Wednesday, December 19, 2012

Perkara yang perlu dilakukan andai Ketuban Pecah Lebih awal!

Assalamualaikum

Hari ni YM nak share satu lagi artikel mengenai kehamilan, yang mana YM rasa tak kurang pentingnya buat Ibu-ibu, especially 1st mommy,kan?

Apa yang saya perlu lakukan jika ketuban saya pecah lebih awal???



Semasa
kehamilan bayi anda dilindungi dalam uterus anda di dalam kantung membran yang penuh dengan cecair amnion. Jika kantung terkoyak, cecair ini akan keluar melalui serviks dan vagina. Ini dikenali sebagai "ketuban pecah". Ia juga dikenali sebagai kepecahan membran yang spontan maupun mendadak.

Bagi ramai wanita, ketuban akan pecah di bahagian akhir
pada peringkat pertama kelahiran. Namun, seorang dalam 10 orang wanita akan mengalami pecah ketuban di penghujung kehamilan walaupun pelahiran belum bermula (kepecahan membran pra-kelahiran penuh terma atau PROM). Bagi 2 peratus orang wanita yang hamil, ketuban mereka pecah sebelum mereka berada dalam 37 minggu kehamilan (kepecahan membran praterma, pra-kelahiran atau PPROM).

Jika ketuban anda pecah sebelum anda berada dalam fasa kelahiran, jangan panik! Gunakan tuala wanita untuk perlindungan bagi masalah ini. Ini juga akan memudahkan anda untuk melihat warna cecair yang keluar itu. Cecair selalunya adalah jernih dengan sedikit kekuningan, dan selalunya bercampur dengan sedikit darah.


Jumlah cecair yang menitis keluar itu adalah berbeza. Kadangkala beberapa titisan saja, kadangkala sebagai pancuran yang deras. Memang mengejutkan jika ketuban keluar dengan memancut; apatah lagi, pada terma penuh kehamilan, jumlah cecair ini boleh mencapai lebih kurang 800 mililiter.


Jika terdapat banyak yang keluar, penggunaan tuala wanita tidak memadai dan lebih baik anda menggunakan tuala tangan. Walaupun kurang kemas, cara ini adalah lebih praktikal, terutamanya jika anda perlu ke hospital dengan kereta. Elok juga dijaga supaya kerusi kereta tidak rosak dengan mengalasnya dengan helaian plastik.


Jika yang keluar hanya titisan kecil sekali sekala, elok juga diperiksa sama ada cecair itu bukannya titisan urin yang juga boleh berlaku di akhir kehamilan.


Perlu ditegaskan betapa pentingnya untuk mendapatkan pemeriksaan segera apabila ketuban anda pecah, tidak kira pada minggu ke berapa pun kehamilan anda (dan walaupun anda tidak mengalami kontraksi). Apabila ketuban anda pecah, perlindungan daripada jangkitan adalah rendah, dan jangkitan boleh masuk ke uterus dari vagina.

Sebaik sahaja anda dirawat, jika anda sekurang-kurangnya dalam
37 minggu kehamilan, doktor anda akan terus merangsangkan kelahiran jika anda belum masuk ke fasa pelahiran dengan sendirinya selepas 24 jam. Kira-kira sembilan daripada 10 orang wanita, yang hamil tidak kurang dari 37 minggu, akan melahirkan anak secara normal dalam masa 24-48 jam selepas ketuban pecah. Namun begitu, jika anda hamil antara 34 minggu dan 37 minggu, anda boleh memilih sama ada untuk dirangsangkan pelahiran atau tunggu dahulu dan lihat perkembangan seterusnya.

Selain itu, sekiranya anda diuji positif untuk
streptokokus kumpulan B semasa hamil, lain pertimbangan harus diambilkira. Memang ada risiko jangkitan berkaitan dengan GBS jika terdapat tempoh yang panjang antara ketuban pecah dan masa kelahiran bermula. Jadi, dalam kes sebegini, rangsangan kelahiran mungkin akan dibuat dengan seberapa segera.

Jika semuanya berjalan lancar untuk anda dan bayi anda, anda boleh kembali ke rumah jika anda mahu. Pendekatan tunggu dan lihat boleh meningkatkan risiko jangkitan (kira-kira 1 peratus wanita berbanding dengan 0.5 peratus wanita yang tidak pecah ketubannya). Ia adalah selamat untuk anda mandi tetapi jangan lakukan
seks kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan.

Anda perlu:

  • Pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan bayi anda diperiksa oleh bidan atau doktor setiap 24 jam sehingga anda berada dalam fasa pelahiran atau dirangsangkan pelahiran.
  • Periksa suhu anda setiap empat jam di waktu berjaga untuk memastikan sama ada anda demam atau tidak.
  • Perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau cecair amnion (air ketuban) yang menandakan terdapatnya jangkitan.
  • Pastikan bayi anda bergerak seperti biasa.
Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan atau demam (seperti menggigil dan memerah) atau jika anda mendapati pengurangan dalam pergerakan bayi anda, hubungi hospital dengan segera. Jika anda didapati mempunyai penyakit, anda akan memerlukan antibiotik intravena dan kelahiran akan dirangsangkan oleh doktor dengan segera.

Jika anda tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan tetapi ketuban anda telah pecah lebih daripada 24 jam, anda dinasihatkan untuk melahirkan bayi di hospital. Ini adalah sebab bayi anda mungkin memerlukan akses atau pemindahan segera ke pusat jagaan neonatal. Anda perlu berada di hospital sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran supaya bayi anda dapat diperiksa jika terdapat tanda-tanda jangkitan. Anda juga akan diminta untuk menghubungi doktor anda dengan segera sekiranya terdapat perkara yang membimbangkan anda mengenai bayi dalam tempoh lima hari pertama.

Risiko akan meningkat jika tempoh antara ketuban anda pecah dan kelahiran bayi anda agak panjang sedikit. Jika anda tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan, tetapi ketuban anda telah pecah lebih daripada 48 jam, anda perlu berfikir dengan serius mengenai apa yang perlu anda lakukan. Doktor anda akan berbincang dengan anda sama ada elok dirangsangkan kelahiran dengan segera atau terus tunggu dan lihat.

Advert
Dapatkan Set Berpantang/bersalin Shaklee yang ternyata selamat dimakan sejurus selepas bersalin,tanpa perlu risau bayi anda 'panas" ataupun terkene jaundice.Luka bersalin pun cepat sembuh, in shaa Allah.

Untuk tempahan, boleh la sms/WA ke 013-290 5020 (Puan Ayu)

8 Sweet Words:

ida =) said...

Officemate MA pecah ketuban masa 5mnth++. Terus melahirkan anak secara normal. Alhamdulillah ibu n anak selamat

Riena Haiqal said...

terima kasih YM... (^_^)

Lynn Huraiza said...

air ketuban pecah waktu kat dalam labour room...time tu 35 weeks masa melahirkan anak pertama...

boni kacak said...

baru saya tau tentang air ketuban ni secara detail..

Ibu Lala said...

akak pun pernah masa anak no 3 tu. macam air paip..

izzah said...

xpernah tau pasal air ketuban ni...masa bersalin aritu pun dktor yg pecahkan sebab paksa baby kuar...huhu..

deq's qienz said...

great tips dan info :) salam jumaat sis :)

Si Matatajam said...

Entry penuh informasi ni YM...tq for sharing...