Showing posts with label Kisah Yayan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Yayan. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Bijak!Bijak!

Assalamualaikum

Budak-budak nieh memang mencuit hati kan?ader je yang dier buat yang mengeletek hati kita.Tak kurang jugak yang buat kita grrr!grrr!..haha!Nama pun budak kan!Hiksssss...
Nie Yayan......ce korang tengok la ape dier buat tuh?ader je kejenyerr.Siap tonggengkan kete dier tuh ha.Sepatutnya kete tuh tak macam tuh.
Mula tu YM pelik gak.Nape la yang die pi tonggengkan sampai gitu ghopeee.Tapi,bila perhatikan lelama......haaaaaaaa!patut la puuunnnn!

Dia nak jadikan tayar tu stereng kete dier oooooo! Haishhhhh!bijakkk nooo bebudak sekarang nih kan?ni dah macam iklan susu Anmum nie, Gangliosida terlebihhh nie, haha!Berjaya juga susu tu membantu mengoptimumkan hubungan antara sel-sel otak Yayan.Tapi Yayan cuma minum susu tu start umo 6bulan sampai 18bulan je.Lepas tuh, mak dier kedekutt, bagi minum susu Dutch Lady je, kooo!hehehe....bukan pe, nak saving untuk Yayan jugak.:)
Tu, korang tengok la tangan dier yang cumilll tuh ha....dier dok perhatikan ayah dier tiap2 hari bawak kete, ni la jadiknyerrr!hehehe.Dia mmg sangat minat ngan kete taw.Pantang nampak kete mainan, sure akan pergi terjah sambil sebut "car!car!car!". Haihhhh... Dier akan campak apa2 toys yang best2 kalau nampak kete.Bila jumpa kete macam jumpa emas koooo!haha!

Ingat lagi tak, YM penah buat entry pasal dier jadikan kunci umah as kunci kete dia???alarrr, yang YM tawaf umah soploh kali cari kunci, tak jumpa tuhhh...tak ingat?nak refresh?Tekan SINI.Huhu

Kadang tu YM terfikir jugak, ke anak aku ni nak jadi macam Michael Schumacher????jeng...jeng...jeng.....haha!

Wednesday, July 18, 2012

Bukan mudah rupanya...

Assalamualaikum

Malam ni YM sangat-sangat sedih & sebak. Baru kali ini YM rasa rupanya menjadi Ibu kepada pesakit jantung yang telah melalui beberapa fasa dalam kehidupannya bukannya sesuatu yang mudah. 

YM bukan bercakap mengenai segala pahit maung yang kami lalui, bukan.Tapi, YM rasa sangat-sangat sukar bila YM harus menjadi rujukan, inspirasi dan yang paling berat, harapan.Bukan YM tak mahu dijadikan rujukan atau inspirasi atau diharapkan, tapi YM sangat-sangat sedih bila YM tidak mampu memberikan yang terbaik buat ibu-ibu yang senasib seperti YM.

Dalam minggu ni sahaja, ada 2 org Ibu yang senasib dengan YM contact YM. Pertama tu, thru email.YM masih dlm proses menyiapkan 1 entry untuk dia. Kedua, YM kenal melalui ibu saudara YM.Baru je contact semalam. Dia memerlukan sejumlah wang utk pembedahan kali ke-4 untuk anak dia yang berumo 1tahun 7 bulan. YM ada bagi number fon NSTP, tapi dia inform YM, NSTP tak dapat tolong sebab kes dia under government.Diorang hanya boleh tolong utk kes yang dijalankan di hospital swasta sahaja. YM mmg sangat2 faham sebab ape NSTP taknak masuk campur. Same goes to Gomen jugak kan?Kalau buat pembedahan kat private ader diorang nak tolong?kem salam!Nape la macam nie... :(

Then, bila perkataan "give up" keluar daripada mulut siibu yang ke-2 nie, automatically airmata YM jatuh. Sedih sangat-sangat. Dia kata, Yayan untung, ada org nak tolong, but not hers. 
Buat Sue,
Jangan sesekali giveup untuk anak kita, dear.N-E-V-E-R. No matter how hard it is, we shud try, usaha, then baru la kita tawakal. 

Sue,
Perjuangan Ayu bukanlah semudah yang Sue sangkakan. Ayu juga melalui moments ditolak oleh beberapa pihak sewaktu memohon dana untuk Yayan. Ayu mohon pada Jabatan Kebajikan Masyarakat, diorang kata anak Ayu tak layak. Ayu ke pejabat wakil Rakyat, mereka kata kes Ayu akan di bawa kepada MB, yes, memang ada dibawa ke MB dan kemudian dibawa kepada Menteri Wanita, keluarga &masyarakat ketika itu, tapi setakat itu sahaja. Macamana Ayu tahu? Copy surat diorang poskan kepada saya.Then, senyap.Nothing.

