Sunday, March 17, 2013

Ostematrix Shaklee terbaik!

 Assalamualaikum

Last nite, tido lewat around 2pagi, setelkn hal2 umah. Al-maklumlah, Mommy mcm YM ni, kene setelkn keje2 dulu, baru le bleh tido ngan nyenyak, kalo tak, berpusing2 list to do kat kepala time nak tido, koo...hihi.

 Sblm tido, telan 4caplets Ostematrix Shaklee dulu, utk dapatkan bekalan kalsium terbaik, pastikan kesihatan tulang. 

Alhamdulillah, bangun pagi, senang sangat!tak rasa badan sakit-sakit ataupun letih.Memang terbaik la Ostematrix nih!

Gambar hiasan okey..hihi

Tido nyenyak sangat, bangun pagi pun senang coz dpt tidur yang berkualiti!Thats y i loveee it!

Pada sapa2 yg susah sangat nak tidur ataupun susah nak bangun pagi tu, YM highly reccomend Ostematrix Shaklee yang pelbagai guna nih!

"Membuang" toksin di waktu pagi pun sgt lancar okey? (^_-) so, no more "kesembelitan" terjadi.Erk!!lain mcm bunyi perkataan tuh...hihi


Mana nak cari faedah berganda-ganda nih>>
 tulang sihat, takde masalah sembelit, senang tidur & senang bangun pagi!Perghh!terbaek kan?hehehe

Kalau Nak cuba, 
bulan ni mmg sgt sesuai coz tgh Promosi nih...
Memang berbaloi!

Nak order?? senang je...contact YM, pengedar sah shaklee anda.
Sms/Whatsapp (preferred) 011-2112 1422

Thursday, March 14, 2013

Pergerakan Bayi dalam Perut: Kekerapannya?

Assalamualaikum

Untuk Ibu-Ibu Hamil, terutamanya first Mommy sure akan tertanya2 kan?berapa kali sepatutnya bayi dlm kandungannya tu menendang?:) 

Yelah...excited nak rasa kan.Maunye tak, moment yang paling manis tu kan?

So...berapa kerapkah sepatutnya pergerakan bayi dalam kandungan anda?
 
  
Sebenarnya, tidak ada satu pun corak pergerakan yang dikira normal bagi semua bayi. Setiap bayi adalah berbeza. Kunci kepada persoalan ini ialah mengetahui apa yang normal bagi bayi anda, supaya anda boleh mengenal pasti sebarang perubahan dalam tabiat hariannya.


Perlu diingat bahawa bayi anda tidak bergerak setiap masa. Seperti anda juga, ada masanya dia hanya mahu berehat dan tidur.


Bimbang mengenai pergerakan bayi dalam kandungan adalah perkara biasa. Ketika hamil, pergerakan bayi adalah satu-satunya cara bagi anda mengetahui keadaan bayi dalam kandungan. Tetapi walau bagaimana fokusnya anda terhadap bayi anda, akan ada masanya apabila anda terlalu sibuk untuk meneliti apa yang sedang dibuat oleh si kecil.


Cuba luangkan sedikit masa ketika anda rasa tenang dan boleh menumpukan perhatian terhadap bayi anda. Contoh masa-masa yang baik untuk ini ialah waktu malam ketika anda berbaring di atas katil atau ketika anda sedang berehat di tab mandi.


Ingatlah bahawa bayi anda sedang membesar sepanjang masa, oleh itu pergerakannya akan berubah mengikut saiznya. Pada awal trimester kedua, bayi lebih banyak berpusing-pusing, tetapi pergerakannya masih lagi lemah dan tidak begitu kerap, menyebabkan sukar bagi anda merasanya. 


Menjelang trimester ketiga pula, ruang di dalam uterus anda sudah terhad untuknya berpusing-pusing, menyebabkan setiap pergerakan tangan atau kakinya dapat anda rasai dengan mudah.


Jika anda masih belum merasa sebarang pergerakan hari ini, cubalah galakkan supaya dia bergerak. Apabila anda bergerak aktif, bayi anda mungkin rasa seperti dibuai-buai sehingga dia tertidur. Apabila anda duduk diam, dia akan tersedar. 


Oleh itu, cubalah berbaring atau duduk diam tanpa bergerak. Anda juga boleh cuba minum minuman sejuk atau pasang muzik dengan kuat. Perubahan suhu pada minuman, atau bunyi kuat yang berlaku secara tiba-tiba mungkin mencetuskan respon daripada bayi anda.


Jika anda rasa bayi anda tidak bergerak sekerap biasa, atau jika anda risau mengenai bayi anda, hubungilah doktor. Doktor boleh mendengar degupan jantung bayi anda untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.



