitamin dan mineral utk kesihatan dan kecantikan.

Oklah,kalau kalian berminat nak cuba suplemen ni utk mendapatkan pinggul yang menawan,meh contact YM k?


                                        
7 Tahun mencarik penawar,akhirnya Kulit muka halus gebu!Klik Video Utk Tonton cerita Wanita ini..
Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Sunday, October 12, 2014

Resepi Tomyam Putih Mudah

Bismillah

Actually,dah lama nak share resepi simple ni.Tapi x berkesempatan.So, kali ni YM share yerk.Moga-moga berguna la ngan uols.Resepi tomyam kali ni takyah guna perencah tomyam tu taw.Jomm, YM cite cara-cara nak buat.

Resepi Tomyam putih Simple

Bahan-bahan : 

 4-5 gelas air
 3-4 ulas Bwg putih dicincang halus
1 inci Lengkuas dihiris
 3 keping daun limau purut
 2 btg serai
 1 cawan santan
2 biji Limau nipis (atau ikut tekak korang gak,nak masam lbh,letak la lebih naa)
Cili padi (ikut tekak,klu nak letak,letak la...)
cendawan
brocolli
lobak
tomato
Sos Ikan (boleh dpt kat mana2 supermarket)
 Sedikit garam 
*in case kalau korang nak tambah ayam ke,daging ke, ikut suka..bolehhh..*

Cara Membuatnya :

1. Didihkan air dalam periuk,kemudian masukkan serai yang dah diketuk ke dlm periuk tu dalam 1-2minit.
2. Kemudian,masukkn bwg putih + lengkuas + daun limau purut + cendawan.Biarkan mereneh dlm 1-2minit.

3. Masukkn udang dan sayuran lain,biarkan mereneh dalam 2-3minit ataupun sehingga udang kelihatan berwarna pink dan gebu.

4. Kemudian, perlahankan api ke suhu yang sederhana,barulah masukkan santan dan perahan limau nipis perlahan-lahan.Teruskan kacau.Masukkan sos ikan sedikit dan secubit garam.Kacau dan rasa, kalau kurang masin,tambah sos ikan,jgn tambah garam.Kalau kurang masam,tambah la perahan limau nipis tu.

Owh ye, kalau tak suka santan,takyah letak.Ataupun kalau tak suka santan pekat sangat,boleh letak sedikit demi sedikit, ikut level tekak korang taw.Kalau suka,pekat,tambah la lagi santan tu,kalau tak suka pekat,kurangkan.Alaaaa,pandai-pandai la...hehehe.

ok!Dah pun siap!kalau nak rasa aunthentic Thani tu...bila serve kat mangkuk,letak la hirisan daun ketumbar..hurmmmm wangiii!hihi..Senang je resepi ni kan?boleh buat laju2.haha.Jimat masa kat dapur taw.Takyah nak berpeluh2 berjuang kat dapuq tuuuu.

Selamat Mencuba uols!

                                                

Saturday, October 11, 2014

Ini bukan soal Anak semata,tapi Perancangan Allah

Bismillah

Kadang-kadang kita ni jadi orang yang kurang peka pada persekitaran.Kadang-kadang kita jadi org yang suka cakap ikut sedap mulut tanpa nak fikir perasaan org lain.Tindakan drastik katanya.Sebenarnya kadang-kadang tu bukan apa pun,maybe sebab kita takde topik nak mulakan bicara kan?So,kita ingat best sangat la mulakan dengan pertanyaan sebegitu.

Contoh isu sensitif yang suka dijadikan pembuka bicara - Isu Anak.

"Eh!...ko ni bila nak ada anak ni?cepat-cepat laaaaa..."
"Eh!... dah lama sangat bulan madu tu,bila nak ada baby pulak???"
" Eh!bila nak ada baby nih???tak teringin ke???"
"Dari dulu sampai sekarang asyik berdua je????"...

Ewah-ewahh,sodap bonaa mulut kita kan?Sampai orang yang ditanya tu senyum-senyum sumbing je menjawab soalan kita.Dalam hati dia,sentap kemain tau tak?berkeping-keping jadinya!

Kawan-kawan, janganlah ditanya soalan yang takde jawapan.Semua jawapan tu ada pada Allah swt.Diorang sendiri tak tahu ok?kalaulah diorang tahu jawapan,siap tahun,tarikh dan masa bagitau kat korang bila diorang nak dapat anak ok?*tetiba emo pulak ai*huhu.YM pernah melalui semua nih,4 tahun melalui zaman-zaman ditanya itu dan ini.So,faham benar la.

Manusia takkan pernah berhenti bertanya dan bercakap.

Bila dah ada anak pulak,tanya bila nak dapat ke-2,ke-3,ke-4 dan ke-20.Ini dah jadi macam rutin pulak.Agak-agaknya la kan,nape la kita ni tak sensitif erk?ntah-ntah bukan org tu taknak ada anak lagi,tapi mungkin ada masalah kesihatan ke apa ke.Kita mana taw.Dalam kepala kita dok pikir,orang tu merancang,merancang dan merancang jek kan?family planning kononnya.

Rilek brader and sistaa... ada banyakkk lagi pembuka bicara yang best selain topik-topik sensitif nih.Contohnya,makin lawa la sekarang,apa rahsia???haaa,kan sedap soalan tu,ekekeke.Org tu pun tak sentap.