Tapi, Ayu???No, Ayu takkan berdiam diri.Macam-macam lagi Ayu buat, Sue. Berpuluh2 surat Ayu poskan, termasuklah mengepos surat memohon dana pada Siti Nurhaliza & Aznil, sampai tahap tu kegilaan Ayu!Malu???Tak..Ayu dah hilang rasa malu pada masa tu. Waktu tu, kalau org suruh Ayu jadi peminta sedekah ke, badut sekalipun Ayu sanggup Sue, demi nyawa anak Ayu.

Sue, 
Allah tidak menduga kita di luar kemampuan kita. Dia tahu kemampuan kita.So, please....jangan giveup Sue. Teruskan usaha Sue.Kita kena berani sue. Berani berdepan dengan siapa pun, even PM sklipun. 
 Sue,
pertamanya, Sue ke Tabung Jantung Negara, then Ke Yayasan Kebajikan Negara, Then Yayasan Negeri, ke Wakil2 rakyat.Pergi semua tempat2 kerajaan ni sebab kes anak Sue under IJN. Masa ni bagi ayu adalah masa yang terbaik, dah dekat Pilihanraya, sure ramai yang mahu membantu, percayalah!Bawa semua dokumen2 yang berkaitan berserta gambar anak Sue.

Insyaallah Sue, Allah bersama kita. Walaupun doktor kata, harapan hanyalah 40%, but still itu adalah harapan. Harapan itu tidak wujud utk disia-siakan, Sue. Bagi Ayu, kalau Doktor kata takde harapan pun, Ayu still usaha!Doktor bukan Tuhan!

Tolonglah Sue.....jangan sesekali putus asa.....tolong.... :( Hidup kita adalah satu perjuangan.

**sigh* bukan mudah rupanya menjadi aku....... :( 



Thursday, June 21, 2012

Tak Semua Menyedihkan Part 2

Assalamualaikum

Hamboi, siap ada part2 tuh ha.Sowie la my sayang-sayang semua, bukan ape, takmo le mata korang rasa didera and berpinar-pinar disebabkan entry yang sangat panjang.Hiks...Thanks a lot, pada yang sudi tunggu kesudahan entry nie taw, sayang korang muchy-muchy!

Okey, back to the business. YM tersedar dari tidur pukul 2.30pagi, then YM rasa berganda-ganda sakit. Menangis-nangis dah YM,Siap cakap dalam hati, nape la aku tak request je bedah / ceasarian, takdelah nak menanggung sakit yang tahap dewa cenggini.Sempat lagi tuh..huhu

YM request 2nd injection lagi ngan Nurse. YD dah pun inform,tapi ya Allah, lambat kemain lagi Nurse tuh. Tetiba kol 3.15pagi, YM tetiba je automatik meneran!Aikk!!tetiba jek!YM mmg tak taw rasa tuh. 

YM terus jerit kat YD, "Abg,panggil Nurse cepat!aper nih???Syg tak taw."Haha!kelakar kan?Seriously, YM tak taw pe bende.Tu yg mintak panggil Nurse tuh.YD lagi cemas sebab bila dia on kan lampu, dia tgk mata YM macam nak tersembul keluar!muhaha...

Bila Nurse datang, fuh!memang cemas giler arr.Ha, hambek...sape soh tak check YM awal2. Dah nak bersalin, baru nak gelabah.Tu pun, bila YD pi panggil diorang dlm keadaan cemas, diorang boleh gelak2 kooo.Diorang ingatkan false alarm, biasalah diorang tgk 1st parents, so diorang assume kitorang nih saje la melebih-lebih.

Diorang soh YM berjalan, tapi YM cakap YM dah tak larat sangat2 sebab dah lama sangat sakit.Diorang soh YM naik wheel chair, so YM pun ikutkan je.Sebelum duduk nyempat lagi YM request nak pi toilet sebab rasa macam YM teryak-yak.Tapi Nurse ckp, "tak...u dah nak bersalin tueeee"...muhahaha.kelakar kan?mana taw!

Then, bila sampai Labour Room, bila baring je, YM terus je meneran.Nurse marah, tolak kaki YM ke bawah, then selimutkan YM, siap cakap; "tunggu Doktor, doktor on the way!".Hamboi...ingat leh tahan2 ke.Adoiii...Nurse soh YD bagi alat oksigen tuh kat YM, breathe...breathe...supaya YM tak meneran lagik.

