Tuesday, July 31, 2012

Gambar Nur Suryani Mohamed Taibi Sarat Mengandung ketika beraksi di Olimpik London!


Assalamualaikum

Obviously, its Not me!Its the awesome Mommy, Nur Suryani!
Nur Suryani Mohamed Taibi,29 tahun mendapat liputan meluas di media massa seluruh dunia kerana beraksi di dalam acara menembak pada sukan Olimpik London baru2 ini dalam keadaan sarat mengandung.



Memang sangat kagum pada dia! Dah 8 bulan kott perut tu memboyot, but still she stood up to compete!! I adore you dear! Really. 


Menurut sumber, dia menerima Berita gembira yang dia mengandung sejurus selepas  beberapa hari mendapat tahu yang dia layak untuk ke peringkat olimpik iaitu pada bulan Januari. Tapi, dier dengan coolnya berkata “ No Problem! Because when you have some living things inside your stomach everywhere you go, you have company!”Hikss….cool kan?

Memetik kata-kata Nur Suryani kepada The New York Times menampakkan sikap serta semangatnya yang jitu! "Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi."


Walaupun hanya memenangi pingat Gangsa di Olimpik, tapi ia sudah menjadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan! Korang ingat senang ke nak bergerak here and there ngan pwot memboyot tuh.Maunyer mengah koo!

Sure anak dia dapat aura keberanian dan semangat yang ada pada mamanya nie!


Bravo, Nur Suryani Mohd Taibi! 

Malaysia Boleh!

Great Gardens!

Assalamualaikum

Fuh!pepagi ni bila YM tgk gambar2 nieh, eye-popping taw dak!jaw-dropping!seb baik lalats tak masuk, kalo masuk tak pasall je berbuka ngan lalatss, eeeuuuuiii!haha..

Jum, eye-popping and jaw-dropping ngan YM skli....

Kirstenbosch Botanical Gardens, Cape Town, South Africa

Ha!korang tgk...tak ke, terngangaaa mulut korang nengok??cantik kan!YM curious lagi nieh, camner air tuh tak masuk dalam lubang tu erk?kompiusss nieh!Macam kat secret Garden pulak!Hiks...

California Academy of Sciences' Living Roof, San Francisco, US

Yang nie pulak macam dlm citer Telletubbies tuh.Korang penah tgk tak citer Telletubbies?Alar, citer bebudak, ala-ala bebi-bebi tuh, yang ader matahari muka budak kecik tuh.Tak tgk??aik!takkan YM sorang suka join bebi-bebi tgk, haha!malu i taw!

The Lost Gardens of Heligan, Mevagissey, Cornwall, UK

Erk!!omagad!Agak-agak korang la kan, kalau korang terjumpa gini kat dalam hutan, apa korang buat???kalau YM sorang,sorry la babe,wa tak tunggu lama babe,maunyer YM larik 100meter taw!eii!takott!Sure YM ingat Lady Giant tgh tido!hehehe...imagination kemain lagik kan?hehe

Garden of Cosmic Speculation, Dumfries, UK

Uuuuuuuuu!Drifting best nieh!hehehe...suke-suke ati je nak drift org punya garden kan?ekeke

Paleis Het Loo gardens, The Netherlands

Fuhh!bijakkk...bijakk....genius kan?Ade-ader je kat pale otak diorang nak invent.Kadang2 macam tak masuk akal, tapi yang tak masuk akal tu la yang menjadikan ia satu benda yang sangat-sangat ajaib untuk dilihat dengan mata biasa kita nieh.

Huntington Library Botanical Gardens, California, US


Yang nie biasa-biasa je, tapi sangat nice dan comel!alololo, tomeynyerr!adoiii!duri ko tajam wooo!hehehe...YM ingatkan kat Desert tadi, dah feeling2 Arabian dah!Rupa-rupanya, kat US...huhu.

So,camner?cantik tak taman-taman kat gambar tuh?cantikkkk kan???Paksa gak korang mengakui cantik! :P

p/s namo tempek gambar foods la time posa2 nieh, takut YM meliorrr skli.Makruh jadi posa YM.hehehehe


Monday, July 30, 2012

Inspirasi :Jutawan kurma!

Assalamualaikum


Di bulan Ramadhan al-mubarak ni,produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob mmg sudah tidak asing bagi kita kan?Nak tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar jutawan? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk

Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. 

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan kita semua semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan kita. (^_^)

Kredit : Carigold.com

Sunday, July 29, 2012

Selamat Berkasih sayang!

