Showing posts with label Film Review. Show all posts
Showing posts with label Film Review. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Review : The Amazing Spider-Man

Assalamualaikum

Review : The Amazing Spider-Man  


The Amazing Spider-Man - seperti tajuk yang diwar-warkan,yes! A-M-A-Z-I-N-G!Memang best tahap gaban!Thumbs up! Bagi YM, ini adalah filem yang boleh dijadikan rujukan untuk menjadikan sesuatu filem tuh Great Blockbusters!Congrats to Director Marc Webb for his amazing touch.

YM tgk lebih awal, tgk Sneak Peek version punya.Hiks...So, before its officially release, YM bleh la ngendap2 dulu ngan YD.Ofkos la kene tgk kan, nieh citer awal2 kejadian si lelaki Lelabah nie taw!

Memang citer nih sangat best not only because he's the one superhero yang YM suka, but banyak reasons lain. Dia bukanlah seorang hero yang 100% perfect.Punya kelemahan seperti manusia lain jugak. Yes, dia dapat kuasa selepas digigit oleh seekor labah2, tapi itu tak menjadikan dia seorang yang kebal.Dia pun melalui kesakitan seperti manusia lain. Its just dia boleh swing here and there je.But, of kos la kan, Super Laju .:)
Peter Parker as Spider-Man (dilakonkan oleh Andrew Garfield)
Watak Peter Parker memang YM sgt suka. Seorang remaja yang pada mulanya kelihatan pelik, suka dok sensorang, selalu kene buli, tapi at last he himself turned himself into someone better. Bukan sahaja disebabkan kuasa yang ada pada dia, tapi dia menjadi matang disebabkan beberapa tragedi yang terjadi dalam hidup dia. Tang ni, takmo komen panjang2, korang K-E-N-A tengok sendiri.Hehe.

Cerita ini , YM promise takkan buat korang bosan sebab cerita nih ada plot yang cukup menarik. Mula dengan scene yg mendebarkan, then menyedihkan, then sesengal gitu, then happy, then sedih balik, but the end, of kos la happy ending kan?tu dah semestinya. :)



OKlah, nak cakap banyak pun tak guna.Korang kene tgk sendiri coz bagi YM this is a-must-see Movie for 2012. 

Esok weekend kan?Ha....molek sangat la tuh.... (^_^)


Thursday, April 12, 2012

Malaysia dlm Battleship?Biar Betul?

Assalamualaikum...

Kalau berdasarkan pemahaman sendiri,  satu filem tuh akan jadi Filem Blockbuster kalo banyak Letupan Gigantic telah berjaya dibuat.So, kalau dalam case tuh, memang filem nih berjaya la merangkul gelaran tuh dan secara automatiknya ini adalah filem yang sesuaiii ditonton oleh para Big boys sekalian. Kebabooooom!!sana sini tuh!Bom bertempiaran di mana-mana.Dush!dush!


Biasalah kan, Hasbro Studios nieh, kalo takde bong!bang!macam Transformers tuh, tak sah.So, para peminat Transformers sekalian, y'll know wut to expect kan???



Filem nih berkisarkan tentang Alien hudohh yang cuba "mencuri" hasil-hasil bumi dan kemudian dihalang oleh NAVY team.Persengketaan yang akhirnya membawa kepada persahabatan, salah satu moral value yang ada dalam filem nih.Yang pastinya, bukan Alien ngan Human yang bersahabat okey?huhu.

Part paling best YM nengok, bila diorang gerakkan Battleship yang dah berumo 70tahun tuh.Then, nengok uncle-uncle Veteren, x-Navy yang menjadi guardians utk Battleship tuh beraksi.Fuhhh!Mmg excited nengok.Walopun mereka takde ketak-ketak kat badan, tapi experience mereka, giler gempak!


Part ni, teknologi stuff mmg kalah la. Sapa kata yang kemajuan tu sentiasa vavavoom???? Yang lama tak semestinya  tak boleh digunakan langsung.Kadang-kadang yang LAMA / TUA lar yang akan menjadi "The saviour of the Day!", which is really Cool to watch!Banyak maksud tersirat tuh. 

Kalau uols tanya YM, citer nih best ke tak? YM bagi 3 1/2 Stars. Kiciwa sikit ngan citer nih coz YM expect MORE from this Film.*tular!sape soh expect2!* Memang banyak sebab uols kene tgk citer nih, tapi PLOT bukan salah satu daripadanya lar, ckp terus terang. Yelah, bagi YM filem nih Story ader, tapi Plot kureng!Berbeza tuh.