Haha!tak menyabor dah Yayan keluar, bukannye YM buat2, automatic kott..Yela, atas wheel chair pun YM sempat gak meneran sekali, siap kene warning ngan Nurse.Tobat la, bende tu luar kawalan kot!

Tetiba, YM rasa, YM dah sangat2 tak tahan, YM bagi 1 big push, tetiba rasa ada something yang besar keluar, then YM rasa lega sangat2. Eh!anak aku!astagfirullah...YM terus je menjerit kat YD and Nurse, "Ada baby kat bawah selimut!" Nurse terus je berlari kat YM, sambil marah2. Then YD terus je sound kat Nurse tuh, "Nurse!bende dah jadik!u settle kan baby dulu, okey!"Ha...ingat YD diam2 gitu je tak pandai nak marah.YM masa tuh dah nanges2 sebab risau kot2 ada pape jadik kat Yayan.

Tetiba dengar sore nyaring Yayan.Uwekkkkk!uwekkk!.Syukur, YM tersenyum lega. Nurse terus je bawak Yayan pegi.YM tak sempat pun nak tgk muka dia, ni kan pulak nak kiss dier. Sedih taw!
First time pegang Yayan masa umur dier 7 Hari
Then, Nurse datang balik siap geleng2 pale."17tahun saya keje, tak penah sambut Baby lagi.Ni la kali pertama".Huhu.Nak buat camner...Doctor sampai, terus je mulakan jahitan. YM terdengar jugak dier marah Nurse tuh. Tapi, takdelah tengking2.Doc kan professional, :) YM sempat dengar Doc ckp nape tak buat regular check on me je.Boleh pulak Nurse tu menjawab, "i thot paling cepat pun pukul 6-7 pagi dier bersalin, Doc".Doc buat muka je.Sure,marah dlm hati.Huhu...

Yayan la,tak sesabo nak tgk doniaaa, nak buat camner.Ekeke....tapi, lesson learnt jugak pada Nurse-nurse sekalian, jgn samakan orang ni ngan org lain.Lain org lain tindak balas pada ubat maa...kan?kan?kan?


Tak semua Menyedihkan....

Assalamualaikum

Tidak semua yang berkaitan dengan awal kelahiran Yayan menyedihkan YM. Di awal kelahiran Yayan, YM juga punya kenangan manis dan detik-detik cemas like others Mommies. (^_^)

YM mengandungkan Yayan boleh YM consider as sangat-sangat senang.Yelah, YM takde sikit pun morning sickness, kire tak merasa la nak uwek sana, uwek sini.Hiks... Ngidam??? entah, YM takde mintak pelik-pelik pulak ngan YD.YM pun tak tahu YM ngidam ape time preggy Yayan. Bedal belake...muhahaha.

Preggy 7 Months with Yayan
YM masih teringat masa mula-mula nak bersalin.Punyalah berdebar-debar, Hiks...Tapi, sehari sebelum tu sempat lagi tolong my Marketing team frens handle event kat Mall -" Jom, Tunjuk Bakat!", khas utk kanak-kanak.Ke hulu ke hilir YM. Betapa kuatnya semangat yang Yayan salurkan pada YM masa tu.Yayan memang anak yang special!


YM bersalin menggunakan teknik "induce" sebab blood pressure YM unstable.So, pe lagi masuk ubat le kan?Huhu. YM memang dah siap-siap le kat spital. Doctor masukkan ubat pukul 3ptg, kol 6ptg YM dah bleh rasa dah sakit-sakit, tapi still bleh senyum lagi. Bila dah masuk pukul 10mlm, waduh....memang time tu la azabnye bermula.Sakitnye, Ya Rabbi...Allah je yang tahu, rasa nak patah pinggang. Tapi, yang peliknye, perut tak rasa ape pun, pinggang je sakit ya hampun.....

Masa tu, YM memang takde idea apa taw.Yelah, anak sulung kot. YM redha je. YM cuma ingat, Doc pesan kalau rasa tak tahan sangat panggil Nurse bagi injection Tahan Sakit. So, pukul 11.00mlm sebab rasa sakit ya Rabbi, YM mintak injection.

Lega....YM tertido dalam kesakitan. Masa tu seingat YM, Nurse check "bukaan", sekali je, tu pun pukul 10.00mlm."Ermm, 1cm je baru bukak" katanya.Dah le kasar kemain lagi,eiii...seb baik le tu 1st time YM rasa, kalau 2nd time mmg nak kene Nurse tuh,ekeke.Yelah, my frens citer sepatutnya elok2 la sikit.Doctor check bukaan YM, lembut je, baik je. Huhu...

