Tuesday, October 29, 2013

Vitamin E yang superb!

Assalamualaikum

Nape pulak ai kata superb??sebab Vitamin E adalah makanan kulit yang paling hebat utk kesihatan kulit- ANTIOKSIDAN HEBAT YANG MELINDUNGI DAN MEMPERBAIKI KULIT, ANTI PENUAAN.Ramai yang tahu....tapi tak tahu camne vit E ni bertindak kan?

Antioksidan adalah agen yang meneutralkan kesan oksida drpd radikal bebas yg terhasil apabila kulit kita terdedah pada cahaya matahari.

Radikal bebas yang terhasil itu akan merosakkn kolagen dan sel2 kulit kita di mana akan menyebabkn kulit cpt kering, garis2 halus muncul dan berkedut, (>_<), owh my!jgn ko kedut sebelum masanya, huhu..
antara makanan yg kaya dengan Vitamin E
Vitamin E adalah di antara antioksidan terhebat yang TIDAK boleh dihasilkan oleh badan kita.So, kita perlu mendapatkan khasiat vitamin E di dalam pemakanan kita. Mengambil mknn yg tinggi khasiat vit E dan mengambil suplemen vitamin E (seperti vitamin E Shaklee ) mampu mencegah penuaan kulit sebelum masanya dan mengelakkn kerosakkn DNA kita.Anti Kanser juga taw!

Sapa yang tak nak awet muda kan?sihat pulak tu.. I lovveeeeee Vitamin E Shaklee!

Ayu Yayansmum

sms/whatsapp 011-2112 1422

Pengedar Shaklee Pilihan Anda

Saturday, October 26, 2013

Reaksi Org US bila tgk Muslim Solat

Assalamualaikum

YM memang sangat2 tertarik tengok video yang dirakam oleh 2 org anak muda ni tentang reaksi org2 kat US nunnn bila diorang solat kat Public Area.Rasa mcm,ya Allah....that kind of respect is really-really nice!

Bangga dan bersyukur sangat2 YM dikurniakan hidayah bersama Islam.Sebak pun ada bila tengok video ni.Islam is everywhere!




Last nite, YM tgk Midnite Muvie latest kat cinema ngan ex-boyfren(asben YM ye),hehe.Muvie-Escape Plan,lakonan  Sylvester Stallone & Arnold Schwarzenegger.Dalam filem tu pun ada scene Muslim tengah solat berjemaah, zikir tahmid memuji Allah pun ada, rasa mcm ya Allah....walaupun of kos la pengarah tu bukan nak berdakwah pun, coz sah-sah pengarah tu non-muslim, tapi bg YM personally, bila ada scene camtu, org2 yang tgk tu start kenal Islam.Satu dunia Filem tu ditayangkan!alhamdulillah....

Apapun niat Pengarah tu tunjukkn scene camtu,YM taknak ambik yang negatif.Kita fikir yang baik-baik sudahhh, supaya yang baik-baik juga la yang sampai pada org lain.InshaaAllah.

Semoga lebih ramai mendapat hidayah-Nya.Amin...

Love, 

Ayu Yayansmum a.k.a YM

 

 


Friday, October 25, 2013

Apa Erti Penulisan bagi anda?

Assalamualaikum....

Kalu dah nama blogger tu blogger juga kan?hihi...kalau lama tak menulis, rasa macam, owhh!rindunya nak menulis.Tak kira la menulis pasal apapun...yang merapu pun jadik, haha!
 
YM tak tahu la apa korang rasa, tapi bagi YM menulis ni mampu membuatkan YM puas hati, lega, tenang gitu.Rasa happy sebab ala-ala macam meluahkan perasaan gitew...hehehe.Walaupun yang ditulis tu takde kaitan pun ngan apa yang bergolak di hati, haha!pelik kan?Tapi, yelah...setiap org punya cara yang tersendiri utk melepaskan apa yang diorang rasa. Betul tak?

Ada org kalau bosan ke, stress ke, pi karaoke, melalak sampai lebam!Ada org stress, pi tekan-tekan game tu ha...wrestling ngan game!Ada org, suka layan jiwang sorang2 sambil dengar lagu-lagu romantis, pastu meroyan sorang2, hahaha!lagii beratttt...hihi...