Sayangi diri dan Bayi anda dengan mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi ini, yang pastinya berkualiti dan bukan sintetik.SELAMAT & BERKESAN!
 
 
utk tempahan, contact YM ye...tuuu, Number dah tertera kat gambar tu...(^__^)

Sunday, March 10, 2013

ESP Shaklee yang Hebat!

Assalamualaikum

Seperti yang pernah YM kongsikan sebelum ni tentang Energizing Soy Protein Shaklee ni, so rasanya YM nak ulang-siar lagi la tentang kelebihan si Cantik manis ESP ni pada uols.

Biar ia terus melekat di minda kalian, gitew...(^__^)
 
Apa itu ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)?

Ia adalah protein soya yang sangat berkualiti tinggi berbanding yang lain di pasaran kerana ia adalah soya yang kategorikan dalam kumpulan non-GMO (genetically modified organism)
, atau dalam bahasa mudahnya, organisma yang bukan diubahsuai mengikut teknologi terkini, malah ia adalah yang semulajadi!

 Didatangkan dalam canister yang comel dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu, kordial seperti sunquick atau buah segar yang dikisar bersama, seperti strawberi, oren, apple, dll. ESP hanya boleh dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak musnah pada suhu tinggi.


Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadikacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – anti-penuaan, merangsang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,  mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan memudarkan parut.membantu menganjalkan payudara juga.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, tompok2 di permukaan mula

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Siapa yang memerlukan ESP ni?

1. Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
 
2. Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

3. Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

4. Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata.

5. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut

6. ibu menyusukan-mempercepatkan penghasilan susu ibu dengan syarat prinsip asas penyusuan tidak diabaikan

7. Pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata kerana ESP mampu membantu menyihatkan dalaman wanita dan lelaki dan mengoptimumkan penyerapan vitamin yang penting di dalam meningkatkan kesuburan.

Banyak kan kelebihan ESP??
So, pada sesiapa yang nak mencuba, jangan malu2, sms/whatsapp je YM ye..
 @
011-2112 1422

Shaklee> SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN
 

Friday, March 8, 2013

Vitamin semasa Hamil Shaklee memang terbaik!

Assalamualaikum...
Utk Gojes Preggy Mommy out there...
Jum...YM kenalkan dengan Set vitamin semasa Hamil Shaklee ni..

Ramai org salah anggap yang penggambilan vitamin akan membahayakan bayi yang dikandung ataupun akan menyebakan kepala bayi membesar lebih daripada saiz Normal.Itu mitos semata-mata ye. Pada zaman moden ni, kita terdedah dengan bermacam-macam ancaman kimia/pencemaran samada melalui pemakanan atau bermacam2 cara lagi,bukan seperti zaman org tua kita dahulu yang bebas drpd pencemaran.
Oleh kerana tu la zaman kita ni kita perlu menjaga kesihatan kita dengan lebih rapi dengan mengamalkn cara hidup sihat dan penggambilan Vitamin.
Jum...baca apa yang Dr Hamid Arshat mengenai penggambilan vitamin di kalangan Ibu hamil...:)
See?? I told you right???(^__^)

So, Ibu2 jgn risau utk amalkan vitamin ye.
Terutamanya vitamin Shaklee kerana vitamin shaklee dijamin SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN.Brand Shaklee sudah pun lebih 50tahun di Pasaran antarabangsa.Jenama yg sgt dipercayai kalau tak takkan la selama ini Shaklee bertahan, :)

So, apa yang Ibu hamil patut amalkan...
Jum...baca, apa ada dlm set tu...

1. Vita-Lea Iron Formula

Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi.

2. B-Complex

Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

3. Ostematrix / Kalsium

Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.

4. ESP (Energizing Soy Protein)

1. memberikan anda tenaga sepanjang hari.
2. Mengenyangkan dan meningkatkan metabolisme badan.
3.Memastikan kesihatan Ibu di Tahap yang optimum.
4.Membantu Perkembangan Fetus.
5.Membantu meningkatkan paras kolesterol baik & sgt baik utk kesihatan jantung
6.Membantu penyerapan vitamin ke tahap optimum ke dalam badan.


Utk Tempahan / maklumat lanjut, 
Contact saya, pengedar SAH Shaklee anda, di mana jua anda berada, (^__^) @ 011-2112 1422 (Pn Ayu) sms/whatsapp yer...
atau terus ke Page >>
http://www.facebook.com/Yayansmum
 

Ostematrix Shaklee: Sebab aku jatuh cinta pdnya!

Assalamualaikum

Kalau ditanyakan pada YM, apa produk Shaklee yang YM sukeee sangat memang la banyak.Tapi, ada ranking gak la...hehee. Salah satu yang on top of my list ialah si kecil, putih berseri nieh...

Ostematrix Shaklee ni bukan sekadar membekalkan kalsium semta-mata taw.Tapi ia lengkap dengan keperluan yang kita perlukan.