Assalamualaikum

Dah  7tahun 3bulan dah pun usia perkahwinan YM & YD. Syukur, alhamdulillah. Our  love life  is not like a Fairy Tales, yang sempurna sepanjang masa. For sure ada masanya ada percanggahan pendapat, merajuk-rajuk (YM la tuh, hiksss), biasalah kan? Sedangkan lidah lagi kan tergeget.Mana ader manusia yang sempurna. Itu lah asam garam SEBENAR hidup berumahtangga.Jgn ko ingat bahagia doplohempatjam macam masa bercinta2 dulu.:)


But, alhamdulillah.Walau banyak dugaan, kami masih lagi teguh. Walau kadang2 tidak sependapat,berbeza perwatakan,tapi itu la sebenarnya yang menjadi pelengkap di antara satu sama lain. Kami belajar daripada kesilapan and we've improved a lots along this way, syukur alhamdulillah.

Last nite, YD (Yayansdad) kiss dahi YM masa YM tido. Alahaiii....so sweeetttt!Seriously! Terus je rasa macam, "sayangnya suami aku ni ngan aku!"Hiks....Terpadam semua yang tak elok kat hati taw.Ni la yang dikatakan, The power of Love, which comes from the source of the Greatest Love.
Bila korang dah kahwin more than 5 years, you will know how sweet that moment, seriously!!Bukan senang taw, especially YD yang jenis pendiam & pemalu nieh ha...huhuhu.

So, kepada suami-suami di luar sana, kucup la dahi isteri anda dengan penuh kasih sayang. Bukannya kami minta sepanjang masa, cukup sekadar kami mampu rasa kami sangat2 disayangi. 

Selamat Berkasih Sayang!


Saturday, July 28, 2012

Berpuasa 18Jam!

Assalamualaikum

"Alar, lambatnya lagi nak berbuka!Nak pengsan dah nie!", "Aduh!Lambatnya nak pukul 7, terdera dah tali perut aku nih ha!" - Ha! ini adalah antara keluhan-keluhan kita di bulan Ramadhan nieh. Rasa macam panjangnyaaaa siang hari nieh. Kene pulak kalau panas hingga ke petang, lagi la tali perut kita berlagu rindu!Betul tak?? 

Yelah, almost 13-14jam kita berpuasa, menahan diri daripada makan & minum atau perkara2 yang membatalkan puasa, maunya tak berlagu rindu, bercinta la nunggu waktu berbuka kan?Hehe. 

Courtesy Google

Lek Bro!Ni dugaan kecil jer. Y i am saying that??

Semua tu takde apa dibandingkan dengan saudara seislam kita di Sweden.Tahun 2012 ini,mereka harus berpuasa selama 18 Jam! lapanbelasjam, okey???Semua ni disebabkan oleh faktor cuaca, di mana siang hari lebih panjang.Tapi itu tak mematahkan semangat mereka untuk berpuasa. Syukur alhamdulillah.

Courtesy Google
Sooooo,kita perlu ambil pengajaran.No more,ngomel-ngomel lambatnya nak berbuka everything,okey?Insyaallah, dengan keimanan dan  keikhlasan kita berpuasa,Allah akan berikan ganjaran yang terbaik untuk kita semua, amin.

Happy Fasting all Muslim Brothers & Sisters!

Friday, July 27, 2012

Petua cantikkan Bulu mata!

Assalamualaikum

Photo : Courtesy Google
Kenal nie???
Eh!mesti la kenal kan?Hiks....
Especially all the pretty Lads, (^_^)
Selalunya korang buat pelembab bibir / tumit yang kering je kan?
Betul tak?
Ada satu lagi kegunaan bende alah nie taw!
Guess wut!
Korang boleh jugak gunakan untuk memanjangkan, melebatkan dan melentikkan bulu mata, you!
Cara-caranya, sapukan vaseline nie ke bulu mata anda,
ala-ala menyikat bulu mata gitu ngan vaseline.
Eh!korang faham kan?
Tak faham kalu, tak tahu la...hehehehe

Selamat mencuba!
Ur  lashes will look longer, fuller and darker without mascara!
Yang penting, consistent la kan?
Kalau hari ni pakai, esok lusa tinggal, haihh...
cakap sini habis sini la kan,
bulu mata tang tu jelah...
Extra effort required, babe!
(^_^)

p/s berpesan pd diri sndri gak, hiks....

