Monday, April 30, 2012

Popia yg Pelik, :)

Assalamualaikum...

Pagi tadi, breakfast Popia Goreng jek. Alhamdulillah, kenyang pwot!

YM buat sendiri je. Jimat. (^_^)


Ni lebih Inti YM buat Ch0-Ch0-Baa-Dah ari tu.

Inti tu  Lebih YM buat Cho-Cho-Bah-Dah ari tu. YM saje masak lebih. Senang idup YM.Masak utk 2 bende skligus, ekeke. Just tambah Taugeh tu jek. So, crunchy la sikit Inti tuh kan? Nak tambah vege lain like Carrot, engakk ader.kang klu YM boh kangkung, menanges nak makan Popia tuh kang.haha!

Ready utk diseju-bekukan, :)
YM buat bebanyak skli gus. Habess la jugak kulit popia 50keping yang YM beli ari tu. Alhamdulillah..

Walaupun inti popia nih, maybe tak penah dibuat dek org, but who cares kan?nama pun masak ikut tekak sendiri. (-_^)

Jgn lupa letak Expiry Date yer.
Utk expiry date, YM selalunya akan letak paling lama 2 minggu. Depends ngan item gak la.Kalau yang ader sayur-sayur nih, YM letak seminggu ja. Kalau guna Mix Vege, YM boh le 2 weeks. Depends la....


 Jemput Makan semua....

Ku Pilih Hatimu....

Assalamualaikum

29.04.2012

Sahabatku
Kekasihku
Suamiku
Cinta hatiku
 
Tak sangka, rupanya sudah 7 tahun kita bersama....
Rasanya macam baru semalam aku mengenalimu....

Happy 7th Anniversary, My love..

Email yang kusimpan sekian lama.Moga jadi bukti Cintamu padaku dan moga juga menjadi penawar di kala sukar.


back in 2003
 


Looking Forward to live a million years with you.
Moga aku jualah pilihan hatimu di Syurga, kelak.
Amin...ya Rabbal alamin...

Pagi-pagi, buat aku hangin!

Assalamualaikum....

Pagi-pagi lagi, YM dah macam....aduh...urut dada....sabar....sabar.....rasa mcm nak jadi ijoo mcm Hulk dlm citer Avengers yang YM tgk semalam. Astagfirullah......ya Allah....ampunkan aku....

Korang nak tahu sebab aper???

Ni ha pasal satu group hacker Malaysia nie. Black OPS. Sekadar type je.Takde maknanya YM nak letak link bagai, tu dah mcm pomot keje budak-budak nih.

YM dah lama tak view page shopping online YM, sekali YM tgk pagi nie.Ermmm....


owh....bravo-bravo. Pandainye korang.Bijaknyer!!!!uuu...terernye, anak sapa la yg terer sgt nih?

Banyakkk larrr ko punya bijak!!

YM tak faham la, such a talented Otak, korang boleh gunakan dengan perkara-perkara yang tak berfaedah cenggini. Menabur pasir dalam periuk nasi org sambil bertepuk tangan,  
yay!!! kami berjaya buat keje bodoh!Yesss!!.

Kembang kempis la idong korang kan?Bangga siottt...jd pengodam yang menyusahkan hidup orang. Korang tak tgk lagi kalau Allah SWT susahkan hidup korang, masa tuh korang nak tepuk tangan jugak????

Kan bagus kalo korang gunakan Hotak Geniusss korang tuh, jadi macam orang-orang Genius cenggini...

Steve Jobs- Co Founder of Apple.Inc
Mark Zuckerberg
Hidup takdelah menyusahkan orang.Malah duit pun banyak gilerrr masyukkk. Korang?hadooo???

Come on la, Allah bagi otak tuh bukan utk melakukan kerosakan atas bumi nih. Tapi, untuk menjadi khalifah Allah yang memakmurkan muka bumi pinjaman-Nya ni.