But still, oklah.U can lay down and enjoy it. Seronok jugak tengok letup sana-letup sini.Lagi satu, nengok Rihanna beraksi sebagai Weapon specialist, she's hot but still cool bila nengok dier comot2 gitew!





Something yang buat YM tersenyum-senyum apa taw?? Bila diorang announce Nama "Malaysia" sekali....wahhh!!Nama Malaysia pun ader skli???*Mulut nganga sesaat*muhehehe.

Uols nak dengar sndri dengan tinge uols sendirik?? pi la terjah Cinema berdekatan sekarang!(^_^)

Thursday, March 15, 2012

Film Review : Bunohan

Assalamualaikum..

Last nite kan YM citer kat ENTRY NI, YM nak pi tgk citer Bunohan ni kat TGV Cinema.


Sinopsis "Bunohan"

Bunohan mengisahkan kisah tragik antara tiga adik-beradik Ilham (Faizal Hussein), Bakar (Pekin Ibrahim) dan Adil @ Bunga Lalang (Zahiril Adzim) di samping bapanya yang uzur, Pok Eng (Wan Hanafi Su). Masing-masing terpisah dengan cerita tersendiri sebelumnya.

Berlatarbelakangkan kawasan di sempadan di selatan Thai dan Malaysia; kampung Bunohan, bermula dengan Adil pelarian peninju Tomoi yang menjadi buruan penganjur tinju haram kerana Adil lari dari pertandingan oleh sebab hampir tewas, yang dibantu oleh kawannya sejak kecil, Muski (Amerul Affendi).

Ilham seorang pembunuh upahan yang hampir 20 tahun tidak pulang ke kampung halamannya, Bunohan walaupun ibunya meninggal dunia (pernah kerja di atas kapal dan ke serata dunia). Ilham diupah oleh bos penganjur tinju haram Siam dengan di awasi Deng (Bront Palarae). Sementara itu, Bakar asalnya seorang guru, yang juga abang Adil pulang dari kota untuk menjaga ayahnya Pok Eng seorang Tok Dalang wayang kulit. Niat Bakar bukanlah suci tetapi ada hajat terselindung iaitu untuk memilik tanah ayahnya seluas 30 ekar di tepi pantai untuk dijual kepada pemaju bagi tujuan resort.



Kepulangan tiga orang adik-beradik itu akhirnya menimbulkan segala macam memori sedih sewaktu tinggal di Bunohan. Kepulangan Ilham mendorong dia untuk menjejaki kubur ibunya, Mek Yah (Azura) isteri pertama Pok Eng iaitu di tanah milik Pok Eng di tepi pantai tersebut. Dia hampir terlupa akan tujuan asalnya iaitu menyelesaikan Adil yang kemudiannya disedari adalah adik tirinya sendiri. Setibanya di Bunohan, Adil yang di bawah jagaan Pok Wah (Namron) berusaha menyelamatkan kelab tinju lama milik Pok Wah.

Masa berlalu dan Bakar terdesak untuk mendapatkan tanah itu. Walau bagaimanapun, Pok Eng tetap berpegang janjinya dengan Mek Ani (ibu Bakar dan Adil, isteri kedua Pok Eng) untuk menyerahkan tanah itu kepada Adil suatu hari nanti. Ini mendatangkan marah si Bakar dan membuatkan dirinya tertekan dengan perjanjian perniagaan dengan pemaju dari bandar. Pendirian teguh ayahnya terhadap janji itu, menjadikan Bakar dapat mengesan yang Adil dan dirinya bukanlah saudara sedarah sedaging. Lalu Adil terdorong untuk mengetahui kisah sebenar tentang siapa dirinya.

Ilham mendapati tengkorak mayat ibunya dan tengkorak mayat-mayat lainnya yang ditanam di tanah 30 ekar di tepai pantai itu telah dialihkan oleh orang pesuruh Bakar. Deng kini pula ditugaskan untuk mengawasi Ilham kerana gagal menurut perintah. Adil pula bersedia untuk perlawanan penentu bagi menyelamatkan gelanggang tinju Pok Wah seterusnya menebus semula tanah ayahnya. Bakar sekadar memerhati dari jauh dan tidak sabar untuk segala-galanya berakhir seperti apa dicitanya.