 

Wednesday, July 25, 2012

Hijau!

Assalamualaikum

Sayang bumi kita tak?sayang tak?Haihh...mesti la sayang kan, tempat tinggal kita kot!hehehe. Kalau sayang, kita kene la jaga Bumi kita ni bebaik, tak gitu?Alar, macam kita sayang seseorang lar kan, kita sure akan jaga org tuh baik2 kan?Sanggup ku korbankan segalanya untukmu!Cewahh!hehehe

Saje je membebel-bebel ari ni pasal topik Hijau.Eh!bukan politik okey?Huhu.Ni pasal kaler Hijau betul nieh. :P

Actually,YM nak share beberapa gambar menarik yang sangat-sangat irresistable untuk dikongsikan bersama korang!YM jumpa satu page yang sangat-sangat ohsem taw- Save Tree,Save Earth .

Page yang sangat-sangat menarik dan membuktikan masih ramai yang menyokong usaha menjaga Bumi kita ini.Salute!!Tabik Spring!Toinggg!Toing!(^_^)

Cool kan?? Seriously, sangat-sangat bijak.YM suka sangat taw!Tak sangka pulak bottle minuman tuh bleh transform jadik purse coins.Hehe.Tak kisah la, nak wat purse coins ke hape ke, yang penting berguna gak untuk dikitar semula kan?

Tayar pun bleh jadi kerusi yang sangat-sangat comel nie.Fuhhh!!

Teknik penanaman begini memang sesuai pada mereka yang mempunyai kawasan yang sangat limited.Daripada ko biar dinding tuh kosong gitu je, takde aper, ape kata tanam gini?

Org yang datang bertandang kat umah korang kan,sure kagum giler kat korang taw!Sure akan kata,"Oh!My!!!Look at it! creativenyer!cantik!rajin!bla!bla!bla!and the list go on and on and on!"Owh! Sungguh membanggakan dirimu taw!Mau kembang kempis idong time tuh ha!Hiks...

Not to mention kalau diorang nampak nieh pulak!Sure akan cop korang sebagai makhluk terajinnn kat doniaaa ini taw!*over!*hikssss...welll... :P

Nie adalah favourite Pic YM among all yang YM tengok......

Cool tak?? Ker scary bagi korang?Hahahaha!
Kalau korang buat gini kan, rasanya lar...
 kalau Jeans hilang je, agak2nya org pi check kat umah korang kowt kan?!Haha!

Pesanan YM ,
Sayangi Bumi Kita
Reuse, Reduce ,Recycle,
 Peace!

Tuesday, July 24, 2012

Tak puasa, apa kes?

Assalamualaikum


Morning, bloggerhearts sekalian!perghh, ayat!ekekeke. Sahur tadi Dak Yayan bangun skli ngan kitorang taw!Makan dengan berseleranya lagik!. Then YM cakap ngan dier, "Yayan kene pose taw" Dia sengih je kat YM.Hehehe. Yelah, cakap pun pelat lagik, nak pose????hehehe

Maunyer dier guling-guling hindustan kalo lapo...!. But, still YM ajar dier pose sikit jelah.Dalam kol 11-12Noon gitu YM bagi ler. Tuh pun kalo dier tak pi kitchen awal, pi amik gelas, hulur kat YM,then kata "air...air..."huhuhu



Tempek gambar Yayan tgh makan, jgn korang pulak terliorrr erk?hehehe.Tak terliorrnyer...kan?

Budak2 skrg ni, alhamdulillah, kecik2 lagi dah pose.Yang tua-tua tak puasa tuh, ape kesss????huhu


Monday, July 23, 2012

Assalamualaikum

Still ingat lagi tak GA by Yara Sophea? Dah lama announce the winner tapi Hadiah dah nak masuk 2 weeks masih gak belum dituntut oleh pemenang. So, to be fair with others, YM terpaksa la buat voting semula yer. 
No.2 is jatuh pada Cik Nur. Yay!!



Harap-harapnyer Cik Nur, tuntutlah kat YM cepat2 yer. Kalo lambat gak, YM pakai sendiri je la Lip Butter tuh, wakaka!Takdelah!gurau je... :P

Pemenang harus menuntut hadiah dalam masa 3 hari. Sila emailkan nama penuh, alamat & no telefon sekali ke yayansmum@gmail.com

Tahniah, Nur!

Semoga bakal diwarisi!

