Monday, April 23, 2012

Dia pergi jua...

Assalamualaikum...

Arwah Sarah Izyannie yang pergi disebabkan Brain Tumor-
Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah, sayang... : (

Saat menulis entry ini, airmata YM bercucuran.YM betul-betul terkesan, walau YM tak pernah bersua dengan kanak-kanak kecil ini. Melihat perkembangan si kecil ini di alam maya, menyebabkan YM berasa sangat rapat dengan si comel ini. Inilah Hati seorang Ibu.... :(

YM mendapat berita sedih ini beberapa minit yang lalu dan YM sangat-sangat sebak.Terketar-ketar rasanya menulis entry ini. 

Ya Allah... terkesannya dengan peristiwa yang sangat-sangat pantas berlaku ini!baru 3 hari lepas disahkan menghidap Brain Tumor. Betapa tabahnya sahabat ku, Siti Alinah. Sahabat yang YM kenali sejak YM berusia 13tahun. Sejak dulu YM kenali dia sebagai seorang yang sangat-sangat tabah dan kuat. 

Sahabatku, Siti Alinah. Insan tabah.

Oleh kerana ketabahannya itu jugalah mungkin Allah memilih dia untuk diduga dengan dugaan yang maha hebat ini! Dia adalah insan terpilih. Kalau YM sendiri berada di tempat dia, YM sendiri tidak tahu bagaimana harus YM hadapi. 

Sahabat, semoga kau terus tabah! Semoga roh bidadari syurga ini dicucuri rahmat. Kita memang sayangkan dia, tapi Allah Lebih sayangkan dia. 

Kuatkan hati....kuatkan semangat utk meneruskan hari-hari mendatang, sahabatku...

Sesungguhnya aku juga rasa kehilangan.... :(



20 Sweet Words:

Unknown said...

Innalillah..
tak bole cakap pape..
Alfatihah untuk Yani..

Unknown said...

td pagi call fand, saya pula yg menangis :(
fand sangat2 tenang...

dieyna said...

aL FATIHAH. COMEL SANGAT YANIE..HUHU BIDADARI SYURGA..

Reena Sidek said...

innalillah... takziah...
Semoga Allah kiramkan ketabahan, semangat dan kekuatan untuk Siti Alinah dan keluarga mengharungi dugaan ini...

Ayu said...

Sebab tu aku nda bersedia call Fand...aku takut dia makin sedih...Fand memang kuat!

Riena Haiqal said...

Alfatihah... sebak rasa dada bila melihat gambar tersebut..
Memang bila dah bergelar ibu perasaan tu timbul..
Salam takziah buat keluarga arwah adik Sarah Izyannie.. Syurga tempatmu sayang..

Abang Karu said...

Dapat saya rasakan kesedihan itu...kerana situasi ini telah saya lalui... ank kedua saya pergi buat selamanya....kelahirannya di dunia hanyalah seketika cuma... Al-fatihah....

Miss N™ said...

innalilillahi wainnalillahirojiun..!
Moga siti alinah sentiasa tabah.
adik yani, akan tggu di pintu syurga.

Al-fatihah.

Chic Na said...

Al-Fatihah.. comelnya arwah Sarah Izyannie.

SyaNa said...

Al-fatihah
syurga tempat mu sayang

comel sungguh..
yup kalo aku pn mungkin bleh jd gila
tak setabah itu nk tanggung sume ni

ஜ miss klanika ஜ said...

sedihnya.. baby kecik lg. al fatihah ~~

Umialya said...

al-fatihah

Yumida said...

salam takziah..dugaan yg begitu besar bt sahabat sis

Unknown said...

Biarkanlah di pergi dgn tenang....yas amat memahami perasaan itu.

ida =) said...

al-fatihah. kebetulan one of my opismate punya jiran, anak dia meninggal pagi ni sbb brain tumor. baru setahun lebih. moga parents nya tabah

IntaNBerliaN said...

al fatihah... comel sungguh arwah ni..

Zie Madini said...

comel gilernya arwah YM. al-fatihah buat dia

sal ya said...

besar dugaannya...

Nisa said...

This is one of the most heartbreaking things I've read. May God ease their pains, ameen.

Unknown said...

YM, sabar ye..jangan sedih2..dan tolong sampaikan salam kepada kawan YM tu..suruh dia banyak2kan bersabar... jangan bersedih kerana anaknya telahpun ditempatkan di syurga..