Tuesday, October 1, 2013

Hujan Batu di Negara Sendiri

Assalamualaikum...


Teringin nak gi melancong, jalan-jalan tgk negara org lain.Tapi, yelah, ongkosnya belum mengizinkan, hehe. Sememangnya, jauh perjalanan luas pandangan, perspektif kita menilai kehidupan juga boleh berubah bila kita melihat persekitaran org lain.

Macam YM ni, asal dari Sabah, then merantau ke Semenanjung utk belajar dan akhirnya menetap di sini dek kerana jodohnya bertemu di sini, (^___^) Banyak yang YM belajar.Mencari titik persamaan, perbezaan, macam-macam. Merasai pahit manisnya di tempat org. Yelah, walaupun negara sendiri, tapi tetap berbeza dengan tempat kita dilahirkan-budaya, adat resam, makanan, pasti ada yang berbeza juga.

Back in time-1998
Teringat YM masa mula-mula sampai ke semenanjung ni,kawan-kawan ajak makan budu,tempoyak, cencaluk.hehhee.Semuanya benda baru bagi YM.Mula-mula lidah ni memang agak "terkejut" menerima benda asing kat tekak,hehhe.Tapi,lama-kelamaan dah boleh join sekaki dah, ;)

Back in time-1999
Dengan loghat negeri masing-masing, kelate ngan loghat kelatenya, utara ngan loghat utaghaa nyer, mcm2 lagi la.Tapi seronok, sebab boleh belajar bnyk benda.

Back in Time 2003
Tapi yelah, macamana seronok pun di tempat org, kita tetap rindukan tempat sendiri jugak kan?tu biasalah....Hati kena kebal.Kena kuat.Kehidupan namanya.

Kalau berpeluang,YM memang teringin merantau ke negara orang,tapi bukan stay lama-lama la.Just bermusafir la dlm erti kata lain,hehe.Supaya, perspektif YM menilai kehidupan terbuka luas lagi.Supaya YM lebih menghargai kehidupan YM sekarang.Supaya YM mampu merasai betapa indahnya "batu"yang menimpa kepala YM selama ni...hehe.

Yelah, Hujan Emas Di negara Org...Hujan Batu di negeri sendiri...(selebihnya, sambung sendirik!haha) 

xoxo,
Ayu Yayansmum (YM)

4 Sweet Words:

Affy Afiqah said...

travel memang best, kita boleh belajar culture and heritage of other country. Kita boleh blaja bahasa dorang, banyak sangat pengalaman boleh cari bila travel. :)

Lama rasanya tak comment kat blog akak, yayan sihat? hope sihat sentiasa :)

εïзmmyHazaεïз said...

Mmg tempat asal lebih dirindui kan..

Unknown said...

lama x singgah sini
rindu kat yayan
ooo rupanya sis org sabah..patut muka mcm chinese sikit..ehhe
aah kan sronok klo dpt merantau kat negara org
moga yayan olwes sihat
isi tabaung sini

mamaarifakeemaisy said...

Betul..
Wlu tmpt yg kita merantau tu serba serbi ada, tp masih tetap rindukan tmpt asal kita.,huu..