Ostematrix ni lengkap dengan Magnesium, zink, D2, Copper,zinc,manganese,Boron, Vit D lagi taw!

Kenapa kita perlukan yang lain2 tu?ok, sini YM nak bagi satu contoh ye. Kalsium dan Magnesium ni memerlukan antara satu sama lain sebab Magnesium ni membantu utk memastikan kalsium mampu diserap oleh badan kita dengan lebih baik. 

Apa pulak kaitan Zink dengan kalsium??? tidak berkaitan,  tetapi kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink. Zink adalah perlu untuk fungsi imun yang betul dan untuk mewujudkan protein dan DNA. So,adalah yang terbaik untuk mengambil zink pada masa yang sama untuk memastikan badan kita tidak kekurangan keperluan yang sepatutnya, kan?

Ni la yang buat YM sangat2 fell in love dengan ostematrix coz kualitinya jauhhh lebih tinggi berbanding harganya!
 
Siapa yang perlukan Ostematrix ?

1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya.

2. Mereka yg alah dengan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.

3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.

4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.

6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

7. Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki.

8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.

9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

10. Mereka yang mengalami penyakit Insomnia-sangat2 digalakkan mengambil Ostematrix ini kerana ia mampu membantu anda utk tidur lebih nyenyak.

10. Ibu hamil / sesiapa sahaja yang mempunyai masalah sembelit, sukar membuang, so YM sangat2 cadangkan pengambilan Ostematrix nieh.

Harga runcit utk Ostematrix Shaklee ni : 
RM61 sebotol (120tablets)

Tapi......
bulan March 2013 ni ada Promosi hebat daripada Shaklee!
Harga memang sangat2 mengejutkan anda taw!

Korang tak caya, contact YM segera!

Your Independant Shaklee Distributor,
Yayansmum a.k.a YM
sms/whatsapp 011-2112 1422
   
 

Wednesday, March 6, 2013

Seks semasa Hamil

Assalamulaikum

Okay, kali ni YM kongsikan artikel yang YM rasa sgt penting di kalangan Ibu hamil. So, harap mampu menjawap persoalan Ibu-ibu hamil, especially pada 1st time Preggy Mommy, (^_^)

Bolehkah saya melakukan seks semasa hamil?

Sudah tentu. Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa ketuban air memecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran.

Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak dikaitkan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang.

 

Bolehkah seks membahayakan bayi?

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. 

Ini termasuklah:

  • pendarahan;
  • sakit atau kekejangan abdomen;
  • pecah ketuban;
  • sejarah kelemahan serviks;
  • plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.
Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidapi herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda yang sedang berkembang dalam kehamilan.

Adakah nikmatnya sama?

Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan genital membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat lain wanita terasa sendat dan tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Juga, beberapa wanita mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.

Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh membawakan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.

Saya tidak rasa mahukan seks semenjak saya hamil. Adakah ini normal?

Ya. Perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah perlakuan seks anda. Setengah wanita, sekarang bebas dari kebimbangan tentang konsepsi dan pencegahan hamil, merasa lebih seksi dari biasa. Tetapi yang lain hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.

Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik tetapi dalam mana-mana fasa kehamilan, ada variasi yang besar dalam perasaan dan aktiviti seks setiap pasangan suami-isteri. Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga sebab anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang, atau anda merasakan tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda.

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah yang setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa kehamilan.

Adakah nafsu berahi seks suami saya akan berubah?

Mungkin. Ramai lelaki mendapati isteri hamil mereka menarik seperti sebelum hamil pada trimester pertama dan kedua, tetapi perasaan ini berkurang pada trimester ketiga. Ini tidak bermakna dia langsung tidak tertarik juga.

Nafsu suami anda mungkin mengurang sebab takut yang seks akan membahayakan bayi. Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi, khuatir tentang beban keibubapaan, dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir.

Adakah seks oral selamat?

Ya, seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi.

Posisi-posisi manakah yang paling selesa?

Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil yang telah tahan zaman.

• Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian beasr beratnya dari uterus anda.

• Gunakan katil sebagai alat membantu. Bonjol anda bukan penghalang jika anda berbaring atas belakang anda di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda.

• Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudut, yang hanya membolehkan penetrasi tohor. Jolokan suami yang mendalam boleh menjadi tidak selesa apabila bulan-bulan berlalu.

• Naik atas suami anda. Ini tidak meletakkan berat atas abdomen anda dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.

• Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).

Biar yakin - jika ada kemahuan, mesti dibukakan jalan. Dengan sedikit cuba-mencuba, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa suatu teknik yang sesuai bagi anda.
Semakan terakhir: Disember 2010


Semoga bermanfaat, in shaa Allah.


Dapatkan Set Vitamin Hamil Shaklee yang terbaik ini.Terbaik utk Ibu dan Bayi.