Then, kol 3.30pagi berlaku detik kecemasan yang tak dijangka dek Nurse sekalian!Nak tahu ape?bagaimana? Tunggu next entry yer dear....takmo panjang2 sgt, kang mata korang berpinar.Hiks....


Wednesday, June 6, 2012

Cukuplah sekadar Kalian menjadi Sahabat Blog ini...

Assalamualaikum....

Kalian memang yang terbaik!Punya hati yang benar-benar tulus. Pertemuan kita semua memang sangat-sangat istimewa. Allah pertemukan kita dengan cara yang paling istimewa iaitu melalui pertemuan tanpa wajah. Jalinan persahabatan yang sangat-sangat istimewa.

Siapa tu "kalian"??

Kalian itu adalah kamu, kamu dan kamu yang sedang membaca blog ini, yang sudi memberi komen di blog ini dan yang paling mengharukan ialah bersusah payah membuat entry utk blog ini.

Entry Terbaru daripada sahabat YM untuk Yayan : 



Terima kasih Dieyna, terima kasih Mama Qhayra. Kalian memang baik hati. Terima kasih banyak-banyak.

Cuma, YM rasa Ym perlu clarify kat sini sebelum account Nuffnang YM kene banned. Banned sebab ape??? Sebabnya, ada pihak memberitahu YM yang Nuffnang akan anggap perbuatan klik-klik sana-sini tu sebagai fraud click dan kalau diorang dapat tahu diorang akan banned account Nuffnang YM, so lagi la susah kan?Kene pulak kalau pihak Nuffnang terbaca entry-entry kalian yang mintak klik-klik iklan YM tuh kan?Risau jugak YM.

Tapi, kalau kalian betul-betul nak tahu pasal iklan tuh, boleh la klik.Jgn kata, YM tak bagi klik Iklan tu pulak yer. YM more than happy kalau kalian klik. :)

Bila YM fikir-fikir, apa yang kalian boleh buat untuk membantu Yayan, YM dapat satu idea. Sumbangan Duit?Bukan....Bukan...YM mmg tak prefer terima sumbangan macam tu sekarang.YM penah citer kat SINI why YM tak prefer trima sumbangan RM buat masa ni.

YM rasa, cara terbaik ialah sudilah kiranya menjadi pengunjung tetap di blog YM ini, menjadi sahabat YM yang sudi komen entry YM dan mengajak yang lain untuk menjadi followers blog YM yg tak seberapa nih dengan berkongsi cerita Yayan pada mereka. Tu je.Itu pun dah cukup besar utk YM.Besar sangat!

So that, insyaallah lepas tu, siapa tahu, rezeki lain akan muncul kan?Rezeki yang tak disangka.Insyaallah. Lagipun pembedahan Yayan insyaallah dalam masa 2 tahun lagi. Memang 2 tahun bukan jgka masa yg lama, tapi MIRACLE can happen within a second kan?kan?

Kita tak tahu....insyaallah, berkat sokongan dan DOA kalian, YM yakin YM boleh penuhkan tabung Yayan tepat pada masanya.Amin...amin...

YM memang sangat-sangat sayang kalian semua!Really. Sesungguhnya setiap org daripada kalian sentiasa menyentuh hati kami.Hanya Allah mampu membalasnya... :(

Yayan sayangggg semua!!!


Monday, June 4, 2012

Blogger Terkenal punya tanggungjawab...

Assalamualaikum...

Seriously, YM tak tahu nak letak Tajuk apa untuk entry kali ni. But, YM rasa baik Ym tulis je dulu, biar semuanya datang daripada hati YM then tajuk tu akan datang kemudian. 

YM dah lama admire ngan satu blog nieh. Blog nieh memang sangat sempoi, most of it update pasal personal. Tapi, yang menariknya itu lah yang membezakan dia dengan yang lain. 3-4 kali update belog sehari.Tapi, YM tetap tak jemu-jemu berkunjung dan memberi komen.Sampai tercalon jadi Top commentators tuh, huhu.Betapanyer kan?huhuhu...

Sapa yang YM maksudkan???
www.ziemadini.com
Ni la si cantik manis nie. Thanks a lot Zie, coz sudi buat entry pasal Tabung Jantung Yayan tuh.Nak baca, klik SINI. Since hari tu lagi Zie mintak account Number Bank YM.But, YM tak reply lagi her message coz sangat busy ngan kenduri Aqiqah Yayan lagipun YM tgh nak menimbang-nimbang.Tapi, Zie mmg sangat pantas.Tak terkejar YM, Zie...huhu...