Assalamualaikum

Subhanallah!Cantik kan?
YM memang suka bawak Yayan jenjalan kat pantai nie. Dekat sgt ngan umah YM, 5 minit je dah sampai.Tapi ngan kete okey, bukan ngan kaki, :) Kalau ngan kaki, alamatnya kurus ko noks...ekeke.
Ari tu YM amik cuti, so pepagi lagi dah gi bawak Dak Yayan tuh jenjalan kat playground tepi pantai tuh.

Tengok tuh, cantik kan?pemandangan kat belakang Yayan tuh...nyaman je taw!

Jauh dari hiruk-pikuk kota...:)

Hamboiii!kemain sukaaa.padahal, buaian tu besoo kot daripada dier..(^_^)
Yayan mmg suka sangat ngan Playground nie, yelah, dier sorang time tuh, so..doniaaa ini hakuu yang punya larr!:P
Penat juga melayan anak teruna nieh..huhu

Yahuuuu!
Semoga keindahan alam semulajadi kita ini bakal kita wariskan pada generasi akan datang.

Sayangi Pantai kita, hutan kita.....bumi kita!

No pollution please...



Sunday, July 22, 2012

Kenangan terindah:Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum


Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-2 kita puasa.Syukur, alhamdulillah.

Yayan, posa tak??eh!mesti la posa.Posa separuh hari, haha! Yelah, Yayan baru 2 tahun lebih kan, so...apa la yang dia tahu ye tak?But, still, YM nak train juga dia sket2. Like, today, dia start minum susu n makan biskut, pukul 12.30tghari dah.Pakcik tuh, bangun lewat ari nie, hehehe. Then, pukul 1.30 camtu, baru le makan nasi ngan 2 ekor ikan goreng!ha!hambek...2 ekor trus!suka sangat kooo ngan ikan, "fish-fish"katanya...hehee

Petang tadi, kami ke bazaar, ajak Dak Yayan tuh jenjalan. Semangat woooo bila sebut nak jalan.Laju je, "Jum!jum!", version pelatnyer.Masuk kete je, YM kata, "Yayan kene duduk kat sini lar", bila tgk dia confident giler duduk kat seat Mak Datin kan?haha!

Kemain excited kooo...tgk tuhhh!
Tiap kali nampak Ibu dier nak snap gambar dier, sure say Hiiiiiii!-hehee
hehehe...nama pun bebudak kan?Suka sangat kalau diajak jenjalan.Hopefully one day,akan jadi one of his kenangan terindah, insyaallah.

Muahhhh!utk Yayan yang ngaderr...ekeke...

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum

Well..well.., today is 1st Ramadhan, kejap jer kan?So, bangun sahur tak tadi?YM semangat wooo, seawal 4 pagi dah bangun, hehe, padahal cooking Ikan masak Sambal ngan Kangkung Goreng jer puunnn, heeeee...Bukan ape, kalau bangun awal nie, takdelah terkocoh-kocoh nak makan kan?Boleh makan dengan amannya.Siap boleh makan dessert lagi haaa....*over taw!*wink*

YM baru je suapkan Yayan lunch.Adeh!gini la Ibu-ibuan, puasa pun kene tahan banyak dugaan taw!(^_^) Tapi, weols Takde hal larrr, welll....weols kan SuperMama.Hiks....

Hari ni YM nak share pasal kelebihan Bersahur.Ya...ya....korang dah tahu.Tapi, nak ingatkan balik, myself and you...you...and...eh!you skli, okay? (-_^)



Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka. 

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.


 6 kelebihan bersahur di bulan Ramadhan.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
So...jgn memalas bangun sahur yer. Takmo la sahur siap2.Elehh, YM tahu, yang single-mingle tuh sure akan sahur siap2 kan, kes malas nak bangun sahur.ekekeke.Been there, done that.Huhuhu. Takpe, kita kene improved kan?Ramadhan bukan datang selalu. Bangun setakat teguk air, makan kurma sebijik pun dah kire ok, dah dapat pahala, der...

Kalau malas sangatt, letak je air+kurma sebelah katil, bila alarm clock bunyi, korang bangun, mata tak bukak pun takpe, just amik air, gluk2, telan kurma, jgn korang tertelan bijik kurma udah!then tido balik.Eh!Jgn lupa baca Bismillah okey?hehehe!Tapi, jgn lupa solat Subuh pulak, okey?Takmo la subuh2 Gajah bagai...tak baik.*Amboi..byk pulak nasihat...well, I am a Mom, remember?*:)

Selamat Berpuasa semua!


