Wednesday, March 9, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Assalamualaikum...

Tengah menjelajah blog-blog ibu-ibuan tadi...yayansmum terbaca pasal entry ni..erm, nampak menarik..^_^, so yayansmum decide nak join, bukan apa,as a form of my support to anything that related to motherhood...I loikeee...^_^ Lagipun manalah tahu yayansmum boleh kenal ramai lagi ibu-ibu laen..so, boleh la share2 citer...ala-ala "surviving Motherhood" gitu...^_^



Check out Here

# Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..

Seorang kakak kepada 5 orang adik, Isteri kepada YayansDad dan Ibu kepada seorang cahaya mata~~~Yayan a.k.a Ahmad Dhani Aryan, a Strong Son with Congenital Heart Disease...

# Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu?

Ketika melihat Yayan yang ketika itu berusia 2 hari, selamat dibedah dan terus bernafas di atas muka bumi Allah...

# Kenangan pahit anda ?

Ketika doktor meminta yayansmum melepaskan Yayan pergi...dengan memutuskan bekalan oksigen buatnya...will Not forget any single moment at that time...

# Kata kata khas buat si suami ...

Terima kasih Abang kerana sanggup menjaga anak kita sepenuhnya ketika abg "Off Day" dan ketika Syg berkerja,semata-mata untuk memastikan dia betul2 selamat dek kerana dia anak kita yang terlalu istimewa...Menjaga Yayan (sedari 3 bulan usia) sekurang-kurangnya 4 hari seminggu bukanlah satu tugas yang mudah untuk seorang yang bergelar lelaki... Abg mmg satu antara berjuta!pengorbanan abg menyentuh hati syg...Semoga kita saling mencintai hingga ke syurga...Syg memang bertuah menjadi isteri abg...

# Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..

Yayan...jadilah seorang yang prihatin pada penderitaan orang lain sebagaimana orang lain prihatin pada Yayan ketika Yayan kecil..hidup bukan hanya "menerima" sayang...tapi juga "memberi".....semoga yayan sentiasa memberikan sinar pada hidup orang lain.....

Buat anak-anak di luar sana...

Siapapun ibu dan ayah kita...apapun kesilapan dan kesalahan yang pernah mereka lakukan, ingatlah satu perkara...Martabat dan darjat mereke di mata Allah tidak pernah berada di bawah...doa mereka adalah tunggak kepada kehidupan kita...andai kita mahu hidup bahagia, kita PERLU bahagiakan mereka....

# Apakah harapan anda kepada anak anda ..

Ibu harapkan Yayan akan menjadi seorang anak yang sihat, cerdas, berbakti pada ibu & ayah dan yang paling penting menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat, insyaallah....

# Nasihat buat si gadis di luar sana ..

To all my sistas out there...Hidup kita ni hanya sekali jer...but, tak semestinya kita kena TRY semua benda2 tak elok...sebagai wanita kita kena Bijak...coz tahap kebijaksanaan kita itulah akan menentukan di mana kedudukan kita sebenarnya...apa yang penting, enjoy every moments living as a woman and live the BEST we can...

~~~~Enjoying MotherHood~~~~~ Yayansmum

0 Sweet Words: