Sunday, July 6, 2014

Baju Raya dah ready???

Assalamualaikum


Hi Everyone!Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke-8 Dak Yayan ni berpuasa penuh.Syukur Alhamdulillah.Memang takde masalah langsung dia berpuasa,which sangat2 membuatkan YM rasa perut ni sejuk,alhamdulillah.Setakat ni takde drama-drama airmata or menangis tergolek2 nak minta makan atau minum.Syukur...Bangun sahur pun mudah.Biasalah,kalau ibu dia soh bangun memula tu dia taknak gak.Dah nama pun budak kan?Tapi bila nampak ayahnya bangun,lajuuu je bangun sekali.Al-maklumlah,dia takut kalau ayah dia jalan,tinggalkan dia.haishhh!ibu dia ni dia tak heran sangat sebab dia nampak doploh empat jam kat umah.Kalau ada ayah je dia tahu ibu akan keluar umah.hehehe.

Cuma sesekali tu adalah dia terlupa sat...dia minta nasi la, minta mee sup la,meggi la.Macam2.Siap minta eskrem feveret dia- Baskin Robbin lagi haaa.Tapi,bila YM cakap,haishhh!Yayan kan puasa kan??Dia pun diam.hihi.Seb baik la tak meleret ke rengekan ataupun tangisan syahdu.Alhamdulillah,dia faham.Then,cepat2 je YM alihkan perhatian dia pada benda lain supaya tak ingat kat makanan.

sorry aaa aunty2,yayan tunjuk gambar eskrem..alaaa..aunty2 tahan dugaan khennn?hihi
Tapi dia ada la sebut nak buka "kuasa" (puasa,tak reti2 lagi sebut puasa,hehe) dengan eskrem Baskin Robbin.Alahai...sian.Takpe2,nanti ibu gaji tengah bulan ni,ibu bawak yayan pegi erk..boleh beli baju raya sekali,hehe.Korang tgk la keletah dia bila kat Baskin Robbin,happy yang amat!Yelah...sapa tak suka eskrem kan?


Baju melayu utk Raya dia dh hantar kat tailor 2 bulan lepas,ntah dah siap ke belum,tak tepon2 lagi uncle chinese tu.Plan nak gi kedai tu next week,tanya dah siap ke blum.Tak siap kalu,YM nak mintak 50% discount,hahaha...over mak!

Korang,baju Raya semua dh ready ke?anak2?ke shopping last minute ni?hehe.Kalau shopping last minute ni,ada pro n cons la.Yg bagusnya,discount boleh tahan gak,sbb ramai seller nak buat clearance.Tapi yg tak bestnya,bersesak2 sampai sesak napasss dibuatnya.Masa tu kalau shopping bawak anak2 mmg naya la...yelah,nak handle karenah anak2 lagi,shopping lagi kan?

Tapi skrg ni online pun melambak kan?tapi kena ingat,kena order awal2 gak,lambat kalu,posmen taknak antar dah,derang pun nak beraya juga kan?hehe.So,apapun kena plan la awal2.


Tahun ni kaler tema family YM coklat light.Korang? :)

5 Sweet Words:

Chic Na said...

Yayan dah puasa penuh kak? Alhamdulillah.. bagusnya kecik2 lagi dah puasa.. pandai akak didik dia..

dieyna said...

Hai yayan... dh lama tak jenguk ke sini.. kita dah jadi rakan sehaluan dalam berSHAKLEE hehe...

εïзmmyHazaεïз said...

Pandai yayan dah puasa sekrg ye... good boboi..

Azhafizah MN said...

wah dah siap beli baju ye..fiza tak prepare ape lagi..huhu

Nurul Says said...

tak ready lagi 100% tapi untuk hari raya pertama dah ready padahal pengumuman puasa pun umum lg masa tu T.T ni gara-gara tak nak kehabisan colour dan tak nak bersesak-sesak kat mall nanti..

eh panjang pula komen ni