Friday, August 31, 2012

He knows What the Best!

Assalamualaikum

Rupa-rupanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sekarang ni dah takyah nak update every year taw!YM baru tahu.Hehehe.Diorang akan update automatic je permohonan kita, youu!YM dapat tahu pun, bila YM dapat SMS daripada SPA, jemputan untuk menghadiri Peperiksaan.Hehehe.

Bila dah dapat SMS tu, cepat-cepat YM check status permohonan YM kat website SPA . Bila dah check tuh, baru le YM tahu, rupa-rupanya AUTO-update tuh permohonan kita. Best kan??takyah la kita every year nak update, isi segala bagai. Kita boleh biar je auto update atau kalau ada info yang berubah, just buat jelah neccessary amendment. Senang kan?Bravo SPA.I loikeeee!

Dah lama tak pi Exam. Berdebar-debar pulak rasanya.Huhu. Takpelah, YM just nak try luck je. YM tahu, ramai gilerrr kot yang apply for this position. Kalau ada rezeki YM, alhamdulillah. Kalau takde, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk YM. Insyaallah.

Kita just Yakin je pada perancangan Allah.For sure yang terbaekkkk punya la! Tak gitu??? (^_^)


Thursday, August 30, 2012

Amukan!!!!

Assalamualaikum

Kalau bebudak mengamukkk,adoiii!Pening Mak taw!Dengan rengekkan diorang tuh ha, siap buat sore nanges mcm kene cubit tu lagik, adehhhh!maunye, Ibunya join sekali meraungg!!!Haha.
Kene pulak Yayan buat golek Hindustan dier tuh ha!!!Korang tengok larrr!Adehhhh!Tak bagi apa yang dia nak, gini la jadiknya.
Gosok-gosok mata!buat sore uhuk!uhuk!dier.Haishhhhhh!Sabo...sabo....
Tak cukup setempat, sure golek lebih-lebih sikit kawasan tuh ha!Alarr, memang ala hindustan betul lar!
uiiiiiii!!!ko tengok...tengok....uiiiii,tambah dose pulak tangisan tuh haaaaa!Adoiii.Buat pekak, buat pekak.Buat Dunno....dunno...haha!Taktik dia jek tuhhh!YM taknak terjebak.So, anggap je tangisan dia tu ala-ala Siti Nurhaliza tengah menyanyi lagu kekasihku.Hikssss....

Masa ni dia dah slow down dah.YM snap gambar dia, pastu buat2 tengok enset.Booooo Layannnn okay?

Haaaaaa!korang tengokkkk....die sajerrrr je taw!mengaderrr!Tengok tuhhh, dah menjerit tergelak-gelak dahh...sabo jelah! Menurut apa yang YM baca on parenting tips kan, bebudak nih kalau meraung-raung tak dapat apa yang dia nak, kita buat tak layan je.Lagi kita layan, lagi menjadik.Dia akan jadikan tangisan dan raungan tuh sebagai SENJATA paling ampuh dia untuk gertak kita sebagai parents taw.

Lagi satu, kalau everytime diorang nanges, kita feed diorang dengan something, haaaaaa...tu lagi kes naya. Dia akan set dalam pale dier yang everytime dia meraung menangis dia akan dapat something daripada orang.Sooo, takyah layan k?

Biarkan dia nanges, tapi make sure dia tak cederakan diri dia suda la...pastikan dia berada di dalam environment yang selamat, cukup. Selebihnya, kalau dia hempas2 kaki ke hape, tahankan jelah hati...hehehhe.

Parents yang dah punya ramai anak, sure lagi Mahir handle kids cenggini...Salute!!

Wednesday, August 29, 2012

Yogurt Time!