Friday, July 20, 2012

Lasaknyer lar!

Assalamualaikum


Boys nieh mmg lasak kan?Adeh!YM ni bukan nak kata pasal apa pun, just nak ngomel pasal anak teruna YM yang eiiii....comelll sangattt tuh!(tgh geram nieh), hahaha!

Kalau kat umah nie, semua dia nak buat toys. Pantang nampak bende pelik sikit.Kalau buat Toys je takpe, siap buat smack down tuh yang tak tahan tuh.Tgk nie....

Ni Baldi yang telah selamat di vandalism oleh Yayan
Aduh!sabo jelah anakku yang schomel alololo nieh. Ibu tgh urut2 dada nie, tahan hati. Ce korang tgk, dak Yayan buat muka tak bersalah nie...

Camne la baldi tuh tak berlobangg camtu skli kalau tak sebab ada sorang baby Hypo duduk dlm tuh, hahaha!YM soh dier keluar daripada Baldi tuh, dier buat pekak jer taw.Rasa macam nak geget-geget jer.

Ada satu lagi kes naya yang Yayan dah accomplish dengan jayanya. Nak tahu ape?Hari tu, YD dok ngan dier kat ruang tamu.Masa tu YM keje, syif YD jaga Yayan kat umah. So macam biasa, Yayan kelihatan sangat le budak baiknye kat depan Tivo, tgk cartoon kesayangan dier. YD pun, cam biasa la, tertido depan Tivo gak skli.

Tgh YD nyenyak2 tido, tetiba rasa ada beberapa butiran jatuh kat atas muka dier. Nak tahu ape?Yayan tengah menabur beras di atas muka YD dengan muka yang sangat comel!YD cepat2 bangun, tahu tak ape jadi kat ruang tamu????

Yayan telah berjaya membuat kolum Deepavali kat sekeliling ruang tamu!Ayoyoyoyoyo...!Beras here n there!Tahu je bukak Tupperware Beras tuh taw!ish!ish!ish!
YD tetiba je post kat FB YM pasal Yayan.Ekekkeke...anak Ibu nie, ader2 je yang dier buat. 

Lasak Yayan nieh, memang org takkan tahu yang dier ni sakit Jantung klu YM tak gitau.Huhuhu. Kadang tu YM yang sakit jantung nengok gelagat dier taw!haha!

Tapi, walau apapun, Ibu tetap sayangkan Yayan taw!(^_^)

Insurance juga punya Had

Assalamualaikum

Maaf kawan-kawan, yesterday memang takde entry utk bacaan kalian, YM ke KL, ada staff meeting.Seawal 6pagi bertolak ke Kuala Lumpur dan pukul 12tgh malam sampai kat Tganu balik, balik hari je.penat.Phewww!

Bila YM tengok komen-komen kalian semua kat entry sebelum nie, sebak YM. Kalian memang sahabat-sahabat YM yang terbaik!

Ada satu komen yang menarik perhatian YM, mengenai insurance. 


Untuk pengetahuan kawan-kawan YM semua, untuk kes-kes seperti kami ini, pesakit jantung sejurus selepas dilahirkan, mana-mana insurance pun takkan cover. 

Its Sad, but its true. That's the Fact.

For example, kes Yayan lar. Yayan pun ada insurance coverage, tapi when its comes his disease - congenital Heart Disease, Insurance akan angkat tangan. Y? sebab, penyakit Yayan dianggap sebagai kecacatan sejak lahir, so they will not cover.

Pihak insurance pun bijak, kawan-kawan. Diorang tahu, penyakit2 kronik sebegini akan menelan belanja ratusan ribu. Untuk penyakit yang dihidapi sejak dlm kandungan Ibu lagi,bukan sekali pembedahan akan dibuat, tapi beberapa kali, stage by stage, depends on ketinggian dan berat kanak-kanak tersebut.Ofkos menelan belanja yang sangat tinggi! Like Yayan, RM 114K sudah dihabiskan untuk 3 pembedahan. Bukan sikit kan?


Untuk pesakit jantung sejak dilahirkan seperti Yayan, insurance hanyalah untuk cover penyakit-penyakit lain sebab pesakit Jantung seperti Yayan sememangnya mempunyai antibodi yg rendah berbanding yang lain.

YM tidak menafikan kepentingan insurance, tapi insurance juga punya limitation...

Wednesday, July 18, 2012

Bayangkan diri kita di tempat Sue?