'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan'.
(Surah al-Qasas : 77)

Allah swt dah bagi Warning siap2.Korang buat jugak kan? Semoga Allah memberikan hidayah buat korang-korang semua!

Ya Allah, tunjukkan kebesaranMu pada mereka. Mereka Lupa.....


p/s takde mood nak breakfast gini....haihh...

Sunday, April 29, 2012

Choh-choh-bah-Daaa

Assalamualaikum....

Hari tu YM buat Kueh Cucur Hypo. Aisey, silap pulak!Kueh Cucur Badak. Tak sempat nak update and tangkap gambar Cucur Badak tuh siap digoreng ko!Lupa, sebab melahap tak hengattt doniaa.

Cucur Badak dah siap ditelan semua, baru tingat, alar!tak hambekk gambar!owh, tidak! Skg ni baru terhegeh-hegeh nak update.kehkehkeh. hari tu YM buat banyak, buat utk frozen skli, so senang, rasa nak makan je, unfreeze kan, goreng, then Ngap je. :) Jimat, takyah nak beli2.Froozen food dah ader dalam fridge. (-_^). 

Maka, terpaksa le daku meminjam khidmat Google utk pic ini..huhu

Tapi, dek kerana asyik teringat akan kewujudan mereka di dalam fridge, Kueh tu habess dalam masa 2 hari sahaja.Aisey....sangat cepat!Ape taknya, pagi petang-siang malam dibedal.hehe.

Bila dah buat frozen food, YM panggil Cucur Badak tuh, Choh-Choh-Bah-Daa, hikhik...cantik tak nama dier??comercial sikit bunyi. haha!*byk la komersial!

Okay, meh sini, YM ajar buat kueh ni dengan cara yg sgt senang. 

Kupas Ubi keledek dan potong gini, supaya ubi tu cpt masak. YM suka guna Ubi kaler nih sebab Ubi kaler nih sgt sweet dan sgt memberi kerjasama pd YM.

Kemudian, rebuskan sampai empuk.Boh garam sket yer.

Sementara, tggu Ubi tu empuk. Sediakan Bahan INTI pulak k? ni- Bwg Merah+Serai+Cili Kering (yg telah direndam ngan air Panas terlebih dhlu)

Kemudian, zrenggggg! B-L-E-N-D

Udang Kering - sila basuh bersih-bersih okey?


Nih Kelapa yg YM beli kat Pasar Tani.YM freezekan kat Fridge sebab tu ghopenye lagu nie. Time nak pakai baru unfreeze kan, so kelapa parut lebih tahan lama.Terima kasih. hehe


 Kemudian, ambik bahan-bahan kat atas tuh, masukkan ke dlm Blender tadi, Blend. YM tak blend sekali mula-mula tadi sebab nak bagi serai tu betul2 hancur.Kang kalo korang boh awal2, serai tu akan menjadi empat segi tepat,yang sangat susah ditelan oleh tekak!haha!

Bila dah settle, blend. Panaskan kuali, masukkan minyak, Then masukkan bahan blend tadi. Api slow okay, kang hangetttt pulak.


Lenyekkan Ubi keledek itu sekuat hati.

Masukkan tepung+minyak masak, then gaulkan dengan jemari mu yang cute itu, :)
Menjadi ini....tadaaa... :)
By the time uols dah siap nie, Inti pun dah masak. But, ingat yer, api slowkan, dan jgn lupa tgk2 kejap2, gaulkan.okey?

Inti yang siap sedia utk dimasukkan ke dlm doh.
My Mother In Law ajar, bulatkan doh, kemudian picit di bahagian tepi je, so that yang tengah tuh still tebal.Jadi Inti tu takdelah bocor sana-bocor sini.
Nih part yang agak crucial. amboii, bahasee.ekeke. Tapi, bukan masalah besar la. Kita kan belajar. Memula tu biasalah, ada je yg tak kene kan?Tapi, klu kita tak belajar, smpi bila2 pun tak pandai kan? 

