Assalamualaikum...
Masalah Sembelit (Constipation)
Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar
kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining),
sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis
adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi
masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam
najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda
masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau
penyakit radang usus besar.
Gambar menunjukkan udara (dalam bulatan) dalam usus yang terkumpul
akibat tidak dapat keluar daripada usus. Pengumpulan gas ini adalah
akibat daripada najis tidak dapat keluar dariapada usus. Ketegangan pada
usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.
Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya
minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa
ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh
menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar
daripada salur rektum (salur usus yang terakhir).
Kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah buahan juga
menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah
bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat
dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas
ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah
untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).
Bersukan juga tidak kurang pentingnya bagi mengelakkan masalah sembelit.
Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari
usus menjadi lebih cepat.
Selain masalah masalah umum yang biasa kita jumpa di atas, terdapat
masalah masalah lain yang lebih serius yang boleh membawa kepada masalah
sembelit. Antaranya ialah:
- Luka pada lubang dubur.
- Rektum runtuh
- Terdapatnya kanser pada rektum
- Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)
- Radang usus besar Ulcerative colitis dan Crohn's disease (mereka juga membawa kepada masalah cirit birit)
- Radang divertikulum
Rawat masalah sembelit anda sebelum menjadi parah.
Di Shaklee, kami juga mempunyai makanan kesihatan yang boleh membantu masalah anda.Dikenali sebagai ALFALFA.
Bulan ni ada Promosi tawww!Rugi kalau tak rebut peluang ni. Bukan sahaja mampu merawat sembelit tapi ada macam2 lagi khasiatnya!
Contact YM segera, k?
Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Siti Ayu Zuati a.k.a Yayansmum (ID 889833)
♥ SMS (preferred) : 013-2905020
♥ Email: yayansmum@gmail.com
5 Sweet Words:
Baru M tau..Tq for this info YM..mmg seksa bila sembelit ni..
banyok juga khasiat ni ye...mcm2 dia boleh rawat eh..
bahaya jugak sembelit ni rupanya ye...
YM, saya dah baca dah.. memang saya berminat la.. nanti jumpa di FB ya.. mo tanya2 ni
seksa kan sembelit ni....kalau nk beli nnti sy just rodger2 yek =)
Post a Comment