 Assalamualaikum

Entry sebelum ni YM ader citer pasal sorang Ibu (Sue) yang memerlukan dana yang sangat-sangat besar untuk pembedahan jantung anaknya kat IJN kan? So, as a friend dan juga saudara seislam YM rasa terpanggil untuk membantu apa yang YM mampu.

Anak Beliau, Adik Qihah sekarang berumur 1tahun 7 bulan.Telahpun melalui pembedahan Jantung sebanyak 3 kali dan ini adalah pembedahan yang ke-4 (open chest surgery).Pembedahan dijadualkan pada 1hb Ogos ini.Kos pembedahan dijangka sebanyak RM70ribu.LLagi membuatkan YM sayu,bila YM tanya jumlah duit terkumpul, jawapan Sue, tiada.ZERO??? Ya Allah….sedihnya YM.

Sahabat-sahabat YM yang sangat-sangat budiman, rasanya ini adalah masa kita untuk membantu. Insyaallah, walaupun RM1 sekalipun yang kita dermakan, nilainya begitu tinggi sekali buat keluarga Sue. JANGAN kita persoalkan di mana letaknya tanggungjawab pihak lain, itu urusan dan tanggungjawab mereka pada Allah.Kita mulakan dengan diri kita sendiri dahulu.

Percayalah, seandainya kita betul-betul ikhlas, RM1 yang kita dermakan akan Allah gandakan berpuluh kali ganda rezeki buat kita.

Semoga sahabat semua sentiasa ingat yang Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk, bukan sahaja duit atau harta benda tetapi rezeki kebahagiaan dan kelapangan dada, rezeki anak-anak yang sihat, rezeki anak-anak yang soleh&solehah, rezeki kebahagiaan dlm rumahtangga, rezeki dikelilingi oleh sahabat2 yang baik, dan 1001macam lagi bentuk rezeki. Just yakin pada Allah.

Jum kita sama-sama buktikan yang kita adalah insan-insan yang prihatin pada mereka yang memerlukan.



NAMA : SITI SUHANA JAMALUDDIN

MAYBANK : 1581-1803-5720

CIMB : 1404-0002636-20-8


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit anak Sue, boleh la contact Sue directly.
FB : Sue Lann

YM doakan yang terbaik buat Sue & Qihah.Semoga Allah permudahkan semuanya untuk Sue & Qihah.Allah sentiasa bersama kita, Sue....

Bukan mudah rupanya...

Assalamualaikum

Malam ni YM sangat-sangat sedih & sebak. Baru kali ini YM rasa rupanya menjadi Ibu kepada pesakit jantung yang telah melalui beberapa fasa dalam kehidupannya bukannya sesuatu yang mudah. 

YM bukan bercakap mengenai segala pahit maung yang kami lalui, bukan.Tapi, YM rasa sangat-sangat sukar bila YM harus menjadi rujukan, inspirasi dan yang paling berat, harapan.Bukan YM tak mahu dijadikan rujukan atau inspirasi atau diharapkan, tapi YM sangat-sangat sedih bila YM tidak mampu memberikan yang terbaik buat ibu-ibu yang senasib seperti YM.

Dalam minggu ni sahaja, ada 2 org Ibu yang senasib dengan YM contact YM. Pertama tu, thru email.YM masih dlm proses menyiapkan 1 entry untuk dia. Kedua, YM kenal melalui ibu saudara YM.Baru je contact semalam. Dia memerlukan sejumlah wang utk pembedahan kali ke-4 untuk anak dia yang berumo 1tahun 7 bulan. YM ada bagi number fon NSTP, tapi dia inform YM, NSTP tak dapat tolong sebab kes dia under government.Diorang hanya boleh tolong utk kes yang dijalankan di hospital swasta sahaja. YM mmg sangat2 faham sebab ape NSTP taknak masuk campur. Same goes to Gomen jugak kan?Kalau buat pembedahan kat private ader diorang nak tolong?kem salam!Nape la macam nie... :(

Then, bila perkataan "give up" keluar daripada mulut siibu yang ke-2 nie, automatically airmata YM jatuh. Sedih sangat-sangat. Dia kata, Yayan untung, ada org nak tolong, but not hers. 
Buat Sue,
Jangan sesekali giveup untuk anak kita, dear.N-E-V-E-R. No matter how hard it is, we shud try, usaha, then baru la kita tawakal. 

