Assalamualaikum
Kali ni YM nak share pulak keadaan/simptom selepas bersalin
yang memerlukan rawatan kecemasan segera. Semoga bermanfaat ye.
Pergi ke hospital dengan segera jika
anda mengalami mana-mana yang tertera di bawah:
• Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba (mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam)
Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera.
• Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda praeklampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya.
• Tekanan darah tinggi
Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
• Nafas pendek
Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru).
• Sakit dada
Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital.
• Sakit betis
Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit.
• Berfikir hendak membunuh diri
Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda.
• Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan.
• Demam yang sangat panas (38 darjah C / 100 darjah F atau lebih)
Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda.
• Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar.
So, Ibu-ibu, pastikan kalian mendapatkan rawatan segera ye kalau ada simptom-simptom seperti di atas. Take care all.
Advert
Ingin mendapatkan set berpantang yang ternyata semulajadi, 100%selamat dan sentiasa berkesan?Tidak memberi kesan pada bayi anda.Boleh dimakan sejurus selepas bersalin tanpa ada rasa ragu-ragu akan kesannya pada bayi anda.Shaklee hanya menjanjikan yang SELAMAT utk kesihatan sejagat.In shaa Allah.
For more info?
sms/whatsapp 013-290 5020 (Puan Ayu)
4 Sweet Words:
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
info yang sangat berguna.. In shaa Allah
uish..menakutkanlah...sampai boleh terjadi simptom nak bunuh diri ye?
Good sharing YM..info bermanfaat ni..
Post a Comment