Sumber :http://selebritimalaya.com


Apa yang YM boleh cakap, ni ler first time YM tgk citer Melayu yang YM takleh nak agak apa pengakhirannya. Yelah, selalunya citer Melayu ni, kita dah boleh agak sendiri, apa akan jadi akhirnya, tapi NOT Bunohan, okay?

Sepanjang masa YM tgk citer ni YM tertanya-tanya, 'Apa sebenarnya berlaku nih???", otak berpusing-pusing dok fikir "apa lagi lepas nih???". Citer ni penuh dengan metafora dan mistik, which is jarang-jarang kita dapat daripada cerita Melayu.

Lagi satu YM suka sebab citer ni Klasik tapi menarik! Pembawaan karakter dalam citer ni memang agak berbeza dengan kebanyakkan filem Melayu yang YM tonton.

Apa yang YM boleh cakap, kalau uols nak experience something extraordinary dalam cerita Melayu, sumthing yang different daripada sebelum-sebelum nih, citer Bunohan HARUS anda tonton.

Tapi, kalau anda jenis suka citer yang straight forward, ini bukan pilihan untuk anda.

Memang berbaloi YM bayar RM7 semalam utk citer nih!

1st time bangga tengok Filem Melayu!(^_^)

Wednesday, February 15, 2012

"The Grey" mmg Superb!

Assalamualaikum...

Hye, uols. Dah lama nak share citer ni ngan uols.Tapi, yelah, sebelum ni sedikit busy membuat prep kat ofis coz nak bercuti panjang kan after operation YM.
Jadinyer..update ditangguhkan ler.huhu...


So, uols dah tgk citer ni?Memula tgk gambar citer ni kan...terus terang ckp la YM agak tak berminat.Yelah, gambar hero pun biasa2 jer kan, huhu. Tapi, bila tgk trailer and sinopsis pasal citer ni, YM jadi curious.Citer apakah ini????.

YM ni agak kedekut sket bila nak keluarkan duit utk muvie kat Cinema. Sebab tu YM akan check betul2 citer tu best ke tak, baru YM sanggup keluarkan duit.Bukan apa, taknak lar keluarkan duit sia-sia je kan.YM cuma tgk citer actions je kat Cinema, citer romantic2 bagai, tgk kat DVD jer.hukhuk.Sound system mesti power maaa kalo nak layan cite action, betul tak???

Bila keluar dari cinema, lepas tgk citer ni, perghhhh!!! YM bagi 5 stars!Org lain nak bagi 4 stars, tu dia punya pasal.hahaha!Dalam citer ni nampak real sgt2 peperangan between manusia dengan binatang.eiiii!ngeri ngkoooo!seyess....

Citer ni berkisarkan tentang sekumpulan pekerja di mana kapal yg mereka naiki terhempas di tempat yang tidak diketahui. Beberapa org daripada mereka yang selamat terpaksa mengharungi salji tebal dan yang paling menakutkan terpaksa berhadapan dengan serigala-serigala liar yang merasakan mereka adalah satu ancaman!


Fuhhhh! aksi-aksi dalam filem ni mmg real!Yang paling YM suka semangat juang yang ada pada Hero citer ni, yang dilakonkan oleh Liam Neeson.


Yang pastinya, citer ni mengajar YM utk tetap berjuang dalam hidup ni. Tetap berjuang walaupun keadaan itu laksana "telur dihujung tanduk" ataupun harapan hanyalah tinggal laksana seutas benang!

Filem macam ni lar yang kita mahu.Filem yang berkisarkan realiti kehidupan.Filem yang memberikan impak positif dalam diri.Bukan filem yang mengajar kita jenis-jenis hantu kat Malaysia ni ataupun jenis-jenis sihir yang terdapat dalam masyarakat kita.Sekali-sekala tu takpelah kan???nie naik muak YM....tak habis2 citer pasal antu...antu...antu....eiii!naik antu YM taw!hahahaha!

Kalo uols berminat nak tgk, citer ni still available lagi kat cinema. Kalo, uols ni kaki donload pun, donload jelah..Tapi, feelnye agak berlainan sedikit la. Takleh janji ler mcm YM experience kat Cinema.Lain la kalo uols ada LED TV yang besar gedabak ngan sound system yang superb kan?hehehehe.YM takde, TV kat umah YM kecik comel jerk, huhu.Tapi, ingat yer...jgn smpi jiran uols jadi wolf mcm citer tu lak coz uols pasang TV sekuat-kuat alam!hahaha!

Muchas Gracias for reading this entry.

Love,
Yayansmum yg in Love ngan citer ni!(^_^)