Tadaaaa.....
Dah pun siap. 
Ready utk digoreng atau dijadikan Froozen Food.
Pilihan di tangan anda.
Cewahhhh....

Selamat Mencuba!

p/s ada yang suka boh jintan manis / jintan putih /ketumbar /Bilis / serbuk kunyit.Tapi YM takmo.klu korang suka, boh jelah yer. (^_^)


Gunakan Botol yang Selamat

Assalamualaikum...

Sebelum ni,isu Botol susu yang perlu digunakan oleh Ibu-Ibu memang sangat "hot" kan? Di dada-dada akhbar, macam2 Isu timbul pasal Botol Susu. Apa yang YM tahu, sebelum isu tu "hot", YM dah siap-siap google pasal botol susu.Yelah, anak first, so tak tahu pape, kene la study lebih sikit kan? Tak sangka pulak terkaji pasal botol susu, hehe. Botol yang dipilih perlulah "BPA-FREE". 

Masa tuh, BPA pun YM tak taw. YM cuma tahu, yang BPA tu tak elok utk Bebi.Tu je.So, sebagai pengguna bijak (cis!bijak la sangattt!), everytime beli, mesti nak tgk wording tu ader ke tak.hehe.

Rupanya, BPA tu stand for, Bisphenol A, sejenis bahan kimia yang merbahaya utk kita. Ia menyerupai estrogen yang akan membawa kepada kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita, apatah lagi bayi.

Tu yang YM lagi extra hati-hati. Yelah, selagi kita boleh kurangkan chemical yang kita TERtelan, lagi better kan? Zaman sekarang nih, kita sangat-sangat terdedah dengan penggunaan bahan kimia yang tidak-tidak. Haihhhh....

Owh!yer! Bottle air kat umah pun, YM guna yang selamat utk digunakan. YM ader beli brand Tupperware, 2 biji.Tapi yelah, mahal kowt.hehhe. So, apa yang YM buat ialah memerhatikan kot-kot ader CLEARANCE SALE yang dibuat utk produk2 sebegini.

Owhh...My! tidak kusangka, baru-baru ini Guardian sangat baik hati membuat "Clearance SALE". Loveee Guardian! hehehe...

Korang tgk tuh...Clerance SALE! Yess!! sempat jugak YM Grab the deals!Deals yang YM grab tu mmg HOT, korang tgk jelah shelf tu, level yg tggl bbrpa biji je tu, tu la deal yg paling berbaloi!
RM 5 each, Normal Price : RM11.90 each taw! Berbaloi tak?? for sure la Worth it!

Ni la sebab musabab Berbaloi tuh! Selamat utk digunakan.

Sape lagi nak jaga keluarga kita, kalau bukan kita, kan Mommies???


Maggie Goreng yg sihat.

Assalamualaikum...

Pagi nih, mentang-mentang la cuti, boleh pulak YM terlajak tido.Astagfirullah!Tak pasal je Subuh Gajah!Haishhhh. Tu la, ni pasal tido lewat last nite. Ade ke patut kol 2 pagi hah, baru YM tido.Ni gara-gara tertengok citer alam Bunian kat Astro last nite.*Jgn ko tanya tajuk aper, channel mana, sumpah!YM tak taw!haha! YM tgk je, adik YM yang control Remote*. Adik YM la, tetiba la pi bukak citer tuh tgh2 YM sibuk men'craft'kan diri.So, apa lagi kan, bila dah tgk tuh, mula la nak tgk Ending, kalau tak takleh tido.Cis!

Jap lagi dalam kol 8 gitu (skg ni kol 7.30pagi), YM nak pi sebok-sebokkan diri kat Kitchen. YD tak balik keje lagi, dalam kol 8 nanti, sampai la tuh. Sure, singgah minum kopi dulu ngan kengkawan dier. Tapi, YD dah siap2 tanya dah tadi, YM masak ke tak.Kalu masak kalu, dier minum kopi jek. Kalo dah diajukan dengan pertanyaan sebegitu rupa, jgn buat2 tak reti pulak YM, kene la ko masak kan?hehehe.

