Assalamualaikum...
Sejak menerima Berita yang mengejutkan pagi tadi, YM jadi tak keruan. Dada terasa sakit sangat, sampai ke ulu hati. Pedih bagai disiat-siat. Ditambah lagi bila melihat keletah Yayan, Ya Allah....airmata YM asyik mahu tumpah.Sangat-sangat teringat pada arwah anakanda Yani yang telah pergi menjadi Tetamu Allah swt.
YM memang sangat-sangat terkesan. Seakan YM tidak mahu ada rasa perasaan gembira pun yang terselit dalam rutin harian YM pada hari ini. YM rasa sangat-sangat bersalah seandainya walau sesaat YM tidak turut berduka dan bersedih bersama sahabat YM ini.Sungguh!
YM pernah rasa, perasaan hampir-hampir kehilangan Yayan. Masih segar diingatan YM ketika dikhabarkan berita yang Yayan mungkin akan "pergi" bila-bila masa kerana keadaannya sangat kritikal, YM terus pejamkan mata, airmata mengalir laju....YM pejamkan mata erat-erat dan pada ketika itu YM seakan mahu melenyapkan diri YM sendiri daripada menghadapi kenyataan!
YM rasa mahu 'hilangkan' diri supaya YM tidak perlu menghadapi kesakitan, kepedihan & kesedihan itu!Tidak sanggup rasanya. ya.Rasa tidak kuat untuk menghadapi kenyataan.
Apalah yang kau rasa ketika ini, sahabat??? Aku hanya mampu menelah. :(
Pabila membaca kisah sahabatku Leen yang berkesempatan memberi kata-kata semangat dari jarak dekat, YM makin sebak.pilu.sedih.1001 perasaan yang tak terungkap.
" Mulanya saya tidak menangis. Saya cuma terdiam. Beberapa ketika baru berani menghubungi sahabat saya.
Suaranya tenang sahaja. Saya mengucapkan takziah dan sabar. Saya tahu dia kuat.
Di akhir perbualan dia menyatakan yang dia sempat dodoikan Yanie sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakir.
Sahabat saya mendodoi anaknya dengan kalimah la ilaha illallah..
Sejurus selepas talian diputuskan, barulah saya menangis mengenangkan perasaannya sewaktu membelai anaknya untuk kali terakhir. SubhanAllah.. dia diberikan kesempatan oleh Allah untuk berada di samping si bidadari Syurga buat kali terakhirnya di dunia ini. Bagaimana dengan pengakhiran kita? Ya Allah..
Saya maklumkan kepada suami. Dan kami berhajat mahu pergi mengiringi bidadari kecil untuk kali terakhirnya perjalanan dia di dunia ini. Kami sampai di tanah perkuburan Sungai Ramal dan di sana sudah ramai kawan-kawan sahabat saya sudah berkumpul. Sayu hati saya melihat jenazah Yanie. Melihat ayahandanya yang berada di liang juga menyebabkan hati saya sebak. Dia menurunkan anaknya dan bersungguh-sungguh melakukannya dengan tabah. Saya mencari-cari kelibat sahabat saya.
Dari jauh saya melihat dia asyik mengesat air matanya. Saya tidak mahu pergi dekat. Saya juga berasa sedih. Bimbang saya dan dia akan menangis di saat-saat kesabaran harus dihadapi. Tidak elok menangis di tanak perkuburan.
Carilah redha dan tabah sebanyak-banyaknya. Apabila doa dibacakan, saya duduk di belakang sahabat saya. Dan saya terpaksa 'keras'kan hati tatkala mendengar pertanyaan anak sulungnya Kimi mengapa adiknya masuk ke dalam tanah? Saya hanya diam. Sahabat saya cuma memeluk Kimi. Saya tahu dia sangat berperang dengan perasaan sedihnya di saat itu.
Kasihan si abang Kimi. Dia masih terlalu kecil untuk memahami erti perpisahan dan kematian. Bagaimana dia mahu menghadapi suasana di rumah tanpa adik kecilnya? Ya Allah.. Kuatkan lah semangat mereka ini.."
Sumber : Leen
Kasih yang terpisah buat sementara waktu.Bakal bertemu di Syurga, insyaallah!amin. |
Sesungguhnya, Yani sayang....kau telah menjadi salah satu kenangan dalam hidup Aunty....betapa sayang pun kami kepadamu...Tapi, Allah swt lebih menyayangimu sayang....
Buat Sahabat yang kukasihi, Siti Alinah....
Maafkan sahabatmu ini kerana tidak menghubungimu...
Telefon di genggaman namun aku tidak mampu mendail talianmu...
di benakku ada 10001 macam perasaan...
Hatiku terasa terlalu pedih, sebak...
Sesungguhnya aku sangat-sangat berhajat....
Namun aku tidak sekuat dan setabahmu,wahai sahabat
Sungguh....
Aku takut aku hanya akan menambah kesedihanmu....
dan yang paling aku takuti...
Aku takut aku tidak mampu mengawal perasaanku...
Maafkan aku jua kerana tidak mampu bersama-samamu melalui hari yang sangat sukar ini....
Ketahuilah....walau jarak memisahkan kita....
Kehilangan yang kau rasakan juga sangat-sangat aku rasakan...
Sesungguhnya sahabat....
Kau adalah Insan pilihan Allah...
Allah telah memilihmu di kalangan kami semua...
Kau adalah Ibu kepada Bidadari Syurga...
Perpisahan ini hanya sementara...
Kau akan temui jua Bidadari syurgamu ini kelak...
Semoga bicaraku ini mampu memberi secebis kekuatan buatmu....
Sesungguhnya aku juga sedang mengumpul kekuatan itu....
11 Sweet Words:
Orang-orang yang diuji oleh Allah are all awesome people! =)
Apa yg penting adalah kesabaran. Setiap ujian yg allah s.w.t bagi, mesti ada hikmah disebalik...
>>#Cispa Expected Us !!
sy yg baca entry ni pun rs sedihnya... yela, kita pun ada ank kn.. mg parent arwah tabsah hadapi dugaan ni..
ye lah YM. kalau zie pun...zie tak akan setabah mereka. al-fatihah buat arwah
semoga mereka tabah menghadapi dugaan ni..saya pun terkesan rasa sedihnya..
faham perasaannya sebab pernah lalui jugak saat2 hampir kehilangan anak. Ya Allah... tabahkanlah hatinya.
sy yg baca entry ni pun sedih dan menangis... semoga kawan Ym tabah... ;'(
Sangat2 sedih bila terbaca bahawa dia sempat mendodoikan anak dia buat kali terakhir.. tak semena2 kesedihan menerpa diri saya...Takziah sekali lagi buat teman mu YM..
Innalillahiwainnalillahirajiun
Alfatihah-sayunya baca entry ni, anak pulak tengah sakit. Semoga YM dan sahabat tabah menghadapi ujian Allah.
Ayu, terima kasih di atas entri ini.. Masih terasa pedihnya saat itu walau setahun sudah berlalu..
Post a Comment