Monday, December 3, 2012

Kafein dan Kehamilan


Assalamualaikum
Ada di kalangan Ibu-ibu sudah pasti tertanya-tanya, "boleh ke ai minum kopi ni erk?Baby tak ape2 ke klu ai minum kopi ni?". Hurmm...tu antara soalan yang sudah pasti berlegar di benak kalian kan?So, kali ni, YM nak kongsikan artikel ni pulak.Semoga Bermanfaat.(^_^)

Adakah saya perlu berhenti mengambil kafein memandangkan kini saya hamil?

Anda tidak perlu berhenti mengambil kafein, tetapi anda mungkin mahu mengurangkannya. Jika anda mengambil terlalu banyak kafein, bayi anda mungkin lahir kecil daripada sepatutnya. Bayi yang dilahirkan kecil berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan hari-hari seterusnya. Ada juga kemungkinan bahawa tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan keguguran. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang sedikit pun mungkin mempunyai kaitan dengan keguguran.

Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari.
Apakah kesan sebenar kafein pada badan saya? 
Kafein ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stres pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika.

Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil.

Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan.
Apakah makanan dan minuman yang mengandungi kafein? 
Kafein terkandung dalam kopi, teh, minuman kola dan coklat. Sesetengah ubatan-ubatan di pasaran termasuk pil sakit kepala dan selsema, ubat tahan mengantuk dan ubat alahan juga mengandungi kafein. Sentiasa dapatkan nasihat ahli farmasi sebelum anda beli ubat-ubatan di pasaran dan jangan lupa maklumkan bahawa anda sedang hamil.

Hakikatnya, jumlah kafein dalam secawan kopi dan teh berbeza-beza bergantung kepada samada kopi itu ditumbuk atau daun teh itu direndam atau adakah ia kopi atau teh segera. Ia juga bergantung kepada kepekatannya. Kola dan minuman-minuman lain juga berbeza kandungan kafeinnya. Lihatlah senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Anda mungkin terkejut bagaimana mudahnya anda boleh mendapat kafein dalam dos tinggi.
  • 1 cawan besar kopi segera = 100mg
  • 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
  • 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
  • 1 cawan kecil teh = 50g
  • 1 tin minuman kola = 40mg
  • 1 tin minuman tenaga = 80mg
  • 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
  • 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

Ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espreso dan espreso berasaskan kopi seperti kapucino dan late adalah bergantung kepada kedai yang menjualnya. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein berbeza daripada 50mg setiap espreso di satu kedai kepada setinggi 300mg bagi setiap espreso di kedai lain.

Advert
Dapatkan suplemen yang 100% selamat & 100% berkesan utk diri anda & bayi dlm kandungan anda.
CADANGAN SET IBU HAMIL SHAKLEE
 Maklumat Lanjut, sms/whatsapp YM @ 013-2905020
Your Shaklee Independant Distributor
 

5 Sweet Words:

intanfirdaus247 said...

betul tu ym...saya pon tengah berusaha untuk pregnant dan mnegurangkan pengambilan kafein

nanieydotcom said...

nani suke kafein (kopiko) tp nk slowly kurangkan.. :( tp susah!!!

Si Matatajam said...

M ni mmg setiap hari mesti Minum kopi.. Tp mmg stop ambik any kafein bila preggy

The Fakhirin said...

wohohoho...sy suka mnum kopi, tapi lepas tu mnum air suam sehingga perut kembung...hahaha

Riena Haiqal said...

huhu sekarng ni memang suka sngat saya minum kopi tapi tulah kena tahan hati... sabar jak tgk tu kopi..