Yesterday, YM bekpes Maggi grg. Yayan memang suka sangat la Maggi grg. Owh! No!No!No! nie bukan Maggi grg ngan perasa-perasa itu okey?nie pakai perasa sendiri nie. (^_^) Sekali-sekala tekak nak jugak rasa yang simple-simple cenggini.

Maggie grg yang sangat simple!
 Tadaaaa...Maggi grg yang sangat simple tapi berkhasiat. 


Bahan-bahan : Bawang Merah+putih+Udang kering (Blend), Kobis, Sosej + chicken stock/kicap

Cara : Rendam Maggi tu, panaskan minyak, masukkan bahan blend+sosej+kobis+maggi.Kacau.Then, masukkan chicken stock / kicap. Kacau.Sedia utk diNgap!


Senang kan?Senang jek. 5 minit leh siap. hehe. Dak Yayan suka sangat la, selera dier kan?Budak-budak mmg excited le bila tgk Maggi.Nape ntah. YM time kecik-kecik dulu, gitu gak.huhu.



Ibu Said: "Yayan! Kan Ibu dah kata, takleh tgk TV sambil makan" Yayan replied: Sape soh Ibu ON kan TV"- hehe..ha!menjawab2. :P

Korang tgk jelah Dak Yayan tuh.Kemain lagi makan kan?huhu...

Oklah, nak pi masak Mee Goreng Udang dulu yer. Kang YD balik kang, mula la kelam kabut....hehe...

Happy Weekend!



Saturday, April 28, 2012

Senarai utk seorang Bayi yang Bakal "Pergi"

Assalamualaikum....

Avery Canahuati

Melihat pada wajah comel ini, siapa sangka Doctor telah mengesahkan dia menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy, sejenis penyakit yang menyerang Neuron pada Saraf Tunjang. Baby Avery ini dijangkakan hanya mempunyai 18 bulan untuk hidup. :(

Parents Avery menerima ketentuan ini seadanya di mana membuatkan hati YM agak tersentuh. Pada mulanya, mereka agak terkejut dan menangisi takdir anak mereka berhari-hari lamanya. 

Tetapi, bila menyedari mereka patut menghargai setiap detik bersama si comel ini, mereka bangkit!

Courtesy Laura and Mike Canahuati

Mereka bangkit dengan membuat satu senarai utk Baby Avery. Avery's Bucket List adalah satu senarai yang dibuat oleh ibubapanya untuk memastikan anak mereka mampu melakukan semua perkara yang difikirkan perlu dilalui oleh Baby Avery, termasuklah pergi ke kolej, mempunyai lesen memandu dan sebagainya.

Kata-kata daripada seorang Mommy yang sangat tabah ini membuatkan YM salute pada dia...

"....Appreciate Life instead of Crying..."

Yang mana, sangat-sangat sukar untuk kita lakukan, kan? Semoga mereka akan terus tabah!


Items I Can Scratch Off My Bucket List:
 
1. Wake up smiling 
2. Have a bad hair day
3. Ride in an ambulance
4. Get picked up by a fireman
5. Meet a fan
6. Talk to mommy & daddy
7. Eat a cupcake & a Blow Pop
8. Play with Play-Dough
9. Play a practical joke on someone

Up Next:
Whatever I bring to life, because I don't have time to wait for life to bring anything to me.
 
Sumber : http://averycan.blogspot.com/

KFC Diarahkan membayar $8.3 million kpd seorang Gadis

 Assalamualaikum....

Via

Makanan Segera terbesar KFC, Australia telah diarahkan oleh Mahkamah membayar Aus$8 million (US$8.3 million) kepada seorang gadis, Monika Samaan yang mengalami  kerosakan otak dan lumpuh setelah memakan "Twister Wrap" di salah sebuah restoran KFC di Sydney, Australia.

