Showing posts with label TIPS IBU HAMIL. Show all posts

Sunday, April 21, 2013
Thursday, March 14, 2013
Pergerakan Bayi dalam Perut: Kekerapannya?
Assalamualaikum
Untuk Ibu-Ibu Hamil, terutamanya first Mommy sure akan tertanya2 kan?berapa kali sepatutnya bayi dlm kandungannya tu menendang?:)
Yelah...excited nak rasa kan.Maunye tak, moment yang paling manis tu kan?
So...berapa kerapkah sepatutnya pergerakan bayi dalam kandungan anda?
Sebenarnya, tidak ada satu pun corak pergerakan yang dikira normal bagi
semua bayi. Setiap bayi adalah berbeza. Kunci kepada persoalan ini ialah
mengetahui apa yang normal bagi bayi anda, supaya anda boleh mengenal pasti sebarang perubahan dalam tabiat hariannya.
Perlu diingat bahawa bayi anda tidak bergerak setiap masa. Seperti anda juga, ada masanya dia hanya mahu berehat dan tidur.
Bimbang mengenai pergerakan bayi dalam kandungan adalah perkara biasa. Ketika hamil, pergerakan bayi adalah satu-satunya cara bagi anda mengetahui keadaan bayi dalam kandungan. Tetapi walau bagaimana fokusnya anda terhadap bayi anda, akan ada masanya apabila anda terlalu sibuk untuk meneliti apa yang sedang dibuat oleh si kecil.
Cuba luangkan sedikit masa ketika anda rasa tenang dan boleh menumpukan perhatian terhadap bayi anda. Contoh masa-masa yang baik untuk ini ialah waktu malam ketika anda berbaring di atas katil atau ketika anda sedang berehat di tab mandi.
Ingatlah bahawa bayi anda sedang membesar sepanjang masa, oleh itu pergerakannya akan berubah mengikut saiznya. Pada awal trimester kedua, bayi lebih banyak berpusing-pusing, tetapi pergerakannya masih lagi lemah dan tidak begitu kerap, menyebabkan sukar bagi anda merasanya.
Menjelang trimester ketiga pula, ruang di dalam uterus anda sudah terhad
untuknya berpusing-pusing, menyebabkan setiap pergerakan tangan atau
kakinya dapat anda rasai dengan mudah.
Jika anda masih belum merasa sebarang pergerakan hari ini, cubalah galakkan supaya dia bergerak. Apabila anda bergerak aktif, bayi anda mungkin rasa seperti dibuai-buai sehingga dia tertidur. Apabila anda duduk diam, dia akan tersedar.
Oleh itu, cubalah berbaring atau duduk
diam tanpa bergerak. Anda juga boleh cuba minum minuman sejuk atau
pasang muzik dengan kuat. Perubahan suhu pada minuman, atau bunyi kuat
yang berlaku secara tiba-tiba mungkin mencetuskan respon daripada bayi
anda.
Jika anda rasa bayi anda tidak bergerak sekerap biasa, atau jika anda risau mengenai bayi anda, hubungilah doktor. Doktor boleh mendengar degupan jantung bayi anda untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.
Sayangi diri dan Bayi anda dengan mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi ini, yang pastinya berkualiti dan bukan sintetik.SELAMAT & BERKESAN!
utk tempahan, contact YM ye...tuuu, Number dah tertera kat gambar tu...(^__^)
Friday, March 8, 2013
Vitamin semasa Hamil Shaklee memang terbaik!
Assalamualaikum...
Utk Gojes Preggy Mommy out there...
Jum...YM kenalkan dengan Set vitamin semasa Hamil Shaklee ni..
Ramai org salah anggap yang penggambilan vitamin akan membahayakan bayi
yang dikandung ataupun akan menyebakan kepala bayi membesar lebih
daripada saiz Normal.Itu mitos semata-mata ye. Pada zaman moden ni, kita
terdedah dengan bermacam-macam ancaman kimia/pencemaran samada melalui
pemakanan atau bermacam2 cara lagi,bukan seperti zaman org tua kita
dahulu yang bebas drpd pencemaran.
Oleh kerana tu la zaman kita ni kita perlu menjaga kesihatan kita dengan lebih rapi dengan mengamalkn cara hidup sihat dan penggambilan Vitamin.
Jum...baca apa yang Dr Hamid Arshat mengenai penggambilan vitamin di kalangan Ibu hamil...:)
See?? I told you right???(^__^)
So, Ibu2 jgn risau utk amalkan vitamin ye.
Terutamanya vitamin
Shaklee kerana vitamin shaklee dijamin SELAMAT, SEMULAJADI &
BERKESAN.Brand Shaklee sudah pun lebih 50tahun di Pasaran
antarabangsa.Jenama yg sgt dipercayai kalau tak takkan la selama ini
Shaklee bertahan, :)
So, apa yang Ibu hamil patut amalkan...
Jum...baca, apa ada dlm set tu...
1. Vita-Lea Iron Formula
Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam
pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini,
tak perlu la mengambil OBIMIN lagi.
2. B-Complex
Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid
folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan .
Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum
konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak
400mcg.
3. Ostematrix / Kalsium
Ibu mengandung
memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk
menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan
kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit
belakang, kebas kebas.
4. ESP (Energizing Soy Protein)
1. memberikan anda tenaga sepanjang hari.
2. Mengenyangkan dan meningkatkan metabolisme badan.
3.Memastikan kesihatan Ibu di Tahap yang optimum.
4.Membantu Perkembangan Fetus.
5.Membantu meningkatkan paras kolesterol baik & sgt baik utk kesihatan jantung
6.Membantu penyerapan vitamin ke tahap optimum ke dalam badan.
Utk Tempahan / maklumat lanjut,
Contact saya, pengedar SAH Shaklee anda, di mana jua anda berada, (^__^) @ 011-2112 1422 (Pn Ayu) sms/whatsapp yer...
atau terus
ke Page >>
http://www.facebook.com/ Yayansmum
Wednesday, March 6, 2013
Seks semasa Hamil
Assalamulaikum
Okay, kali ni YM kongsikan artikel yang YM rasa sgt penting di kalangan Ibu hamil. So, harap mampu menjawap persoalan Ibu-ibu hamil, especially pada 1st time Preggy Mommy, (^_^)
Bolehkah saya melakukan seks semasa hamil?
Sudah
tentu. Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai
masa ketuban air memecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami
masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran.
Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak dikaitkan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.
Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang.