Assalamualaikum

Korang suka tak makan Yogurt???YM so-so la.Ikut angin.Kalau tetiba angin monsun barat daya datang, ha...laju jela tangan YM ni menyambar Yogurt time shopping.Huhu.Tapi,banyak-banyak brand,YM suka brand Marigold nih.YM suka buah beri mix ngan strawberi,Mango pun okay gak!Brand laen macam kurengg pulak kesedapannya.
Adoiii!Tak sangka pulak anak Terunaku ini pun minat makan Yogurt nih ha!Ingatkan dia tak suka, since yayan ni tak minat makan buah-buahan kecuali buah Durian.Cehhh!kecik-kecik suke makan Durian,tak padan ngan kecik!hehe.Korang tengok la dier tuh ha, dok cedok sana, cedok sini, bagi licin haaa.....
Dier dah tak peduli dah Mamarazi nih dok snap sana, snap sini. Apa yang penting, dia dapat habiskan satu bekasss tuh ha!Ayooooo!
Korang tengok la betapa larrr he enjoysssss that Yogurt!Nyummylicious kucakap kauuu!hehehehehe....Sampai ke titisan terakhir tawwwww!Huhuhuhu....

Tuesday, August 28, 2012

Resepi Cekodok Jagung!

Assalamualaikum
Hai semua!Ari ni tetiba rajin nak share resepi ngan korang semua pulak. Alar, resepi sempoi je pun.Sambil pejam mata pun bleh buat.Huhu.
Memula, kene la ader jagung.Kalau takde, bukan cekodok jagung namanya.Kuikuikui.
Sila tanggalkan kulit2 mereka itu yer...bebuluu tuh semua buang bersih-bersih.
Pastu, korang sagat gini ghopeee yer.Eh!betul ke sagat??hehhe.Tak kesah la, ikut la korang nak buat camner, yang penting ghopeee nyer nanti macam kat gambar atas tu okay?

Pastu, amek mangkuk then boh tepung and sebijik telur Ayam. Ayam yer...animals lain tak diterima.Jgn derhaka pada resepi YM ni okay?Hehehehee
Bila korang dah bancuh tepung dengan telur dan sedikit air, then korang masukkan garam + perasa dan jagung2 itu tadi okay?
Then, masukkan daun sup yang sudah dipotong halus yer.Gaulkan. Pastu, apa lagi, goreng le dalam kuali.



Tadaaaaaa!dah pun siap!Ready to eat!Nyum!Nyumm!
Selamat mencuba!

Monday, August 27, 2012

Bijak!Bijak!

Assalamualaikum

Budak-budak nieh memang mencuit hati kan?ader je yang dier buat yang mengeletek hati kita.Tak kurang jugak yang buat kita grrr!grrr!..haha!Nama pun budak kan!Hiksssss...
Nie Yayan......ce korang tengok la ape dier buat tuh?ader je kejenyerr.Siap tonggengkan kete dier tuh ha.Sepatutnya kete tuh tak macam tuh.
Mula tu YM pelik gak.Nape la yang die pi tonggengkan sampai gitu ghopeee.Tapi,bila perhatikan lelama......haaaaaaaa!patut la puuunnnn!

Dia nak jadikan tayar tu stereng kete dier oooooo! Haishhhhh!bijakkk nooo bebudak sekarang nih kan?ni dah macam iklan susu Anmum nie, Gangliosida terlebihhh nie, haha!Berjaya juga susu tu membantu mengoptimumkan hubungan antara sel-sel otak Yayan.Tapi Yayan cuma minum susu tu start umo 6bulan sampai 18bulan je.Lepas tuh, mak dier kedekutt, bagi minum susu Dutch Lady je, kooo!hehehe....bukan pe, nak saving untuk Yayan jugak.:)
Tu, korang tengok la tangan dier yang cumilll tuh ha....dier dok perhatikan ayah dier tiap2 hari bawak kete, ni la jadiknyerrr!hehehe.Dia mmg sangat minat ngan kete taw.Pantang nampak kete mainan, sure akan pergi terjah sambil sebut "car!car!car!". Haihhhh... Dier akan campak apa2 toys yang best2 kalau nampak kete.Bila jumpa kete macam jumpa emas koooo!haha!

Ingat lagi tak, YM penah buat entry pasal dier jadikan kunci umah as kunci kete dia???alarrr, yang YM tawaf umah soploh kali cari kunci, tak jumpa tuhhh...tak ingat?nak refresh?Tekan SINI.Huhu

Kadang tu YM terfikir jugak, ke anak aku ni nak jadi macam Michael Schumacher????jeng...jeng...jeng.....haha!

Tragedi Di Pagi Syawal!