 Kerosakan otak tersebut terjadi kerana keracunan makanan yang dialami oleh beliau menyebabkan darahnya dijangkiti kuman. Kejadian ini berlaku pada October, 2005.  -- a brain injury linked to food poisoning that also left her with a blood infection and septic shock -- in October 2005.

Sumber mengatakan bahawa ayam tersebut telah dicemari. Ia berpunca daripada kegagalan pekerja KFC untuk mematuhi cara-cara penyediaan makanan dengan betul, di mana ditakrifkan sebagai "cuai".

Ish...Ish....tetiba YM kecut perut pulak. Eiii, mintak dijauhkan la, kan? Dek kecuaian org lain, org lain yang terpaksa menanggungnya.

Kes nih patut dijadikan teladan pada semua pengusaha makanan. Jangan keje sambil lewa je. Tak pasal je kang ada org yang cacat atau mati dek makanan korang taw!

Ish...nauzubillah!

Tutorial : Cara Melipat Tuala

Assalamualaikum...




Nih YM share Tutorial Video cara-cara nak lipat tuala dengan jayanya.
Nampak senang je kan?
Selama nih bukan kita tak reti lipat towel.Terer kowt!
Tapi, saje la kan, nak try cara org lain pulak lipat towel.
Nampak easy-peasy, tapi hasilnya,sangat menarik.

Selamat Mencuba! 

Ye...ye...YM tahu, ada yang dah tahu...okey..okey..
Bagi laluan pada yang nak belajar,okey?
(^_^)

Resipi Kerabu Mangga

Assalamualaikum....

Hye gojes sumer. Hari nih weekend, mmg sangat-sangat membahagiakan, kan?Yes.I know- I know....(^_^) YM lagi bahagia sebabnye YM ambik cuti panjangggg.ekeke. YM ambik 3 days annual leave, tapi YM dapat 10 hari cuti woooo! Yahuuuuu! 7hb May baru YM masuk keje balik.Fuhhh! memang meronggeng sakan la.hahaha!over taw.

Nak tahu y? Sebab, kan Bulan May ada 2 days public holiday.Then, my company pulak tak ambik Public holiday 11.04 hari tuh, tapi menggantikan dengan 30.04.Memang semua nak plan cuti panjang lerr tuh.hehehe. Thanks to my HR yg sangat bijak kalo bab-bab cuti nih.haha!suke...

Pagi nih, YM masak Bekpes lewat sikit. Lepas YM siapkan entry nih, then YM akan bertungkus lumus di dapur. YM bangun pagi macam biasa gak, tapi bila cuti nie memang boleh la buat keje macam siput sket. Takyah nak rushing-rushing, adrenaline pun stable je.Part tu yang best tuh.Tenang dan aman damai je jiwaku.

Yesterday, YM buat Kerabu. Kerabu Mangga. Tetiba tingin nak makan kerabu Mangga bila gi Pasar Tani kelmarin. Dah lama YM tak buat. Kerabu Mangga nih feveret My sister. So, bila nampak Mangga kat Pasar Tani kelmarin, dier la yang beriya-iya mengingatkan YM pasal kerabu Mangga nih, sambil tarik2 baju YM ha. Dek kerana taknak dia malukan YM kat situ, YM pun belikan la Mangga tu ha. hahaha!

Tak pasal aku pun ikot meliorrr skli hah....aiseyy.....

Kerabu Mangga ala YM

Kerabu Mangga nih sangat simple nak buat. Like usual, YM mmg tak suka yang susah-susah. Masih banyak keje lagi nak buat instead of duk kat kitchen berejam-rejam kan?kan?kan? Kalo korang nih jenis yang memang In Love sangat duk berejamm kat dapur, proceed...proceed.Boleh...boleh...

Resipi Kerabu Mangga

1. Goreng Ikan Bilis

2. Blend Ikan bilis+cili padi+belacan

3. Kupas Mangga, potong mcm YM potong tuh ha, klu nak potong cara lain pun, suka hati korang la kan?

4. Hiris bawang merah

5. Gaulkan semua bahan kat atas dan tambahkan garam + gula ikut level tekak korang, (^_^)

6. Masukkan sedikit susu cair, then gaulkan lagi.

Tu je! Ready to be served to Mademoiselle....memang sangat sesuai dijadikan santapan utk Lunch. So, apalagi....cubalah yer. Kalo tak sedap, pls jangan komplen kat sini.hahaha!

