Friday, June 8, 2012

Aku bukan Ibu yang Baik!

Assalamualaikum...

Ni sambungan daripada Part 1 tadi. Klik SINI klu nak baca yer, pd sesapa yg tak baca lagi tu. 

Part 2 - Confession of A Bad Mother

Suamiku sudah mula perasan yang aku tidak banyak menghabiskan masa dengan Patricia. Aku membiarkan orang gajiku yang mengambil alih tugasku sebagai ibu kepada bayiku itu. Dia tidak melabelkan aku sebagai ibu yg tidak baik tapi memanggil aku sebagai seseorang yang tak punya "rasa".

Aku rasa dia tidak dapat menerima kenyataan yang dia berkahwin dengan seorang wanita yang tidak menyayangi anaknya sendiri. Menyedari hakikat itu, dia tidak pernah meminta untuk aku melahirkan anak untuknya lagi. 

Perasaanku terhadap Patricia tidak pernah berubah kepada lebih baik walaupun sudah bertahun berlalu. Anak perempuanku kini telahpun berusia 16tahun dan membesar dengan begitu cantik.Dia mempunyai hubungan yang begitu rapat dengan ayahnya. Dia membesar sebagai remaja yang begitu baik dan tidak pernah bersiap biadap atau meminta yang bukan-bukan. Ini yang membuatkan aku semakin menyampah pada dia. Mengapa lar dia ni sempurna sangat???

Gambar Hiasan jek
Imej dia yang tampak begitu bersih dan sempurna itu hanya membuatkan aku kelihatan tua dan tidak baik jika dibandingkan. Sebelum ini, aku pernah menjadi spotlight bila masuk ke satu-satu majlis, namun kini ia telah beralih arah pada Patricia. 

Aku memang sangat-sangat teringin memukul Patricia terutama bila dia melakukan kesalahan, walaupun kesalahan itu sebesar kuman untuk melepasakan semua kemarahan dan kekecewaan aku pada dia. Namun, aku tidak pernah menyentuh dia, walaupun sehelai rambutnya! Suamiku mungkin akan memengal kepalaku kalau aku berbuat sebegitu ataupun end-up my life kat penjara kerana kes penderaan. 

Sebab tu, lebih senang kalau aku abaikan dia.Masalahnya, lebih kuat aku abaikan dia, lebih kuat dia cuba mendapatkan kasih-sayang aku, tapi aku tidak pernah mengalah pada dia. Why should i????Aku sendiri tidak pernah mahukan dia! Aku tidak sabar-sabar mahu dia cepat2 membesar dan tinggalkan rumah ini dan aku boleh dapatkan kembali hidup aku yang dulu. Aku akan dapat hidup bersama suamiku kembali dan tidak ada lagi " Little Princess" yang mencuri tumpuan suamiku. 

Aku tahu, semua ini kedengaran begitu tidak berperasaan atau kelihatan sedikit kejam, tapi aku tetap berdiri teguh pada setiap yang aku perkatakan. Mengapa mesti aku menyayangi anak aku hanya kerana dia anakku??

Aku yakin, ada wanita di luar sana yang tidak menyayangi anak mereka dan berfikir lebih baik anak mereka itu tidak dilahirkan. 

Mana mungkin hanya aku saja  Ibu yang Tidak Baik di dunia ni kan???

 *****The End ***** 

Sumber : Gorgeous Magazine May / June 2012

Original Article : Confessions of a Bad Mother  
 
So, tu la dia kesudahannya....Agak terkejut jugak YM. tapi, yelah, manusia mungkin sama, tapi hati kita berbeza, corak pemikiran kita berbeza. 

Sebenarnya, hidup kita adalah pilihan kita. Pilihan samada kita mahukan hidup yang bahagia ataupun hidup yang membahagiakan org lain yang mana akhirnya akan LEBIH membahagiakan kita juga. 

Peace No War. (^_^)


19 Sweet Words:

Deq's Qienz said...

sian patricia dilayan begitu..sy tetap rasa pelik..walaupon dia yg mgnadungkan budak tuh, dia tetap xsuka ek..mmg pelik betoi..huhuu

Unknown said...

anak adalah anugerah Tuhan yang tiada nilainya. sesiapa yang tidak menghargai pemberian anugerah ini lebi teruk daripada haiwan kerana haiwan pun tahu mengasihi anaknya..

Unknown said...

dah bace sampai abes baru bole komen..
btul la tu, setiap pemikiran manusia ni berbeza, tak bole nak salahkan dia. at least dia tak gugurkan/pukul/dera budak tu kan.

Dan tuhan tu Maha Adil sebab bagi dia seorang anak yang sempurna. Supaya dia tau yg tak semua kanak2 ni nakal & menyusahkan..

Deru Ombak said...

Hi YM

Mak yang bencikan anak sendiri, cemburu dengan anak sendiri ni. Jenis perempuan conceited.sakit jiwa. Org lain tak boleh lebih Dari dia.walaupun anak sendiri.

Klik nuff for myYaYan.

Reena Sidek said...

bila had habis baca...
tak tahu nak kata apa...
huhuhu...

.........cP~ said...

Salam.

Ouh, sedihnya anak dia. Mungkin sebab tu jugak anak dia jadi anak yang baik sebab nak mak dia sayang kat dia. Dia takut kalau dia buat salah mak dia makin tak sayang kat dia. sedihnya..

dieyna said...

gitu jer??? huhu ttplh dia tak sygkn anaknya kan???

Unknown said...

erk...mcm ini pun ada ka...

Nurul Says said...

tapi kan..wpun dia x suka anak dia..tak lah dia mendera..atau pun gugurkan anak dia kan? dia sayang kot..tapi dia x perasan

Unknown said...

sbb kak tak baca part 1.. kak kn kesana.. cuma bagi pgalaman kak.. kalaulah dia tahu begitu sebak dan sedihnya bila kantung isteri y tidak pernah merasa pengalaman mengandung..

dan... apalah ada pada cinta,kan boleh di pupuk sewaktu kita bergelar suami isteri.. kasihan pada patricia

Unknown said...

ini sangat complicated dan complex emosinya...mungkin betul katanya..mungkin bukan seorang saja...tapi sekiranya benar...moga mereka dapat membuka hati untuk menyayangi anak anak mereka kelak...

lylyn said...

sy follow awk..awk follow sy ek tq
http://nlylyn.blogspot.com/

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

speechless bila baca

Dinas Aldi said...

Akak tak terkejut kerana akak mengenali seseorang yg bersikap sebegini. Tapi kawan akak tu bukan cemburu dengan anaknya, dia cuma tak pedulikan anaknya langsung. Saban hari akak & keluarganya berdoa agar dia berubah. Semoga Allah SWT akan melembutkan hatinya.

putera-malam said...

berusaha menjadi ibu yang baik

Abang Karu said...

tak tau nak komen apa....huhuhuuuu

Unknown said...

seriusly ym...yas tak bacaaa....huhuhu...nk copek je nih.

Riena Haiqal said...

mak ai.. giler ada juga ibu yang macam ni ya.. darah daging sendiri pun susah ka mo bagi kasih sayang malah jeles pulak.. gila ka apa ibu dia ni. nasib la ko tidak dapat layanan dari suamimu lagi..
jauhkan la dari aku dan kita semua..

Cikrosecute said...

Taknak tergolong ibu cam gitu huhuhu