Assalamualaikum

Hamboiii, tragedi kooo! YM ni over taw!huhuhu. Kire Tragedi gak la bagi YM sebab rasa macam sakit jantung kejap!huhuhu. Nak tahu nape????

Citernye gini. Pukul 4.30pagi (pagi 1 syawal taw) YM pun bertolak balik ke kampung laman, dari Terengganu ke Lanchang, Pahang. So, dalam pukul 7.15 gitu, YM ngan YD benti la kat R&R nak minum teh tarik sat coz nak segarkan mata yang ngantuk. Adik YM n Yayan takmo keluar, nak duduk kat kete, nak tido katanya.So, enjin kete mmg tak off la. 

Dah siap minum tu, gerak le ke stesyen minyak.YD kata nak isi minyak. YM pun kata "alar, ada lagi minyak ape, takyah la isi, dlm 20mins lagi sampai la kita kat umah.Dah dekat sangat dah". Yelah, YM tengok minyak ader lagi.Tapi, YD degil, nak isi gak sebab katanya malas nak beratur panjang nanti nak isi minyak. Time Raya-raya ni, ramai org!katanyaaaa.....So, YM pun diam jelah.

Dah isi minyak tuh, YD on enjin kete.Zrehhhh!zrehhhhh!!! "Haihhhhh!awat lain macam bunyi kete ni Abang???" YM dah cuak dah. Banyak kali YD pulas, takmo idup gak ko!YD kata baru je 2 hari lepas dia pi servis kete nih.YM dah tak sedap ati dah.Tetiba YD mintak tolong YM ngan adik tolak kete.Haaaaaaaaaaa????uwaaaaa!Takmo!Takmo!Maluuuu!

Sepanjang guna kete ni selama 5 tahun ni la pertama kali buat hal ko!maunye YM ngan YD tak cuak!YD pun bukannya ada experience kete sendiri rosak tgh jalan. Adehhh!YM dah garu2 pale dah.Seb baik la nak tolak dekat je.Beberapa langkah je.Hehehehehe.Nak tolak from petrol pump ke tempat parking je pun.Tapi, YM tetap malu gak sebab pagi Raya kottt!!!!Uwaaaa!hahaha.over!

Tengah2 YM imagine beraya kat Petrol Pump tuh sambil pandang kete tuh dengan rasa, grrrrr!!! lalu la sorang brader.Tersengih2 macam kerang busuk.Kutahan hati je taw.Dia pun tanya YD, "kete rosak ke, bang?" YD pun angguk n pi berborak ngan dia sat. "Rasanya battery kot, bang.Ce abang try hon", katanya. YD try hon je,bunyi hon macam bunyi org bersiul ko!hahahah! "Haaaaa! Kompom bang, battery kong!kalau ada kawan, boleh jump, settel la!". Pastu, dia blah ko.Cesss.Kuingat nak tolong.Haha!Takpe2.Advise dia pun dah kire baek daa. Dia pun kelam kabut nak balik semayang raya kot.:)

Then, tetiba ada sorang India Guy datang nak tolong. Bila YD ngan dia borak2, dia pun datang bawak alat untuk JUMP. Masalahnya, dia takleh tolong JUMP from his vehicle to ours sebab dia bawak Bas koooo!hahaha!

Nak dijadikan cerita, kebetulan ader pulak brader Malay yang sangat baik hati, sanggup tolong JUMP kan kete kitorang. Mula tu berdebar gak, maunya bukan battery yang problem, naya je YM satu family kene semayang raya kat Petrol Pump.Hehehe.

Bila YD try,uisshhhhhhh....sujud syukur ko!akhirnya, hidup jugak enjin kete ku!alhamdulillahhhhhh!Dengan pertolongan 1Malaysia di pagi Syawal, alhamdulillah takdelah YM satu family kene beraya ngan Mat-mat Bangla kat Petrol Pump tuh.Hehehehe.
 
Alhamdulillah, pukul 8 pagi sampai la kitorang kat umah mertua.Sempat semayang Raya!Alhamdulillah......
 
Apapun, Malaysia masih punya orang-orang yang sangat baik hati taw!Tak pupus lagi....(^_^)
 

Sunday, August 26, 2012

Raya tahun ni kat kampung saya jugakk!, tak kire!