Buat Zie, 
Thanks a lot, yunk! Keprihatinan Zie sangat-sangat YM hargai. Pasal account number tuh, YM rasa tak payah la dulu kot coz masih jauh lagi masa pembedahan tuh. Memang la, 2 thn tak lama, tapi dalam masa 2 thn tu jugak boleh jadi macam-macam, boleh timbul mcm-mcm fitnah dan macam2 lagi la. Banyak sangat bende yang boleh jadik when its comes to M-O-N-E-Y matter. Kita tak tahu...

YM taknak nanti org persoalkan macam-macam. Itu dan ini. Bukan YM nak buruk sangka, tak!jauh sekali. YM cuma nak berhati-hati sebelum jadi. Kang nak makan pun tak tertelan taw, huhu. Bukan YM banyak songeh, yelah, dah org nak tolong kan?Tapi, banyak bende perlu ditimbang tara. Kita nampak senang, tapi sebenarnya rumit.


Unless, kalau pembedahan Yayan cuma tinggal 2-3 bulan, masa tuh, yes...YM akan tebalkan muka.Seperti  mana sebelum ini, YM sekeluarga pernah masuk beberapa papers. 

Pada semua sahabat YM yang sangat-sangat baik hati, YM paparkan semua kisah-kisah Yayan bukanlah menagih simpati utk mendapatkan duit buat masa ini. YM cuma nak dapatkan sebanyak mana kawan-kawan dan juga menaikkan trafik YM. Itu je.

Kerana setiap kunjungan kalian di sini menyumbang setiap sen untuk Tabung Jantung Yayan. 


Selebihnya, YM akan berusaha. Berusaha tanpa jemu untuk terus menaikkan blog YM nieh. Moga-moga ada rezeki yang berpihak pada kami. Mana tahu, ada yang sudi bagi job ngan blog ni kan? Sekurang-kurangnya, YM berusaha untuk dapatkan rezeki tu. Betul tak?

Itu Niat YM. 

Niat Zie Madini sangat-sangat baik. YM bersyukur sangat dipertemukan dengan sahabat-sahabat seperti kalian, semuanya!. Allah pertemukan kita semua dengan cara yang paling istimewa kan?Walau tak pernah bersua, kita sudah bagaikan sahabat baik.Syukur alhamdulillah. 

Pada Zie, teruskan usaha sebegini Zie. Sebagai Blogger yang sudah bertapak seperti Zie, bila melakukan sesuatu yang sangat istimewa seperti ini, YM yakin insyaallah Allah akan lipat gandakan rezeki buat Blog Zie.I always adore your spirit of blogging, dear. Semoga Zie sentiasa dirahmati Allah dan semoga Baby yang bakal lahir nanti dikurniakan kesihatan yang terbaik, amin...


Moga suatu hari, andai rezeki memihak pada blog ni, YM akan gunakan kuasa penulisan YM untuk membantu yang lain pulak, amin... Hidup kita ibarat roda, tak selamanya YM akan berada di bawah je kan?Positif tu penting....(^_^) Jum!usaha sesama, yuk!

Wednesday, May 30, 2012

Hanya Allah yang Mampu Membalasnya...

Assalamualaikum...

Daripada tajuk pun, sure korang boleh guess YM nak tulis pasal aper kan? Topik Yayan ni memang akan berterusan la kot sampai waktu pembedahan Yayan nanti, insyaallah 2 thn akan datang.2 tahun macam kedengaran sangat lama kan?Tapi, sebenarnya, sangat cepat.Sekarang ni, masa berlalu sangat pantas, korang perasan tak?

Dalam masa beberapa bulan nie, banyak sangat keajaiban yang menyenangkan hati YM jadi,syukur alhamdulillah.Syukur sangat. Followers blog YM pun makin hari makin ada kemajuan, walaupun takdelah byk sgt mcm blog2 yang lain, but still YM sangat-sangat terharu dengan kalian taw!Kalian mmg the Best!

Income Nuffnang YM pun makin hari makin naik, walaupun takdelah sampai boleh cash out lagi.Tapi, sape nak bagi walaupun 0.05 sen free-free pada kita kan?YM yakin, usaha YM ini pasti akan membuahkan hasil juga suatu masa nanti sebab YM ada kalian.Yes, kalian.Kalian yang sangat-sangat baik hati yang sudi klik Iklan-Iklan  kat blog ni untuk penuhkan Tabung Jantung Yayan. Terima kasih sangat-sangat.


YM sangat-sangat terharu dipertemukan dengan sahabat-sahabat sebaik kalian. Kalian memang punya hati yang awesome.Really.YM tak mampu nak sebutkan semua nama-nama awesome hearts tu kat sini,banyak sangat. yes...I mean, u, u, and u.Yes, u. All of u.

