Thursday, October 3, 2013

Bakat Terhebat pernah YM lihat!

Assalamualaikum

Amazing talent!Antara yang terhebat pernah YM lihat!Yes,YM memang terpaku tengok bakat Team Attraction dlm Britain Got Talent show 2013.Bagi YM diorang bukan sahaja berbakat semata-mata, tapi usaha dan kerja keras mereka menghasilkan sesuatu yang teramat luar biasa!

Mereka ada sekumpulan penari bayang-bayang yang berasal daripada Hungary.Mencuba nasib di Britain untuk menempa nama di persada antarabangsa dan ya!bagi YM diorang memang hebat!Hebat bukan sahaja kerana bakat mereka tetapi juga kerana semangat mereka berlatih siang dan malam tanpa mengenal erti penat di sebuah studio kecil yg dipenuhi sampah dan tikus di sana-sini. Tak perlu pun Studio yang gah, dipenuhi oleh techno2 yg hebat2.kudoss u guys!


See????Hebat kan?YM sangat-sangat tersentuh bila tgk.Tak perlu kata apa-apa.(^__^) Kisah itu sampai terus ke hati kita kan?Kisah sepasang kekasih, suami isteri, suami yang terkorban di medan perang dan isteri yang kehilangan suaminya, aduh...betul2 menyentuh hati YM. sob...sob..sob...



Ini lagi salah satu persembahan Terhebat diorang. Kisah seorang Ibu dan anaknya.Lagi laaa buat YM sob-sob-sob!huhuhu....Mereka menzahirkan sesuatu yang benar...yang akan menyentuh hati sesiapa pun!

Mereka telah menjadi Juara - Britain Got Talent 2013
Sebenarnya, bagi YM, bakat mereka mampu menjadi yang terhebat kerana semangat dan kerja keras mereka.Kalau berbakat sahaja tapi bakat tersebut tidak seiring dengan semangat dan kerja keras, sesuatu yang sgt hebat tidak mampu dicapai.

Mereka mampu menzahirkan sesuatu yang sangat tulus dan menyentuh hati kerana mereka tulus dengan usaha dan kerja keras mereka.Mereka melakukannya dengan penuh semangat!

Mereka benar-benar memberi inspirasi buat YM!Semoga kita semua mampu melakukan sesuatu yang luar biasa, kalau bukan pun luarbiasa org lain, tapi luar biasa utk diri kita sendiri!inshaaAllah!

Love,
Ayu Yayansmum (YM)

1 Sweet Words:

Unknown said...

dulu yumida ske tgk american got talent
mcm2 versi leh tengok
mmg awesome la..bakat luar biasa diorg tu