Sue,
Perjuangan Ayu bukanlah semudah yang Sue sangkakan. Ayu juga melalui moments ditolak oleh beberapa pihak sewaktu memohon dana untuk Yayan. Ayu mohon pada Jabatan Kebajikan Masyarakat, diorang kata anak Ayu tak layak. Ayu ke pejabat wakil Rakyat, mereka kata kes Ayu akan di bawa kepada MB, yes, memang ada dibawa ke MB dan kemudian dibawa kepada Menteri Wanita, keluarga &masyarakat ketika itu, tapi setakat itu sahaja. Macamana Ayu tahu? Copy surat diorang poskan kepada saya.Then, senyap.Nothing.

Tapi, Ayu???No, Ayu takkan berdiam diri.Macam-macam lagi Ayu buat, Sue. Berpuluh2 surat Ayu poskan, termasuklah mengepos surat memohon dana pada Siti Nurhaliza & Aznil, sampai tahap tu kegilaan Ayu!Malu???Tak..Ayu dah hilang rasa malu pada masa tu. Waktu tu, kalau org suruh Ayu jadi peminta sedekah ke, badut sekalipun Ayu sanggup Sue, demi nyawa anak Ayu.

Sue, 
Allah tidak menduga kita di luar kemampuan kita. Dia tahu kemampuan kita.So, please....jangan giveup Sue. Teruskan usaha Sue.Kita kena berani sue. Berani berdepan dengan siapa pun, even PM sklipun. 
 Sue,
pertamanya, Sue ke Tabung Jantung Negara, then Ke Yayasan Kebajikan Negara, Then Yayasan Negeri, ke Wakil2 rakyat.Pergi semua tempat2 kerajaan ni sebab kes anak Sue under IJN. Masa ni bagi ayu adalah masa yang terbaik, dah dekat Pilihanraya, sure ramai yang mahu membantu, percayalah!Bawa semua dokumen2 yang berkaitan berserta gambar anak Sue.

Insyaallah Sue, Allah bersama kita. Walaupun doktor kata, harapan hanyalah 40%, but still itu adalah harapan. Harapan itu tidak wujud utk disia-siakan, Sue. Bagi Ayu, kalau Doktor kata takde harapan pun, Ayu still usaha!Doktor bukan Tuhan!

Tolonglah Sue.....jangan sesekali putus asa.....tolong.... :( Hidup kita adalah satu perjuangan.

**sigh* bukan mudah rupanya menjadi aku....... :( 



Tuesday, July 17, 2012

Patung Kertas!

Assalamualaikum

Eh!Tadi kan terjumpa bende alah nie kat FB..hehehhe...mengamit kenangan betul lar!

Patung kertas fav YM kecik2
Sape yang baya-baya YM sure kenal la bende nieh. Mak tak bagi beli patung Barbie dolu-dolu sebab mahal nak pengsan, hehehe. Rege patung Barbie tu bleh buat beli buku skolah YM setahun, mak kata!over taw, mak!hehehhee

Dolu-dolu regenya, 20 sen je sekeping.Nak banyak kene saving la duit banje tiap2 hari. Yelah, makin banyak baju-baju patung tuh, makin mahal regenya taw!

Fuh!Memang bahagia betul dapat maen bende nieh, biarpun taklah secantik patung barbie, tapi apa yang paling penting rasa seronok masa memain ngan kengkawan.Maen sorang pun sonok gak...pelik kan?hehehhe.

At the end, sebenarnya bangga taw sebab tak susahkan mak ayah belikan sumthing yang memahal...

Hiks....baiknya....anak sapa tuh???? hahahhaa!pasan!

Monday, July 16, 2012

Org Mcm nieh pun ader??


 Assalamualaikum

Ni Pulak dialog YM between customer yang call kitorang regarding TGV Cinema. Dialog yang agak-agak membuatkan YM rasa mcm nak…owhhh!tidakkk!

Dialog 1

YM : Hello, gud morning.It’s Mesra Mall. May I assist you?

Customer : Ape citer terbaru minggu ni yer??

*Astagfirullah, tak bagi salam hape, trus2 je terjah!, haihhh!*

Dialog ke-2

YM : Hello, gud morning.It’s Mesra Mall. May I assist you?

Customer : Saya nak booking tiket “Hantu Mak Limah”, 2 keping. Saya nak seat yang tengah-tengah yer. Senang sikit, Nampak semua.

YM : encik, nie pejabat pengurusan encik, bukan TGV cinema.

Customer : Owh!yer ker? Awak boleh tak tolong belikan?Nanti saya datang ambik kat kaunter.