Menatap catatan khas yang kalian coretkan,  selalunya akan membuatkan airmata YM berguguran.Seriously, everytime.Rasa sebak sangat! Betapa baiknya hati kalian.Sanggup kalian luangkan masa kalian yang sangat berharga tu untuk memberi perhatian buat kami juga menulis buat kami.Bukan calang-calang org yang sanggup membazirkan waktu mereka untuk org lain.

Tapi, kalian...seriously...seriously, EXTRA, SUPER DUPER awesome!







*Klik, Link kaler Biru, kalau anda ingin membaca entry Yayan & sekaligus mengenali mereka yang sangat-sangat ohsem ini, ya?Mereka shbt terbaik!*

YM tak tahu nak balas macamana.Really. Bagi YM , ucapan terima kasih saja macam tak cukup.Really. :(  Tapi, YM yakin, pemberian Allah pasti lebih besar, mengatasi apapun di dunia ini, kan? Semoga Allah membalas budi baik kalian dengan memudahkan urusan hidup kalian, memurahkan rezeki buat kalian dan memberkati hidup kalian.Amin...amin...

Yayan Sayanggggg kalian semua!!!!
Pada yang YM tak sebut kat sini, jgn berkecil hati ya...kalian juga awesome! Pada sahabat YM yang ada buat entry utk Yayan, tapi YM tak tahu, please...bagitau YM ya?Tinggalkan link kat comment box Blog YM atau kat FB yayansmum ya?YM seriously nak menjejaki kalian yang sangat-sangat baik hati tu.



YM sayang kalian semua! Nie lagu khas buat kalian taw!




Jgn lupa trs support YM ya! Support blog yang tak seberapa nih erk?
Thanks a lot.

Wednesday, May 23, 2012

Kreatif btl ko Nak yer???

Assalamualaikum...

Haihhhh....anak Ibu nieh, ader-ader je idea dier taw!Geram YM, rasa nak geget-geget je pipi dier tuh ha! YM tengah best-best tgk TV, tetiba terpandang Dak Yayan tgh asyik driving kete Bumblebee dier. Aik!ader topi keledar ker???



Eh!chop!chop!chop! tu kan Ibu punye Net tuh!

Siap posing lagi hah, bila dier nampak YM tangkap gambar dier!

Net for sensitive clothes - RM5.90 @Cosway
Actually, yang Yayan jadikan topi tuh net yang YM beli kat Cosway.Net nih mmg sangat-sangat berguna utk masukkan kain-kain sensitif (yang mudah koyak, etc) dalam washing machine.So that, kain taklah cepat koyak atau rosak.Sangat-sangat sesuai untuk inner clothes. Kalau YM basuh baju dan dalam masa yang sama nak basuh pakaian dalam, YM akan masukkan inner clothes dalam net nih, so takdelah tercedera inner clothes tuh.Hikss...

Alih-alih, Dak Yayan nieh pi ambik buat topi keledar dier.Erm...nape la Dak Yayan nieh so creative???sabar jelah!Jgn ambik kuali jd topi, sudah!hakhakhak...

p/s Jgn lupa klik-klik Tabung jantung Yayan kat  bawah ni, kat atas dan kat tepi ye.Jasa baik dan keprihatinan kalian hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.Semoga kalian diberkati, amin!

Saturday, May 19, 2012

Budak kecik yg Immune dengan Ubat!

Assalamualaikum...

Makan ubat adalah perkara yang paling kita tak suke-tak suke-tak suke, kan? But, for my son, dah macam takde ape dah.Dah immune.huhu. Yelah, hari-hari kene telan ubat yang sama in order to survive kan?So, wut to do. Dah jadi routine dier dah.

Ini satu-satunya ubat yang perlu dan wajib Yayan makan everyday sampai la tiba hari pembedahan yang ke-4 (maybe when he's turn 4yrs old) nanti, insyaallah. Ubat ni dipanggil Disprin 300mg which is known as Aspirin as well.


Ubat nih perlu Yayan telan setiap hari untuk mencairkan darah Yayan supaya tidak ada ketulan darah yang akan menyumbat pernafasan Yayan. 

Ubat nih selalunya akan dihentikan seminggu sebelum pembedahan Yayan coz ubat nih sangat-sangat merbahaya untuk mereka yang akan melalui pembedahan. Ubat ini akan menyebabkan pendarahan tanpa henti sekiranya tidak dihentikan pada jangka masa yang ditetapkan. Erm...takut kan?

