Saturday, April 21, 2012

Hentikan Rengekkan & jeritan!

Assalamualaikum....

YM baca artikel daripada parentsconnect.com tadi. Memang site tu selalu hantar link utk artikel-artikel menarik utk dibaca to my email. Ok lar, at least dapat ilmu keibubapaan yang sangat-sangat berguna utk YM praktikkan. 

YM nak berkongsi satu artikel yang YM baca. Artikel ni memang sangat menarik sebab macam ada kaitan sikit ngan perangai Dak Yayan lately.huhu. 

Dak Yayan takleh cakap sangat lagi. Baik sikit je dari gugu-gaga. Kirenya, limited lagi la Vocab yang Dak yayan ader. Setakat "Sedappp, alif,  ba,  ta,  baby" ha tu jelah. 



YM perasan, bila dier nakkan sesuatu, mesti menangis senanges-nangesnya! pastu siap buat aksi hempas-hempas badan gitu, Kuntaw segala kuar. Haishhh...YM tetahan hati je tgk aksi-aksi ganaszzz dier tuh ha.eiii!tinginnye nak geget.grrr...

Tapi, lepas baca artikel tuh, YM makin faham. Siap le Yayan lepas nih, ibu dah tahu dah rahsia Yayan.Haha!

Nanny Deb daripada Reality Show Nanny 911 (YM peminat tegar show nih!) kongsikan pendapat dia mengenai kanak-kanak yang suka sangat merengek dan menangis sambil menjerit tak tentu pasal nih.

Dia berpendapat yang perangai yang suka merengek dan juga menangis sambil menjerit tak tentu hala oleh kanak-kanak itu sebenarnya adalah sesuatu yang dibuat-buat oleh kanak-kanak. 



Kanak-kanak (3 tahun ke bawah) mula membuat aksi sedemikian rupa kerana mereka masih tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup.Yelah, setakat gugu-gaga, manalah grownups macam kita nih nak faham kan? Dia nak susu, kita bagi bubur, dia nak gitau kat kita perut dia sakit, kita kemain lagi sumbat mulut dia ngan memacam, haha!

So, kena lah kiddos buat camtu utk tarik perhatian kita.Sekiranya,Ibubapa terus memberikan perhatian pada rengekkan dan tangisan itu serta merta, haaaa...!mereka akan mengaitkan perbuatannya itu dengan perhatian paling pantas daripada ibubapanya.

Kanak-kanak memang bijak!


Bila kanak-kanak tersebut telahpun mempunyai perbendaharaan kata yang banyak dan mampu bercakap dengan baikuntuk mengekspresikan kemahuannya, mereka menolak utk tidak menggunakan skills yang ada kerana mereka tahu rengekkan dan tangisan adalah jalan singkat untuk mendapatkan apa yang mereka mahu! 

Bijak...Bijak....anak sapa la nih??? (^_^)



Kunci utamanya adalah "abaikan" rengekkan dan jeritan itu. Yes, memang diakui mendisiplinkan kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah ini teramatlah sukar, tetapi kita mesti lakukan juga supaya mereka belajar menggunakan perkataan mereka bukan renggekan mereka untuk dapatkan apa yang mereka mahukan.

Tips untuk mendisiplinkan kanak-kanak : 
  • Sekiranya, anak anda mula merengek, katakan padanya "Ibu tak faham kalau nak merengek-rengek camni. Ibu takkan dengar selagi Boboi tak cakap apa yang Boboi nak" "
  • Perhatikan situasi tersebut, kemudian alihkan perhatian anak anda daripada rengekkan tersebut.Contohnya; Ibu tahu Boboi lapar kan?Kejap lagi kita nak makan ni,Boboi nak tolong Ibu?"
  • Tanyakan perasaan sebenar anak anda. Dia marah?lapar?penat?sedih?
  • Ajak anak anda untuk turut serta menyelesaikan permasaalahan itu. Contohnya; " Apa perlu kita buat tentang ini? Rasanya kalau kita mewarna Boboi rasa ok tak?

Walaupun anak kita masih belum pandai bercakap, kita masih boleh mengajar mereka utk berkomunikasi. Ajar mereka perkataan ataupun nama sesuatu benda yang mereka mahukan itu bukan hanya terus memberi kepada mereka. Contohnya; " Ohh...baby nak susu.Okay, ni Ibu bagi susu, okay? Anda juga boleh cuba bahasa isyarat. Tetapi ingat, jeritan samada oleh mereka ataupun kita memang sah-sah bukan satu bentuk komunikasi yang boleh diterima!it's a No-No.