Ikut creativity masing-masing la. Sape taknak belacan, takyah guna.Sape tak suka susu cair, takyah letak.Haihhh...takkan itupun Mak nak cakap yunk.....dah-dah-dah....Mak nak pi buat keje kat Dapur nih, kang bangun Big Boss tapi kecik tuh, susah pulak YM nak buat keje.

Soooo....Have to Run.

Friday, April 27, 2012

:: Kad Kahwin Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya ::

Assalamualaikum...




sweet je couple nih kan? Sape lagi kalo bukan Encek Awal & Cik Scha nih, *tingat pulak awal2 kemunculan Scha al-Yahya nih, how difficult smpi terpeleot lidah YM nak nyebut nama Scha tuh ha!*

Dah tak lama dah nak bergelar suami & isteri.Mudah-mudahan berjalan lancar la yer.


Tadaaa... ni la kad kahwin Scha. First time tgk, my 1st impression ialah...s-i-m-p-l-e, but kelihatan sgt classy.

Oklah kan? taklah membazir duit nak print card kawin yang over the top, sebab akhirnya kad itu akan disumbatkan ke dalam mulut tong sampah juga akhirnya selepas majlis. ko buat la Cantik macamana pun, sure tong sampah juga jawabnya.so, buat pe nak membazir kan? 

Majlis pernikahan mereka pada Jumaat depan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria, so jgn le lupa bawak Popcorn + air duk depan TV yer.. (^_^)

Semoga majlis mereka berjalan dengan lancar la hendaknya, amin.


Sumber dipetik dari: beautifulnara.com
Kredit gambar kepada: Media Hiburan


:: 5 Hot Hollywood Looks Now ::

Assalamualaikum....

YM meninjau-ninjau kat tenet tadi, terjumpa pulak pasal topik nih.Yelah, bagi lar chance ngan Teen readers gak, asyik Ibu-ibuan punye topik jew kan?huhu... Menarik jugak tengok celebs yang cun-cun nih ha...

Looks yang sangat-sangat ngetop skrg nih ha...ada 5 semuanya...Tadaa....

Jennifer Lawrence - Hunger Games Heroin
1. The Smokey Eye

Ha...hambek...berasap-asap look nieh taw!huhu... dark eyeshadow, eyeliner and mascara, then dikenakan pulak ngan nude lip colour. Fuh! matamu bakal dipenuhi dengan Drama, dramatik gitu taw! So, bila mata tuh dah bercerekarama sangat kan, kat spot lain jgn kacooo, biarkan je takde pape. Bau la vavavoomm...tak over.. (^_^)


Amber Heard-The Rum Diary
2. The Bright Red Lip
Nih merah Mak Ngah nih ha. Bibir semerah nih like dah terkene sumpahan kan, yelah bibir yang merah memang forever eye-catching. Taknak pandang pun, mata kita nih memang sebokk gak nak pandang, kehkeh. Kalau guna lipstick merah cenggini, kena pastikan jgn overload makeup pulak, kang jadi cam Badut taw!owhhh!tidakk!

Katy Perry-singer
 3. Electric Blue
Nih renjatan biru ke hape nih?hehe. Selalunya, penggunaan natural shades yg sangat dekat dengan warna kulit kita akan menaikkan lagi seri wajah, tapi kalau anda ni jenis yang daring mcm celeb nih yang menggunakan warna-yang-jarang-jarang-dilihat-pada-manusia, biru maybe pilihan terbaik.Jgn le korang warnakan rambut mcm kaler dier nih ha, over taw!

