Monday, April 20, 2020

Macam Tak Puasa je kau ni!

Bismillah

Hi guys...assalamualaikum.

Eh!Tak lama dah kita nak berpuasa kan?berapa hari je lagi tau!!Korang dah prepare ke apa yang patut?hehe.Yelah kan,especially mak-mak time PKP ni la agak mencabar untuk kita coz kebanyakkan masa kita perlu ke dapur untuk menyiapkan juadah bersahur dan berbuka,ye tak?

Kalau sebelum ni,juadah berbuka mungkin ramai yang beli kat bazaar Ramadhan kan?Yelah,beraneka juadah kat situ ha!Sedap-sedap pulak tu ye tak?hehe.Tapi tahun ni agak berbeza untuk kita disebabkan oleh wabak covid-19 kan?Tapi takpe,semua ni ada hikmahnya.

Ni YM nak share pasal satu minuman kesihatan ni - performance Drinks Shaklee.Minuman kesihatan ni best sangat diamalkan semasa kita berpuasa sebab minuman ni akan bagi kita rasa bertenaga dan kurang dahaga tau!Untuk anak-anak yang baru belajar nak berpuasa tu kan,boleh la bagi minum ni ketika bersahur,inshaallah anak-anak akan kurang rasa dahaga.Takdelah mak-mak kena melayan rengekkan si kecil tu sepanjang masa kan?hehe.


Inshaallah memang sangat membantu si kecil anda untuk rasa lebih bertenaga.Takdelah lembik semacam je time puasa kan?kita pun risau kalau tengok diorang camtu.Minuman ni menggalakkan badan kita sentiasa hidrat,meaning takdelah rasa kering tekak semua.


ADA DUA PERISA - LEMON LIME DAN NATURAL ORANGE. DUA-DUA PERISA AVAILABLE YE.


TESTIMONI PERFORMANCE DRINKS 






Kalau kita yang dewasa ni amalkan Performance Drinks ni,sure ada yang kata kita, "ko puasa tak puasa ni???segar fresh je aku tengok!" kah!

discount 10% untuk pembelian twinpack

Sekiranya kawan-kawan berminat nak dapatkan minuman kesihatan ni boleh contact saya ye.

KLIK



Sunday, April 19, 2020

Rahsia Kurus

Bismillah


Tengok gambar nieh... teruja kan??ni la namanya #shakleeEffect.Memang terbaik.Sebelum ni akak ni memang nampak cantik dan comel dah,tapi lepas amalkan Shaklee dia lagi nampak lebih langsing dan cantik kan?

Syukur alhamdulillah.

Apa rahsia kuruskan badan dia ni??? ofkos korang teruja nak tahu rahsia kuruskan badan , tips kurus dia ni kan? Pertamanya YM nak ingatkan kawan-kawan, tiada jalan mudah untuk dapatkan body idaman.Semuanya memerlukan usaha dan bukanlah bergantung pada suplemen 100% untuk mencapai body idaman.

ni la diaaaa rahsia kurus dia! 2 Suplemen ni yang membantu dia mendapat body idaman selain mengamalkan gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Suplemen ni membantu melancarkan proses penurunan badan dia.Tetapi apa yang paling penting dia mengawal penggambilan kalori dan memilih makanan yang sihat untuk mempercepatkan proses penurunan berat badannya.

Penggambilan air juga penting untuk membantu melancarkan proses penurunan berat badan.So,kena la juga rajin-rajin minum air masak,bukan air manis tau...hehe.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan suplemen ini,boleh la contact YM ye...klik je gambar kat bawah ni.Inshaallah YM akan berikan konsultasi terbaik untuk anda.




Lama Tak Semestinya Hilang

Assalamualaikum and Hi Earthlings,


Dah lama sangat tak bersiaran kat blog ni.Dah bertahun kot!Bukan apa uols, sebelum aktif kat blog domain berbayar tu.Pointkan blog ni ke domain berbayar tu.So,bila stopkan domain berbayar tu,halamakkk tak dapat la pulak posting tahun-tahun sebelumnya.

Nasib baik la posting sebelum ni,still ada lagi.Syukur alhamdulillah.Maunya kalau hilang semua,waduh...sayang tu ... 

So,from now on,YM akan banyak menulis kat sini la.Inshaallah. So,all of you will see me a lot here,hehe.

Take care everyone,stay safe!

Saturday, April 18, 2020

Tips Melatih Anak ke Tandas

Bismillah

Ok...pada yang dah pernah baca post YM sebelum ni tentang ---> TANDA-TANDA ANAK ANDA BERSEDIA DILATIH KE TANDAS (<--- Klik kalau nak baca ye) pasti tertunggu-tunggu the next tips kan?Ok, kali ni YM share tips untuk melatih anak-anak ke tandas pulak ye.