Assalamualaikum


Hai semua! Rindunyer kat kalian semua taw!fuhh!9 days on Raya Leaves!Raya sakan YM taonn nie!Huhuhu. Alarr, kalau diikutkan taon ni takdelah Raya sakan pun sangat.Last year n tahun sebelum2nya, paling kurang 2 minggu taw YM amik cuti!hehe. Yela, biasalah keadaan dah berubah, so nak taknak terima jelah.Takpe2.Apa yang penting, cuti panjang gak tuh.Ada yang lain tuh lagi kesian, Raya pun kene keje kan?ok,zip mulut.Takmo ngomel2.Hehehe. 

So, camner Raya korang?best tak?mesti la best kan?Dapat kumpul ramai2, sanak saudara semua.Mesti meriah!YM tahun ni beraya kat umah Mak Mertua kat Lanchang, Pahang.YM balik pagi Raya,kol 4 pagi bertolak balik sebab YD kene keje lagi Malam Raya tuh ha.


Kalau diikutkan dah 3 tahun YM tak balik beraya kat Sabah.Gini la nasib perantau mcm YM nieh.Huhu. Kene la sabar. Tahun 2010, giliran YD beraya ngan family dia, tahun 2011 pulak YM ajak mak ayah n adik2 beraya ngan YM kat Terengganu since YD keje, so this year is YD punya turn la kan?Kene la give n take.Takmo la gaduh2, masam muka,bertekak, baling periuk belanga sebab nak beraya kat kampung memasing.Tolak ansur tuh paling penting kan?sabar...sabar....(^_^)

YM penah dengar cite sorang suami daripada sorang kawan gak.Agak kesian gak la.Wife dier kalau boleh every year, Raya pertama wajib beraya kat kampung dia.Padahal kampung die tuh 1/2 jam je dari umah dier kot. Hari2 boleh balik.Si suami pulak malas nak gaduh2, so ikutkan aje.

Tapi, yelah, lama mana la boleh bersabar kan?kalau mak ayah adik beradik dok tanya,nape tak penah balik sebelum Raya kat kampung.Then,tahun tu bila si suami ajak balik kampung dia sehari sebelum Raya, si isteri mula buat perangai. 

Seminggu sebelum balik dah buat muka masam. Moody tak tentu hala. Lagi haru, bila nak gerak balik kampung pepagi tuh, macam2 buat alasan.Kene tolong mak dier masak rendang dulu la, nak settle nih la, tu la, kesudahannya, pukul 10mlm baru boleh bertolak balik ke kampung diorang kat Perak. Alahai........

Bila sampai kat umah mertua pulak,buat muka tak manis.Masam je.Nak Mogok la kot..Bila YM dengar cerita begini, YM rasa macam alahai....kesian pulak kat si suami kan?Sure si suami tu rasa malu pada keluarga dia sebab si isteri buat perangai, betul tak?Mcm nampak noo tak suke kan?bukankah antara tanggungjawab seorang isteri itu menjaga air muka suaminya???

Teringat pulak kata-kata org, "bila dah berkahwin nih,bukan takat kahwin ngan dia je, tapi ngan family dia skli!".So, ape la salahnya kita berbaik-baik dengan keluarga suami yang sepatutnya kita anggap laksana keluarga sendiri kan?Haih....


Apapun, syurga kita sebagai seorang isteri tu kan bergantung pada suami kita. Sebagai isteri kita kene la taat selagi tidak bertentangan dengan agama.Banyakkan berdoa, minta pada Allah, lembutkan hati suami kita  untuk bertolak ansur juga dengan kita.Tu lebih baik.Betul tak?

YM share cerita nih bukan nak mengaibkan sesiapa, tapi untuk kita jadikan peringatan & pengajaran.YM ingatkan diri sendiri juga, yelah kadang2 kita lalai. Insyaallah, kita sama-sama perbaiki kan?

Hidup dalam alam perkahwinan nih memang sangat-sangat memerlukan sikap Bertolak ansur dan sabar. Kalau tak............

sendiri mau ingat la, der!

