Assalamualaikum
Di bulan Ramadhan al-mubarak ni,produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob mmg sudah tidak asing bagi kita kan?Nak tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar jutawan? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.
Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan kita semua semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan kita. (^_^)
Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan kita semua semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan kita. (^_^)
Kredit : Carigold.com
22 Sweet Words:
*wink! being inspired pagi2 hari
*wink.... being inspired pagi2
betul tu.. bukan senang nak jadi senang.. tapi berkat usaa beliau yang gigih akhirnya beliau berjaya menjadi usahawan yang berjaya... semoga menjadi pelajaran dan inspirasi buat kita semua..
*usaha
Camtu ceritanya... Memang berbaloi apa yg dia kecapi skang...
Suka baca kisah org yg berjaya :) kagum.
nice sharing YM..tq
kagum kan
kalo bulan posa jek mesti teringat kurma dia
lagi2 iklan dia ala2 berbisik tu
kilang dia tepi hiway nak ke penang... wah mesti thun ni serbu kilang dia lgi..
kurma yg menjd sebutan..rupanya pemilik punya kisah tersendiri.alhamdulillah..org kita berjaya yg menjd inspirasi bg kita semua dlm membuat sesuatu...usaha..usaha...
kite 1st time makan kurma ni.
tu pn org bagi..
owh mcm tu ceritanya...usaha yg penting...berbalaoi2 dgn apa yg dia kecapi skang ni
tiap2 ramadhan mmg kurma yusuff taiyob mjadi pilihan smua org kan.. nur kalau ke pulau pinang masti lalu depan bangunan yusuf taiyob ni.. tepi haiway je..
mmg betul sis ..selalu nya org yg berjaya byk mengalami zaman kejatuhan nya sebelum bangkit berdiri gagah semula..
berbuka apa hari ni?
@greenjade, ari ni masak mee curry seafood, :-)
kegagalan dan kesusahan tu la tunggak kejayaan masa depan...jika dia ambil pelajaran kann...rajin u cari info ni...happy fasting u :)
lama tak nampak entry masakan akak..aghak2nya apalah juadah berbuka akak ye..dan yayan lak apalah menu dia ketika berbuka..hihih
dan yg paling penting, macam mana gelagat yayan ketika berbuka..hihihi
kita kene contohi semangat juang beliau... tetap tidak mengaku kalah walau terjatuh teruk macam tu...
nk brjaya, kena ada jatuhnya..yg pnting kena berani mncuba..
Susah2 dulu senang2 kmudian..slalu mil bli kurma nih walaupon bkn bln posa
inspiring! memang setailo gilerrr! yusofff taiyooob FTW!
Post a Comment