Elizebeth Olsen-Kakak pada Mary kate & Ashley Olsen

4. 1950s Glamour

Nih pulak look dedulu kala tapi masih stunning samapi sekarang haaa..Menggunakan lipstick kaler merah dan pembayang mata berwarna coklat menampakkan wajah anda kelihatan evergreen gitu.Eyeliner ngan Maskara perlu diminimumkan. 


JLO
5. The Falsies 

Sejak bergelar superstar nih, JLO memang tak pernah salah langkah dalam menggenakan makeup. Yelah, nama pun superstar kan? Dia jugalah yang berjaya membawa penggunaan bulu mata palsu ke peringkat di mana ia diterima sebagai "natural Look". Selepas menggenakan bulu mata palsu, oleskan mascara ke atasnya utk menambah  “ni bulu mata asli I, okey!” efek. haha!

So, korang suka yang mana satu?

p/s YM prefer yang No. 4. (-_^)

Super Penat , but Super Happy!

Assalamualaikum....

Morning...Morning. Lega rasanya boleh update belog.Yesterday, seharian tak update belog kan?aduh...rasa bersalah pada yang singgah kat belog nih, tapi YM tak update pape pon....Maafkan ambe yer...

Korang tak taw lagi lagi journey idup YM yesterday.Ya Hampun...memang sangat-sangat, super-duper penat. P-e-n-a-t.

Korang bayangkan la, yesterday YM kene pi meeting & staff Engagement kat HQ, KL. So, dari Kerteh weols bertolak pi Pukul 6pagi , selalunya awal lagi, kol 4.30pagi.Tapi, because of ada certain things yang cancel, so boleh la pi lewat sikit.Apa yg penting kene reach Suriaklcc by 1.00pm.

Alhamdulillah, reach SKLCC by 11.30pagi.Disebabkan masih ada masa untuk merende', YM pun ape lagi kan?Memang niat nak shopping spree pun sebab dah bawak dah Voucher Isetan yang YM dapat ari tu. Shopping F-R-E-E tuuu...sape tak suke!

Dalam Shopping Bag tuh ada Baju Yayan + YM....syukurr..

Yayan suka toys nih ( RM7.90 je satu ). Kete kecik-setoet nih mmg favourite dier.Dier takmo kete besar2.Ari tu belikan kete besar, sesia je dia cabut2, pastu rosakkan.Tapi, kalau ngan kete comel2, he is soooo KIND taw! pelik punya budokkk!wakaka.

Syukur, alhamdulillah..berbekalkan RM280 Cash Voucher tuh, YM boleh belikan baju Yayan, Toys dier & Baju YM jugak.Yesss!!!

YM lagi excited ngan baju yang YM beli sebab YM dapat berjimat lagi.weeeee!!! Korang bayangkan la, YM beli Baju ala blazer utk office wear, pastu YM dapat beli Matching Pants a.k.a seluar yang rege RM129 dengan harga RM10 sahajeee! Sepuluh hengettt taw! Tak tipu punyooo...ekeke.Best kan? Memang puas hati!

Bila YM dah siap shopping tu, YM terfikir.alamak, laki aku???YM tak belikan apa-apapun kat dier.Ish!takleh jadik nih, kang terasa pulak. Lagipun, Wedding Anniversary YM tak lama dah,29hb nih. So, disebabkan dah lewat nak masuk meeting pulak, YM plan nak beli utk YD lepas habis meeting & Staff Engagement activity tuh.

Tetiba, kat dalam Staff Engagement tuh, my company ada buat satu aktiviti yang sangat-sangat F-U-N, yesss!FUN! nak tahu nape??? Sebabnye, diorang soh kitorang SHOPPING FREE!hahaha! Best tak?best tak? (-_^). Pompuan kan?biasalah, adrenaline mesti melonjak naik kalau org bagi shopping.hahaha!




Diorang buat 1 aktiviti, di mana setiap staff diorang akan bagi RM100 dan shopping utk sorang kawan (staff jugak la).Uiksss!Gilaaa Kentanggg!Biar betul2?? Terjojol mata YM bila diorang wording s-h-o-p-p-i-n-g tuh! Korang biar betullll?? Tak sesia aku datang jejauh.hehe.