Yayan dah get ready dah kat kerusi.Waiting for his medicine to consume.
Sebab tu la, YM nie dah jadi macam Nurse dah.huhuhu. Bila dah dapat anak special macam nih, as a Mom, nak ke tak nak ke, kene gak belajar. Klu dulu YM tak tahu pun ape tu Sp02, Bt shunt, Glenn shunt, etc....sekarang nih, YM dah reti nak baca report untuk pesakit jantung.huhu.Teringat last week YM baca report pesakit jantung (anak my fren) dan jelaskan pada dia sket2 berdasarkan pemahaman org biasa mcm kita.Dah macam Doctor pun ader YM.huhuhu.

Ni la expression Yayan time makan Ubat. YM penah rasa ubat tuh, memang tak sedap langsung!Takde pun rasa manis ke hape, but still dia makan jugak.Sayang Yayan!


Biasanya bila dah habis makan ubat, YM akan bagi picagari tu kat dier coz dier mmg suka memain ngan picagari tuh.huhu.After a while, baru YM ambik balik kat dia.At least dia takdelah takut everytime dier nampak picagari tuh kan?huhu...


Syukur alhamdulillah....Yayan masih kuat di sini bersama kami....syukur.....

p/s Jgn lupa klik-klik Tabung Jantung Yayan yer. Thanks a lot, uols!

Sunday, May 13, 2012

Pernahkah Anda Mengalami situasi ini??

Assalamualaikum...

Yesterday, YD belanja YM ngan Yayan lagi. Kami pi makan satay kat Kedai Satay yang baru je bukak kat area Kerteh, Tganu nieh. Tetiba je tingin nak try Satay kat Kedai baru nieh.Nak test power.Hiksss!


 Ni je yang kitorang order. Satay daging 10 cucuk, Satay Ayam, 3 cucuk.Cukuplah tuh, takyah makan banyak2.hehehe.




 Milo Tabur....uiksss...ni YM yang terliorrr lebih nie compare to Yayan.Hakhakhak.


Ha...nie muka budak majuk!Org tak bagi pegang satay sendiri, buat muke-buat muke!Haihhh...geram sungguh YM ngan dier.Org nak suap taknak, berlagaksss nak pegang sendirik!

Siap buat taktik airmata bercucuran jatuh ke pipi lagi haaaaa....Tu yang tak menahan tuh!.Aiseyyyy ini Lengchaiii aaaaa.So, nak taknak, YM mengalah la jugak lepas dier melalak satu kedai, habisss semua org nengok.So, sebelum kitorang dihalau drpd kedai tuh, baik le YM bagi dak Yayan makan satay sendiri.Hehehe.

Ini adalah  budak berlagaksss nak makan sendiri tu. So, YM terpaksa le patahkan hujung yang tajam kat kayu satay tuh.Takott-takot tercocok ha mulut Dak Yayan tu.Eiiii....sabo jelah....

Yayan said: Adehhh!nape satay nih kerasss semacam nieh!Tercabut gak gigi aku ni kang!

Eiiii...geram beno nengok kan....?rasa nak geget-geget je budak bertuah nie.ekekkee.

Ha...!last skli, tengok tuh...pegang gak!Saje je teringin nak makan macam org besar makan kan?

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini???

hahaha!soklan....semacam!hiksss

p/s Jgn lupa klik-klik Tabung Jantung Yayan erk.Thanks a lot uols.

Friday, May 11, 2012

Vroom...Vroom...

Assalamualaikum.....

YM dok cari-carik mana lar kunci umah nieh. Nak kluar pi sidai kain dari awal pagi takleh.Dah puas cari mana la bende alah tu. Angkat tu, angkat nih, tak jumpa jugak. Key box dah bape kali buka tutup dah, takde jugak.Yang YM ni pun satu, mmg dah check confirm takde pun, pi check jugak lagi.ekeke.Yelah, mana taw mata ku berpinar masa carik memula tuh kan?(^_^)

Tetiba, mata YM terpandang kat kete Yayan nieh ha....


 Aisehhh!Kat sini rupanya ko kunci!Tak terfikir pulak carik kat kete Dak Yayan nieh ha. Sabo jelah!Penat daku mencari, rupanya kat depan mata jek.Eiiii!geram betul ngan Dak Yayan nieh, rasa nak cubit-cubit pipi dier tuh ha.ilang sekilo lemak ibu, dok turun naik tangga carik kunci nie, nokss!Membazir jek.:P


Korang tengok le tangan dier yang mungil tuh ha.Eiii...geram YM nengok.Macam org beso dah. Nih tak lain tak bukan dah, dia tengok YD ler tu, masukkan kunci kat kete selalu. Korang bayangkan, sambil maen kete tuh, sambil buat bunyi signal haaa...."klik-kluk-klik-kluk", mmg sebijik bunyi bila kita bagi signal taw!Dah mcm sesumpah dah anak aku nieh.Ayooo...eiii!nape la anak Ibu nieh comel sangat aaaa...nak geget rasa...



