Sunday, March 15, 2015

Tips kemas Almari baju yang melimpah!

Bismillah

Its time for decluttering wardrobe!!Last week bila YM tengok koleksi tudung-tudung YM kat almari,tetiba rasa macam insaf!Banyaknye la koleksi Radiusite nieh.Minat punya pasal sampai tak perasan dah menimbun!tetiba jadi serabut pulak kepala YM tengok.YM ni memang peminat tegar Radiusite sejak 2013.Setia pulak tu,hhihi.Memang beli tudung Radiusite je walau brand lain ada gak yang cantik-cantik.Nape ntah.
Betul la org kata kan,bila benda banyak sangat kat sekeliling kita pastu nampak macam messy,boleh jadi pening kepala jadinya.Nak kemas bagi cantik-cantik pun dah tak taw nak mula dr mana.Thats why YM decide untuk carik sedikit inspirasi dan tips dari pakar-pakar declutter nieh kat google utnuk bantu YM.Memang banyak tips yang YM jumpa dan yang YM ambik sebagai garis panduan untuk mengurangkan kekusutan hidup YM,ni haaa.. :
1- Dapatkan 3 kotak yang berlabel - Simpan,Buang/Jual/giveaway,Mungkin. (tak semstinya korang label la...hihi..yang penting,korang tahu perbezaan 3 kotak nieh)
2- Kotak yang berlabel "simpan", masukkan tudung yang YM selalu guna dan sayang sangat2.
3- Kotak yang berlabel "buang/Jual" apa lagi kan,masukkan brg2 yang berkenaan la
4- Kotak yang berlabel "Mungkin" YM masukkn tudung yang ssh sgt YM nak decide nak jual atau tak.So,YM asingkan box tu.Kalau lepas 6 bulan YM tak guna semua brg2 dlm box nieh,YM akan jual/giveaway la kat sapa-sapa. 
Alhamdulillah,akhirnya berjaya la jugak YM buat.Berkurangan jugalah kekusutan kat gobok YM tu.Hihi.YM berjaya juga jual beberapa koleksi tudung-tudung YM.Tak sangka pulak ramai yang nak beli.Alhamdulillah,boleh la YM buat saving.
Ini antara koleksi tudung YM yang YM dah berjaya jual.Sedih juga nak lepaskan,tapi kena buat jugak.Kalau banyak-banyak,tak pakai selalu,membazir.Baik bagi peluang org lain untuk guna kan?YM memang jaga kualiti tudung-tudung YM semua,yelah sayang punya pasal kan.Tapi oklah juga kan,bila jadi cmni,bila kita nak let go,condition still tip top.So value untuk let go tu still ok la..
Ramai yang tanya,"nape nak let go?sayang...",tapi yelah... girl have to do what girl have to do!Kuatkan hati,tutup mata,tutup telinga,lepaskannnnnn.
Bila tengok keadaan almari yang agak lapang sedikit,fuhhhh!tetiba rasa tenang.Tetiba jadi perasan ala-ala minimalist people.Ahhhhh...So minimalist,so pure,So lovely!
                                                

