Monday, November 19, 2012

Isu Palestin!

Assalamualaikum

Perkongsian daripada sahabat saya.Semoga bermanfaat.

**************

"Isu Palestin je kecoh, ramai lagi orang Islam tempat lain yang ditindas"

Lain tu...isu Muslim Palestin dgn Muslim tempat lain.

Muslim Palestin bukan isu kemanusiaan saja, tapi tanah yang mereka jaga itu, & Baitul Maqdis. Mereka 'penjaga' Baitul Maqdis (sesungguhnya Allah Yang Maha Menjaga) yakni salah satu Tanah Suci bg umat Islam.

Pa
stikan kita menjaga & menyampaikan maklumat ni terutama kepada anak2 kita, agar generasi lepas ni tak terpinga2 kenapa lah kecoh sgt pasal Palestin.

Inilah jihad dalam konteks sebenar menurut Said Hawa':

Pertama : Jihad dengan lisan

Kedua : Jihad dengan pengajaran (ta'lim)
Ketiga : Jihad dengan tangan dan jiwa-raga
Keempat : Jihad politik
Kelima : Jihad harta

Boikot? Ya, jihad dengan boikot, ada saling kaitan, Jihad maksudnya mencurahkan sepenuh tenaga dan kesungguhan dalam usaha untuk memenangkan Islam, bagi mendapat keredhaan Allah. Boikot adalah menahan diri dari menggunakan barang2 yang diboikot tu. Kata kunci di situ : Sepenuh Tenaga, Kesungguhan, Menahan Diri.


Jika usaha boikot ke apa2 je yang kita buat tu dicaci maki, TAHAN DIRI. LAKUKANNYA DGN SEPENUH TENAGA & KESUNGGUHAN. Mungkin itulah di mana Allah mahu uji sejauh mana JIHAD kita tu. Jangan mengaku beriman selagi belum diuji... ni orang kata sikit, dah kecik hati. Tang mana yg jihad tu?


Ketua Persatuan Ulama Dunia, Syeikh Yusuf Qardhawi mengeluarkan fatwa syar’ie yang menegaskan wajibnya membantu orang-orang Palestin. Qardhawi menganggap bantuan itu sebagai kewajiban yang fardu ke atas atas kaum muslimin.

Muadz bin Jabal menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Allah Maha Besar akan memberi kamu kekuatan untuk menawan Palestin selepas kewafatanku.Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai Palestin termasuk Gaza, atau Baitul Maqdis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan."


Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Ada di kalangan umat ku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat.” Para sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis." – HR Ahmad


Tak mampu ke sana? Takpe, Rasulullah dah bagi penyelesaiannya.


Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, terangkan kepada kami hukum menziarahi Baitul Maqdis.” Jawab Rasulullah SAW, “Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid).” – HR Bukhari

******************* 
Fahami dan selami perenggan akhir tu..
Fikir-fikirkan.Apa tanggungjawab kita Sebenarnya??Adakah cukup dengan hanya Memboikot??Sila fahami betul2, bukan fokus pada Isu Boikot tu saja.Tapi perhatikan apakah yang dimaksudkan dengan "kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid)".Tu yang perlu kita kaji, apa sebenarnya. 

Renung-renungkan..

 

6 Sweet Words:

Unknown said...

hanya mampu berdoa spya dihentikan kezaliman ke atas palestin. yg boikot memboikot tu, x brani nak komen sgt. ramai gaduh psl boikot tu sja. huhuhu..

Miss N™ said...

hanya mampu berdoa untuk saudara2 di sana.. :)

dan akan belajar memboikot satu persatu...

intanfirdaus247 said...

saya berdoa semoga rejim zionis hancur sehancur hancurnya.....

N i e Z a said...

kesian sgt..tak sanggup rsanye nak tgk kekejaman pd diorg..mg Allah melindungi mereka semua..amin..

Mrs Velentine said...

hanya mampu berdoa utk GAza,..

Riena Haiqal said...

sama2 kita berdoa untuk kesejahteraan mereka disana... terutama perlindungan utk anak2 kecil yang tak berdosa