Letih jugak bawak kete BumbleBee nieh..maklumlah, kete Transformer.*haha!

Yayan & BumbleBee
Yayan...yayan...Bila dah pandai sikit,YM kene explain elok2 nanti kat dier.Kang tak pasal je, dia pi bawak kete betul kang!isshhh!naya jek.huhu. But, setakat nieh, kunci kete mmg kitorang simpan leklok. Plus, Yayan mmg takleh buka pintu sebab byk lubang kunci yg perlu  unseal sebelum die leh kluar.Hehehe...

Susah jugak kalau budak terlebih advance nieh kan?.Kene EXTRA hati-hati.huhuhu...perangai sape la yg dier ikut nieh?YD ler tue...huhu. Mintak2 bila dah besar nanti bleh le jadi mcm Michael Schumacher ker, atau paling kurang Steve Jobs ke, atau paling koman Mark Zuckerberg.! ** Yayan said: Ibu nieh, suka berangan!** Tak kisahlah, noksss...Doa Ibu tu...Doa Ibu antara doa yang mustajab taw, jgn tak taw!berlagak pulak YM nieh ha..hakhakhak

p/s Jgn lupa klik-klik Tabung Jantung Yayan erk?Thnks uols!semoga kalian diberkati!amin

Sunday, May 6, 2012

Ade2 je Perangai pelik...

Assalamualaikum....

My Son yang terchentaaa tuh, sape lagi kalo bukan Dak Yayan tue, ingatkan takdelah pangai pelik, rupanya...erm...hampehh...ado jugak. Korang nak tahu ape?, sblm tu, sat, iklan sat... ---- Nie sure Kalo Dak Yayan baca masa die dah beso kan, remaja-remaja gitu, urut dada,tahan-tahan hati je kat ibu dia ni kan sebab dok kepochi kat blog, bagi satu dunia tahu, hehe.Nasib ko le nak, berMak kan seorang blogger. --- ok.Iklan tamat. :P

Nih ha...kalo nak tido je, sure mengagau carik Teddy Bear Free yang YM dapat masa Demam Piala Dunia ari tu.Waka-waka-eiii-yoo...eh!nyanyi pulak.

Yo! Shakira waka-waka bg kat YM. Hekk!blh blah! :P

Korang tgk la....uiii!rapat dipeluknye tuh ha...Bila dah besar esok, nak tgk Teddy Bear pun kata, ish!tak macho arrr.Padahal tak sedo ha, kecik2 dulu tu la kesayangan ko... :P



Tgk...tgk....siap ada 2 ekor lagi taw! Jgn tak taw! Semua yang kaler biru + rupa sama, dia punya. Yg YM beli, kaler biru sekor lagi, dia takmo. Ciri-ciri org yg sgt berjimat-cermat nieh, bagus-bagus....ni la yang Ibu nak.Ibu nak Yayan jadik anak yang berjimat-cermat supaya boleh belikan Ibu Lamborghini nanti ye nak?cesss!ayat tak bleh blah.hakhakhak. 


Sebenarnya, bukan tang hug Teddy bear tu yang pelikss.Tu, biasalah kan.Ko yang dah berumur pun, peluk Teddy bear gak time nak tido kan?kan?kan? hehe. Yayan nieh lain sikit, dia suka mengentel ekor Teddy bear tuh ha.Tuuu...yang YM bulatkan ngan kaler merah tuh...

Nak lagi jelas???

Ni ha....kat bawah nie....



Bukan la ekor sgt sebenarnya. Tu barcode tag tu ha. Nape ntah suka sgt mengentel tuh. Biasalah kanak-kanak kecil kan, gitu la. 

YM penah dengar mcm2 lagi kes-kes pelik pasal pangai budak2 nih. Cntohnya, dok usung bantal busuk la, simut busuk la, mcm2 lagi la, yg lagi kelakar bila mak-mak derang gi basuh, derang mesti dh taknak dah...meraung le jawabnya!hehehe....

At least Yayan, takdelah dok ngusung Teddy bear nieh and kalau YM balik umah my MIL kat Pahang, kalo YM terlupa teddy bear nih, dia still bleh tido.huhu.Kene cover la sikit kan, kang malu pulak Yayan ngan wife dier esok-esok kan?Ngeeeee......(-_^)

Semoga kami dipanjangkan umur untuk melihat Yayan berkeluarga....amin..amin...ya Allah.

p/s Jgn lupa klik-klik Tabung Jantung Yayan erk?nk bg penuh cpt2.Smoga kalian murah rzki.Amin!