Friday, March 13, 2015

Tips Jimat YM : Cili segar dan tahan lebih lama

Bismillah

Hari ni YM nak share tips jimat kat dapur.Last 2 weeks,YM beli cili besar kat pasaraya Giant.Time tu Giant tengah buat promosi "clearance" utk sayuran nieh.YM tengok,satu plastik cili tu harga asalnya RM3.50,tapi sbb promosi nak bagi habis cepat sebab dah nampak mcm tak semenggah je kan,diorang jual RM0.50sen sahaja!Gila murah kan??RM0.50sen uolssss...banyakkk pulak tuh!
Bila YM belek-belek,cili tu masih sangat ok lagi.Tapi ada kemungkinan dlm 2-3 hari lagi cili tu akan rosak,thats why diorg nak clearkan stok kan?YM time tu,dok berfikir-fikir nak ambik ke tak sebab banyak!YM selalunya ambik 3-4 biji jek,pastu buat muka toye mintak timbang.
Tapi lepas dok fikir-fikir,timbang tara,YM pun ambik.Yelah,kalau YM ambik cili baru pun,harga mesti lagi mahal.So,bertindak bijak di sini,grab la clearance stock price tu.
Sampai kat umah,YM pun dok pandang cili tu.Apalah patut aku buat nak bagi ko ni tahan lama sikit,at least seminggu ke kan?Taklah rasa ralat sangat kalau ada yang terpaksa dibuang coz rosak.Lama jugak la dok pandang cili tu.So,YM pun try la bereksperimen.
YM tak basuh cili tu sebab kalau basuh sure cili-cili tu akan basah dan akan cepat rosak.YM cabut tangkai cili tu semua coz tangkai hijau tu la kadang-kadang yg akan buat cili rosak lebih cepat,pada YM la..Pastu YM masukkan dalam Ziplock plastik.
Alhamdulillah...surprisingly,lepas 2 minggu pun cili YM nieh still fresshhhhhh and crunchy taww!mcm tak percaya jek.Korang tengok laaaa...
2 minggu lepas,cili ni lagi banyak,agak penuh mampat juga la plastik ziplock nieh.Korang tengok la,walaupun YM tak basuh cili nieh,but still basah kan.Yelah duk dlm fridge.Kalau YM basuh hari tu,hurmmm...sure rosak sayur nieh sbb lembab yang amat!
So,untuk pastikan cili nieh bertahan lagi at least seminggu,YM ambik tisu dan letakkn dalam plastik ni sekali dengan cili nieh so klu ada air tu,tisu tu akan tolong serap.Hehehe.Harap-harap teknik yang ni pun berjaya.Uols pun boleh la try tips nieh,inshaallah berjaya coz YM dah buktikan,hehehe.
Fuh!!! RM0.50 sen for 2 weeks,not bad kan??YM harap YM dapat extend kan jangka hayat cili ni up to 3 weeks or 1 month or at least sampai la YM habiskan semua nieh.Whoaaaa!kemain angan-angan.Hihi.YM tak suka buang benda.Membazir kan.Kalau boleh guna sebaik mungkin kan best?
                                         

7 Sweet Words:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. kak yan, awesome tips. sheila selalu buat camni juga hehehhee tapi tangkai ada je hehehee

ini kisahnya said...

wow.. ye ke?? selalu alise kalau balik beli sayur mesti siang siap2 balut dengan surat khabar jek.. tapi tak basuh jugak..

Zie Madini said...

ooooo gitu rupanya tips nak kasi cili tahan lama. Kalau zie...zie selalu letak kat dlm peti ais bahagian freezer tu.

extra tahan tau ayu. hehe

yoorinmelacolea said...

terbaik.. yan pon kalau beli cili ke siap2 buang batang dia tuu..pastu terus masuk tupperware kedap udara.. boleh laaa tahan seminggu 2.. puas hati.. sebab kadang ada kedai tu dia dah siap pack2 ..so banyak pulak tu.. syg laa dpt pakai kejap je..bukan selalu masak pon

Stw said...

Tqvm tip berguna..

Zulaikha said...

Best tips ni.. Boleh apply kat semua sayur ke? Nak kena lebihhhh jimat cermat utk gst ni :(

Nadiah Hanum said...

Good sharing...oohh kena buang batang tu dulu ya...hmmm tq for sharing...