Bolehkah seks membahayakan bayi?
Anda
tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di
atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu
melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga
melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas
klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana
dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.
Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan.

Ini termasuklah:
- pendarahan;
- sakit atau kekejangan abdomen;
- pecah ketuban;
- sejarah kelemahan serviks;
- plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.
Anda
mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidapi
herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali
pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda yang sedang berkembang dalam kehamilan.
Adakah nikmatnya sama?
Lebih baik
bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran
darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan genital membengkak
dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan
ini membuat lain wanita terasa sendat dan tak selesa selepas
persetubuhan berakhir. Juga, beberapa wanita mengalami kesakitan bila
melakukan seks semasa hamil.
Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh membawakan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.

Saya tidak rasa mahukan seks semenjak saya hamil. Adakah ini normal?
Ya.
Perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah
perlakuan seks anda. Setengah wanita, sekarang bebas dari kebimbangan
tentang konsepsi dan pencegahan hamil, merasa lebih seksi dari biasa.
Tetapi yang lain hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.
Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik tetapi dalam mana-mana fasa kehamilan, ada variasi yang besar dalam perasaan dan aktiviti seks setiap pasangan suami-isteri. Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga sebab anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang, atau anda merasakan tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda.
Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah yang setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa kehamilan.

Adakah nafsu berahi seks suami saya akan berubah?
Mungkin.
Ramai lelaki mendapati isteri hamil mereka menarik seperti sebelum
hamil pada trimester pertama dan kedua, tetapi perasaan ini berkurang
pada trimester ketiga. Ini tidak bermakna dia langsung tidak tertarik
juga.
Nafsu suami anda mungkin mengurang sebab takut yang seks akan membahayakan bayi. Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi, khuatir tentang beban keibubapaan, dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir.

