Sunday, December 2, 2012

Adakah selamat untuk saya makan durian semasa kehamilan?

Assalamualaikum

Kali ni YM nak share satu artikel yang mungkin juga menjadi tanda tanya di kalangan Ibu-ibu mengandung, especially First time Mommy kan?Semoga Bermanfaat.(^___^)


Adakah selamat untuk saya makan durian semasa kehamilan?

Dijawab oleh Dr Patrick Chia

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu "panas" untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini.

Dengan tegas dinyatakan bahawa tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir.

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan. 


Take care, ye Mommies semua!(^__^)

Advert
Dapatkan supplemen terbaik utk Ibu mengandung yang ternyata Selamat dan semulajadi untuk Ibu dan anak.

 Info lanjut, boleh sms/whatsapp 013-2905020 (Puan Ayu) 
 

4 Sweet Words:

Deq's Qienz said...

Sy hinggat ym yg prgnant tadi..hehee

boni kacak said...

boleh makan durian rupanya.. baru saya tau ni

Sheila Salim said...

Assalamualaikum YM, terima kasih kongsi info dgn blogger :)

Riena Haiqal said...

eheheh nasib baik la saya ni tak pandai makan durian.. heheheh