Assalamualaikum
Well..well.., today is 1st Ramadhan, kejap jer kan?So, bangun sahur tak tadi?YM semangat wooo, seawal 4 pagi dah bangun, hehe, padahal cooking Ikan masak Sambal ngan Kangkung Goreng jer puunnn, heeeee...Bukan ape, kalau bangun awal nie, takdelah terkocoh-kocoh nak makan kan?Boleh makan dengan amannya.Siap boleh makan dessert lagi haaa....*over taw!*wink*
YM baru je suapkan Yayan lunch.Adeh!gini la Ibu-ibuan, puasa pun kene tahan banyak dugaan taw!(^_^) Tapi, weols Takde hal larrr, welll....weols kan SuperMama.Hiks....
Hari ni YM nak share pasal kelebihan Bersahur.Ya...ya....korang dah tahu.Tapi, nak ingatkan balik, myself and you...you...and...eh!you skli, okay? (-_^)
Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.
6 kelebihan bersahur di bulan Ramadhan.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
Info: Harian Metro Online
So...jgn memalas bangun sahur yer. Takmo la sahur siap2.Elehh, YM tahu, yang single-mingle tuh sure akan sahur siap2 kan, kes malas nak bangun sahur.ekekeke.Been there, done that.Huhuhu. Takpe, kita kene improved kan?Ramadhan bukan datang selalu. Bangun setakat teguk air, makan kurma sebijik pun dah kire ok, dah dapat pahala, der...
Kalau malas sangatt, letak je air+kurma sebelah katil, bila alarm clock bunyi, korang bangun, mata tak bukak pun takpe, just amik air, gluk2, telan kurma, jgn korang tertelan bijik kurma udah!then tido balik.Eh!Jgn lupa baca Bismillah okey?hehehe!Tapi, jgn lupa solat Subuh pulak, okey?Takmo la subuh2 Gajah bagai...tak baik.*Amboi..byk pulak nasihat...well, I am a Mom, remember?*:)
Selamat Berpuasa semua!
25 Sweet Words:
banyak faedah bangun sahur kan tapi ramai yg mengabaikannya..hehe ape2 pon selamat berpuasa kak..
selamat berpuasa ym.. :)
rugi xbgun sahur ni..bukan selalupun seblun setahun je.. :)
Rajinmya ym... Sahur siap2 tu bukan sahur. Tu supper.
Sahur td, ma cuma goreng maggie, goreng tahu + sambal kicap ngan telur separuh masak. Selalunya, kena sahur nasi. Tapi, sbb tgh mlm dh makan, itujelah menu sahur. Bangun 4.30, kejut adam sahur. Tahan la sampai kul 9 dia posa! Hahaha
Hehehe~ betul2! ;)
Selamat berpuasa kak Ayu! =)
awalnye sdiakn shur.. lpar lh skrang.. huhhh, tahan2..
huhu.. dulu time tinggal bujang selalu la skip / sahur awal.
selamat berpuasa ym. ;)
Hehe. Tak pernah lagi rasa macam mana sahur awal tu. :P
selamat bersahur...
MM zaman2 kecik dulu ye malas bangun sahur.. Pastu siang lembik longlai takde tenaga.. Tapi skang since duk umah bujang dulu memang slalu bangun sahur.. & air masak yang paling banyak MM minum time sahur.. Baru siang tak lembik bila air cukup dalam badan bukan makanan.. Hehe..
Btw, selamat bersahur jap lagi..! ^_^
alhamdulillah... tak pernah missed bangun sahur kecuali yang mmg termissed tanpa sengaja. dah diajar dr kecik. walaupun duduk sendiri time belajar dulu ttp bgn sahur walaupun org lain tak bangun.
so far..dah 2 hari tak tingal sahur... huhu
wah.. baru saya tau kenapa digalakkan bersahur ni.. ada kelebihan-kelebihan dia rupanya..
selamat berpuasa.. Su belom miss sahur lagi..hehe
tadi kita sahur makan nasi goreng ! X)
salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati
mmg byk kelebihan org bersahur ni kan sis..
pnh sy tengok..si ibu menyuap anaknya makan ice cream sambil dirinya turut mkn sama..bulan ramadhan pulak tu..hehe..rasa pelik pulak...coz kt tmpt awam...
selamat berpuasa,awesome mummy! :)
liat cemana nak bangun sekalipun dni tetap bangun sahur hehe sebab tak sahur lemau je badan
salam ramadhan jugak kak..
hehe banyak pesanan itu yang bagus..mengingatkan pada yang lupa..:)
Sememangnya bersahur tu penuh dengan keberkatan... Rugi sapa yg tak bersahur tu..
salam ramadlan..
saya follow bloh 487,
sudilah follow back..
ditunggu
terima kasih
salam ramadlon
selamat menjalani ibadah puasa YM, YD dan Yayan.. hehehehehehe.. (^_^)
keh3...leh praktik tu ltak krma tepi katil..bnyi alarm terus telan kurma tu ea..
selamat berpose,YM and family!
Post a Comment