Friday, March 13, 2015

Tips Jimat YM : Cili segar dan tahan lebih lama

Bismillah

Hari ni YM nak share tips jimat kat dapur.Last 2 weeks,YM beli cili besar kat pasaraya Giant.Time tu Giant tengah buat promosi "clearance" utk sayuran nieh.YM tengok,satu plastik cili tu harga asalnya RM3.50,tapi sbb promosi nak bagi habis cepat sebab dah nampak mcm tak semenggah je kan,diorang jual RM0.50sen sahaja!Gila murah kan??RM0.50sen uolssss...banyakkk pulak tuh!
Bila YM belek-belek,cili tu masih sangat ok lagi.Tapi ada kemungkinan dlm 2-3 hari lagi cili tu akan rosak,thats why diorg nak clearkan stok kan?YM time tu,dok berfikir-fikir nak ambik ke tak sebab banyak!YM selalunya ambik 3-4 biji jek,pastu buat muka toye mintak timbang.
Tapi lepas dok fikir-fikir,timbang tara,YM pun ambik.Yelah,kalau YM ambik cili baru pun,harga mesti lagi mahal.So,bertindak bijak di sini,grab la clearance stock price tu.
Sampai kat umah,YM pun dok pandang cili tu.Apalah patut aku buat nak bagi ko ni tahan lama sikit,at least seminggu ke kan?Taklah rasa ralat sangat kalau ada yang terpaksa dibuang coz rosak.Lama jugak la dok pandang cili tu.So,YM pun try la bereksperimen.
YM tak basuh cili tu sebab kalau basuh sure cili-cili tu akan basah dan akan cepat rosak.YM cabut tangkai cili tu semua coz tangkai hijau tu la kadang-kadang yg akan buat cili rosak lebih cepat,pada YM la..Pastu YM masukkan dalam Ziplock plastik.
Alhamdulillah...surprisingly,lepas 2 minggu pun cili YM nieh still fresshhhhhh and crunchy taww!mcm tak percaya jek.Korang tengok laaaa...
2 minggu lepas,cili ni lagi banyak,agak penuh mampat juga la plastik ziplock nieh.Korang tengok la,walaupun YM tak basuh cili nieh,but still basah kan.Yelah duk dlm fridge.Kalau YM basuh hari tu,hurmmm...sure rosak sayur nieh sbb lembab yang amat!
So,untuk pastikan cili nieh bertahan lagi at least seminggu,YM ambik tisu dan letakkn dalam plastik ni sekali dengan cili nieh so klu ada air tu,tisu tu akan tolong serap.Hehehe.Harap-harap teknik yang ni pun berjaya.Uols pun boleh la try tips nieh,inshaallah berjaya coz YM dah buktikan,hehehe.
Fuh!!! RM0.50 sen for 2 weeks,not bad kan??YM harap YM dapat extend kan jangka hayat cili ni up to 3 weeks or 1 month or at least sampai la YM habiskan semua nieh.Whoaaaa!kemain angan-angan.Hihi.YM tak suka buang benda.Membazir kan.Kalau boleh guna sebaik mungkin kan best?
                                         

Tuesday, March 10, 2015

Alhamdulillah,setel 1 beban!

Bismillah

Allah....Allah.... happynya YM hari nieh.Baru je YM call RHB Bank, just nak tanya balance personal loan YM utk keep track.Tetiba,Officer RHB tu cakap "Puan,puan ada advance payment nih.Puan terlebih bayar utk bulan ni.Kalau Puan nak setelkan loan ni hari ni,saya akan unlock advanced payment nih dan puan hanya perlu bayar RM9.30 je untuk tutup akaun nie hari ni'.
Suprisingly,it settle???Ya Allah punya happy YM!Tak sangka la pulak begini cepat!kalau ikutkan plan YM,by April baru YM mampu setelkan loan nieh.
Alhamdulillah,tercapai 1 azam 2015 YM!Sepatutnya,YM ada 6 bulan lagi nak setelkan loan tu,tapi alhamdulillah ternyata teknik penjimatan YM menjadik!Rasa macam nak lompat-lompat gegarkan tiang jek,haha!punya Happy kan...
Rasa macam terlepas satu beban yang selama ni YM tanggung.Beban Hutang!Allah....sebak tetiba.Huhu...Akhirnya,kau pergi jua dari hidupku!
Sekarang ni YM ada 4 lagi beban nak kurangkan dlm tahun 2015 nieh.Yesss!4 uols!banyak kan?Semuanya perlukan usaha keras dan komitmen yang tak berbelah bahagi.
Bila dah berjaya padamkan satu hutang dari hidup kan,semangat terus membara-bara nak "halau"yang lain pulak.Seronok sgt rasa,takleh nak citer camne rasa.Bila YM dah berjaya setelkan 1 loan nie,YM bertambah semangat nak setelkan lagi dan lagi...inshaallah.
Jom-jom...kita kurangkan hutang yg jd beban hidup kita selama ni supaya kita boleh tidur dengan aman dan damai tanpa ada rasa susah hati nak bayar hutang!Perjalanan YM masih jauh,tapi YM yakin YM mampu buat!YM tgh buat saving utk pembedahan jantung my son,Aryan skli.Semoga YM sekeluarga dimurahkan rezeki oleh Allah swt.

                                                  

Thursday, March 5, 2015

Menu masakan saya sepanjang Februari

Bismillah

Sepanjang Februari lepas,YM mmg berazam sungguh-sungguh sepanjang Februari ni nak masak semaksimum boleh kat umah.Sebaik mungkin la kiranya,hehe.Alhamdulillah,last month mmg kurang makan kat luar.Kalau YM recall balik,kalau tak silap kitorang makan kat luar dlm  3 kali la cmtu.Selebihnya,makan kat umah.YM masak.Ada masanya YM repeat lauk yang sama,breakfast membawa ke lunch ataupun lunch membawa ke dinner.Last month gak YM balik kampung suami 3 hari,so 3 hari tu dapur YM bercuti la,hehe.

