Bismillah
Assalamualaikum Everyone!Isu Gaza memang sangat top di timeline Facebook sekarang.Semua orang pakat share gambar kekejaman-kekejaman Israel.Gambar kanak-kanak dan wanita syahid menghiasi ruangan timeline kita.Persoalannya,adakah kita benar-benar tahu apa sebenarnya yang terjadi atau kita share sebab org lain share?Trend.Demi Allah,YM
YM melihat isu ini sebagai isu yang bukan sahaja berkisarkan tentang keagamaan semata-mata.Kita membenci bangsa Israel laknatullah itu atas kekejaman mereka sehingga mungkin akan mewujudkan rasa benci orang Islam pada mereka yang bukan Islam jika kita melihat melalui perspektif agama dan fahaman semata-mata.
Ini bukan isu keagamaan semata-mata,kawan.Ini adalah isu KEMANUSIAAN.Israel melakukan semua ini seoalah-olah kerana ingin mewujudkan konflik besar di antara orang Islam dan Bukan Islam sedunia,agar kita semua membenci di antara satu sama lain dan terus menyimpan dendam kesumat yg mana akhirnya mencetuskan lagi banyak konflik.Lalu,perang dan perang menjadi satu perkara biasa.Pertumpahan darah seolah menjadi perkara biasa utk kita semua,nauzubillah.
Isu Gaza ini bukan sahaja lantang diperjuangkan oleh orang Islam,tapi juga mereka yang bukan Islam,yang mana ada si antara mereka yang lebih lantang daripada pemimpin-pemimpin Islam kita sendiri - Sad but True.Contoh terdekat yang boleh kita tengok ialah Mr George Galloway- seorang pemimpin politik British.Anda boleh lihat sendiri catatan-catatan beliau di Fanpage rasminya di, KLIK ---> SINI
YM paling salute bila tengok video dia bertekak dengan seorang wartawan Israel membela org-org Palestin.Boleh dengar sendiri kat bawah nie...
"You don't
Even Know About The Death Of Palestinians. Because You Believe That
Israeli Blood Is More Valuable Than The Blood Of Lebanese And
Palestinian People" - George Galloway.
Statement yang sangat tepat untuk mengambarkan pemikiran dan pendapat beliau terhadap isu ini.Semoga kita semua akan terus membantu sesama kita,tanpa mengira bangsa,keturunan mahupun fahaman agama.
Islam sendiri pun mengajar kita untuk menjadi contoh teladan pada manusia lain.Mengajar kita untuk terus menjadi khalifah yang memakmurkan muka bumi ini dan bukan melakukan pertumpahan darah.Let us spread the beauty of Islam through ourself,so people will see it although we don't say even a single word.Wallahualam.
0 Sweet Words:
Post a Comment