YM ni pulak, suka menulis.Ada je idea berpusing-pusing kat kepala ni nak menulis setiap hari.Tapi tu la kan, masa tak banyak untuk menulis.Kalau banyak masa,mmg semua benda yang jadik YM tulis kot,haha!pelik...tapi tu la YM.

Bila YM marah atau stress on something,lagiii laju idea tu keluar.Mengalir macam air sungai koo,non stop ideas sebab tgh marah kan,hahha.!ala-ala meluah perasaan la tu konon-kononya.Yang jadik mangsa, FB la selalunya...sebab mudah nak akses...hehe.Tapi rasanya bukan YM sorang camtu, so oklah...takdelah pelik sangat kan?



Tapi, tu la...jangan sampai kita mengaibkan orang lain dengan penulisan kita.Tak elok kan?Nak marah sekalipun, harap2nya still boleh control lagi la.Jangan satu dunia kita nak gitau yang sipolan dan sipolan tu ntahpapepape..tak elok.YM selalu je tgk kat FB tu, org dok maki hamun, bodoh,munguk, sengal segala bagai terhambur keluar...adoii le...kesian pulak.Bukan setakat kesian kat org yang kene attack tu, tapi yang dok maki hamun tu.Sure org akan fikir, hishh...ntahpape la mulut pompuan tu....laser kemain, takutt ai nak usha dia!ha..kan dah tak jadik org tu nak usha-usha gadis comel molek mcm korang, haha!sabo jelah...

Bak kata org---bahasa jiwa bangsa.So,bagi YM,bahasa cermin diri. Apa yang kita cakap atau tulis mencerminkan siapa diri kita sebenarnya...

So, kena hati-hati la ye...mengingatkan diri juga nih..(^__^)So, korang pula, apa erti penulisan bagi korang?

Love,

Ayu Yayansmum a.k.a YM



Monday, October 14, 2013

Selamat Raya Qurban!


Assalamualaikum


Ya Allah...


Jadikanlah setiap helaan nafas kami sbg bukti cinta

kepada’Mu…

dan pengorbanan kami sebagai bukti kami

mendekati’Mu……


Selamat Hari Raya Idul Adha buat semua sanak 

saudara, sahabat handai dan juga pembaca setia blog
picisan ini...



Love,

Ayu Yayansmum

Founder of Aryan Business Grup

Working at Home Mommies & Part Timer Team


Sunday, October 6, 2013

MASALAH SENGGUGUT HILANG!

Assalamualaikum

Masalah senggugut time period memang satu perkara yang sangat biasa di kalangan all the ladies kan?sakitnya hanya kami yang boleh gambarkan.Fuhh!Memang rasa mcm nak pengsan, pitams bagai.huhuhu.Tahap kronik punya siap ada yang muntah-muntah lagi.Alahai...


Bukan setakat yang single ladies je taw yang ada masalah ni, even yg married pun ramai.Yela, selalu je kita dengar org2 tua kita ckp, "alahh...dah kawin nanti oklah tu, tadek senggugut dah!".hihi...maaf mak, udah enggak releven statement tu skrg.huhu.Maybe juga sebab gaya hidup kita dan pemakanan kita kan?who knows...

Zaman sekarang ni, masalah senggugut dah takleh kita pandang sebelah mata noks!YM tahu le, coz YM ni penghidap penyakit Endometriosis yg mempunyai kaitan yg sgt besar dengan senggugut.Penyakit apa tu???baca kat sini-->klik SINI.

Salah satu tanda penyakit ni ialah senggugut yang kronik.YM tak sedar pun YM ada penyakit ni coz ingat senggugut ni perkara "biasa" di kalangan wanita.Sebelum kahwin, YM mmg boleh dikatakan every month selalu menderita ngan senggugut nih, mcm phobia aku tiap kali nak period.huhu.

Sampai la satu tahap,bila YM dah married and dah 2 tahun kawin still tak dpt baby,so YM jumpa specialist and they come up with this endometriosis!Masa tu, sumpah!Ym tak taw langsung pasal benda alah tu, sis-sis je bunyinye,terpingga-pingga daku.Masa dpt tahu tu ingatkan YM kena kanser, sakit jantung mak!syukur alhamdulillah,taklah teruk sampai tahap tu cuma menganggu sistem reproduksi wanita le, tu yang lambat dapat baby tu. 

