Sunday, February 23, 2014

Ujian terhebat untuk anugerah Terindah!

Assalamualaikum



Alhamdulillah...setiap kali menatap si Arjuna hati ni,1000kali puji-pujian pada Allah rasa nak sebut.Yelah,sapa sangka...YM sendiri tak pernah sangka pun yang Allah masih memberi peluang untuk kami terus membesarkan dia -seorang bayi yang pernah dikatakan "no hopes".Tiada harapan untuk terus hidup.

Tapi, itu lah kan...Maha Suci Allah...Dia Maha berkuasa.Kekuasaan yang diluar jangkauan pemikiran dan telahan kita.Ramai kawan-kawan yang mengucapkan syukur melihat Yayan mampu membesar dengan sihat walafiat walau telahpun menjalani 3 pembedahan jantung.Alhamdulillah, kami dah lepas 3 ujian besar...inshaallah hanya tinggal 1 saja lagi untuk disempurnakan.InshaAllah.

Soalan selalu dan biasa YM dapat---"dia ok dah ke?dah sihat?kena pegi buat rawatan lagi ke?"Ni kira soalan lazim la.Wajib akan keluar kalau kami jumpa sapa-sapa.Ni memang biasa.


Alhamdulillah,selepas beberapa pembedahan jantung yang Yayan lalui, he is better.Malah nampak sangat sihat.Yelah,kanak-kanak yang dah go thru heart surgery ni memang akan ada kelajuan yang lebih berbanding kanak-kanak lain....double the speed,double energy,double everything,hyperactive of course.Tu yang YM perasan bila membesarkan kanak-kanak yang menghidap sakit jantung ni..

Mula-mula YM agak sukar juga handle keaktifan dia tu.But from time to time,we grow together!I learnt a lot from him,a LOT...Plus,bagi YM,alhamdulillah sangat...at least tu la tanda yang dia SIHAT!kan?alhamdulilah....dah masuk 5 tahun dah pun usia si ensemboi ibu nie...

Menjadi ibu kepada kanak-kanak yang sangat istimewa ni,banyak mengajar YM.Especially menjadi seorang wanita yang sangat tabah dan kuat walaupun sebenarnya YM juga punya hati serapuh wanita lain.Tapi dia la yang mengajar ibunya untuk terus menyalut kekuatan yang konkrit pada hati agar mampu berdepan dengan apa jua yang tertulis.



Terima kasih sayang sebab selalu KUAT untuk kami.Kau adalah anugerah paling indah dalam hidup kami.Pejuang paling hebat pernah Ibu kenal!dan kekal lah menjadi Pejuang Terhebat!

Love,
Ayu Yayansmum a.k.a YM

2 Sweet Words:

Mantheravathee said...

Great journey starts from great people. U r like an angle in a human body. Thanks for be my soulmate & a good mother for Dhani. We love you

Linda said...

semoga segalanya dipermudahkan buat YM dan anugerah terindah ini...insyaAllah...