So, sekarang nih, sekiranya anak-anak anda sudah cukup besar untuk menggunakan perbendaharaan katanya, sudah terang lagi bersuluh, dah sah, tiada alasan! Lebih banyak mereka merenggek dan menjerit tak tentu hala, lebih kuat kita harus tegaskan kepada mereka untuk menggunakan perkataan sekiranya mereka mahu kita dengari apa yang mereka mahukan.



YM paling suka ayat last Nanny Deb :

Sekiranya anda abaikan perangai yang tidak baik itu (merengek), maka anda mampu untuk mengukuhkan tingkah-laku yang baik dalam diri mereka. Samada kanak-kanak kecil atau besar, mendisiplinkan mereka memang susah, tapi, bukankan itu yang dipanggil membesarkan anak-anak?? - Nanny Deb (Nanny 911)

Yes.I do agree with you Deb! Lagi satu, kalau Dak Yayan dah boleh faham sikit, YM nak pesan gini kat dia :-

" Whiners never win, and winners never whine! "

Semoga daku berjaya!

Gud Luck all parents!

15 Sweet Words:

Unknown said...

morning dear friend!
memang itulah yg slalu hakim buat & itulah gak yg mamavogue praktikkan..
thanx for sharing the info :)

Riena Haiqal said...

sangat2 berguna... terima kasih sebab kongsi.. :)
sekarang dah tahu dan akan mempraktikkan cara2 ni... :)

Melati Qistyna's Mummy said...

Gd luck dear, tks bersharing :D

Membesakan anak mmg besar cabarannya, menuntut kesabarn yg tinggi

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jdi ibu bukan mudah kan?

Siti_btp said...

Betul tu YM jangan ikutkan sangat rentak anak..tu yg buat terjerit kat pasaraya bila tak dpt sesuatu yg dia hendak..

Buka VCD penawar hati 1 atau 2 Hijjaz menenangkan jiwa anak2 .Mana tahu dia blh hafal zikir2 terpempang kita..krgkan kartun ..

Klik blog ni kaedah mengajar anak dlm Islam.Bayangkan 3 tahun anak2nya dah hafal Yassin dan 30 ayat surah akhir Al Quran.Mungkin YM tahu kot blog mama ni.Akak baru jumpa blog dia..Tapi jangan salah taip pergi ke blog Kristian..Virus @ sengaja..
http://darwishndarwisya.blogspot.com/

Hidayah said...

entry yang sangat-sangat membantu nih...
byk info berguna..
boleh cuba praktik kan..
:)

Miss N™ said...

akhirnya...dak yayan xboleh rengek2 lagi...hehehe..

YM jum tgk resepi aiskrim mudah lagi sedap di blog...
mana tahu boleh buat untuk yayan..nur dah cuba.. mmg sedap.!

mamasuri said...

huhuhu...anak dara sulung saya semakin nakal...ada jer agenda dia...mmg saya bt bodo jer kalu dia bt something yg nakal..hehehe

Abang Karu said...

tips yg bagus....mmg susah nk membesar ank2 ni. Kesabaran kena ada...dan perlu bijak dlm menangani masalah ank2 ni. Betul jugak kan....dia x pandai sgt nk cakap lg cemana...merengek je la manjang kan...

tp ni dh ada tips...boleh kita guna nnt.

Ruse Sulaiman said...

saya pun suka tgk nanny 911. byk membantu kita kan? saya mmg dr awal tak layan kalau dia merengek. sbb tgk dr pengalaman org lain. kalau kita layan makin menjadi2 rengekannya. kalau dia menangis pun saya buat tak tahu. nanti sekejap je dia diam dtg balik kat kita. cuma ayah dia suka layan sbb tu dia suka merengek dgn ayah.. :(

pening kalau tgk budak merengek lama2 ni.. saya mmg suka ajar dia cara org dewasa. byk kesilapan bila kita terlalu melayan anak seperti seorang anak kecil. sbb tu dia akan lambat berfikir cara matang. bab ni saya byk belajar dari 'mat salleh'. sbb tgk anak mereka semuanya bijak bercakap dan cepat matang.

IntaNBerliaN said...

thanks kongsi pasaal ni.. scra tak lgsung sy pun dah dpt maklumat sekali..hihii

Zehan Ilyana said...

kids language..hehehe...

hope ym berjaya..:)

Anonymous said...

Memang pernah terbca article pasal ni. Mula2 rasa mcam kejam, tapi bila dah banyak2 baca dah faham kenapa. Jom sama-sama kita praktikkan no whining pilici ni =) Go GO Team MAMAs =)

Unknown said...

hahaha..dulu masa kecik2 saya suka merengek2.sampai kena penampo dengan ayah saya..hahaha

Harun Ar said...

Tips yang bagus ni....
Terima kaseh...