YM everytime lepas masak,sure upload gambar food yang YM masak kat IG.Bukan best sangat pun gambar2 lauk yang YM masak,tapi YM nak simpan sebagai rujukan YM dan pencetus semangat YM nak penuhkan hashtag sendiri #yayansmumkitchen.Hihi.Biarlah orang kata gambar foods tak best ke apa yang penting YM hasilkan dengan titik peluh sendiri,berperang ngan periuk belanga,sudip pisau segala.Khennn???



Alhamdulillah...takdelah sedap mana pun,tapi syukurrr semuanya hasil titik peluh sendiri.Yesss!target bulan ni tercapai,hehe.
                                                        

Wednesday, March 4, 2015

Wordless Wednesday : Jantung ooo Jantung!

Bismillah

 Beli RM3 kat pasar Malam.Nak masak utk lunch.Sekian.Ekeke.
                                                       

Tuesday, March 3, 2015

Syahdunya!

Bismillah

Tetiba malam ni ahkak emo sikit.Tengok 999 kat TV3,tetiba sebak.Cite pasal sorang ibu mati dikelar dek penagih dadah.Anak-anak kecil ketika dijumpai bertangisan dan baju-baju mereka ada kesan-kesan darah yang dipercayai terkena pelukan ibu mereka.
Aduhh...syahdunya.
Tetiba YM rasa mcm ngilu je kat hati nieh ha.Rasa macam terbayang-bayang kat mata insiden tu.Uwaaaa!Tu la kan,Islam mengharamkan apa jua jenis benda yang merosakkn kepala otak nieh supaya manusia tak bertindak di luar batas kemanusiaan!
 
 Entahlah...menjadi-jadi kejadian kelar-kelar nieh sekarang.Akhir zaman... 
                                                          

Sunday, March 1, 2015

Masa untuk buat bajet March!

Bismillah

Today is 1st March!yayy....!cepatnya mas berlalu kan...rasa mcm baru je masuk tahun 2015 kan?korang ada rasa cmtu tak?hehe. 
For me,first day of the month is the day of budgetting and groceries shopping,yayy!Time ni la YM akan set aside certain budget untuk bulan tu.Keluarkan duit dari ATM dan masukkn ke dalam sampul bajet masing-masing.Setakat ni YM cuma ada 3 sampul bajet : 
1-Groceries (brg dapur)
2- Entertainment
3-Eating Out (makan luar) 
YM cuma ada 3 sampul coz masih sangat baru lagi dengan sistem bajet nih,baru dlm 2 bulan.My husband cuma pegang 1 sampul bajet,which is Fuel utk kereta kitorg.Walaupun cuma ada 4 sampul in total,tapi alhamdulillah YM dh nampak kesan positif.YM dah semakin jelas dengan flow duit sendiri sekarang,which kalau dulu,tak penah ambik pusing pun.Tahu gunaaaaaaaaa jahhh.Hehe.
Bulan February yg lepas YM set kan RM500 utk groceries, RM200 untuk Entertainment, RM200 untuk Dining.Alhamdulillah,walaupun bajet groceries lebih RM30,Eating Out lebih RM100,tapi YM berjaya kurangkan bajet Entertainment dan gunakan balance tu utk cover groceries & Eating Out.Hehe.Not so good way,tapi at least YM berjaya jimatkan 1 part dan cover part lain kan?So lepas ni YM dah tahu la,which one yang perlu YM kurangkan dan lebihkan.
Belajar dari kesilapan,org kata.
Lagi satu,paling best bulan Februari ialah kitorg berjaya jimatkan penggunaan minyak keta.YM cuma ada sebijik keta je.So,kitorg bajet seminggu sekali isi minyak penuh (RM70),so about RM280 la sebulan kan?Kalau in case ada nak balik kampung ke atau nak gi bercuti mana-mana,minyak tu masuk bajet lain.
Syukur sangat2,bulan lepas kitorg hanya isi 2 kali je minyak.best-best-best,jimat!So,ada extra RM140 lagi.Excited taw bila berjaya nampak dengan jelas mana peginya duit kita kan?
Bulan March ni harapnya YM akan improve lagi.Really looking forward.Hopefully.Uols buat bajet bulanan tak?Jum la share experience uols.