TIPS MELATIH ANAK KE TANDAS /POTTY TRAINING

1. Pastikan anak dan rumah anda "bersedia" utk Fasa ni.

Beritahu si manja anda sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anda mulakan perancangan anda.Jangan anggap mereka terlalu kecil untuk kita beritahu hal-hal sebegini.No.Diorang dah boleh memahami perkara-perkara simple sebegini sekiranya anda dah baca post saya sebelum ni tentang kesediaan mereka untuk dilatih ke tandas.
Sediakan juga tempat khas untuk dia "membuang" untuk memudahkan dia melalui proses itu.Sekiranya terdapat beberapa tandas di rumah anda,sediakan la beberapa kemudahan untuk dia juga.
Menyediakan seluar dalam untuk mereka juga merupakan aspek penting dalam menjayakan latihan ni.Ajak la mereka untuk memilih seluar dalam pilihan hati mereka.Melibatkan mereka dalam proses pemilihan ini akan membuatkan mereka juga sangat teruja melalui proses ni.

Kalau kat rumah tu ada carpet,sila la lipat dulu ye sebab dalam proses melatih ni for sure akan ada berlaku beberapa "accident" kan?So,anda pasti taknak rasa stress bila terjadi semua tu.Jadi,sila bersedia ye.

Lagi satu,sekurang-kurangnya dalam masa seminggu pastikan jadual harian anda sangat-sangat loose ye...takde perkara-perkara berat/besar perlu anda langsaikan sebab anda perlu betul-betul fokus pada proses ni.Pada surirumah ini mungkin bukan masalah besar tapi pada ibu-ibu yang berkerja,kalian mungkin perlu berkorban sedikit masa.Ambil la cuti 2-3 hari selepas hujung minggu,so anda boleh la bermula pada hari sabtu hinggalah hari Selasa/Rabu.Pandai-pandai la plan ye.

2.Kenalpasti apa yang mampu buat anak anda betul-betul bersemangat untuk membantu anda menjayakan proses ini.

Kanak-kanak selalunya akan lebih berkerjasama dan bersemangat untuk membuat sesuatu apabila mendapat ganjaran.

Contohnya, sehari sebelum anda memulakan proses tersebut, ajak anak anda pergi memilih beberapa mainan kegemaran dia.Like my son,dia sangat suka pada kereta-kereta kecil,so sy akan memberikan dia kebebasan untuk memilih set-set kereta kecil yang dia suka.Tak semestinya anda membawa mereka ke tempat-tempat yang menjual alat permainan kanak-kanak yang mahal.Berpada-padalah dan ikut pada bajet sendiri. Kemudian bila tiba di rumah,anda masukkan permainan tersebut di dalam bakul khas dan beritahu dia setiap kali dia menggunakan tandas,anda akan berikan dia 1 alat permainan yang dia suka.So,at the end of the day, masukkan toys tu semula ke dalam bakul anda dan esoknya mulakan lagi proses tersebut.

Ini hanya satu contoh.Anda bebas melakukan sesuatu mengikut kesesuaian dan minat anak masing-masing.

3. Mengajak mereka ke tandas dengan lebih kerap.



Sebagai contoh,dulu saya akan mengajak anak saya ke tandas sekali setiap 15-20minit.Terutamanya selepas mereka makan atau minum.Mereka akan terbiasa dengan rutin ini sekiranya kita membantu mereka untuk membiasakan diri.Pada mulanya sememangnya sangat sukar untuk kita,tapi sekiranya kita konsisten,ofkos akan berjaya juga!

4. Puji mereka tetapi jangan terlalu memuji.

Kanak-kanak memang sangat suka dipuji tetapi jangan puji mereka keterlaluan kerana mungkin mereka akan menggunakan itu sebagai salah satu "senjata" untuk membuatkan kita kalah pada mereka ataupun mendapatkan sesuatu yang mereka mahu.Hehe.

Puji la mereka seadanya.Contohnya,kita boleh berkata "wahh,gud job dear!dah besar dah anak mommy,dah bijak ke tandas sendiri!" dan sebagainya.

5. Sekiranya berlaku "kemalangan" (terkencing kat mana-mana),berikan perhatian,belajar dari situasi tersebut dan teruskan rutin seperti biasa.
Hampir semua kanak-kanak yang melalui proses ni pasti akan ada "accident" di sana - sini.Tapi apa yang saya buat dengan anak saya ialah setiap kali dia terkencing di mana-mana di rumah,saya tidak akan terus membersihkan tempat tersebut tapi kami akan berhenti seketika dan ada perbualan ringkas yang berlaku antara kami.Saya akan memberitahu dan mengingatkan dia kembali di mana sepatutnya dia kencing.Saya tidak mahu membuatkan dia rasa malu mahupun mengkritik dia tetapi saya tekankan dengan dia di mana sepatutnya dia kencing.Itu yang sepatutnya dia faham.

6. Mula mengajar mereka tentang kebersihan.

Didik anak anda tentang cara-cara mudah yang boleh anak anda praktikkan sebelum,semasa dan selepas membuang air kecil/besar.Gunakan bahasa yang mudah untuk anak anda fahami dan ingat.Perlu juga tekankan dengan anak-anak mengapa mereka perlu untuk melakukan apa yang anda ajar tersebut supaya mereka bukan sahaja ingat tetapi juga faham mengapa mereka perlu melakukannya.

Okaylah,itu sahaja perkongsian kekyue untuk kali ini.Semoga berjaya ye kawan-kawan.Apa yang paling penting kita perlu banyak bersabar dan terus konsisten walau apa yang terjadi,hehe.All the best!

Bertemu lagi di next entry ya!