Saturday, August 18, 2012

Salam Syawal!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tahun ni sebulan YM berpuasa.Syukur, alhamdulillah!~ Dalam pada sibuk2 tuh tambah pulak selalu berperang ngan Dak Yayan, alhamdulillah YM diberi kesempatan buat cookies.Kueh Raya dah selamat buat 5 jenis jah - Mazola, Makmur, Royal Butter Cookies, Tart Nenas & Almond London.Tak buat banyak pun, sket2 je.Cukup la. :)

YM kat umah lagi ni.Pagi Raya esok, baru le gerak balik ke rumah Mertua kat Pahang. YD keje lagi syif malam today.So, sebab tu la have to wait.
Oklah, kengkawan YM yang disayangi semua.Di kesempatan ni, YM nak menyusun sepuluh jari, memohon maaf segala salah silap, terlanjur kata segala.Maaf zahir & batin yer. Semoga kalian semua berbahagia di Idul Fitri esok!

Muahhh!!From Yayan!(^_^)

Ahli kubur menangis

Assalamualaikum
Sekadar perkongsian di hari baik, bulan baik ini...

Ketika umat Islam bertasbih dan bertahmid memuji Allah selepas terbenamnya matahari akhir Ramadhan, ahli-ahli kubur yang mendengarnya merintih dan menangis.

Imam Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, Ali Sarbini menjelaskan merujuk kepada kitab Mattlaul Badroin, penghuni kubur akan rasa gembira bila mendengar kedatangan Ramadhan. Ini kerana segala penyeksaan yang dilalui akan dihentikan kerana kemuliaan Ramadhan.

“Itulah sebabnya, kadang-kadang bila takbir, mereka akan tersinggung. Orang-orang ini (ahli kubur) akan menangis kerana mereka akan menerima seksaan semula sebaik tamatnya Ramadhan. 

Lantas, eloknya pada petang hari raya untuk kita bacakan Ayatul-Kursi, Al-Fatihah dan Yaasin serta berdoa dengan berada di kepala kubur dan sedekah kepada mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita.” katanya sambil menambah semoga dengan itu roh mereka tenang berada di alam sana. Walahualam.

Courtesy : FB
Abah, Damai la kau di sana. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu.Amin!

Wednesday, August 15, 2012

Resipi Kek Coklat Kukus yang sangat Senang!

Assalamualaikum
Okeh,tinggal lebih kurang 3 hari lagi kita nak berpuasa,eh!tak sangka kan?cepat betul masa berlalu.Jgn jelessss,YM masih berpuasa, tak tinggal lagi, hehehe. Yelah, YM kan on treatment Endometriosis lagi, :)
So,because pose dah tggl bbrpa hari lagi and perut tekak korang dah biasa,so YM rasa ok la kot YM tempek gambar food kat blog YM nie.Hehehe.Sebelum ni YM tak nak tempek, risau kot2 ada yg terliorr,so taknak mendera uols and myself too, hiksss...
YM buat kek Coklat Kukus hari tu taw. Sangat Moisttt taw!Kalau ikutkan tekak YM okey, omnomnomnom.Huhu. Tekak korang tak tahu la, :)
Kek Coklat Kukus
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat

Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Segenggam chocolate chips

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit 


Surprisingly, buat kek nie takyah guna Mixer, uu!!hehe.Best kan.Korang godek2 ngan tangan je.Jgn luruss...takmo2..guna sudip lar.Huhu.YM tak buat topping pun, just makan gitu je.Tak menyempattt ko nak buat topping, Dak Yayan tuh ha, dah nunggu kat table, nak!nak!huhu... all the best!

Iklan
        Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Kad Raya Daripada Dato Siti Nurhaliza, :P

Assalamualaikum

Hamboiii! YM nieh...takleh blah betul lar, ekeke. Lepas bagi salam, pap!tempek gambar kad Raya Dato' Siti Nurhaliza trosss ha!haha! Lagaknya, macam Dato' Siti bagi kat YM sorang pulaksss.. :P
Actually ni kad Raya yang Dato Siti bagi ngan kitorang semua masa visit dia kat Guardian, Mesra Mall on 6th August bebaru nieh. As a form of appreciation, sebenarnya.Hehehe. YM je terperasan lebih, sebab diorang soh lekat kat table YM, dah tu YM kan org Admin, hehehe.Centre la untuk semua.ahakss!

Card Raya daripada Bro Boni :) Thanks, Bro!