Adakah seks oral selamat?
Ya, seks
oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya
satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi.
Posisi-posisi manakah yang paling selesa?
Bila
kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil
posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara
ketika anda hamil yang telah tahan zaman.
• Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian beasr beratnya dari uterus anda.
• Gunakan katil sebagai alat membantu. Bonjol anda bukan penghalang jika anda berbaring atas belakang anda di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda.
• Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudut, yang hanya membolehkan penetrasi tohor. Jolokan suami yang mendalam boleh menjadi tidak selesa apabila bulan-bulan berlalu.
• Naik atas suami anda. Ini tidak meletakkan berat atas abdomen anda dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.
• Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).
Biar yakin - jika ada kemahuan, mesti dibukakan jalan. Dengan sedikit cuba-mencuba, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa suatu teknik yang sesuai bagi anda.
Semakan terakhir: Disember 2010

Semoga bermanfaat, in shaa Allah.
Dapatkan Set Vitamin Hamil Shaklee yang terbaik ini.Terbaik utk Ibu dan Bayi.
Wednesday, December 5, 2012
Info Kehamilan:Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?
Assalamualaikum
Bagaimana
saya tahu saya sudah mahu bersalin?
Simpton mahu bersalin adalah berbeza
untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah
satu proses apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk
membantu kelahiran bayi.
Jika anda memang mahu bersalin, satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:

- Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang sehingga 10sm.
- Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
- Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.
- Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.
- Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.
Semoga bermanfaat utk Bakal Ibu & Bakal Ayah yer...(^__^)
#Advert#
Ingin
mendapatkan set berpantang yang ternyata semulajadi, 100%selamat dan
sentiasa berkesan?Tidak memberi kesan pada bayi anda.Boleh dimakan
sejurus selepas bersalin tanpa ada rasa ragu-ragu akan kesannya pada
bayi anda.Shaklee hanya menjanjikan yang SELAMAT utk kesihatan
sejagat.In shaa Allah.
For more info?
sms/whatsapp 013-290 5020 (Puan Ayu)
Sunday, December 2, 2012
Adakah selamat untuk saya makan durian semasa kehamilan?
Assalamualaikum
Kali ni YM nak share satu artikel yang mungkin juga menjadi tanda tanya di kalangan Ibu-ibu mengandung, especially First time Mommy kan?Semoga Bermanfaat.(^___^)
Adakah selamat untuk saya makan durian semasa
kehamilan?
Dijawab oleh Dr Patrick Chia
Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu "panas" untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.
Dengan tegas dinyatakan bahawa tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.
Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.
Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan.

Take care, ye Mommies semua!(^__^)
Advert
Dapatkan supplemen terbaik utk Ibu mengandung yang ternyata Selamat dan semulajadi untuk Ibu dan anak.
Info lanjut, boleh sms/whatsapp 013-2905020 (Puan Ayu)
Tuesday, November 20, 2012
PERNAFASAN SEMASA INGIN BERSALIN
Assalamualaikum
Kali ni nak share info yang sangat berguna pada bakal Ibu, ataupun pada yang bakal bersalin tak lama lagi.Eh!ayah-ayah, kakak2, adik2, abang2 sekalian pun boleh baca.Hehehe.Ilmu kan, saper2 pun boleh baca dan kongsikan dengan yang lain, tak gitu?
Ok jum...baca!
Bernafas dan bernafas berlebih-lebihan
Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan pada masa yang sama leher dan otot

bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik,
anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam
paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan
laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda
mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.
Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.
Corak pernafasan untuk Bersalin
Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.
Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.
Semasa ingin bersalin, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.
Teknik pernafasan mudah
• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!
• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.
• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.
Sokongan semasa pernafasan
Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.
Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.
Bernafas dan Meneran
Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.
Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.
Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Okey.Itu sahajee..
Semoga bermanfaat.
:Peace:
Subscribe to:
Posts (Atom)