*Sigh*sabar….sabar…tengah tahan hati…*

YM : Maaf encik, tak boleh. Kami takde servis camtu. Encik boleh booking thru online ye encik.

Customer : Alah!leceh la booking online. Tolonglah, pls…pls…saya dari Kuala Terengganu ni, cik. 2 jam tuh dari Mesra Mall.Kalau saya sampai kat Mesra Mall, tiket habis macamana, ha???Bukan dekat saya nak travel!

***Haihhh!marah kat YM, Nampak!sabo nieh…sabo…***

YM: Sebab tu saya kata, encik boleh order online.Senang dan cepat.Encik boleh masuk je ke website TGV

Customer : banyaklah senang!cakap jelah taknak tolong!

Pappp!hempas tepon!Aikkk????Marah pulak. Ym cakap betul ape kan?Cuba korang bayangkan kalau ada 50org macam ni nak dihandle.Astagfirullah, ampunkan aku……Huhu...

Seb baik la YM tak jadi Customer Service, just tolong2 je kekadang tuh. Bengkek jugak jadi CS nieh kan?ekeke.

Tingat pulak YM, dolu-dolu masa YM keje ngan Kenny Rogers Roasters as a cashier. Ada sorang customer Melayu campak duit kat muka YM sebab bengang kene tunggu lama, takde waiter entertain nak bagi bil kat dier coz waktu tuh Restaurant tgh pack gilerr! YM masa tu, control, kutip duit yg jatuh tuh , bagi balance kat dia, senyum then ckp terima kasih lagi ha, walaupun dlm hati, hanya Allah yg tahu.Tapi klu YM bertindak mcm dia gak, takde beza la YM ngan dia kan?:)

Chinese Guy yang Q-up belakang dier, boleh geleng kepala n cakap kat YM, “Org macam ni pun ada kaaa???”

Alahai….

Jap!Jap!Jap!


 Assalamualaikum

Today is hectic day for me!owh!Myyyy!Rasa macam nak tarik2 rambut!Eh!Rambut kat dalam tudung, eh!No-No.Mane bleh.Huhu.

YM dah le kene compile 2 reports yang penting ari ni,dalam masa yang sama kene jadi Customer service pulak kejap until 2pm coz Customer service syif pagi emergency leave pulak dah.Aduh…

Tepon nieh, pandai pulak, kalau CS ader takdelah pulak dier rajin berdering.Bila YM jaga, hamboiii, berdering2 ha.

# Dialog yang buat YM stress hari nieh, huhu*

Customer : Cik, boleh saya dapatkan nombor telefon kedai Telefon ZiZi?

YM : Maaf cik, kita takde kedai telefon nama tuh. Kedai  telefon ZickZack Telekomunikasi ada la, cik.

Customer : Alarr!sama lar tuh. Ada tak nombor telefon tuh? *berlagak pulak, huhu*

YM : Sebentar ye Cik.

YM pun godek-godek la kat directory YM.Ada la dlm 2-5 minit gak YM hold panggilan tuh sebab my PC lembeb, huhuhu…

YM : Okay, Cik.Number Kedai Zick-Zack 09-864…

Customer : Eh!jap..jap…jap..nak ambik pen jap.Eh!mana pulak pen nie?jap-jap…

Lebih kurang 5-10minit gak YM menunggu. Haihhhh…dah tahu nak mintak number fon,nape la tak get ready pen.Selalu je camni taw.Ish-ish-ish…tak faham…..

Customer : Okay…apa nombornya?

YM : 09-8-6-4…

Customer : Eh!jap-jap…

YM : *sigh*

Customer : okay,0...-9...-8...-6...-4... (satu-satu sebut okay, slow lak tuh…)

YM : 0-0-1-6,- *try to slow down*sigh*

Customer : 0-0-1-6 (the way dier sebut YM rasa dia tgh tulis number tuh slow…alahai…Okay, saya ulang…

YM : Takpe cik, saya ulang…09-8640016, okay?

Trus je YM potong, Kalau nak nunggu dier ulang, aduhh….lagi lama, dah le my boss terpanggil-panggil nak reports…

Stress-stress…huhuhu. Tu korang tak baca dialog customer nak order ticket Muvie ngan kitorang lagik,lagi le haru. Diorang nieh, kekadang maen bedal jer number.Bukannya nak mintak number fon Cinema, straight je nak book tiket.Haihh..

Nak tahu antara dialog nak oda tiket tuh?

Hahaha!