Assalamualaikum
Untuk Ibu-Ibu Hamil, terutamanya first Mommy sure akan tertanya2 kan?berapa kali sepatutnya bayi dlm kandungannya tu menendang?:)
Yelah...excited nak rasa kan.Maunye tak, moment yang paling manis tu kan?
So...berapa kerapkah sepatutnya pergerakan bayi dalam kandungan anda?
Sebenarnya, tidak ada satu pun corak pergerakan yang dikira normal bagi
semua bayi. Setiap bayi adalah berbeza. Kunci kepada persoalan ini ialah
mengetahui apa yang normal bagi bayi anda, supaya anda boleh mengenal pasti sebarang perubahan dalam tabiat hariannya.
Perlu diingat bahawa bayi anda tidak bergerak setiap masa. Seperti anda juga, ada masanya dia hanya mahu berehat dan tidur.
Bimbang mengenai pergerakan bayi dalam kandungan adalah perkara biasa.
Ketika hamil, pergerakan bayi adalah satu-satunya cara bagi anda
mengetahui keadaan bayi dalam kandungan. Tetapi walau bagaimana fokusnya
anda terhadap bayi anda, akan ada masanya apabila anda terlalu sibuk
untuk meneliti apa yang sedang dibuat oleh si kecil.
Cuba luangkan sedikit masa ketika anda rasa tenang dan boleh menumpukan
perhatian terhadap bayi anda. Contoh masa-masa yang baik untuk ini ialah
waktu malam ketika anda berbaring di atas katil atau ketika anda sedang
berehat di tab mandi.
Ingatlah bahawa bayi anda sedang membesar sepanjang masa, oleh itu
pergerakannya akan berubah mengikut saiznya. Pada awal trimester kedua,
bayi lebih banyak berpusing-pusing, tetapi pergerakannya masih lagi
lemah dan tidak begitu kerap, menyebabkan sukar bagi anda merasanya.
Menjelang trimester ketiga pula, ruang di dalam uterus anda sudah terhad
untuknya berpusing-pusing, menyebabkan setiap pergerakan tangan atau
kakinya dapat anda rasai dengan mudah.
Jika anda masih belum merasa sebarang pergerakan hari ini, cubalah
galakkan supaya dia bergerak. Apabila anda bergerak aktif, bayi anda
mungkin rasa seperti dibuai-buai sehingga dia tertidur. Apabila anda
duduk diam, dia akan tersedar.
Oleh itu, cubalah berbaring atau duduk
diam tanpa bergerak. Anda juga boleh cuba minum minuman sejuk atau
pasang muzik dengan kuat. Perubahan suhu pada minuman, atau bunyi kuat
yang berlaku secara tiba-tiba mungkin mencetuskan respon daripada bayi
anda.
Jika anda rasa bayi anda tidak bergerak sekerap biasa, atau jika anda
risau mengenai bayi anda, hubungilah doktor. Doktor boleh mendengar
degupan jantung bayi anda untuk memastikan segala-galanya berjalan
lancar.
Sayangi diri dan Bayi anda dengan mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi ini, yang pastinya berkualiti dan bukan sintetik.SELAMAT & BERKESAN!
utk tempahan, contact YM ye...tuuu, Number dah tertera kat gambar tu...(^__^)