Thursday, March 15, 2012

Film Review : Bunohan

Assalamualaikum..

Last nite kan YM citer kat ENTRY NI, YM nak pi tgk citer Bunohan ni kat TGV Cinema.


Sinopsis "Bunohan"

Bunohan mengisahkan kisah tragik antara tiga adik-beradik Ilham (Faizal Hussein), Bakar (Pekin Ibrahim) dan Adil @ Bunga Lalang (Zahiril Adzim) di samping bapanya yang uzur, Pok Eng (Wan Hanafi Su). Masing-masing terpisah dengan cerita tersendiri sebelumnya.

Berlatarbelakangkan kawasan di sempadan di selatan Thai dan Malaysia; kampung Bunohan, bermula dengan Adil pelarian peninju Tomoi yang menjadi buruan penganjur tinju haram kerana Adil lari dari pertandingan oleh sebab hampir tewas, yang dibantu oleh kawannya sejak kecil, Muski (Amerul Affendi).

Ilham seorang pembunuh upahan yang hampir 20 tahun tidak pulang ke kampung halamannya, Bunohan walaupun ibunya meninggal dunia (pernah kerja di atas kapal dan ke serata dunia). Ilham diupah oleh bos penganjur tinju haram Siam dengan di awasi Deng (Bront Palarae). Sementara itu, Bakar asalnya seorang guru, yang juga abang Adil pulang dari kota untuk menjaga ayahnya Pok Eng seorang Tok Dalang wayang kulit. Niat Bakar bukanlah suci tetapi ada hajat terselindung iaitu untuk memilik tanah ayahnya seluas 30 ekar di tepi pantai untuk dijual kepada pemaju bagi tujuan resort.



Kepulangan tiga orang adik-beradik itu akhirnya menimbulkan segala macam memori sedih sewaktu tinggal di Bunohan. Kepulangan Ilham mendorong dia untuk menjejaki kubur ibunya, Mek Yah (Azura) isteri pertama Pok Eng iaitu di tanah milik Pok Eng di tepi pantai tersebut. Dia hampir terlupa akan tujuan asalnya iaitu menyelesaikan Adil yang kemudiannya disedari adalah adik tirinya sendiri. Setibanya di Bunohan, Adil yang di bawah jagaan Pok Wah (Namron) berusaha menyelamatkan kelab tinju lama milik Pok Wah.

Masa berlalu dan Bakar terdesak untuk mendapatkan tanah itu. Walau bagaimanapun, Pok Eng tetap berpegang janjinya dengan Mek Ani (ibu Bakar dan Adil, isteri kedua Pok Eng) untuk menyerahkan tanah itu kepada Adil suatu hari nanti. Ini mendatangkan marah si Bakar dan membuatkan dirinya tertekan dengan perjanjian perniagaan dengan pemaju dari bandar. Pendirian teguh ayahnya terhadap janji itu, menjadikan Bakar dapat mengesan yang Adil dan dirinya bukanlah saudara sedarah sedaging. Lalu Adil terdorong untuk mengetahui kisah sebenar tentang siapa dirinya.

Ilham mendapati tengkorak mayat ibunya dan tengkorak mayat-mayat lainnya yang ditanam di tanah 30 ekar di tepai pantai itu telah dialihkan oleh orang pesuruh Bakar. Deng kini pula ditugaskan untuk mengawasi Ilham kerana gagal menurut perintah. Adil pula bersedia untuk perlawanan penentu bagi menyelamatkan gelanggang tinju Pok Wah seterusnya menebus semula tanah ayahnya. Bakar sekadar memerhati dari jauh dan tidak sabar untuk segala-galanya berakhir seperti apa dicitanya.


Sumber :http://selebritimalaya.com


Apa yang YM boleh cakap, ni ler first time YM tgk citer Melayu yang YM takleh nak agak apa pengakhirannya. Yelah, selalunya citer Melayu ni, kita dah boleh agak sendiri, apa akan jadi akhirnya, tapi NOT Bunohan, okay?

Sepanjang masa YM tgk citer ni YM tertanya-tanya, 'Apa sebenarnya berlaku nih???", otak berpusing-pusing dok fikir "apa lagi lepas nih???". Citer ni penuh dengan metafora dan mistik, which is jarang-jarang kita dapat daripada cerita Melayu.

Lagi satu YM suka sebab citer ni Klasik tapi menarik! Pembawaan karakter dalam citer ni memang agak berbeza dengan kebanyakkan filem Melayu yang YM tonton.

Apa yang YM boleh cakap, kalau uols nak experience something extraordinary dalam cerita Melayu, sumthing yang different daripada sebelum-sebelum nih, citer Bunohan HARUS anda tonton.

Tapi, kalau anda jenis suka citer yang straight forward, ini bukan pilihan untuk anda.

Memang berbaloi YM bayar RM7 semalam utk citer nih!

1st time bangga tengok Filem Melayu!(^_^)

16 Sweet Words:

ain.ya.nun. said...

Setakat ini banyak komen yang positif I dengar pasal cerita ni. Tunggu keluar Astro First lah, nanti boleh tengok.

Psst: Ada baby ni, rasa sayang je nak tinggalkan baby kat orang semata-mata nak pi tengok wayang. =p

Abang Karu said...

waaa...cam bes je....kena tengok ni....

emarieys said...

cerita ini dilakonkan di kelantan kan

aksarafendi said...

YM, harus tonton or wajib tonton ni?
hahhaha..cite ni msti byk suh kita brpikir kan?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kakD plak skg kalau nak tngk wayang memang payah...

cheqna said...

ramai org kata besh...

Miss N™ said...

citer lawan2..
de masa boleh g tgk..tapi nur jarang tgk wayang, sekakat ni, baru 3x.. huhuh

hamzah ian said...

ooo.. dah kuar ke? baru nk tgk malam ni.. hehee

SyaNa said...

wah sana sini kabo best
sungguh best ek
x sempat tgk lg

msredcheesecake said...

Cerita yg ada nilai seni tinggi camni remaja tak suka tengok, berat... Patutnya kta ajar diorg tengom citer macam ni sekali sekala....

snf said...

pelakon mcm tabest je.hehehe. nie lah akibtnya tgok cerita sbb pelakon. memang x pegi lah pawagam untuk bunohan:-) hehehe

eija_sweetmama said...

eija x perasan pun ada movie bunohan ni
lgpun sejak ada anak ni kalau g tgk movie msti tgk movie yg bersesuaian utk anak2
selalu tgk movie animasi
minggu lepas baru tgk movie seefood..:)

Jendela Hati said...

kalau YM kata best nak juga tgk nie... cuma kureng suka filem yg kena byk piker nie heheh

Unknown said...

bunohan??macam pernah dengar lak citer nih..

Koding said...

Saya ada membaca reviewnya sebelum ini di dalam akhbar...
Menarik...
Suatu filem aksi yang patut ditonon oleh rakyat Malaysia...

Jemput singgah ke blog Koding...

Unknown said...

Wahh...YM dah tonton ehh...bila YM kata berbaloi bayar rm7...mungkin akan ramai lagi yg tonton citer ni nanti...