Thursday, November 22, 2012

Tips Membeli Pakaian Ibu Hamil!

Assalamualaikum



Anda berhak kelihatan cantik dan merasa bagus sepanjang kehamilan anda. Tetapi ini bukan perkara mudah, terutamanya apabila pakaian serta situasi kewangan anda menjadi semakin sempit. Sebelum anda lupakan terus idea tentang pakaian dan menuju ke kedai menjual khemah yang terdekat (hihi...sabo jelah), lihatlah dulu tip-tips untuk kelihatan hebat sambil berjimat. 

Beli pakaian asas 

Rencana-rencana dalam majalah yang menyatakan bahawa anda boleh hidup selama sembilan bulan hamil dengan hanya tiga item pakaian materniti dan sebuah beg tangan yang berkilauan adalah SALAH. Tiada wanita yang ingin memakai pakaian yang sama berulang-ulang kali, terutamanya apabila dia berasa jelik dan lebih gemuk berbanding biasa. Sembilan bulan adalah masa yang panjang untuk anda memakai pakaian yang sama. 

Walaupun begitu, melabur dalam beberapa item utama pakaian materniti yang boleh digabung padan adalah bijak. Cubalah: 

woman in mirror measuring her bump
• dua pasang seluar yang berpotongan elok; 
• skirt atau gaun yang tidak bercorak; 
• kardigan atau jaket; 
• pashmina atau skaf tanpa corak yang boleh dipadankan dengan kebanyakan pakaian; 
• dua helai blaus yang kasual; 
• sehelai blaus yang lebih segak untuk majlis istimewa. 

Sebagai variasi, belilah kemeja-T dan singlet yang murah dalam pelbagai warna. Walaupun kain kapasnya boleh menganjal, lebih baik jika anda dapatkan satu atau dua saiz lebih besar daripada biasa. 

Mengambil peluang semasa tawaran hebat 


Jika anda bernasib baik, waktu anda hamil ini, mungkin ada butik-butik maternity yang menawarkan jualan murah seperti jualan akhir musim atau jualan penghabisan stok. Dan jika anda lebih bernasib baik, mungkin ada jenama-jenama fesyen terkemuka yang mengeluarkan koleksi blaus labuh dan anda mungkin dapat membelinya semasa jualan akhir musim mereka.

Menyesuaikan pakaian sedia ada anda 


Sebelum perut anda menjadi terlalu besar, anda masih boleh pakai pakaian sedia ada dengan dipadankan dengan blaus yang lebih labuh. Blaus labuh ini dapat menutup hakikat bahawa butang atas seluar anda tidak terkancing. 

Kemudian apabila perut semakin besar, dengan sedikit kerja jahitan, anda boleh menggunakan butang dan panel atau jalur kain untuk membesar-panjangkan pakaian kegemaran anda buat sementara. Sekali lagi, blaus labuh sangat berguna. Apabila bahagian pinggang berelastik menjadi terlalu ketat, anda boleh tukarkannya dengan tali cerut.

Membeli di talian 


Jika anda gemar membeli-belah di Internet, ada banyak laman web yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian pada harga murah. 

Pinjam saja 

Jika anda perlu berhias untuk sesuatu majlis khas, tanya kawan yang juga hamil atau yang pernah hamil jika mereka ada pakaian yang boleh dipinjamkan. 

Yang paling penting... 


Ingatlah, anda perlu manjakan diri sekali-kala. Walaupun badan anda menggunakan cara yang pelik dan tidak menarik untuk mengingatkan anda bahawa anda bakal menjadi seorang ibu, jangan lupa bahawa anda juga seorang wanita. Cintailah potongan badan anda yang baru dan gunakan kelebihan yang ada untuk menonjolkan diri!


Stay Healthy and Stay Cun all Mommies!

9 Sweet Words:

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

- AZIE - said...

bagus tips nie..tima kasih ym

Unknown said...

Amboi..duk cite psl pregnancy je ni. Anyway thanks for the info.
Masa pregnant dulu mmg takde baju mengandung pun sbb saiz tak byk berubah, anak pertama la katakan..hihi

Miss N™ said...

Nur pasti, bila dah kwin de rezeki nanti, nur pasti cari blog akak.. :)

bgus tips ni..

wisata bakti alam said...



kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

boni kacak said...

yang penting kena kawal perbelanjaan..hehehe

Riena Haiqal said...

terima kasih Ym.. memang sekarang ni asyik nak beli baju maxi dress jak supaya senang muat.. memang info di atas ni sangat berguna

L said...

lmbat lg nk ada bini.. hehe.. berangan je la skrg nih..

Jom singgah baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

Unknown said...

Hola YM!

Teruja tgk orang hamil! :))