Alhamdulillah,dah setahun YM amalkan suplemen shaklee (set senggugut) tapi YM tak ambik Alfalfa la, gantikan dengan Omegaguard...coz pesakit endo ni special sikit, ada yg Do n Don't. Alhamdulillah,masalah senggugut YM semakin beransur pulih.YM pun dah hampir pulih from Endometriosis, but still kena hati2 coz penyakit ni boleh berulang.


Benda yang baik, sememangnya perlu kita hebahkan pada org lain, supaya org lain pun dpt manfaatnya kan?Ramai pelanggan2 YM yang cuba Set Senggugut Shaklee ni dan alhamdulillah diorang puas hati, syukur alhamdulillah.


Hari ni dpt happy news lagi drpd sorang pelanggan YM.YM pulak yang terlebih excited drpd dia.hehe.Memang rasa super happy taw bila kita mampu membantu org lain sambil2 kita berniaga.Alhamdulillah!

YM memang close contact dengan customers YM.YM bukan jenis touch and go!lepas jual, say hi-hi-bye-bye!No...kalau diorang contact YM utk konsultasi, anytime je YM akan cuba membantu apa yang termampu.:)

Kalau ada yang berminat, boleh contact YM yerk, from any medium kat bawah ni:

Whatsapp/sms 011-2112 1422
FB Personal : Siti Ayu Zuati
Email : yayansmum@gmail.com


Saturday, October 5, 2013

Jgn Pernah!

Assalamualaikum....

Pernah tak korang meragui kebolehan diri sendiri?pernah je kan?kita rasa kita tidak sebaik yang org lain sangka.YM pun selalu je rasa benda yang sama.Selalu je rasa rendah diri dan rasa tak mampu buat something yang hebat mcm org lain.Terlalu mengagumi orang lain sampai terlupa tentang diri sendiri.



Tapi,kadangkala tanpa kita sedari,kita pernah memberi inspirasi pada org lain utk melakukan perkara terhebat dalam hidup mereka.Yes, itu la yang terjadi pada YM.Kadangkala kita tahu memberi kata-kata semangat pada org lain, but when its comes to ourself, kita akan jadi blurr, (^_^) Kita tak mampu "bercakap" dengan diri sendiri.Kita perlukan orang lain utk yakinkan kita.

Semalam agak terkejut, bila seorang sahabat YM menyebut nama YM sebagai salah seorang yang buat dia rasa yakin utk buat something yang menjadi salah satu punca dia mampu berjaya.Serius rasa macam "slap on the face", pang!!!hehe...Terus je terfikir, eh!daku ke?betul ke??daku ke???ke salah dengar nih?huhu.

Terus insaf, der...huhu.Maunye tak insaf, kalau kawan YM tu sekarang dah jadi antara yang terhebat, punya income 5 angka sebulan, der....

Its Time to believe myself!

Bila fikir-fikir balik...rupanya YM juga mampu buat lebih baik kalau YM betul-betul kenal potensi diri.Selama ni macam meragui potensi diri.Tengok orang lain berjaya, memangla beriya-iya nak berjaya, tapi di hati kecil mesti terlintas--"mampu ke?".Then, perkataan tu la asyik terngiang-ngiang kat telinga.Tu la yang buat kita holding back tu, phewww!!!  

Memang kena buang jauh-jauh, rasa ragu-ragu dengan kebolehan diri kita ni.Kita memang dilahirkan hebat dan unik dengan kebolehan diri sendiri kan?Jangan pernah kita ragui...Jangan pernah....:)

Love, 
Ayu Yayansmum (YM)


Thursday, October 3, 2013

Bakat Terhebat pernah YM lihat!

Assalamualaikum

Amazing talent!Antara yang terhebat pernah YM lihat!Yes,YM memang terpaku tengok bakat Team Attraction dlm Britain Got Talent show 2013.Bagi YM diorang bukan sahaja berbakat semata-mata, tapi usaha dan kerja keras mereka menghasilkan sesuatu yang teramat luar biasa!