So, diorang buat cabutan number la.So, kalo ko kene shopping for  CEO ke, GM ke, nasib ko la.hahaha! 

Alhamdulillah, YM dapat ngan my fren, Che'pa, pastu paling excited lagi, dier pon dapat YM. ofkos lagi Double Happy.! Tak hengatt doniaaaa. So, dapat la weols planning baekkkk punya!kehkehkeh. 




So, weols plan- YM belikan gift for her son, and Che'pa belikan gift for my hubby! yayyyyyy!!! Amboiii...Yayyyy terlebih kan?ingat senang ke nak dapat gift tuh, silap jawab soalan kat depan, diorang hantar gift tuh balik kat Isetan.haha!padan muka!

Alhamdulillah....YM dan Che'pa melepasi TEST tuh dengan jayanya dan kami telah berjaya membawa balik GIFT utk org tersayang! Yesss! syukur...alhamdulillah.

Ni special Gift for YD. Yessss!! Rezeki...rezeki....
So, YM balik Tganu complete set gift utk semua orang!yesss...alhamdulillah! oppsss!! semua orang??? My Sis??? adoiii!! lupa pulak.Dah le dier tolong jaga Dak Yayan tu ari nih.hehe. 

So, YM pun singgah beli Satay la. Dier sukaaa makan Satay Kajang Hj.Shamuri tuh. :) so, complete SET dah....yess!

Memang bahagia, yesterday. Tang tak bahagia tu ialah, P-E-N-A-T. Tu jelah.Sampai kat umah kol 12.tgh malam dah. Dak Yayan pun dah tido. Sian dier.......

p/s Pagi nih, mcm biasa YM tak buat bekpes sebab YM nak pi Pasar Tani.Mak-Mak gini la....hehehe

Wednesday, April 25, 2012

Asia's first Legoland Theme Park & Hotel akan dibuka di Malaysia!

Assalamualaikum....


Ingat tak zaman kecik-kecik dulu, selalu maen Lego?Eh...No...No...No....bukan uols.I'm talking to those yang lahir tahun 60-an ke awal 90-an atau dalam perkataan bombasticnye Generation X & Y.Generation Z like uols nih tak maen dah Lego-lego nih.Pandang pun tak lalu taw! tak selera. Uols maen Galaxy Tab or yang paling macho Ipad je kan?kan?kan?



Kalau Zaman YM, pamess noo Lego nih. Kira sape yang mampu beli tuh, kire anak Loaded la sket.Mak ayah keje cikgu ke, opis ke, mampu milik la. Kalau yg tak berduit sgt tuh, maen la congkak tuh ha.Takde makno ehh nak belikan LEGO nih ha, LUKU ader!ekeke.

YM citer pasal LEGO nih bukan ape, just nak bagitau kat uols jew yang tak lama lagi Malaysia akan ada Taman Tema LEGO yg sangat chomelll dan vavavoommm!!Sonokkk kan?

LEGOLAND yang terletak Di NusaJaya, Johor
Sangat Tomey kan?Kalau Dak Yayan tgk nieh...adehhhh...naya gak YM nak tahan dia daripada mematahkan Lego-lego itu, kahkahkah!

Bila launch???


Ha...mark la siap-siap. Bleh bawak anak-anak pi... :)

Nak menambah keterujaan korang, korang tgk le gambar2 di bawah ni ha...waduhh...waduhh....sakit ati...nape la bende nih tak bukak kat Ganu nih ha, dekat sikit YM nak pi. hehe.





uinaaaa...tempat makan pun berlego-lego hah...hiks!

Credit : Google &  LEGOLAND

So, kita tggu jelah yer. 

Bangga taw, 1st in Asia tuh! 

**kot yer pun bangga takyah la besokan tulisan.ingat org takleh baca kew??Over taw!**Hiksss..!