Jangan sampai satu tahap,bila diorang dah fed up dan hangin satu badan,korang pulak yang diorang tanya...

" Ko ni dah lama hidup kat muka bumi ni,agak-agaknya bila nak jumpa Tuhan ye?"

haaa...naya ko!Larikssss.

                                         

Thursday, October 9, 2014

Nuffnang bagi lagik!Happy!

Bismillah

Fuhhh!hari ini dalam sejarah,bila blog YM nieh tgh ada 5 Iklan nuffnang yang sedang menari-nari.Alhamdulillah.Ym excited kemain ni bukan apa, kalau dulu kan,nak dapat 1 CPUV campaign ni berjanggut tahuuu?Asyik dapat cost per click campaigns jek.Huhu.Sedey taw.

Alhamdulillah,sekarang blog YM nieh dah mendapat tempat di hati Nuffnang,hihi.Bagi YM,5 ni dah cukup ajaib taw.Yelah,kome-kome yang dapat 20 campaigns tu takyah ngutuk keterujaan ahkak korang ni ok??hahaha...pukoii kang!bagi la chance kat ai.. :P


Apapun, semoga lepas ni lebih banyak campaigns YM berjaya kutip.Amin-amin.Mana la tahu lepas ni boleh up entry,dapat 10 campaigns sekaligus!hahaha.*mimpi bulan*

Take Care uols!

Wednesday, October 8, 2014

Wordless Wednesday : Its a Treat Day!

Bismillah



                                                     

Tuesday, October 7, 2014

Promosi Hebat Utk kulit Cantik,Cerah Berseri-seri!

Bismillah

Every month memang YM akan selalu update pasal produk promo utk Shaklee kat Facebook and fanpage YM.Sapa-sapa yang follow blog YM ni sure tahu yang YM ni Pengedar Sah Shaklee kan?hehe.

So,bulan ni bila shaklee announce je kat website yang bulan oktober bulan promosi ESP,ahhh sudahhh!YM dah start ketaq satu badan,hahaha!Apa taknya,ni antara produk killer shaklee babe!eh-ehh,bukan membunuh la...choyyy taww!Produk yang paling hot,meletup-letup la.jadi kegilaan ramai,Gitu.

Dah 2 tahun lebih YM ngan Shaklee, memang bila promosi je si cantik manis ESP nieh,siap la kauu!tak cukup tangan nak reply pm/whatsapp customers.Serius.

Most of my customers yang repeat order ESP ni yang jenis nak jaga kulit taw.Nak maintain kulit cerah gebu macam emma maembong tu,macam Masmira dlm cite Selamat pengantin baru tu ke?hehe.

Nape ESP Shaklee ni sangat pamess untuk cerahkan dan gebukan kulit??sebabnyerr...dalam ESP Shaklee ni ada Acid Amino.Acid Amino ni sgt diperlukan oleh kulit untuk meransang pembentukan kolagen untuk menghasilkan kulit yang lebih anjal dan tegang.Acid Amino ni juga meransang pembentukkan sel-sel baru dalam badan,so kulit akan tampil lebih cerah dan berseri-seri gitu.


So, kalau nak kulit putih berseri-seri,anjal,tegang dan gebu,bolehlah amalkan ESP shakleen ni coz dlm ESP shaklee ni ada Acid Amino yang sgt penting utk kecantikan kulit.Nak kulit putih gebu ke,nak kulit cerah seluruh badan ke,ni la dia rahsia kulit cantik kebanyakkan pelanggan-pelanggan saya.Tersenyum-senyum juga saya bila selalu dapat soalan,makan ESP ni boleh cerah seluruh badan ke?ke cerah tang muka jek?haha.ofkos la kulit cerah seluruh badan,beb!hihi




Bulan Oktober ni,promosi hebat untuk ESP nieh.So,jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ESP Shaklee yang hebat ni ok?Anything,just contact YM.



                                                     

Thursday, October 2, 2014

Pedas Giler!

Bismillah

Malam ni pestime ahkak masak perut lembu koo.Selama ni dok hirup2 kuah perut lembu masak lemak cili api  yang mak mertua masak jek.Nape hirup kuah je?sebab YM mmg tak reti makan perut pun selama nih.Haha.Masa kecik-kecik, selalu je org-org tua takut2kan kitorg yang budak kecik takleh makan nieh.Tak elok.Katanya.

Tu yang bila dah besar tu,rasa mcm pelik je org makan.haha.Tapi bila dah kahwin kan,asben punyalah suka benda alah tu.Bila Mak Mertua buat masak lemak cili api kan,rasa mcm teringin nak cuba sebab nampak mengiurkan.So,mula-mula hirup2 la kuah dulu,pastu test makan satu.Adeh,geli2 tekak.Then,bila dah selalu sgt nampak encik asben makan,lama-lama join la jugak makan,tapi takleh makan byk,sikit2 boleh la.Tak biasa kan.


Tetiba ari ni memberanikan diri masak perut lembuuuu nieh.Masak lemak cili api mmg dh biasa,tapi perut tak penah masukkn pun.So,punya semangat la nak masak perut nih.Sekalinyaaaa.....

Pedas nak pengsannnn!hahha.Bila makan rasa telinga nak terbang!

Ampunnn.

Memang Nanges.

Cuba lagi next time ye in house Chef Yayansmum.haha.