Mereka ada sekumpulan penari bayang-bayang yang berasal daripada Hungary.Mencuba nasib di Britain untuk menempa nama di persada antarabangsa dan ya!bagi YM diorang memang hebat!Hebat bukan sahaja kerana bakat mereka tetapi juga kerana semangat mereka berlatih siang dan malam tanpa mengenal erti penat di sebuah studio kecil yg dipenuhi sampah dan tikus di sana-sini. Tak perlu pun Studio yang gah, dipenuhi oleh techno2 yg hebat2.kudoss u guys!


See????Hebat kan?YM sangat-sangat tersentuh bila tgk.Tak perlu kata apa-apa.(^__^) Kisah itu sampai terus ke hati kita kan?Kisah sepasang kekasih, suami isteri, suami yang terkorban di medan perang dan isteri yang kehilangan suaminya, aduh...betul2 menyentuh hati YM. sob...sob..sob...



Ini lagi salah satu persembahan Terhebat diorang. Kisah seorang Ibu dan anaknya.Lagi laaa buat YM sob-sob-sob!huhuhu....Mereka menzahirkan sesuatu yang benar...yang akan menyentuh hati sesiapa pun!

Mereka telah menjadi Juara - Britain Got Talent 2013
Sebenarnya, bagi YM, bakat mereka mampu menjadi yang terhebat kerana semangat dan kerja keras mereka.Kalau berbakat sahaja tapi bakat tersebut tidak seiring dengan semangat dan kerja keras, sesuatu yang sgt hebat tidak mampu dicapai.

Mereka mampu menzahirkan sesuatu yang sangat tulus dan menyentuh hati kerana mereka tulus dengan usaha dan kerja keras mereka.Mereka melakukannya dengan penuh semangat!

Mereka benar-benar memberi inspirasi buat YM!Semoga kita semua mampu melakukan sesuatu yang luar biasa, kalau bukan pun luarbiasa org lain, tapi luar biasa utk diri kita sendiri!inshaaAllah!

Love,
Ayu Yayansmum (YM)

Tuesday, October 1, 2013

Hujan Batu di Negara Sendiri

Assalamualaikum...


Teringin nak gi melancong, jalan-jalan tgk negara org lain.Tapi, yelah, ongkosnya belum mengizinkan, hehe. Sememangnya, jauh perjalanan luas pandangan, perspektif kita menilai kehidupan juga boleh berubah bila kita melihat persekitaran org lain.

Macam YM ni, asal dari Sabah, then merantau ke Semenanjung utk belajar dan akhirnya menetap di sini dek kerana jodohnya bertemu di sini, (^___^) Banyak yang YM belajar.Mencari titik persamaan, perbezaan, macam-macam. Merasai pahit manisnya di tempat org. Yelah, walaupun negara sendiri, tapi tetap berbeza dengan tempat kita dilahirkan-budaya, adat resam, makanan, pasti ada yang berbeza juga.

Back in time-1998
Teringat YM masa mula-mula sampai ke semenanjung ni,kawan-kawan ajak makan budu,tempoyak, cencaluk.hehhee.Semuanya benda baru bagi YM.Mula-mula lidah ni memang agak "terkejut" menerima benda asing kat tekak,hehhe.Tapi,lama-kelamaan dah boleh join sekaki dah, ;)

Back in time-1999
Dengan loghat negeri masing-masing, kelate ngan loghat kelatenya, utara ngan loghat utaghaa nyer, mcm2 lagi la.Tapi seronok, sebab boleh belajar bnyk benda.

Back in Time 2003
Tapi yelah, macamana seronok pun di tempat org, kita tetap rindukan tempat sendiri jugak kan?tu biasalah....Hati kena kebal.Kena kuat.Kehidupan namanya.

Kalau berpeluang,YM memang teringin merantau ke negara orang,tapi bukan stay lama-lama la.Just bermusafir la dlm erti kata lain,hehe.Supaya, perspektif YM menilai kehidupan terbuka luas lagi.Supaya YM lebih menghargai kehidupan YM sekarang.Supaya YM mampu merasai betapa indahnya "batu"yang menimpa kepala YM selama ni...hehe.

Yelah, Hujan Emas Di negara Org...Hujan Batu di negeri sendiri...(selebihnya, sambung sendirik!haha) 

xoxo,
Ayu Yayansmum (YM)