Ni la, the one and only card Raya yang YM dapat setakat nih. Uwaaa!sedihh...takde sape sudi bagi YM kad Raya, hehehe.Cam bebudokk!Yelah, sekarang ni kan zaman IT, mana nak pakai dah kad Raya sangat. Paling senang buat kat Facebook.Buat satu je, then tag seberapa banyak org yang kita nak. Pastu, org unTag diri sendiri sebab tak tahan asyik trima notifications manjang!Haha!

Comel noo kad nieh. Hehehe.Kelakar mcm Boni gak!hehe

Korang tgk tuh, ucapan dier.Cesss!ni nak kene Fireeee mcm otromen nieh!Haha!
Tapi kan, sesekali dapat kad Raya nih pun best gak taw! Terimbau kenangan dedulu. YM still ingat lagi, masa zaman skolah dulu. Part Paling best bila Ramadhan ialah tang beli n bagi kad Raya. Fuh!! maka, berlaku la diskriminasi sikit. Kalau kengkawan biasa2 je, beli kad Raya yang biasa2 je, yang kakak angkat adik angkat tuh, siap beli yang ada bunyi2 musika lagi taw!haha!

Pesanan dalam kad yang paling YM ingat sampai sekarang ape taw? Pecah Kaca,Pecah Gelas,Sudah baca Harap Balas!Haha!Aduh ler...kalau teringat mmg kelakar...kuikuikui..

Tuesday, August 14, 2012

yummy chick!

Asssalamualaikum

Hai...semua!Alahai...busynya YM lately. Nak jenguk kengkawan pun tak sempat ni kan pulak nak update blog nieh. Waduh2...Yelah, balik keje pun, smpi umah dah kol 6ptg, then terus je ke dapur, pakai Apron, cooking time!Kompom terkocoh-kocoh.

Lps bukak posa, lepas solat semua, terus je uruskan dak Yayan yang dah comot2 tu, nak bagi dier tido.Then, pi sambung kemas dapur, buat biskut Raya lagi.Uwaaaa!! Hectic..hectic...plus, posa-posa ni, cepat noo penat.huhu

Arghhh!!! Yayan tgh makan kaki Ayam!!hehehe
Yayan said : Adeh...nak tercabut gigi geget kaki Ayam nie, Ibu!Tapi best!
Risau YM nengok...huhuhu.Ader jugak kang tercabut gigi yang kecik2 tuh.Bila YM tak bagi, dier buat gulingan hindustan dier tu ha!haishh!Last skli, Bagi jelah...pandai2 la Yayan...muhahaha!

Sunday, August 12, 2012

Monorail Rosak kat Brickfield: heroic moments!

Assalamualaikum



Eh! ape kene ngan Monorail tu dok tengah2 tu ha??Tak bergerak?? ape kes??


Mayday!Mayday!nenong! nenong!nenong! Bomba sudah mari..!Yess!Hero datang!

 Monorail ni tersekat kat tengah2 nih sebab rosak ler.Tarikh kejadian 11.08.2012 @2.39pm

 Saksi mengangarkan lebih kurang 50 org yang sedang berada di dalam kedua-dua coach tersebut.

Uiiii! Abg Bombeeee...gagah perkasa menyelamatkan mangseee..:) 

korang tgk tuuu...ramai jugak kat kren tu erk...cemasnyer YM nengok.Org kat situ, ntah macamana la rasanya?sure lagi nebesss!

 Alorrr!gayatnya!!kalau YM sure terketaq-ketaq.kahkahkah


Dilaporkan ada 2 org yang pengsan.Sorang dihantar ke spital untuk rawatan lanjut. Kalau Ym ader kat situ, rasanya, YM la kot tuh..huhuhu...

Takotttt tinggiiii!

Kredit :  http://news.malaysia.msn.com

Saturday, August 11, 2012

Kisah Iblis bertemu Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum
Ada baiknya YM kongsikan cerita ini untuk kita jadikan peringatan. Luangkan la masa lebih kurang 10 minit anda untuk artikel berguna sebegini.Rugi gilerr sapa yg tak baca smpi hbs!: jumm!sama-sama kita ambil iktibar.

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai Muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 63


Wallahualam!